Monday, November 26, 2012

UMNO One Last Chance!



UMNO perlu tunjuk sudah bersedia untuk PRU 13. Perkara-perkara menarik perlu ditonjolkan dalam Persidangan UMNO kali ini.

Persidangan UMNO yang beri tanda-tanda kepada rakyat yang UMNO bergerak ke depan bukan seperti Muktamar PAS yang dilihat rakyat bergerak ke belakang medieval age! 

PRU 13 adalah pertempuran do or die UMNO. Rakyat mahu lihat UMNO serious dan tunjuk kesungguhan mahu berubah dan perkasa.

DS Najib sangat perlu mandat rakyat PRU 13 itu PERKARA POKOK sebelum boleh menjana perubahan, reformasi yang perlu dan transformasi lengkap.

Adalah malang jika DS Najib menjadi nasib seperti Abhisit Vejjajiva yang gagal mendapat mandat seterusnya untuk melaksanakan agenda transformasi tewas kepada populist Yingluck Shinawatra walau imej Abhisit yang bersih, jujur, bersungguh dan penampilan orang muda.

DS Najib perlu buktikan kepimpinan karisma, ucapan orator terbaik mendorong kebangkitan semangat UMNO tersohor dalam sejarah, termasuk gaya lenggok body language. DS Najib perlu buktikan yang beliau memang berkebolehan. 

15 juta pengundi mahu memerhati dan melihat tanda-tanda dan mesej DS Najib buat kali penilaian terakhir serta adakah DS Najib boleh command orang UMNO juga seluruh rakyat mahu lihat 'the true and real' DS Najib.

Bukan mudah merealisasi dan mengimplemen transformasi yang DS Najib tiada pilihan untuk offer kepada rakyat jika tidak BN hanya boleh survive hingga PRU14.

BN pada hakikatnya mengikut sejarah parti di dunia tidak akan memerintah sebegitu lama lebih 55 tahun yang kebiasaannya tidak lebih 30 tahun. Kebiasaannya hanya paling kuat 2 penggal. UMNO dan BN adalah pengecualian sangat panjang umur.

Jika UMNO tidak belajar dari kesilapan. Jika UMNO tidak mahu membaikpulih. Jika UMNO tidak mahu membaiki...rakyat akan menolak. Sentimen rakyat terkini masih mahu memberi UMNO peluang pada PRU 13-one last chance.

Barisan pemimpin pembangkang pada hari ini tidak boleh lagi kepada penilaian rakyat mengambilalih Putrajaya. Rakyat merasakan Putrajaya akan menjadi lebih teruk jika didiami oleh barisan pemimpin pembangkang.

Hipokrasi, nepotism, benda-benda pelik angkara Pakatan Rakyat membuat rakyat merasa janggal. Mungkin barisan pemimpin pembangkang junior boleh menjadi lebih baik dan mengambilalih kepimpinan Pakatan Rakyat sebelum PRU14.

UMNO perlu bersedia dengan segala macam perubahan. UMNO kemungkinan besar boleh survive PRU 13 tapi perlu buang pemimpin yang rosak dan korupsi. Najib perlu sampaikan mesej ini ke Bahagian-Bahagian UMNO.

Semua warlord yang sudah tua dan tidak berguna perlu direhatkan termasuk pemimpin yang lebih memikirkan kepentingan peribadi dari parti. DS Najib perlu menjalar ke akarumbi dan beritahu grassroot UMNO yang mereka perlu membantu buang semua parasit dalam UMNO.

Pada Sidang Mesyuarat UMNO kali ini, Najib perlu meyakinkan rakyat yang beliau boleh dan berkeupayaan melakukan perubahan dan transformasi. Perwakilan UMNO juga perlu meyakinkan rakyat bahawa mereka adalah pembuat dasar parti dan negara yang berguna kepada Malaysia.

Orang UMNO perlu meyakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka bijaksana dan berhemah, bukan tidak berilmu dan tiada beradab, dan bertanggungjawab kepada kesejahteraan dan kemakmuran bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga kepentingan lain-lain kaum di Malaysia-bukan doa kehancuran tidak beradab tidak bertanggungjawab lagi penuh taksub.

Ingatan WZWH kepada DS Najib:

DS Najib sungguh sangat bertuah diberi oleh Allah atas segala permasalahan, konflik, cabaran, kesusahan dan kepayahan yang paling teruk dalam sejarah kepimpinan Perdana Menteri Malaysia. Anggaplah ini sebagai cubaan dan dugaan dari Allah. Anggaplah ini sebagai peluang untuk membuktikan kepada Allah bahawa jihad politik ini adalah tugasan yang sangat mulia.

