Makam Pahlawan Masjid Negara.
Posting WZWH kali ini membicarakan soal penghargaan kepada pemimpin-pemimpin negara. Kita semua tahu ramai pemimpin-peminpin yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair yang dipanggil negarawan yang kembali ke rahmatullah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.
Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara, khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa dalam hidupnya. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.
Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam, yang dilitupi dengan kubah konkrit yang di bentuk berbintang pecah-7 menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini setiap penjurunya hampir mencecah tanah, dan dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada baru marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar bewarna emas.
Pada tahun 1973, Tun Dr Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.
Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Malaysia pada 6 Julai 2007 . Majlis pemasangan plak pengistiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.
Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-
Dalam kubah
- Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
- Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
- Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
- Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)
Luar kubah
- Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
- Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982)
- Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
- Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991)
- Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
- Tan Sri Mohd Khir Johari - Menteri Pendidikan (meninggal 2006)
- Tun Dr.Fatimah Hashim - Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal 2010)
- Tun Ghazali Shafie - Menteri Luar (meninggal 2010)
- Tun Omar Ong Yoke Lin - Yang di-Pertua Dewan Negara (meninggal 2010)
- Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis- Menteri Dan Duta (meninggal 2015)
Negarawan hebat seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak dikebumikan di Makam Pahlawan walaupun tiada siapa boleh menafikan jasa-jasa kedua tokoh hebat Melayu di abad ke 21 ini.
Dato' Onn Jaafar, MB Johor, pengasas UMNO, perancang penentangan Malayan Union, Presiden UMNO pertama. Beliau menubuh parti IMP, Parti Negara, ahli parlimen Kuala Terengganu Selatan. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor. Makam Pahlawan Masjid Negara hanya siap pada tahun 1965.
Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO ke 2, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Bapa Kemerdekaan, Bapa penubuhan Malaysia, Perdana Menteri pertama dan pengasas Asean. Beliau Mangkat pada 6 Disember 1990, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star. Itu memang kehendak Tunku Abdul Rahman sendiri mahu dikebumikan di Makam Diraja.
Sepatutnya Tun Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pada masa itu mengunakan pengaruhnya untuk membolehkan Tunku Abdul Rahman dikebumikan di Makam Pahlawan bagi mengenang jasa besar Tunku Abdul Rahman.
Tun Mahathir sendiri menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Begitu banyak Tun Mahathir berjasa kepada negara juga sama banyak perbuatan tingkahlaku Tun Mahathir memusnahkan negara.
Baru-baru ini Tun Mahathir telah istihar keluar dari UMNO. Ini bererti sudah tiga kali Tun Mahathir berada diluar UMNO.
Pertama pada tahun 1969 dipaksa keluar dari UMNO dengan Tunku Abdul Rahman memecat keahlian UMNO beliau.
Kedua semasa era Tun Abdullah
Dan yang ketiga sekarang di era DS Najib.
Hobi Tun Mahathir mengulingkan Perdana Menteri.
Tahun 1969, Tun Mahathir instrumental dalam mengulingkan Tunku Abdul Rahman. Sampai Tunku Abdul Rahman menyumpah Tun Mahathir.
Mempercepatkan Tun Hussein Onn undur diri dari pegang jawatan Perdana Menteri.
Tun Mahathir lagi sekali instrumental mengulingkan Tun Abdullah Bedawi.
Kini Tun Mahathir secara terbuka mahu DS Najib letak jawatan Perdana Menteri.
Bila gagal menpengaruhi UMNO, Tun Mahathir keluar UMNO heret sekali Tun Siti Hasmah yang tidak berdosa itu.
Lagi pedih bila DS Mukhriz dinasihat meletak jawatan sebagai MB Kedah kerana tidak berdaya saing mentadbir politik negeri Kedah.
Paling sedih dan malang bila Tun Mahathir merendah dan meletakan diri sebagai status Mantan Perdana Menteri bila berselingkuh dengan Pemimpin-pemimpin pembangkang yang sebelum ini mengelar Tun Mahathir sebagai Mahafiraun, Ketua Perompak dan banyak lagi derogatory words dan vulgar.
