Tuesday, November 20, 2012

WZWH UMNO Totok Mendoakan Hadi Awang Menjadi PM PRU 13 JIKA DIIZIN ALLAH!


WZWH mendoakan kepada Allah agar TG Hadi Awang Presiden PAS dimakbul menjadi PM Malaysia selepas PRU 13 diterima oleh Anwar Ibrahim dengan ikhlas, diterima oleh semua ulama PAS, diterima oleh pemimpin DAP, dan disokong oleh UMNO JIKA DIIZIN ALLAH! Jangan biarkan Hadi Awang menjadi khadam. Jangan biarkan Hadi Awang menjadi nelayan.

Orang PAS selalu cakap mereka lebih Islam. Islam PAS betul. Islam UMNO tidak betul malah UMNO  tidak Islam pun.

Lalu UMNO apa? Takda agama dan pegangan? Begitulah tafsiran PAS.

Orang PAS berdoa unik. Seperti doa pada malam Sabtu lepas sila klik sini. Boleh buat 1.6 bilion orang Islam sedunia terkejut.

Orang UMNO sejak 1946 hampir 66 tahun tidak pernah berdoa PAS dimusnahkan. Tidak pernah berdoa PAS dihancurkan.

Lagu PAS ada lirik 'perpaduan umat' tapi pada malam Sabtu lepas, di Kota Bharu PAS berdoa berlawanan dengan lagu itu nyata kontradik dan paradok.

WZWH UMNO totok melalui darah, latihan dan pengalaman hari ini membuktikan kepada PAS bahawa UMNO tidak pernah mendoakan kemudaratan, kecelakaan, kehancuran kepada saudara sesama Islam.

Ini doa WZWH:

Ya Allah. Ini doa politik untuk agama, bangsa dan Tanahair.

Ya Allah, WZWH mendoakan kepadaMu agar TG Hadi Awang Presiden PAS dimakbul menjadi PM Malaysia selepas PRU 13...

diterima Anwar Ibrahim...
diterima semua ulama PAS...
diterima pemimpin DAP...
disokong oleh UMNO...

WZWH mohon doa ini diterima dan dimakbul Ya Allah jika diizinkan olehMu.

WZWH pasrah atas segala qada' dan qadarMu Ya Allah.

Sekiranya Ya Allah keputusan disebaliknya Ya Allah tidak dapat diputuskan begitu...

Bahawa Najib tetap menjadi pilihan kerana sebab-sebab yang Allah Maha Besar Lebih Mengetahui.

Maka WZWH lebih pasrah menerima dan akur Ya Allah.

Akhir doa, berikan taufik dan hidayah Ya Allah buat UMNO dan PAS bekerjasama menguat dan memakmurkan umatMu Ya Allah.

Ini bukti WZWH mahu tunjukkan apa beza doa orang PAS dengan doa orang UMNO.

Pembaca blog WZWH boleh menilai sendiri!

10 comments:

Anonymous said...

ngapeee takingat dun tahan nieee pernah dimenangi PAS, masa tuuuu org hulu tuuuu ameno totookkkk lagiii, kami d pdg piol & retang yg muda pasti PAS. Cikgu SM SR Pdg Piol n Retang pasti PASSSSS.ge cek laaaaa cikgu2 tu ramai PAS yg jelas lagiiiiii, nak tukar tukar leeeeee, haaa dompokkkkkk

Anonymous said...

YA Allah betapa hebatnya kuasaMu Ya Allah. Doa hamba di stadium Kelantan telah menyebabkan ramai dari kalngan hamba2Mu telah kepanasan. Ya Allah sebagaimana 'Khubaib (Sahabat Rasulullah) pernah mendoakan dgn doa "Ya Allah hitunglah mereka dan bunuhlah mereka dan jgn tinggalkan walaupun seorang" lalu engkau musnahkan dengan berkat doa khubaib itu terhadap semua hambaMu yang zalim maka engkau musnahkanlah UMNO/BN kerana mereka telah bunuh hambaMU di Memali, mereka sekat royalti untuk hambaMU yang kebanyakannya Melayu/Muslim di Kelantan dan juga di Terengganu (1999-2004), Mereka tlah jual tanah rizab melayu lebih 1.3 juta hektar dan banyak lagi ya Allah kealiman UMNO terhadap umat Islam yang jujur pada agamaMU ya Allah.
Sebaliknya Ya Allah engkau berilah petunjuk dan hidayah MU ya Allah kepada org2 UMNO agar kembali kepada Islam dan selamatkan mereka Ya Allah mereka di kala menghancurkan UMNO/BN.

