Sang Rajuna Tapa, Bendahara yang oleh kerana dendam kesumat belot meruntuhkan Kerajaan Singapura lama berkonspirasi dengan Majapahit pada tahun 1401 membuatkan Parameswara lari ke Melaka.
Sang Rajuna Tapa adalah seorang bendahara di pemerintahan Sultan Iskandar Shah (Parameswara) di Singapura dulu. Kerana dengki dan iri hati dari sesetengah pihak di istana, beliau sekeluarga telah difitnahkan. Anak perempuan beliau (Dang Anom), yang dikatakan seorang yang rupawan telah diambil sultan untuk dijadikan sebagai gundik walaupun ia nya telah pun di tunangkan dengan jejaka idaman nya sendiri, seorang panglima (Panglima Malang).
Kerana taat atas kehendak sultan, Sang Rajuna Tapa reda anak nya dijadikan gundik walaupun hatinya remuk mengenangkan nasib yang menimpa. Anak perempuan Sang Rajuna Tapa menjadi gundik kesayangan sultan yang membangkitkan lagi rasa ketidak-puasan hati gundik gundik yang lain dan sang permaisuri.
Untuk dipendekkan cerita, sang panglima yang masih merindui kekasihnya datang di istana secara senyap untuk berjumpa dengannya. Saat ini lah yang ditunggu tunggu orang yang sememangnya iri-hati keatas kejayaan bendahara dan anak nya untuk memfitnah mereka berdua. Mereka ditangkap dan diheret di sekeliling kampung dan kemudian nya disula dikhayalak ramai.
Sang Rajuna Tapa rebak mengenangkan nasib yang menimpa. Kerana terdesak dengan ketidak adilan sultan yang menghukum tanpa usul periksa, beliau mengutus surat ke Betara Majapahit untuk menyerang Singapura. Dan disaat getir anak nya disula, Sang Rajuna Tapa membuka pintu gerbang kota untuk memberi laluan pasukan Majapahit untuk menyerang. Habis satu kota bermandikan darah dan sultan bersama pengikut pengikutnya larikan diri ke Muar. Mengikut Sejarah Melayu, sedang Sang Rajuna Tapa dan isteri nya bersiap untuk melarikan diri, dengan kehendak Allah, mereka berdua bertukar menjadi batu.
Menurut Sejarah Melayu, selepas kejatuhan Empayar Srivijaya di Palembang pada abad ke-14, keluarga diraja Srivijaya yang terselamat telah melarikan diri ke pulau-pulau sekitarnya yang masih setia kepada Srivijaya.
Pada tahun 1324, seorang putera Srivijaya bernama Sang Nila Utama menawan Temasek dan membunuh gabenor yang dilantik kerajaan Ayuthaya, Temagi. Baginda kemudiannya mengasaskan Kerajaan Singapura lama. Baginda terus memerintah selama 48 tahun dan kekuasaannya diiktiraf oleh satu utusan dari Maharaja China pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana, Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaannya ke atas Palembang, Bintan dan Temasek.
Baginda mangkat pada tahun 1372 dan digantikan oleh anaknya, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) dan cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399).
Pada tahun 1399, cicit Sang Nila Utama, Dharmaraja menaiki takhta Kerajaan Singapura lama dengan gelaran Paduka Sri Maharaja Parameswara. Bagaimanapun, pada tahun 1401, baginda telah melarikan diri dari Singapura selepas serangan tentera Majapahit yang berkomplot dengan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa.
10 comments:
Sekarang ni pulak memanda bendahara jual harta negara Kat negara asing...pun patut dihapuskan
Dah rakyat yg bodo-bodo percaya kat ceritera dongeng yg direkakarya oleh seekor sotong gergasi, maka terjuallah harta rakyat kpd kapitan cina, lepas tu rakyat yg bodo-bodo tadi meroyan mcm menang sorak kampong tergadai... Apalah nasib Pak jenin hahaha
Raja Adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Jangan ambik satu aspek saja kenapa Sang Rajuna Tapa belot. KAlau Raja nya perangai macam lanun, jatuh kan hukuman tanpa usul periksa, memang patut kita sepak keluaq saja. Le ni Bendahar yg ada pun perangai macam lanun.....mana tahan.....
Orang dulu-dulu nak tuntut ilmu pi lah bertapa. Satu hari adalah anak india nak ikut sama. Maka di tanyalah budak india ni hey! madey! mau pergi mana. Aku Raju, nak tapa.
Selang beberapa lama maka Raju nak tapa pun graduate dengan PHD. Keturunan Raju Nak Tapa itulah susur galur Paduka Bendahara Tun Madey.(Perasaan Hasad Dengki).
Cerita aku ni samalah dengan cerita diatas. Berbelit-belit
WZWH.....dulu saya baca cerita pertarongan
Hang Tuah & Hang Jebat dalam blog Jebatmustdie.