Tun Mahathir sebagai YDP Pertubuhan Perkasa yang memperjuangkan hak dan kepentingan Melayu bergabung dan bersama Pemimpin DAP yang terang-terang mahu lihat orang Melayu berpecah belah tidak bersatu senang DAP mahu mengkudakan pemimpin-pemimpin Melayu ikut telunjuk DAP.
Deklarasi rakyat itu yang mahu mengulingkan DS Najib sebagai Perdana Menteri sebenarnya bertujuan menjatuhkan kerajaan menerusi satu tindakan yang bertentangan dengan undang-undang dan perlembagaan negara.
Perdana Menteri hanya boleh digulingkan dengan empat cara:
- Semua 222 ahli parlimen mengundi tidak percaya kepada Perdana Menteri ketika Dewan Rakyat bersidang.
- 222 ahli parlimen menghantar perwakilan mengadap Yang DiPertuan Agong ketika Dewan Rakyat tidak bersidang bagi tujuan 1.
- Perdana Menteri sendiri mahu letak jawatan.
- Setiap 5 tahun sekali pilihanraya umum menentukan kerajaan.
Tindakan Tun Mahathir, DAP dan PKR ini bertujuan mahu memperlekeh dan mempermainkan Yang DiPertuan Agong kerana DS Najib adalah Perdana Menteri Kerajaan Yang DiPertuan Agong.
Tun Mahathir tidak kira sanggup mengambil risiko memusnahkan UMNO dan BN kalau perlu untuk menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri yang legal.
Persoalannya sekarang layakkah Tun Mahathir disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara?
23 comments:
Hadoi hai!!!....kubur Kat mana pun mengadap Allah jugak. Sejarah tetap akan mengenang jasa Tun M walaupun cai2 Najib cuba menafikannya.Macam ni ke mentaliti seorang wakil rakyat? Kesian Kat pengundi yg mengundi dia n
Apa jenis posting ni? Tak ada subjek lain kah? JIka tak mau Tun M dikebumikan di pusara negara, oklah. Bagilah kat orang orang kau. Di mana pun Tun M dikebumikan, rakyat yang menghargai jasa dan sumbangannya kepada agama, bangsa dan tanah air akan dikenang dan akan sentiasa didoakan rohnya dicucuri rahmat dan hidayah Allah swt.
Aku rasa kau calonkanlah diri kau sendiri untuk dikebumikan di pusara kepunyaan pak mak hang.
Perompak kat mana tanam pun ttp perompak
Perompak kat mana tanam pun ttp perompak
Ahli parlimen kesemuanya ada 222
Perdana menteri salah seorang dari ahli parlimen
Semua 222 ahli parlimen mengundi tidak percaya kepada Perdana Menteri ketika Dewan Rakyat bersidang.
222 ahli parlimen menghantar perwakilan mengadap Yang DiPertuan Agong ketika Dewan Rakyat tidak bersidang bagi tujuan 1.
Hmmm....
Kira perdana menteri pon x percaya kat diri dia sendiri laa
Ini pun boleh jadi issue ke???? Awat bodoh sangat Melayu ni??? KAn bumi allah ni luas - bukan saja di planet bumi ni, sampai kat angkasa raya langit yang 7 kepunyaan Allah Rabul Jalil. Rimau mati tinggalkan belang, maanusia mati tinggalkan nama. Jangan jadi macam satu Lanun Boogeese tu udahlah......le ni pun dok kena maki dan cerca rakyat....bolom jalan lagi tu...
Cheap article indeed ... macam mana aku leh terbaca.
Macam la Madet tu kesah sangat .. adoi la ..
When I read your profile .. hmmm seriously being educated doesn't me cerdik.
Bongok punye artikel..
Writer ni macai umno sejati..
Harap2 dia ni dapat jd yb jerantut..
Punya la byk dia jilat umno..
Salam Dato WZWH
Pengkebumian di Makam Pahlawan satu penghormatan daripada manusia. Bila dah jadi arwah, semua pangkat gelaran dan penghormatan sudah tidak berguna lagi. Saya rasa Tun Mahathir pun tak kisah perkara ini, awak saja yang memperbodohkan diri menulis tentang perkara remeh sebegini. Tak mengapalah, bila Najib, Wan Amizan dan awak mati nanti mintalah supaya dikebumi di Makam Pahlawan tu. Tapi jangan pulak nanti anak cucu di masa depan kencing di kubur awak tu pula.
