Monday, November 19, 2012

PAS Menuju Kehancuran Akibat Jahiliyah Aqidah Kerana Tahalul Siyasi Bisikan Syaitan


Doa PAS Tahalul Siyasi Bisikan Syaitan:

Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ke putrajaya 3x
Ya Allah hukumkanlah UMNO BN 3x
Dalam pilihanraya ke-13 ini, kezaliman UMNO BN 50 tahun lebih kepada agama Mu, kepada hamba Mu kepada negeri kami. Ya Allah, Engkau lebih mengetahui tentang hal kami.

Kami hambaMu datang dari tempat jauh dan dekat, berkumpul di tempat yang penuh berkat, di malam bersejarah ini. Ya Allah Engkau lebih mengetahui mengenai kami. Kami hamba-hambaMu Ya Allah, datang dari jauh dan dekat berkumpul di malam yang berkat.

Ya Allah ampunila dosa kami. Dosa kedua ibu bapa kami 3x.
Janganlah Engkau mengazabkan kami Ya Allah, kami hamba-hambaMu.

Sekiranya Engkau ampuni dosa kami, Engkau Tuhan pengampun lagi maha penyayang penuh kasih sayang. 
Ya Allah, kuatlah iman kami. murahkan rezeki, amankan rumahtangga, negeri dan negara kami, cemerlangkanlah anak-anak kami.

Anak-anak kami adalah amanah dariMu Ya Allah. Berilah mereka berjaya di dunia dan di akhirat nanti. Berilah mereka berjaya untuk menolong Sunnah Muhammad SAW. 

Ya Allah hukumkan UMNO.
Ya Allah hukumkan UMNO BN.
KO BN, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, KO BN, BN KO, dalam pilihanraya ke - 13 ini Ya Allah.  
Mudah-mudahan perjalanan kami ke putrajaya Ya Allah dengan begitu mudah sekali, permudahkan dengan pertolongan Mu Ya Allah.

Kalau la Engkau Ya Allah pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Engkau telah izinkan bumiMu telah Qarun, Ya Allah, Engkau telah melaknatkan Namrud.. dan begitu juga Abu Lahab, maka sungguh mudah untuk Engkau bagi jahanamkan UMNO dan BN dalam pilihanraya ke - 13.

Tidak larat kami nak lihat anak-anak kami dalam suasana tidak selamat, dalam dan luar rumah.. ragut, rogol, bakar, cincang manusia dan macam-macam jenayah, Ya Allah habislah negara kami ini dijual oleh UMNO.. Singapura dah habis Ya Allah, Batu putih.. putih Ya Allah.. Ya Allah Tanjung pagar.. rapat ke pagar Ya Allah ... 

HANCUR UMNO.. TUMBANG BN.. [menjerit]


1.6 bilion muslim di dunia terkejut dengan PAS bila berdoa mahu menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia.

Tidak pernah berlaku dalam sejarah peradaban Islam moden ada parti Islam yang jahil aqidah mempertahankan kenyataan politik populis murtad.

Sedara sesama Islam ditentang, musuh Islam terang-terangan dikawan kerana kononnya tahalul siyasi bisikan syaitan.

Kerajaan Islam Malaysia disamakan dengan Firaun, Qarun,Namrud, dan Abu Lahab. Kerajaan Islam Malaysia zalim?

Tiada lansung elemen tasauf dalam pemikiran ulama dan pemimpin PAS. Semuanya membawa aliran pemikiran Syiah dan Khawarij tidak lansung ahli Sunnah Wal Jamaah.

PAS tidak serik dan jemu mengkafirkan orang UMNO sejak tahun 1950an, 1960an, 1980an dan kini.

PAS sering bawa isu negara Islam yang akhir digugurkan. Isu hudud tengelam timbul dibangkitkan hanya tujuan memancing undi dikalangan orang Islam.