Tidak ada guna menjadi PM dalam keadaan semua benda mudah dan aman serta tiada cabaran. Sejarah akan mengenang DS Najib sebagai Pemimpin dan Perdana Menteri terhebat jika dengan kesabaran penuh tawaduk sanggup memikul beban permasalahan umat dapat merungkaikan satu demi satu.

DS Najib tidak perlu takut bergerak ke depan menempuh segala rintangan. Semua usaha-usaha untuk kebaikan ummah diberi markah, merit dan bonus oleh Allah.

Inilah peluang yang jarang-jarang Allah beri kepada pemimpin Islam dalam sejarah dunia. Ambil peluang ini dengan sebaik-baiknya.

Selamat Bersidang UMNO!

17 comments:

Anonymous said...

Monday, November 26, 2012

UMNO One Last Chance!

- UMNO the last choice?

Anonymous said...

pas ke umno ke..tak lama lagi semua akan mati.last chance an last choice..need to decide..everybody..it's never excuse..or totally lost..absolutely. jika kamu ambil agama bawa dalam kehidupan,maka kamu akan selamat......from sg retang

Anonymous said...

Eloklah buat persiapan awal sebagaimana saranan Dr Mahathir..
Gunakan segala media, agensi dan apa saja harta kerajaan untuk tujuan berkempen...yg penting BN menang.

Kalau tak menang juga bukan saja malu (kerana telah dikasi handicap 24) malah segala bentuk peluang bagi menkayakan diri terlepas bagitu saja...rugi2.

Kepada pimpinan UMNO yg mencalon serta meramalkan diri terpilih menjadi calon, tolong buat qiamulail ..solat hajat mohon bukan setakat terpilih malah mintak agar boleh menang. Kepada mereka2 yg berangan2 nak jadi calon tetapi tidak terpilih, jangan lakukan sabotaj sebagaimana PRU12 dulu...

Semasa kempen jangan guna isu yg tak releven...guna saja isu ini: PAS parti ajaran sesat; Sokong PAS bermakna sokong DAP dan Cina; Habislah Islam, Melayu dan Raja2 jika PAS menang; Jangan benarkan Anwar jadi PM sebab beliau kaki buntut, agen Yahudi, pengamal liberalime dan pulralisme serta Anwar adalah ibu segala kejahatan diera moden ini;

War2kan kebaikkan Najib seperti: Najib adalah khalifah yg diutus kebumi ini bagi mentadbirkan sebuah negara Islam beteraskan Al Quran dan Sunah serta menjadi penanda aras kpd negara2 Umat Islam lain. Juga, sebutkan berulang2 bahawa perjanjian gencatan senjata Palestin dan Israel baru2 ini adalah usaha beliau mengarahkan presiden Obama untuk menyetujuinya. Sebut akan sifat pemurah Najib...memberi berbagai subsidi kpd rakyat dan berbagai2 bantuan tunai. Sebut jgn tak sebut..

Jangan bimbang...BN dan Wan (kalau dicalonkan) pasti boleh menang..


Anonymous said...

Last chance? You must be kidding...you had your chance for 55 consecutive years and now you want another 4 years. You can have Jerantut in perpetuality for all I care ( Jerantut folks deserve you ) but not Putrajaya. Sorry mate.

Anonymous said...

Anonymous said...

Monday, November 26, 2012

UMNO One Last Chance!

- UMNO the last choice?

November 26, 2012 4:26 PM

- Trade mark UBN, 55 tahun berada di dalam zone selesa, cukuplah. Cerdik tak boleh nak tumpang, bodohnya tak boleh diajar.

Anonymous said...

Tolong jangan banyak sangat gelak ketawa dipersidanagn tu nanti Che Wan.
Tolong beritahu juga jangan sabo parti kalu tak dipilih calun.
Pesan pada ahli UMNO supaya ubah sikap.
Pilih diantara kamu pemimpin yang berilmu dan berintergriti.
InshaAllah UMNO akan terus menjadi pilihan majoriti rakyat.

Anonymous said...

kuat menjilat aok ni weh

Anonymous said...