Apapun Najib memang seorang yang penakut, pengecut dan bacul. Tak berani nak mengambil tanggunngjawab atas perbuatan sendiri. Dia yang nak pecat Mahathir sebagai penasihat Petronas, konon kata ini keputusan kolektif kabinet. Sejak bila Petronas bertanggungjawab kepada kabinet? Bukankah Perdana Menteri ada kuasa penuh atas Petronas. Cakap sajalah terus terang yang dia sendiri nak pecat Mahathir, tak perlu nak pass the buck to someone else. Masa nak pecat Mukhriz pun begitu juga. Nak umum yang dia dah tak suka pada Mukhriz tak berani, jadi suruhlah geng ular ayaq Mat Bashah untuk buat huru-hara di Kedah. Patutlah masa PAU dulu tutup mulut semua orang. Hanya dia sahaja yang berucap, kutuk orang tu, kutuk orang ni, tak beri peluang pada orang lain untuk state their case, lepas tu mendabik dada kata dirinya tu berjiwa besar. Najib ni bukan pahlawan, tapi pondan. Sekian.
Inilah contoh orang 'otak udang' minda lemah. Akal pendek....bodoh. sebab tu tak terjangkau akal dia bila menjustifikasikan tindakan seorang pejuang agama bangsa dan negara. Seorang pejuang tak akan memikirkan kentungan diri dia di dunia ni bahalol kalau ko nak tau.
admin ni makan dedak expired..
bangang punya saolan...
“Jasa bukan indikator untuk kita membiarkan negara dan pemerintahan dirosakkan kerana kalau nak fikirkan pasal Jasa, Firaun juga ada pernah berjasa malah beliau pernah menjaga dan membesarkan Nabi Musa.
“Firaun juga pernah membina piramid yang merupakan salah satu perkara ajaib di dunia (malah) lebih hebat dari KLCC, namun adakah kerana jasa Firaun itu maka kita perlu setuju dengan apa yang dia buat dan lakukan kepada Musa ketika menyebarkan dakwah”.
“Jasa bukan indikator untuk kita membiarkan negara dan pemerintahan dirosakkan kerana kalau nak fikirkan pasal Jasa, Firaun juga ada pernah berjasa malah beliau pernah menjaga dan membesarkan Nabi Musa.
“Firaun juga pernah membina piramid yang merupakan salah satu perkara ajaib di dunia (malah) lebih hebat dari KLCC, namun adakah kerana jasa Firaun itu maka kita perlu setuju dengan apa yang dia buat dan lakukan kepada Musa ketika menyebarkan dakwah”.
“Jasa bukan indikator untuk kita membiarkan negara dan pemerintahan dirosakkan kerana kalau nak fikirkan pasal Jasa, Firaun juga ada pernah berjasa malah beliau pernah menjaga dan membesarkan Nabi Musa.
“Firaun juga pernah membina piramid yang merupakan salah satu perkara ajaib di dunia (malah) lebih hebat dari KLCC, namun adakah kerana jasa Firaun itu maka kita perlu setuju dengan apa yang dia buat dan lakukan kepada Musa ketika menyebarkan dakwah”.
Patutnya WZ fikirlah ada ke Tun Razak yang kebumi kat situ hari ni dah masuk syurga?
Apa kalau orang biasa yang tanam kat kubur kampung tu masuk neraka ke?
Walaupun orang tu ditanam kat tanah kubur kampung dia tak makan rasuah, tak mencuri, tak menipu, tak menyamun, tak membunuh kehidupan dan karier orang lain tak tentu pasal, tak dayus dan macam macam lagi. Kurang kurangnya soalan kubur dia pun tak banyak. Ini tanam kat makam pahlawan kena jawap soalan sama jugak 5 perkara. Tapi bila nak menjawap fail. Loser. Kubur je canggih.
Bodoh bedengung la lu bro..ingat kalau tanam kat sutu masuk syurga ka???
Bodoh bedengung la lu bro..ingat kalau tanam kat sutu masuk syurga ka???
