Friday, November 23, 2012

Bila Pula Tuan Ibrahim Tuan Man Nak Berdoa Kehancuran 25,000 Orang UMNO Jerantut?



Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Pesuruhjaya PAS Pahang merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat dikatakan akan bertanding di parlimen Jerantut PRU13 menurut sumber. Banner di atas membuktikan minat Tuan Ibrahim Tuan Man berhasrat bertanding di Jerantut.

Bila pula giliran Tuan Ibrahim Tuan Man hendak berdoa kehancuran 25,000 orang UMNO Jerantut bagi memudahkan beliau menang bertanding parlimen Jerantut PRU 13. Daftar terkini pengundi parlimen Jerantut berjumlah 66,000.

Doa kehancuran dan melaknat BN yang dijeritkan oleh Nik Razi adik kepada TGNA memang diakui ramai mengambarkan betapa teruknya khawarij PAS.

Para pemimpin PAS menyokong kuat Nik Razi, malah mereka menyambut baik doa tersebut dan berasakan cukup tepat ditujukan kepada UMNO dan BN. Nik Aziz turut menyokong tindakan adiknya hingga mengelarkan ahli UMNO tolak Islam dan murtad seperti dilaporkan oleh media arus perdana.

Namun Nik Aziz menafikan beliau berkata UMNO itu murtad.

Nik Aziz gambarkan PAS adalah Islam,Islam adalah PAS maka tolak PAS bermakna tolak Islam maka memang patut doakan kehancuran kepada BN UMNO.

Tuan Ibrahim mempertahankan Nik Razi dan menganggap doa puaka itu adalah baik dan menepati kriteria Isle PAS ,mereka mendoakan 3 juta umat Islam yang menjadi ahli UMNO dan puluhan juta umat Islam yang mengundi BN kehancuran kerana tidak menyokong PAS.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan menghangatkan isu doa 'KO UMNO-BN' menandakan UMNO kini berada dalam keadaan ketakutan.

"Namun oleh kerana UMNO semakin rapuh, menyebabkan doa pun ditakuti."
"Sepatutnya kalau UMNO rasa tak betul (doa itu), mereka doalah pula (yang lain),"
"Semua kita faham doa tersebut bukanlah untuk menghancur atau melaknat manusia."
"Doa kepada sebuah parti yang menjadi lawan bagi PAS."- Sinar

Elok Tuan Ibrahim Tuan Man pergi ke setiap DUN dalam parlimen Jerantut-DUN Damak, DUN Pulau Tawar dan DUN Tahan buat majlis sembahyang hajat dan doa seperti di Kota Bharu pada malam Sabtu Lepas.

Orang PAS buat kerja politik di parlimen Jerantut mudah berdoa saja...

Thursday, November 22, 2012

Memahami Politik Belot Yang Boleh Meruntuhkan Kerajaan


Naina Chetu adalah saudagar yang belot semasa Portugis menyerang Melaka 1511. Persoalannya kenapa Naina Chetu yang kaya raya amat rapat dengan Sultan Ahmad anakanda Sultan Mahmud boleh belot?

Begitu juga Utimutiraja ketua saudagar Jawa yang membantu Portugis dan saudagar Cina yang menyediakan kapal jong kepada tentera Portugis.

Dan juga askar-askar upahan Sultan Melaka yang ramai melarikan diri.

Naina Chetu mempunyai komunikasi awal dengan Alfonso de Albuquerque, Wizurai Portugis di Goa, India.

Portugis datang menyerang Melaka dengan 19 kapal, 800 tentera Portugis dan 600 askar India. Naina Chetu boleh mempengaruhi komuniti India Hindu menyokong Portugis.

Kenapa Naina Chetu belot kepada Sultan Melaka? Ini yang mahu WZWH analisa relevan dengan PRU 13.

Ada komuniti pedagang India Muslim yang terdiri dari Tamil Muslim dan Gujerat. Mereka mendapat layanan istimewa dari segi perdagangan dan status dari Sultan Melaka. 

Malah Tamil Muslim begitu berpengaruh dalam politik dan Istana hingga ada yang menjadi Bendahara dan Menteri-Tun Ali, Tun Mutahir dan Raja Kassim sebagai contoh.