PAS dengan doa politik itu boleh dituduh untuk menghasut masyarakat Islam Malaysia berpecah belah dan mungkin berperang seperti apa yang berlaku di Timur Tengah.

Psikologinya ulama dan pemimpin PAS tidak berkeyakinan dan terlalu berasa rendah diri kerana menyedari majoriti orang Melayu akan menolak PAS pada PRU 13.

Sebab itu doa politik itu dibaca macam itu seperti terdesak.

Orang Melayu dan bukan Melayu perlu menolak PAS parti Islam paling ekstrem dalam dunia.

Sikit hari lagi PAS akan jadi parti pelampau. Jangan terperanjat akan ada elemen teroris seperti 'suicide bomber' demi mencapai hasrat tahalul siyasi bisikan syaitan.

Kalau ISA masih ada sepatutnya ulama dan pemimpin PAS yang terlibat perlu diISAkan.

Majlis Raja-Raja dan Sultan selaku Ketua Agama Islam perlu menegur ceteknya keIslaman PAS.

Majlis Mufti dan Ulama kebangsaan perlu kondem doa politik PAS ini yang boleh merosakkan umat Islam Malaysia.

PAS menuju kehancuran akibat jahiliyah aqidah kerana tahalul siyasi bisikan syaitan!

26 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Dicadangkan UMNO balas perbuatan PAS mendoakan kehancuran UMNO. UMNO buat sembahyang hajat, panggil ramai-ramai dan doakan kehancuran PAS kerana PAS telah sesat akibat jahiliyah aqidah kerana tahalul siyasi bisikan syaitan.

UMNO pun apa kurangnya, juga mempunyai ulamak ulamak yang tidak kurang hebatnya. Elok Tok Guru Pondok di Kelantan itu mengetuai sembahyang hajat memohon kehancuran PAS.

PAS buat kat UMNO. UMNO pun boleh buat juga kat PAS dan boleh buat dengan lebih baik sebab UMNO adalah tunggak kerajaan Malaysia. (Yang PAS tak buat hanyalah ganggu dan halang orang nak pi ceramah UMNO je.)

Anon 5:05

ps: Wan zurik...saya suka dengan statement ini : " 1.6 bilion muslim di dunia terkejut dengan PAS bila berdoa mahu menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia."

"Kerajaan Islam Malaysia" - baru le faham cerita mengenai NFC Shahrizat, Datin Sri Rosmah terkinja-kinja menari ala bollywood, berdiam diri bila CSL hina Islam, Nazri Aziz anak beranak dan Michael Chia, 1/2 orang melayu berpendapatan kurang drp RM 1,500 sebulan sedangkan pemimpin UMNO semuanya kaya raya.

Anonymous said...

PAS parti Islam dan UMNO parti kebangsaan. Ini kenyataan...sila rujuk perlembagaan kedua2 parti.

Mendoakan kehancuran sebuah parti yg tidak menjadikan Islam sebagai tunjang perjuangannya seperti UMNO ini tidaklah menjadi masalah. Lebih2 lagi parti ini telah banyak melakukan penyimpangan dari landasan Islam, banyak melakukan perkara2 kemungkaran, penyelewengan, tidak adil, kronoisme dan berbagai2 lagi.

Yg menjadi masalah jika mendoakan kehancuran orang2 UMNO...ini yg tak boleh sebab orang2 UMNO tetp Islam cuma mereka bersifat 'fasik' (ini tafsiran Ustaz Keria berdasarkan tafsiran ustaz2 dlm ISMA)kerana memilih nasionalis sekular sebagai asas perrjuangan.

Atas sifar cinta sesama Islamlah maka orang PAS mendoakan kehancuran UMNO agar org2 UMNO kembali kejalan benar sebagaimana yg diungkap dalam surah al Fatihah ayat ayat ke5, "tunjukkan kami jalan yg lurus".

Wallahu'alam.

Mat Periba

Anonymous said...