Tunku Abd Rahman kata: Apa kelas makam pahlawan... Makam diraja Langgar lagi Kelas...
BTW... kalau Najib turun, UMNO akan menang PRU14... Najib terus jadi PM... UMNO akan berkubur PRU14.. so Lim Kit Siang atau UMNO yang akan untung bila Najib turun????
Baca TAJUK je saya dah buat kesimpulan, ini mesti artikel BODOH!.
Jadi, saya cuma baca komen-komennya sahaja, memang sah awak ni bodohlah WZWH!
Baca profile awak, saya kagum tapi betul kata Anon 6.53, Good education tak menjadikan masnusia tu matang dan cerdek. Rasanya, awak ni samalah macam NAjib, kurang pengetahuan Agama. Takat menunjuk-nunjuk BERAGAMA dengan posting gambar pergi UMRAH.
Penilaian manusia: Wah bagusnya Najib, tiap bulan buat UMRAH!!!
Tapi, kalau kita beragama, kita tahu, tempat di mana kita ditanam tidak penting. Yang penting ialah amal soleh, dan amal jariah semasa kita hidup. Inilah yang akan dinilai.
Awak boleh cakap, semua jasa Tun Det tidak bermakna. Itu penilaian awak sebagia manusia. Tetapi, saya lebih percaya kepada penilaian ALLAH.
Bak kata Anon 10.10: Walaupun orang tu ditanam kat tanah kubur kampung dia tak makan rasuah, tak mencuri, tak menipu, tak menyamun, tak membunuh kehidupan dan karier orang lain tak tentu pasal, tak dayus dan macam macam lagi, ini yang penting dalam penilaian Allah.
Cuba muhasab ah dirilah WZWH.
Awakkan seorang yang berpelajaran. Gunakan pelajaran awak untuk berfikir secara mendalam - segala yang tersurat dan tersirat. Jangan hjadi penyokong yang membawa rebah.
Kalau awak benar-benar sayangkan MELAYU dan AGAMA ISLAM awak akan mintak Najib turun. Kalau Najib turun, selamatlah Umno, Melayu dan Agama.
Kalau Najib masih PM, minta maaf b anyak-banyak, lebih baik saya UNDI BEBAS atau saya simpan saja undi saya dalam PRU14
Last but not least:
Ambil pedoman daripada kata-kata Mark Twain ini:
IT'S BETTER TO KEEP
YOUR MOUTH SHUT AND APPEAR STUPID.
RATHER THAN OPEN IT
AND REMOVE ALL DOUBT.
WZWH, Megat Khirulnizam and papatango.
Sila baca artikel Dr.Awang Mat putih di bawah ini untuk dijadikan
bahan untuk muhasabah diri;
"Kita berdiri dipihak yg mana?"
Tidak pernah terjadi dlm sejarah tanah air, baik sebelum merdeka maupun selepas kemerdekaan, dimana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit."
Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah."
Malah Dr Awang, menegaskan "Mengapa org Melayu zaman moden yg hebat2 dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai2 luhur dan mulia? Apakah org Melayu miskin keberanian?
Seterusnya ia menyatakan "Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yg telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka. Tetapi sayang yg bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yg kuat menjerit "Hidup Melayu" pd perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan 90 tahun dan srikandi muda dari Langkawi.
Mana teguran alim ulama berjubah Arab yg lantang bersyarah siang dan malam dikaca televisyen mengenai amal maaruf nahi mungkar"
Mungkin ramai yg takut.Tetapi persoalanya, apa yg hendak ditakuti?
Ingatlah kata Pramoedya Ananta Toer, dalam hidup kita cuma satu yg kita punya, iaitu keberanian.Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?
Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang, "Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu."
KEPADA WZWH, Megat Khirulnizam and papatango.
Kamu semua hanya pentingkan di mana mayat kamu akan ditanam,
tetapikamu semua TIADA KEBNERANIAN untuk menegor perkara-perkara
yang mungkar.
Firaun dalam quran bukan yg membina piramid kerana firaun ni mcm sultan ada ramai sultan. Ada yg baik dan ada yg jahat. Cuba faham mesej quran jgn ambik sbb nak betulkan puak sendiri.
sama je. kalau kena sebat, kena juga.
Post a Comment