Ini buat Naina Chetu, Naina Dewa Sura dan Raja Mendaliar tidak puas hati. Bukan itu saja pembesar Melayu pun tidak puas hati. Maka banyaklah berlaku 'politicking' dan fitnah gosip yang menyebabkan Sultan Melaka tidak boleh membuat keputusan bijak.

Memang tidak dinafikan Tamil Muslim dan Gujerat memberi sumbangan yang besar dalam perdagangan, pengembangan Islam, mempunyai fikiran yang bernas terutama soal dasar luar Melaka.

Mungkin kekayaan dan pengaruh mereka buat saudagar bukan Islam termasuk Tamil Hindu, Cina dan   saudagar Jawa Islam malah pembesar Melayu berasa iri hati.

Terbukti hari ini keturunan Tamil Muslim begitu berpengaruh dalam politik Malaysia. Memang ada yang bijak dan bergeliga di antara mereka.

Maka Naina Chetu mengambil peluang ini untuk membalas dendam kepada Tamil Muslim dengan menyokong Portugis yang lebih percaya India Hindu.

Mengenangkan jasa yang banyak membantu Portugis dari mula, sedang dan akhir penaklukan Melaka maka Naina Chetu di beri jawatan 'Bendahara Melaka' yang dihadkan menjaga komuniti India Hindu dan termasuk India Muslim dan Pembesar Melayu serta orang Melayu lain di Melaka.

Naina Chetu dikatakan untuk lebih menjaga kedudukan prestijnya diera Portugis memerintah Melaka telah 'convert' agama Portugis Kristian-Roman Katolik termasuk seisi keluarga. Portugis memandang tinggi nilai 'Gospel, Gold and Glory'.

Oleh kerana Naina Chetu membalas dendam dan menindas golongan Tamil Muslim, pembesar Melayu dan orang Melayu dengan kejam dan zalim maka akhirnya Portugis dapat menghidu 'kegilaan kuasa' dan penyelewengan Ofis Bendahara.

Portugis melucutkan jawatan Bendahara Naina Chetu dan jawatan itu diberi kepada keturunan Bendahara yang betul Raja Abdullah dari Jambi (Sumatera). Portugis pun bimbang takut semua pedagang Melayu di seluruh kepulauan Melayu boikot tidak mahu berdagang dengan Portugis.

Naina Chetu terlalu 'frust' dan sangat kecewa. Beliau pada satu hari yang cuaca terang dan indah telah berarak di bandar Melaka dengan pakaian sutera yang mahal-mahal disalut emas bergaya. Dijemput semua kawan-kawannya dan keluarga.

Kayu-kayu cendana dan gaharu yang amat wangi dibakar. Ketika api marak menyala tinggi, Naina Chetu berkata beliau tidak bersalah dan sangat setia berkhidmat dengan Raja Portugis. Sambil berkata beliau mahu masuk syurga terus terjun dalam api yang marak.

Semua orang terbeliak biji mata melihat Naina Chetu akhirnya bunuh diri...! Peristiwa bunuh diri ini berlaku pada 1514.

Kesimpulannya orang yang suka belot ialah orang yang biasanya rapat dengan Kerajaan, mahu lebih peluang, mahu balas dendam atas layanan yang tidak adil walau dia kaya raya dan kegilaan mahu masuk syurga dan tamak!

Apa terjadi dengan Master kepada Naina Chetu iaitu Alfonso de Albuquerque penakluk Empayar Kesultanan Melaka?

Selepas menakluk dan menjarah Melaka pada 24 Ogos 1511, Alfonso de Albuquerque tidak sabar-sabar mahu membawa balik harta Sultan Melaka dengan kapal kargo paling besar ketika itu Flor de la Mar ke Portugal pada 15 Disember 1511 kononnya hendak persembah kepada Raja Portugal.