Apa salah PAS memohon kehancuran UMNO?UMNO pun boleh buat bagitu jugak dengan media yang gergasi UMNO pun takut?Apa PAS ada, Harakah?Berapa ribu naskah yang boleh jual?
Kalau UMNO tak hancur,kita yang hancur,dengan wang berbillion yang masuk kocek kroni2,cincin ber puluh juta,lembu bercondo,wang 40 juta yang meragu ragu,tidak kah itu wang kita/rakyat?Pakai wang macam wang bapak atuk dia punya.
Itulah sikap Melayu UMNO.

Anonymous said...

Orang UMNO bukan bodoh dan pandir macam orang PAS sebab itu UMNO melalui BN memerintah Malaysia sudah 12 PRU. Insyallah Allah akan beri lagi UMNO menerintah selepas PRU 13 kerana PAS terlalu jahil untuk memimpin umat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Anonymous said...

Orang UMNO bukan bodoh,tetapi yang bodoh ialah Melayu yang diperbodohkan , jahil dan pandir.Mu tengok Melayu yang kaya kaya belaka sampai harta bertimbun2 siapa kah mereka?Tak salah kebanyakan orang UMNO saja,Peneroka Felda?hutang tak habis habis,ada yang bayar berpuluh tahun pon tak habis bayar.Tu lah kata "kurang bijak dan kurang pakai otak"

Anonymous said...

Ala wan zari, bior je PAS nak doa kepada Allah kehancuran UMNO. Apa nak ditakutkan melainkan awak sangsi dengan kebijaksanaan Allah. Kalau UMNO itu baik sungguh mulia, masakan Allah tak tahu. Doalah sebanyak manapun takkan Allah makbulkan kalau UMNO tu baik. Apa yang awak risaukan?

UMNO tak rasuah, tak curi wang rakyat, adil, janji ditepati, bina sekolah, bina jalanraya, bina hospital, bina masjid dll.

Jadi, nape awak bimbang. Awak takut tuhan makbulkan permintaan PAS? Itu kerja tuhan, bukan kerja awaklah.

Anonymous said...

Wan Zurik,

Saya menyokong pendapat Anon 9:56 dan Anon 10:46. UMNO, baik lama atau baru telah memerintah sejak 55 tahun yang lalu. Maknanya ia mempunyai daya tahan yang kuat untuk terus wujud dan ini cukup untuk tidak merasa terancam dengan doa PAS.

Doa PAS untuk kehancuran UMNO bukan kali pertama dalam sejarah persaingan politik PAS-UMNO sejak dari dulu lagi. Dan ini bukan kali terakhir.

Saya tidak faham dengan reaksi pemimpin-pemimpin UMNO berkenaan doa PAS ini. Apakah yang bersarang difikiran mereka apabila mengeluarkan reaksi tersebut. Jika reaksi tersebut sebagai satu strategi dengan tujuan untuk dijadikan modal politik - saya rasa tujuan itu sangat kebudakan dan ketinggalan zaman.

UMNO kena faham, UMNO juga mempunyai hak yang sama seperti PAS ia itu mengadakan solat hajat dan mendoakan kehancuran PAS sebagai ikhtiar untuk mempertahankan diri dari fitnah PAS. Gunalah hak dan peluang yang ada ini.

UMNO juga perlu ada keyakinan terhadap perjuangannya kerana mengikut Mahathir dan lain-lain pemimpin UMNO, kerajaan pimpinan UMNO selama ini adalah sebuah KERAJAAN ISLAM YANG DIIKTIRAF OLEH SELURUH DUNIA ISLAM.

Apa lagi, pada pandangan UMNO, PAS telah sesat dari ajaran Islam yang sebenar. Reaksi dan spinning Wan Zurik, tidak mengambarkan konfiden yang sepatutnya ada pada parti yang berpegang kepada Islam yang benar.

Anon 5:05

Anonymous said...

Parti bukan insan. Mendoakan kehancuran parti tidak bermakna mendoakan kehancuran insan yg menganggotai parti berkenaan.

