Friday, November 16, 2012

Jambatan Kuching Dan Dua Jambatan Lagi Memangkin Pertumbuhan Ekonomi Dan Sosial Ulu Tembeling



















Ini foto jambatan menyeberangi Sungai Tembeling ke Kampung Kuching sebuah perkampungan lama Orang Asli. Dari Kampung Kuching boleh melalui jalan balak menuju Kampung Bantal.

Jambatan ini disediakan oleh syariikat balak untuk kegunaan mengangkut balak dan kegunaan untuk orang kampung berdekatan terutama Kampung Kuala Sat.

Itu tanggungjawab sosial untuk orang kampung kata PRO syarikat balak itu. Pada WZWH jambatan primitif ini menyakitkan mata WZWH memandang. Bila air Sungai Tembeling besar pasti menimbulkan masalah.

Jambatan ini boleh ditanggal dan dipasang semula macam permainan transformer. Pada WZWH, penduduk Ulu Tembeling perlukan jambatan konkrit, tinggi dan sama standard dengan jambatan Kuala Krau.

Walaupun 6 jambatan diluluskan dalam pakej Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 bernilai RM280 juta namun untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dan sosial Ulu Tembeling beberapa jambatan "inter kampung' perlu dibina.

WZWH nampak 3 jambatan perlu dibina menghubungi beberapa kampung tradisional Ulu Tembeling seperti Kampung Bantal, Kampung Gusai, Kampung Bukit Mat Daling dan Kampung Kuala Sat.

Transformasi penyusunan semula kampung-kampung tradisional Ulu Tembeling bukan saja melibatkan pembinaan infrastruktur, kemudahan public amenities, perumahan tapi juga punca ekonomi.

Perladangan getah dan kelapa sawit dari kumpulan Felda dan Yayasan Pahang Plantation adalah melibatkan hampir 30,000 ekar mampu menyediakan keperluan ekonomi kepada penduduk Ulu Tembeling.

Selain pertumbuhan ekonomi adalah penting juga perkembangan sosial yang diharap generasi orang muda Ulu Tembeling mempunyai pekerjaan di kampung. 

Penduduk perlu ditambah di Ulu Tembeling. Kemunduran dan peluang ekonomi yang kecil membuatkan ramai penduduk berhijrah ke tempat lain.




















Ini ialah sekolah rendah Kampung Gusai. Sekolah rendah ini dibina direkabentuk oleh kerajaan BN untuk kegunaan masa depan 100 ke 200 tahun. Itu sebab sekolah-sekolah rendah di Ulu Tembeling dibina besar-besar kapasitinya.

Baik Kampung Bantal, Kampung Bukit Mat Daling, Kampung Kuala Sat, dan Kampung Pagi semuanya punya sekolah rendah yang besar.

Pembinaan infrastruktur, berbagai kemudahan, sumber-sumber ekonomi perlu bagi menarik ramai orang Ulu Tembeling kembali balik ke kampung.

Pada masa ini kesemua sekolah rendah di kampung-kampung Ulu Tembeling ini berstatus 'sekolah kurang murid' -SKM

Jika ekonomi dan sosial Ulu Tembeling lebih mundur dibimbangi semua sekolah rendah ini akan ditutup kerana murid makin berkurangan.






































Ini semua wajah anak-anak muda Ulu Tembeling. Kepada mereka nasib Ulu Tembeling akan diubah. Pertumbuhan ekonomi dan sosial sangat perlu bagi membina kehidupan masa depan.

Dari rungutan ibu bapa sudah menjadi trend murid-murid Ulu Tembeling terutama di sekolah menengah suka berhenti sekolah-drop out dengan alasan yang tidak diterima.

Alasan tidak minat belajar dan tidak boleh mengikuti pelajaran tidak boleh diterima diera ini. Bukan sebab masalah kewangan ibu bapa kerana kalau setakat menghantar anak-anak ke Sekolah Menengah Kuala Tahan masih mampu ditanggung oleh ibu bapa ditambah pula dengan berbagai bantuan dari Putrajaya dan Kerajaan negeri Pahang melalui Yayasan Pahang.

Guru-guru di sekolah rendah pedalaman perlu berperanan memberi motivasi dan kesedaran awal kepada murid-murid Ulu tembeling tentang peri pentingnya pelajaran. Bukan sahaja kepada murid-murid tapi kepada ibu bapa.

Dengan drop out duduk di kampung tanpa melakukan apa-apa dan mempunyai pekerjaan yang tidak boleh menjamin masa depan apa kehidupan yang boleh dipertaruhkan.

Pemimpin-pemimpin tempatan, NGO-NGO, anak-anak Ulu Tembeling yang berjaya diperantauan perlu tampil berkempen bahawa transformasi ekonomi dan sosial Ulu Tembeling perlukan anak-anak mudanya yang berpelajaran tinggi menjana perubahan.

PPD Jerantut perlu memandang serious gejala trend drop out pelajar-pelajar Ulu Tembeling di sekolah menengah supaya tindakan dan langkah yang boleh mengurangkan gejala tidak sihat ini berlaku diambil.

3 comments:

Anonymous said...

artikel yg bgs.

Anonymous said...

Ingat janji Allah, walaupun seinci tanah orang diambil dengan jalan salah, Allah akan belitkan tujuh kali belitan dileher dengan rantai neraka.

Wanausubillah...

Anonymous said...

INGATLAH JANJI ALLAH,MENGUMPAT WALAUPUN SEDIKIT ALLAH AKAN MEMBUATKAN MANUSIA MAKAN DAGING SEDARA SENDIRI.MEMFITNAH TANPA BUKTI ALLAH AKAN AZABKAN DENGAN AZAB YANG PEDIH!!!!

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...