Apa yang dibawa dalam kapal Flor de la Mar dirompak dari Istana Melaka?:

  1. Perempuan-perempuan penenun kain
  2. Anak-anak perempuan Bangsawan Melaka (Tun Fatimah dikatakan turut diculik dan meninggal semasa kapal ni karam)
  3. 60 expert tukang kayu Melayu/Jawa
  4. Tiang-tiang Istana yang dihias dan dilepa dengan Emas dan Perak
  5. Tandu gajah Sultan Melaka yang disepuh dengan Emas
  6. 60 Tonne barang kemas
  7. Meja berkaki emas
  8. Gelang Sakti Nakhoda Beego
  9. 6 bijik singa tembaga hadiah maharaja Cina
  10. Baju perisai perang berkain baldu, senjata dan topi besi berhias indah
  11. Baju berkain baldu dan sutera
  12. Mangkuk-mangkok perak
  13. 2 pasu besar
  14. Perabut-perabut indah
  15. 200 kotak berlian, batu permata ruby, emerald dan sapphire
  16. Duit-duit syiling emas,perak dan timah

Pada hari yang cuaca elok dan terang, pada malamnya tiba-tiba datang ribut taufan membedal kapal Flor de la Mar membuatkannya terhoyong-hayang 'out of navigator' pecah dua terlanggar batu karang dekat pantai di Pasai Utara Sumatera.

400 orang dikapal dibiar tenggelam lemas bersama harta Sultan Melaka dan Alfonso de Albuquerque terjun bersama 5 pegawai ke atas rakit. Alfonso de Albuquerque sempat menyelamat seorang budak perempuan Melayu ditangannya.

Berita ini akhirnya tidak menyenangkan Raja Portugis lalu murka sebab Alfonso de Albuequerque telah diberi arahan dari Lisbon supaya tidak menggunakan kapal kargo Flor de la Mar yang berusia 9 tahun. Arahan Raja Portugis tidak dipedulikan.

Musuh politik Alfonso de Albuequerque menghasut Raja Portugis membuatkan akhirnya jawatan Wizurai Portugis di Asia dilucutkan. Bila berita ini diterima oleh Alfonso de Albuquerque hatinya remuk rendam macam Naina Chetu akhirnya tidak lama lepas itu menderita sakit lalu mati diatas kapal pada 1515.

Berapa nilai harta Sultan Melaka yang karam bersama pecah dua kapal Flor de la Mar? Pakar harta karun menilai USD3 bilion mungkin lebih dari itu. Hingga kini pencari harta karun selepas hampir 500 tahun tidak berjumpa jejak dan tanda harta Sultan Melaka tertimbus di dasar Selat Melaka.

Hadi Awang Presiden PAS Paling Pening Dalam Sejarah PAS?



" Some of the progressive have openly called for end to the ulama leadership of the parti". 

Tidakkah ini yang dilakukan oleh HarakahDaily?

Hadi nampak berhempas pulas untuk tidak mahu menampakan kelemahannya sebagai pemimpin tertinggi, beliau tercepit antara ulama dan gulongan progresif dan dalam keadaan ini kemalangan menimpanya satu demi satu menjelang Muktamar PAS dengan cabaran pluralisme dari anak Anwar Ibrahim Nurul Izzah, penyelewengan Harakah dan akhir sekali paling berat ialah Doa K.O meminta Firaun-Firaun UMNO dimunsnahkan.

Perbuatan itu yang dilakukan oleh adik Nik Aziz yang mewakili golongan taksub dalam PAS bukannya membantu Hadi tetapi merosakan Imej Hadi, mengingatkan kembali orang ramai terhadap Haji Hadi sebagai kepada Bapa Taksub yang memfatwakan kekufuran orang UMNO. Haji Hadi mahu supaya imejnya ini dilupakan dalam keadaan beliau mahu menunjukan diri sebagai pemimpin Order Baru PAS, sebagai pemimpin progresif .

Sesunguhnya tekanan yang dihadapi oleh PAS menjelang Pilihanraya Umum ke 13 bukannnya datang dari luar tetapi dari dalam parti sendiri dan dari rakan rakan parti Pakatan, dari kenyataan kenyataan pluralisme agama, penyelewengan Harakah ,Doa K.O, K.O yang besar kemungkinan akan membawa PAS kepada K.O. K.O.!


Agak sukar bila sebahagian pemimpin tertinggi PAS mahu sabotaj hasrat Dewan Ulama PAS mahu Hadi Awang menjadi PM ke 7 kerana lebih 'favour' kepada Anwar Ibrahim.

Kenapa Pemuda PAS Serang Harakah?