Hammas (parti Islam Palestain) mendoakan kehancuran Al Fatah (parti kebangsaan Palestain) bukan bermaksud mendoakan agar umat Palestain dihancurkan...ini En Wan yg ada MR kena faham dan kena cerdik akal...

Anonymous said...

UMNO 'mungkin' tidak zalim kpd orang2 UMNO tetapi yg pasti, UMNO memang melakukan kezaliman kpd parti PAS, kerajaan PAS dan ahli2 PAS.

Sejarah telah mencatatkan banyak kezaliman yg dilakukan UMNO terhadap PAS. Diantaranya termasuklah; 1) Menggunakan media kerajaan (yg dibiayai wang rakyat) untuk memburuk2kan PAS (parti sah ditubuhkan mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan). 2) Terdapat percubaan utk menggurkan perkataan Islam dalam parti PAS. 3) PAS disekat untuk menerbitkan akbar harian. 4) Kerajaan PAS Trengganu dan Kelantan dinafikan hak utk mendapat wang royaliti petroleum. 5) Wang saluran kerajaan Persekutuan kpd kerajaan negeri PAS dilewat2kan malah cuma disalurkan melalui jabatan Persekutuan yg sengaja diwujudkan. 6) Melakukan diskriminasi pembangunan ke atas kerajaan negeri yg diperintah PAS...(contoh:lebuhraya LPT tidak disambngkan ke Kelantan). 7) Menahan pemimpin PAS dibawah ISA seperti dalam operasi Lalang pada 1988 sedangkan yg membawa onar kpd negara adalah geng2 UMNO sendiri...pemuda UMNO dibawah Najib vs Timbalan Presiden MCA. 8) Melakukan pembunuhan terhadap guru agama dan pengikut2nya dlm peristiwa Memali. 9) Melakukan kekerasan fizikal kpd pemimpin PAS. 10) Rakyat yg ingin memohon tanah, rumah kos rendah dan bantuan lain dikenakan syarat mesti menjadi 'ahli UMNO' sebb yg tukang interview ialah Tok$ UMNO dan Tok Penghulu UMNO. 11) Pegawai2kerajan yg menjadi peyokong tegar PAS dibuli dgn sesuka hati..ditukar tanpa kerelaan. Dan berbagai2 lagi kezaliamn...

Dengan kezaliman ini maka memang patut UMNO yg zalim (pada kacamata PAS) perlu di'jahanamkan' agar orang2 UMNO tidak perlu lagi 'bergantung nyawa' kpd UMNO dan rakyat jelata tidak terkesan dgn perangai buruk yg dibawa UMNO ini.


Mat Periba

Anonymous said...

Nampak gaya sebahagian kecil doa PAS sudah dimakbulkan...

Petanda awal...Wan dan UMNO 'mengelabah abis'.

Anonymous said...

Semoga Allah melindungi penduduk Malaysia dari kekejaman dan gangguan syaitan yg dikenali...amin....

Anonymous said...

memang patut rakyat kelantan dan orang islam mendoakan kejatuhan umno/BN..kerana umno/bn terlalu menganiaya 95% penduduk islam kelantan antaranya..

1) Disembunyi wang royalti dan bila terbongkar mula nak beri hujah yg tak munasabah...
2) Lebuhraya tidak dibina di negeri yg majoriti orang islam..
3) Tidak memberi kebenaran penduduk islam kelantan melaksanakan hukum islam.

Ya Allah...laknatkanlah la umno/bn yg telah banyak menzalimi penduduk islam kelantan...Amin...

Anonymous said...

Salam 4 all,,,

Sepatutnya kita bincang dalam sudut
akidah,fikh[8undang]dan baru kita
masuk kapada tahalup siyasi...

Pada sudut akidah tidak membawa kapada syirik dan murtad....tapai
dalam undang2 atau fikh sangatlah
salah,,,,sebab fikhlah yang membentuk siyasah.Salah satu cabang
siyasah yang diharuskan ialah tahaluf siyasi ,tapi dengan sayarat yang ketat ,iaitu tidak
memudaratkan keseluruhan umah dalam semua sudut,,,.