Sungguh mengharukan perasaan. Saya copypaste
dan simpan sampai hari ini. Cuba kamu tulis
semula kisah kenapa Jebat mengamuk dan akhir
nya mati dalam pangkuan sahabatnya Hang Tuah
yang membela raja yang pernah mengarhakan
supaya dia dibunuh. Mesti mengharukan pembaca
kamu.
Anon 10:56,
Pada mulanya Hang Jebat ikhlas menuntut bela kematian Hang Tuah sampai sanggup korbankan setia kepada Raja. Tapi bila mengamuk sakan, halau Raja dan Pembesar dari istana, Hang Jebat rasa sangat seronok berkuasa dan meniduri mana-mana dayang dan gundik setiap malam. Lalu Hang Jebat menjadi rosak jiwa dan raga hanyut entrance. Hang Jebat baru tahu sedap dan nikmat menjadi Raja. Hang Jebat mahu kekal status itu lalu guna alasan membela Hang Tuah dan mengajak Hang Tuah bersama memerintah Melaka ala republik. Hang Tuah tidak bersetuju kerana masih pegang prinsip setia kepada raja.
Kesian Hang Tuah, menyokong membuta tuli sampai sanggup terjun ke lubang tahi untuk menaikan kuda anak raja yang terjatuh dalam lubang tahi istana.
Tapi, buat silap sikit, terus raja hukum bunuh.
Bukan sekali, taw. DUA KALI!!!!!
Baru kamu tahu, manusia boleh rosak jiwa dan raga, hanyut dalam kemewahan sampai lupa kepada tanggong jawab, bukan saja kepada sahabat, tetapi juga negara dan rakyat jelata.
Lihat, apa jadi dengan si Jebat durhaka bila kuasa ada di tangan....???
Imagine, sampai nak jadikan Melaka negara REPUBLIK!
Lebih kurang samalah macam Malaysia kita sekarang.
Bila kuasa ada di tangan, manusia jadi lupa daratan.
Memang betul kata bijak pandai, agama, perangai dan nafsu tidak boleh diwarisi daripada ibubapa.
Ibubapa memang baik, tapi anak-anak tidak semestinya mewarisi kebaikan ini.
Kerana kemewahan hidup dan kuasa di tangan, manusia sanggup menipu dan mencuri. Boleh buat macam-macam akta dan undang-undang untuk menghalang orang bersuara.
Siapa bersuara, dia dipecat, ditukarkan, digantung kerja dan dimalukan.
Nasib baik zaman Jebat takda media macam sekarang.
Kalau ada. mesti semua diarah tutup!
Zaman Jebat takda polis dan tentera.
Kalau ada, tentu Jebat akan hantar tentera berperang membantu Majapahit meyerang Singapura. Jebat bukan kisah nyawa tentera tu. Yang penting, dia dapat sokongan Bentara Majapahit menegakkan ceritanya.
Rakyat jelata memang takkan bersuara.
Mereka digertak dan ditakut-takutkan dengan bakal raja yang lebih zalim!
Jadi, saya setuju dengan awak WZWH,
memang patut orang macam Jebat ni dihapuskan.
Kalau dibiarkan, dia akan bermaharajalela.
Beraja di mata, bersultan di hati!!!
Jangan buat fitnah Wz. Awak Jebat pun tak kenal, jumpa pun tak pernah kau tuduh pulak kawan tu berzina. Wz tau tak apa dosa menuduh orang zina?
Kalau taktau cerita sebenar jangan main tulis saja. Dosa fitnah wz pun dah sama macam dosa bunuh manusia. Sama besar macam dosa pengganas Daesh, taubatlah wz.
Jebat mengamuk pasal dia geram raja menggunakan Tuah untuk memenuhi kehendak nafsu sendiri. Dan Jebat pun geram dengan perangai bodoh Tuah senang kena main dengan raja. Nak dapat nama, pangkat, kedudukan di sisi raja Tuah sanggup kena kuda dan dibodoh dek raja. Jebat memang kenal betul dengan Tuah, pandai main helah, licik akal panjang. Tu yang buat Jebat mengamuk pasal dia tengok banyak kezaliman, seleweng, salahguna kuasa, menindas orang tanpa alasan yang benar. Jebat berpegang kebenaran. Bilamasa Jebat kaki perempuan? Tunjukkanlah bukti? Setakat baca buku dongeng semua orang boleh buat cerita. Sedangkan zaman kita hari ni pun ramai penulis2 pembodek yang suka pusing2 cerita bodek bos parti. Zaman dulu pun ada. Cuma zaman diorang takde google lah.
ni bukan 5 sahabat, ni semua kes ameno. yg lain ikut je bila panggil.
Post a Comment