Pemuda PAS kini lebih berfikiran terbuka tidak jumud macam pemimpin senior PAS yang alegik kepada pemimpin UMNO.

Dewan Pemuda PAS telah meluluskan usul mengecam Harakah. Antara kecaman yang dinaikkan adalah:

  1. Harakah telah mengecam Dr Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Inilah hujah pertama yang dibentangkan wakil Pemuda Wilayah, Kamaruzzaman Mohammad.
  2. Harakah melebihkan berita Pakatan Rakyat berbanding berita dalam PAS sendiri.
  3. Harakah melaporkan berita-berita yang pro Syiah dan tidak berpihak kepada pemberontak Syria yang menentang Bashar Al Assad.
  4. Harakah juga dilihat akhbar yang sering mengambil berita-berita daripada blog-blog picisan, sumber yang tidak kuat dan artikel disalin bulat-bulat tanpa disunting.
  5. Harakah menerbitkan beberapa artikel yang merugikan Jemaah.

Kemarahan Pemuda ini sama seperti kemarahan Hasan Ali yang menuduh Harakah berat sebelah dan tidak mahu menyiarkan kenyataan-kenyataan beliau. Tampak jelas kemarahan Pemuda kepada Harakah.

Hakikatnya, kemarahan Pemuda kepada Harakah bermula dengan sikap Harakah yang bermusuh dengan Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Ia ditunjukkan sendiri dengan posting Timbalan Ketua Pemuda yang mengecam Harakah dalam Facebook berkaitan salah satu karikatur Harakah yang mengecam Nasaruddin Mat Isa Disember 2011.

Semua ahli PAS maklum bahawa sewaktu Pemilihan PAS 2011, Dewan Pemuda PAS adalah penyokong kuat kepada Nasaruddin Mat Isa serta Hasan Ali. Walaupun demikian, sokongan Pemuda tidak mencukupi untuk menghalang kemenangan Abang Mat Sabu. Tak hairanlah Nik Abduh marah benar dengan karikatur mengecam Nasaruddin Mat Isa.

Memang rekod Pemuda PAS yang pro kepada agenda perpaduan dengan UMNO tidak disenangi oleh Harakah yang dikawal oleh puak Erdogan Anwaristas dalam PAS.

Wednesday, November 21, 2012

Bagaimana PAS Membantu Israel Asia Tenggara Menolong DAP Menguasai Malaysia?



Dengan sikap pemimpin dan ulama PAS yang jahil politik antarabangsa mendoakan kehancuran orang Islam yang lain baru-baru ini akan memudahkan lagi Singapura membantu DAP menguasai politik Malaysia dan Singapura berubah menjadi Israel sepenuhnya di Asia Tenggara.


Siapa yang berperanan menangguk di air keroh dengan merosakkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia?

PAS parti Islam tidak menyedari peranannya membantu Singapura menjadi Israel Asia Tenggara! 

Tuesday, November 20, 2012

WZWH UMNO Totok Mendoakan Hadi Awang Menjadi PM PRU 13 JIKA DIIZIN ALLAH!


WZWH mendoakan kepada Allah agar TG Hadi Awang Presiden PAS dimakbul menjadi PM Malaysia selepas PRU 13 diterima oleh Anwar Ibrahim dengan ikhlas, diterima oleh semua ulama PAS, diterima oleh pemimpin DAP, dan disokong oleh UMNO JIKA DIIZIN ALLAH! Jangan biarkan Hadi Awang menjadi khadam. Jangan biarkan Hadi Awang menjadi nelayan.

Orang PAS selalu cakap mereka lebih Islam. Islam PAS betul. Islam UMNO tidak betul malah UMNO  tidak Islam pun.

Lalu UMNO apa? Takda agama dan pegangan? Begitulah tafsiran PAS.

Orang PAS berdoa unik. Seperti doa pada malam Sabtu lepas sila klik sini. Boleh buat 1.6 bilion orang Islam sedunia terkejut.

Orang UMNO sejak 1946 hampir 66 tahun tidak pernah berdoa PAS dimusnahkan. Tidak pernah berdoa PAS dihancurkan.

Lagu PAS ada lirik 'perpaduan umat' tapi pada malam Sabtu lepas, di Kota Bharu PAS berdoa berlawanan dengan lagu itu nyata kontradik dan paradok.

