Thursday, November 1, 2012

Apa Pahang Mahu Belanja RM100 juta Royalti Minyak?




DS Najib kata Pahang ada minyak 160km di luar pantai Pahang berpotensi keluar 64 juta tong akan mula beroperasi 2014.

DS Najib umum Pahang layak dapat royalti RM100 juta sebagai permulaan.

Apa Pahang mahu belanja RM100 juta royalti minyak? Itu yang 1.5 juta rakyat Pahang perlu tanya.

Juga 100,000 orang Jerantut juga perlu tanya apa bahagian untuk orang Jerantut.

Kita mahu duit RM100 juta itu digunakan secara cekap dan berkesan-value for money.

Jangan dibuat benda-benda yang membazir, tidak masuk akal seperti projek jalan kampung ditengah hutan, monumen-monumen yang pandir, benda-benda yang megah memecah rekod Guiness!

Mengikut DSD Adnan Yaakob MB Pahang, beliau mahu duit itu diguna:

  • Untuk projek-projek kecil rakyat 
  • Untuk membantu orang susah kurang upaya 

Siapa yang mahu mengenalpasti dan meluluskan peruntukan kepada golongan sasaran?

Perlu dibentuk satu komitee AJK mengurus dan memantau pembelanjaan wang royalti minyak ini.

WZWH berpendapat satu cara sejumlah peruntukan dari duit royalti minyak ini diberi kepada semua ahli parlimen dan ADUN Pahang tidak kira apa parti bagi memudahkan wakil rakyat memberi perkhidmatan yang terbaik.

Sebenarnya yang paling rapat dengan rakyat ialah ahli parlimen dan ADUN.

Bila semua ahli parlimen dan ADUN Pahang ada banyak peruntukan maka mereka ceria buat kerja untuk rakyat tanpa pening kepala dan sakit jiwa mencari peruntukan dan dana.

Pahang ada 14 ahli parlimen dan 42 ADUN.

Jika diberi peruntukan setiap orang RM50,000 sebulan bagi mengurus rakyat kawasan maka:

56 X RM50,000 = RM2.8 juta. 

Kalau setahun maka 12 X RM2.8 juta = RM33.6 juta.

Ingat duit ini RM33.6 juta perlu 14 ahli parlimen dan 42 ADUN guna untuk rakyat di kawasan.

Syaratnya 14 ahli parlimen dan 42 ADUN perlu amanah dan adil.

Jika peruntukan diberi begini tidak timbul soal isu ahli politik korporat atau ahli politik miskin. Bukan semua 14 ahli parlimen dan 42 ADUN Pahang itu pandai berniaga juta-juta. Ramai yang makan elaun kais pagi makan pagi kais petang makan petang bergantung ehsan kepada MB Pahang dan kawan-kawan korporat yang sudi menolong.

Dalam keadaan ekonomi dunia merudum, harga barang, bil api naik menyebabkan elaun ahli parlimen dan ADUN yang lebih kurang RM5000 itu tidak cukup.....

Dulu DS Najib cuba mencadangkan elaun ahli parlimen dinaikkan tapi ditentang keras oleh Anwar Ibrahim. Ramai ahli parlimen marah termasuk ahli parlimen pembangkang tetapi hanya simpan makan dalam hati.

Apa Pahang mahu belanja RM100 juta royalti minyak? 1.5 juta rakyat Pahang yang bijaksana tentu boleh memberi cadangan dan komen.....

11 comments:

Anonymous said...

Wan,
Org J'tut tak nak benda yg pelik2. Bagi mereka kalau Hospital Jerantut dinaikkan taraf dah cukup.

Kas tak tau berapa kali Wan berkunjung ke Hospital Jerantut...sangat doaif. Hospital ini sama taraf dgn hospital zaman perang.

Jadi wang royaliti petrol bgi org J'tut patut disalur utk pembinaan Hospital baru yg lebih cangih...jangan bina hospital ditapak sedia ada sekarang. Susoh kome dah sampai...koner sana koner sini baru sampai. Kalau boleh bina kat Temin atau kat J'tut Feri.

Anonymous said...

Kas lupa hospital Jerantut. Kas sokong sangat.
Bina hospital besor Dan naik taraf Jadi
Hospital pakar.
Bak jalan kampung dalam hutan seperti jalan
Di Hulu Tembeling tu memang patut
Tak masuk dalam sejarah.tak payah bina.
Membazir kata WZ. Jalan benkang-bengkok
Ikut kayu balak.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 11:35,
Kalau Anon perasan di belakang Bangunan Perpustakaan Awam Jerantut sedang di bina Polyclinic yang menelan belanja berpuluh juta untuk kemudahan kesihatan orang Jerantut.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Anon 11:45,
Projek Jalan Ulu Tembeling merentasi Terengganu itu WAJIB BUAT.

Maksud WZWH jalan kampung dalam hutan tapi tiada penghuni seperti di negeri jiran itu tidak masuk akal.

Anonymous said...

Kalau lah wang RM100j itu diagihkan pd wakil rakyat BN maka ucapkanlah waalaikumussalam pd peruntukan itu.
Faham2 je lah wakil rakyat UMNO!!!

Anonymous said...

WZ Gaya ya tak tahu beza antara hospital dengan
Poliklinik. Itu belum campur Klinik 1Malaysia.

Anonymous said...

Hospitak Temerloh pun "under utilised" banyak ruang-ruang banhgunan belum digunakan sepenuhnya dan masih kekurangan doktor-doktor pakar apa lagi nak buat hospital baru di Jerantut...siapa doktor-doktor pakar nak tinggal di Jerantut?

Anonymous said...

bodo!

Anonymous said...

Doktor Dan doctor pakar Akan Bertambah dengan kadar Yang menegak. Terdapat lebih 30 buah
IPTA Dan IPTS yang menawarkan kursus
Kedoktoran Dan makin banyak doctor yang
Menjadi doctor pakar.
Kesimpulannya, doctor Dan doctor pakar
akan melebihi permintaan dalam beberapa tahun
Akan datang.
Tidak ads masaalah juga jika Pusat kepakaran
kecil dapat Di bina Di Jerantut.

Anonymous said...

ramai yang busuk hati dan kuat buat fitnah.

Anonymous said...

Dapat 100 juta?...

Bayar saman balak 60 Juta
pastu 40 juta yg lebih2 tu kenduri la sesama umno...
Umno Sabah boleh dapat 40 juta...umno pahang tak kan mengangga je.....

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024