Inilah diantara 'matan2' yg akan didendangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO agar ia menjadi senjata ampuh bagi mengadapi PRU13:-

1) UMNO adalah penjaga Islam dan Melayu, tanpa UMNO maka hancurlah Islam dan Melayu. Jadi mendoakan kehancuran UMNO bermakna menghancurkan Melayu dan Islam
2) UMNO adalah Kerajaan...apa saja harta Kerajaan merupakan harta UMNO juga...boleh digunakan untuk aktiviti UMNO
3) Pegawai2 kerajaan termasuk Polis dan Tentera adalah anggota kerajaan. Memandangkan Kerajaan adalah UMNO bermakna majikan kpd pegawai2 kerajaan ialah UMNO. Jadi menjadi kewajipan mereka untuk taat/sokong kpd UMNO..org yg memberi mereka makan.
4) PAS adalah parti pembangkang selama2nya. Jadi kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah adalah kerajaan pembangkang.
5) PAS adalah puak khawaraj sebab menentang sebuah Daulah Islamiyah Malayse pimpinan khalifah (PM)sekalipun dalam Perlembagaan Persekutuan malah perlembagaan UMNO sendiri membenarkan utk menukar Presiden dan Kerajaan melalui pilihanraya.

Ayat2 'suci' diatas sebenaranya telah menjadi sebuah 'kepercayaan sesat' oleh kebanyakan ahli UMNO termasuk sebahagian rakyat....

Anonymous said...

Anon 7.35,

Penyokong PAS saperti juga macam orang Kelantan, terlalu kenegerian dan taksub dan PAS tidak laku di negeri lain.Negeri negeri lain menolak PAS sehinggalah sekarang. Rakyat memilh UMNO bagi menguruskan negara secara demokratik.

Scorpion

Anonymous said...

Brader Scorpion,

Gua sokong lu 110% pasal PAS ni. PAS memang parti kenegerian.

Tu pasai UMNO tergila-gila dan meroyan nak bergabung dengan PAS. UMNO pun dah buang tabiat....nak jadik parti nyamok macam PAS jugak kot, Der?

Jenuh PAS menolak pelawaan UMNO untuk bergabung, kemudian nak kerjasama. UMNO ni biaq betoi....nak letak kat mana 400,000 ahli UMNO bumiputra keristian kat Sabah tu. Nak letak kat mana ahli UMNO dari keturunan siam kat kampong Kota Giam, Kubang pasu kedah tu. kat mana nak letak ahli-ahli Persatuan Siam Malaysia yang bernaung bawah UMNO.

Anonymous said...

tidak ada masalah, dulu Rasulullah dan kerajaan Islam membela dan melindungi orang-orang Yahudi.

Anonymous said...

The last chance and choice. Also the last to experiment, for shown kehebatan and kemewahan especially "ego" by yourself. After that or the day after no more, you will be muflis mungkinkah di dunia dan juga di akhirat. Wallahualam Bi Sawob

Anonymous said...

It is not the last chance for Umno.

The last chance is meant for the non Malay voters who being suggestive of casting their votes other than Barisan National.

Those unarticulated Malay voters who adamantly wanting to vote for Anwar's family party have the last chance to change their minds.

And for those blurred Malay voters and non Malay who think by voting Lim Guan Eng's dynasty would make a change, they be better off to think again and it be their last chance not to make the mistake of their lifetime.

The key to democracy is political stability. Stability means progress, peace and harmony.

Anonymous said...

Komen Anon 6:22 pm,
Satu petunjuk membawa pati Umno dan Pas akan kearah kemenangan kerana kedua dua pati ini memperjuankan Agama Islam jikalau pemimpin dan anggotanya melaksanakan nilai nilai kehidupan Islam.

Anon 6:32 PM,
Don't be sorry and don't kid yourself, your political march to PutraJaya is just a fragment of your exasperated leader's political imagination. Barisan National is here to stay and Jerantut is part of it. Don't ever kid yourself more, it is just the beginning for Barisan National in this new millennium. Sorry Mate!!

Anonymous said...

Yes, it's UMNO last chance to proof PROVIDED- Khairy is out because it's because of him BN lost 2/3 majoriti!

Anonymous said...

Ini last chance untuk Jerantut Atau Najib atau ameno.
Masing2 fikirlah sendiri. Banyak orang luar masuk cerita ceriti tapi kas minat cerita tentang Jerantut je.
Orang Jerantut puas hati dengan hospital lama.
Orang Tembeling puas hati dengan Kuala Tembeling.
Orang Damak puas hati dgn jalan Benta.
Orang Pualu Tawar banyak Rumah tinggal.
Orang Jerantut puas hati duduk rumah setiausaha negeri dan bayar sewa bulan2.

Kalau puas hati, sokong ameno.
Kalau tak puas hati , jangan tunggu 4 tahun lagi.

Anonymous said...

Kas nak tambah,

Orang Temin suka tanah 566 ekar dipajak kpd Mr Goh rakan karib UMNO.

Orang Jengka 12 setuju 'Istana' Wan Razak (ayahnda Wan Mizan) dibina atas tapak kedai mara.

Org Jerantut memang jenis tak kesah...buat apa saja BN tetap menjadi ku pangkah.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...