Dulu...bila orang kata awak balik kampung tanam jagung...tanam pisang itu seperti dikira satu penghinaan. Tanam jagung...tanam pisang itu low class.
Kini tidak lagi, tanam jagung...tanam pisang boleh untung dan baik untuk pulangan masa depan.
Memang nenek moyang orang Melayu dulu tanam padi, tanam jagung, tanam pisang, bela ayam itik, ternak kerbau kambing, mengail dan menebar jala di paya dan sungai.
Mereka tidak ada susah ekonomi, cukup pakai makan, tidak marah dan benci kerajaan kerana mereka semua independent dan penuh jati diri.
Ekonomi pisang boleh menjamin masa depan rakyat Pahang.
Negeri Pahang yang besar dan luas ada banyak tanah terbiar bolehlah diusahakan tanam pisang Cavendish Banana perladangan komersial berskala besar bagi tujuan eksport.
Pahang punya comparative advantage bagi tanaman pertanian tropika. Iklim tropika, cukup hujan, panas sepanjang tahun dan tiada bencana alam melampau.
Ekonomi pisang ini boleh jadi salah satu engine of economic growth Pahang.
Pisang Cavendish Banana produce a faster return of profits (kurang dari setahun) jika dibandingkan dengan cash crops lain.
Pisang sebagai tanaman di Pahang boleh memecah monopoli dan kebergantungan Pahang kepada satu dua tanaman monocrop membolehkan Pahang diversify market base dan mengurangi risiko.
Permintaan untuk pisang kekal konsisten dan permintaan antarabangsa untuk pisang jika dibandingkan tanaman lain, melebihan pengeluaran antarabangsa.
Pertanian pisang tidak mendapat tentangan NGO Alam Sekitar dunia jika dibandingkan kelapa sawit.
Perladangan pisang menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk luar bandar dan pendapatan yang baik dengan nisbah 2 pekerja bagi setiap 2 hektar.
Pisang berkhasiat kaya dengan tenaga, vitamin, dan mineral serta bebas kolestrol dan lemak. Permintaan dunia semakin meningkat.
China Current Annual Per Capita Consumption = 6.7 kg jika dibandingkan UK 15.2 kg, USA 10.8 kg, dan Malaysia 8.6 kg.
1 hektar boleh tanam 2,500 pokok pisang dan setiap pokok berat tandan pisang average 25kg bagi jenis Cavendish Banana.
Profit per harvest = USD6,288.00 per acre atau USD31.4 juta per 2000 hektar (5000 ekar).
Saiz minima perladangan komersial yang menguntungkan di peringkat antarabangsa ialah 2000 hektar (5000 ekar).
Tuaian pertama lebih kurang 10 bulan sejak mula ditanam dengan average pengeluaran 3 x tuaian setiap 2 tahun.
Land Size (Hectares) Gross Profit Estimate Per Harvest Possible Gross Profit Estimate Every 2 Years If 3 Harvests Achieved
2000 RM128.9 million RM386.7 million
4000 RM257.8 million RM773.4 million
6000 RM386.7 million RM1.1 billion
8000 RM515.6 million RM1.55 billion
10000 RM644.5 million RM1.93 billion
20000 RM1.3 billion RM3.86 billion
4 comments:
Ek pisang pulak. Tanam pisang tak up la mcm kampung je. Caviar baru lah nampak berpower.
Anon 11:16.
Caviar pun kena buat juga. Felda kena cepat buat...jangan tangguh-tangguh.
Che Wan..tanam pertama kali ok...lepas tu tanam kedua kali ..makin kurang..penyakit banyak..tanam ke tiga..terus bungkus..
Che Wan dah kaji berapa cycle baru dapat ROI dia...kalu setakat tanam 4-5 kali nanti jadi niaga buluh kasap..untung hangus..modal lesap..ha ha ha...
Pisang la pulak.. hahaha.. sturgeon masak tempoyak ada?
Post a Comment