WZWH UMNO totok melalui darah, latihan dan pengalaman hari ini membuktikan kepada PAS bahawa UMNO tidak pernah mendoakan kemudaratan, kecelakaan, kehancuran kepada saudara sesama Islam.

Ini doa WZWH:

Ya Allah. Ini doa politik untuk agama, bangsa dan Tanahair.

Ya Allah, WZWH mendoakan kepadaMu agar TG Hadi Awang Presiden PAS dimakbul menjadi PM Malaysia selepas PRU 13...

diterima Anwar Ibrahim...
diterima semua ulama PAS...
diterima pemimpin DAP...
disokong oleh UMNO...

WZWH mohon doa ini diterima dan dimakbul Ya Allah jika diizinkan olehMu.

WZWH pasrah atas segala qada' dan qadarMu Ya Allah.

Sekiranya Ya Allah keputusan disebaliknya Ya Allah tidak dapat diputuskan begitu...

Bahawa Najib tetap menjadi pilihan kerana sebab-sebab yang Allah Maha Besar Lebih Mengetahui.

Maka WZWH lebih pasrah menerima dan akur Ya Allah.

Akhir doa, berikan taufik dan hidayah Ya Allah buat UMNO dan PAS bekerjasama menguat dan memakmurkan umatMu Ya Allah.

Ini bukti WZWH mahu tunjukkan apa beza doa orang PAS dengan doa orang UMNO.

Pembaca blog WZWH boleh menilai sendiri!

Monday, November 19, 2012

PAS Menuju Kehancuran Akibat Jahiliyah Aqidah Kerana Tahalul Siyasi Bisikan Syaitan


Doa PAS Tahalul Siyasi Bisikan Syaitan:

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.

Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.

Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.

Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang. 
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.

Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW. 

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.  
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ... 

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN.. [menjerit]


1.6 bilion muslim di dunia terkejut dengan PAS bila berdoa mahu menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah peradaban Islam moden ada parti Islam yang jahil aqidah mempertahankan kenyataan politik populis murtad.

Sedara sesama Islam ditentang, musuh Islam terang-terangan dikawan kerana kononnya tahalul siyasi bisikan syaitan.

Kerajaan Islam Malaysia disamakan dengan Firaun, Qarun,Namrud, dan Abu Lahab. Kerajaan Islam Malaysia zalim?

Tiada lansung elemen tasauf dalam pemikiran ulama dan pemimpin PAS. Semuanya membawa aliran pemikiran Syiah dan Khawarij tidak lansung ahli Sunnah Wal Jamaah.

PAS tidak serik dan jemu mengkafirkan orang UMNO sejak tahun 1950an, 1960an, 1980an dan kini.

PAS sering bawa isu negara Islam yang akhir digugurkan. Isu hudud tengelam timbul dibangkitkan hanya tujuan memancing undi dikalangan orang Islam.

PAS dengan doa politik itu boleh dituduh untuk menghasut masyarakat Islam Malaysia berpecah belah dan mungkin berperang seperti apa yang berlaku di Timur Tengah.

Psikologinya ulama dan pemimpin PAS tidak berkeyakinan dan terlalu berasa rendah diri kerana menyedari majoriti orang Melayu akan menolak PAS pada PRU 13.

Sebab itu doa politik itu dibaca macam itu seperti terdesak.

Orang Melayu dan bukan Melayu perlu menolak PAS parti Islam paling ekstrem dalam dunia.

Sikit hari lagi PAS akan jadi parti pelampau. Jangan terperanjat akan ada elemen teroris seperti 'suicide bomber' demi mencapai hasrat tahalul siyasi bisikan syaitan.

Kalau ISA masih ada sepatutnya ulama dan pemimpin PAS yang terlibat perlu diISAkan.

Majlis Raja-Raja dan Sultan selaku Ketua Agama Islam perlu menegur ceteknya keIslaman PAS.

Majlis Mufti dan Ulama kebangsaan perlu kondem doa politik PAS ini yang boleh merosakkan umat Islam Malaysia.

PAS menuju kehancuran akibat jahiliyah aqidah kerana tahalul siyasi bisikan syaitan!

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...