Punca Pas sangat cacamerba sekarang
disebabkan tahaluf siyasi yang tidak mengikut kahandak fikh.....
Sebab itulah dulu saya tanya kapada
pengomen2 ,bila dan siapa mula yang
melaksanakan tahaluf siyasi dan ........

Apabila tahaluf siyasi tidak menepati fikh atau salah ,sudah
pasti diikuti dengan perbuatan
salah untuk mempertahankan kesalahan pertama.Inilah yang telah
terjadi dalam Pas sekarang.

Saya teringat sebuah hadis khusus
kapada Syadina Ali yang sedang duduk bersama Rasullah.....telah
berkata banginda kapada S.ALI...
Ya Ali ,apabila sesaoran telah
melakukan kesalah yang besar,,Allah utuskan iblis yang
besar juga untuk memperdayakan
orang tersebut supaya berterusan
melakukan kejahatan yang lebih besar dan akan berterusan dosanya
selagi tidak bertubat.....Saya tidak hairan apa yang dibuat Pas
sekarang....mereka telah menurukan nilai kepaling bawah dalam adab
berdakwah dan berpolitik.Janji Allah tepat...Allah Zahir,Allah
Batin ....spt yang dinyatakan dlm
Asmaulhusna...tak gutu kawan2...

Biar saya saja yang toyong,tuan2
jangan toyong.

Tanam kurma di kampong Periba,
Tapi sayang tidak berbuah,
Kalu nak menang biar betul cara,
Jangan sampai lucut akidah.

Selamat Toyong,,,, mana yang hendak toyong...

Gasing Toyong...tk

Anonymous said...

Ambo rasa UMNO/BN terus majukan orang klantan.
Tengok brapo ramai org klate di PTD, GLC, IPTA . Ramai orng klantan jadi usahawan berjaya dan membanggakan.

Anonymous said...

gasing Toyong nampaknay lebih hebat drp Ulamaa2 PAS....mengtafisan tahaluf syiasi UMNO dgn MCA/MIC/PBS sebagai wajar berbanding tahaluf syiasi PAS yg kononnya tidak mengikut feqah. Memang jenis berhujah 'Toyong'. UMNO nak bersyasi apa kemende kalau UMNO buka sebuah Parti Islam...rujuklah perlembagaan UMNO tu sebelum berhujah...

Anonymous said...

Hebat sungguh Wan Zurik dan Gasing Toyong ini sehingga dapat mengalahkan hujah para2 ulama PAS dalam isu istihaj Tahaluf Syasi PAS. Gasing Toyong ini berguru dan bertalaqi dgn sapa agaknya? Kalau setakat copy paste tak payahlah berhujah...

En Toyong, Dewan Ulama PAS ini dianggotai oleh mereka yg alim dlm pengajian Islam seperti Dr Azar Yaakob, Dr Khairuddin, Dr Haron Din, Harun Taib, Dr Mahabob dan ramai lagi....Org macam Dr Hassan Ali memang tidak layak utk mengganggotai Dewam Ulama ini sebab Phdnya dalam bidang perancang bandar.

Jadi, apakah mereka (ulama PAS) ini jenis manusia yg tak takut kpd kepanasan api neraka tidak sebagaimana Gasing Toyong atau Wan Zurik takut? Atau mereka tidak berhujah menggunakan nas2 alQuran dan Hadith sebagaimana bijaknya Ustaz Keria/Gasing Toyong/Wan Zurik menggunakn nas ini utk berhujah..sudahlah.

Sebenarnya PAS atau semua ahli PAS tidak pernah dipandang 'baik' oleh UMNO tak kira sama ada ia memperjuangkan Negara Islam atau Negara Berkebajikan. PAS cuma menjadi baik jika ia dapat membantu memuaskan nafsu sarakah UMNO untuk terus berkuasa..