Anonymous said...

Wan,

Alhamdulillah, selepas bertubi2 memutarbelit kenyataan, memfitnah dan menghentam PAS tiba2 anda sudah mula mau menjadi orang baik....anda telah melakukan islah...ini kuasa Allah. Soal ikhlas atau tidak itu soal lain, itu soal antara anda dgn al Kholiq.


Doa anda agar Tuan Guru Hj Ab Hadi Awang diangkat menjadi PM selepas PRU13 nanti mudah2an termakbul.

Utk dilantik jadi PM, PR mestilah menang dalam PRU13 nanti. Selain itu, PAS mesti dominan dalam pakatan tsb. Bagi mempastikan PAS dominan (menang sekurang2nya 60 kerusi), pengundi2 UMNO kenalah mengundi PAS dan mengucapkan 'goodbye' kpd UMNO pada kali ini...dan Wan mesti bubarkan bilik gerakan pilihanraya BN Jerantut mulai sekarang.

Tidak rugi langsung untuk tidak mengundi UMNO pada kali ini...lagipun mengundi UMNO bukanlah wajib. Tidak ada satu pun nas al Quran atau mana2 matan hadith yg memberi tanggung jawab menjaga Melayu diberkan hanya kpd UMNO. PAS pun boleh jaga Melayu..cuma PAS berpendirian kena mendahului Islam dulu, sebab dgn menjaga Islam secara automatik Melayu dijaga...berlandaskan keadilan agama suci ini...


Mudah2an doa Wan berjaya dan DOA PAS untuk hancurkan UMNO (bukan utk hancurkan org UMNO) juga dimakbulkan...Ameen

MAT PERIBA

Anonymous said...

Kah...kah...kah...anon-anon di atas semua tidak faham dan menangkap apa yang tersurat dan tersirat oleh WZWH. He...He..He ada double dan triple meaning tu...syabas WZWH...tinggi saikologimu..

Anonymous said...

Ha, camtu lah Wan Zari. Awak doa pada Allah apa yang awak mahu, tak jadi massalah.Begitu juga dengan orang islam lain boleh doa pada tuhan yg sama apa yang mereka idamkan.

Tak bolehlah awak tentukan apa yang mereka boleh atau tak boleh doa, itu bukan hak awak. Patut atau tak patut doa itu juga bukan hak awak menentukan. Allah saja yang tahu dan bijaksana untuk memakbulkan atau tidak makbulkan doa hambanya.

Kerja kita berdoa. Orang UMNO boleh doa dan orang PAS pun boleh doa.

Anonymous said...

Penyokong2 Pas ni, memang Bongkak dan merasa dirinya saja yang islam. Itulah Mulianya Orang umno, walau bagaimanapun difitnah tapi tak kedengaran mendoakan akan kehancuran orang lain, inikan pulak sesama islam. Mereka ni meikrkan hablul minallah, tapi tidak berserta dgn hablul minalnas yang dituntut oleh Allah Swt. Saya tetap percaya dan amat yakin dlm kontek negara kita Malaysia, Hanya parti UMNO yg dapat menjamin umat islam di Malaysia.Wassalam...

Anonymous said...

Anon 4:54pm
Baru 3 pengomen mengomen awak dah tak tahan. Nak bagitahu rahsia disebalik tulisan WZWH. Kalau ada rahsia yang tersurat, jangan cepat bagitahu. Dah tak tersurat lagi. Yang mahalnya apabila tak diberitahu. Inilah yg dikatakan ' premature ejaculation '.

Belia sangat, tak rugged lansung.

The Sting

penyokong dap said...

apalah engkau orang ni,doa kau orang umno dan pas takkan allah makbulkan kerana orang pas dan umno fasik22 belaka.nik aziz ,hj hadi,najib muhyidin semuanya fasik!!!!

Anonymous said...

Apa doa umno, tak pernah sembahyang hajat pun. Himpun lah di stadium bukit jalil, sembahyang hajat dan doa lah apa nak doa.

Anonymous said...

Doa anda agar Tuan Guru Hj Ab Hadi Awang diangkat menjadi PM selepas PRU13 nanti mudah2an termakbul.

amin...

wan, takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....


Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...