Jahat sungguh UMNO ini...pergi jahanamlah kamu UMNO.

Kutukandewata said...

anon semua,
nampaknya anda berhujah menegakkan kumpulan masing-masing.

serahkan kepada allah.

allah dah ingatkan kita.

aku akan naikkan kerajaan yang aku suka.dan aku akan jatuhkan kerajaan yang aku tak suka.

yang kau orang bertegang urat ni buatapa.sampai memanjangkan fitnah yang belum tentu betul atau tidak.

kalau allah kabulkan doa pas bermakna allah dah tak suka kan umno.maka jatuhlah umno.

relaks lah bro....ingatkan tuhan sikit.

Anonymous said...

En Kutukan Dewata,
Allah SWT beri kemenangan atau mengekalkan kemenangan sesuatu kumpulan atau kerajaan tidak bermakna Allah suka kpd kumpulan atau kerajaan tsb...

Adakah Allah SWT suka kpd rejim Zionis yg sedang mengganas di bumi Ghaza sekarang atau Allah sayang kpd Obmana sehingga beliau dapat mengekalkan jawatannya sebagai presiden Amerika...

Anonymous said...

Kata bekas mufti Perlis DrMAZA kita boleh mendoakan keburukan keatas mereka2 yg melakukan kezaliman keatas kita. Oleh itu harap UMNO mendoakan agar PAS dan orang2 PAS ditimpa keburukan kerana telah melakukan kezaliman ke atas UMNO dan orang2 UMNO....silakan!

Anonymous said...

ISU TAHALUF SIYASI MENYEBABKAN PAS KEPANASAN..

SOKONG PAS=SOKONG CINA= YAHUDI SOROS

Anonymous said...

Ramai dah berbunyi tak jadi nak undi PAS berikutan isu doa.
Tengok sajalah beb guana keputusannya nanti.

Anonymous said...

Anon 2.01PM

Kamu ketinggalan bas...kan Wan dah mendoakan agar Tuan Guru Hj Ab Hadi Awang diangkat menjadi PM selepas PRU13 nanti. Utk dilantik jadi PM, PR mestilah menang manakala PAS mesti dominan dalam pakatan tsb. Bagi memenangi PAS pengundi2 UMNO kenlah mengundi PAS pada kali ini...mudah2an doa Wan berjaya dan DOA PAS untuk hancurkan UMNO (bukan hancurkan org UMNO) juga berjaya...Ameen

Anonymous said...

salam wahai saudara..
secara psikologinya...
jikalau seseorang itu membesarkan sesuatu perkara, marah ataupun takut untuk mneghadapi sesuatu perkara...maknanya..macam betul je diorang yang buat perkara2 macam tu..macam anda ni lah...marah2 tak tentu pasal..ataupun..memang betul ANDA SEMUA yang melakukan..?ingat,ALLAH SENTIASA MELIHAT APE YANG HAMBANYA SENTIASA LAKUKAN....jjdi,,serahkan sahaja lah perkara ini kepada ALLAH S.W.T...kalau termakbul doa mereka..maka..mungkin...hmm...tuan2 sekalian fikir sendiri lah ye....(^_^)..

Anonymous said...

mengikut ape yang diajar oleh guru saya...
antara percakapan ULAMA' dengan PEMIMPIN...kita perlu mendahulukan percakapan ULAMA'....

Kutukandewata said...

anon 7.15 am,

aku hanya menyebarkan firman Allah.soal Allah suka kat israel ke sape ke mana aku tahu.wallahualam!dia yang maha mengetahui.kau tak nak percaya firman allah kau punya pasal.mungkin allah mengekalkan israel agar jadi pengajaran kepada umat islam yang dah tak kuat akidah berbanding israel yang begitu kuat akidahnya kepada kitab taurat.

Anonymous said...

kutukan dewata..firman Allah ayat mana surah mana?sila nyatakan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...