Friday, November 16, 2012

Durian Runtuh Anak Peneroka DUN Tahan



















YB Dato' Wan Amizan Wan Razak, ADUN Tahan adalah anak peneroka Felda Jengka 12 'sangat well versed" memahami perjuangan dan kehidupan peneroka. Beliau menerangkan 'genius' Tun Razak yang melahir dan mengimplemen idea besar Felda dan bagaimana DS Najib melonjakkan Felda ke fasa baru yang kreatif dan berinovatif demi kemakmuran para peneroka dan generasi ke dua serta negara.

Pembayaran durian runtuh anak peneroka bermula pada 14 November 2012. WZWH sempat 'cover' di Felda Sungai Retang dan Felda Padang Piol.

Sejurus lawatan kerja politik di Ulu Tembeling, WZWH bergegas ke Felda Sungai Retang pada pukul 11.30 pagi. Hampir 500 cek bernilai RM5000 setiap cek diberi kepada wakil anak peneroka untuk diagih sesama adik beradik.

Sememangnya WZWH berasa 'jealous' juga bila melihat warga peneroka dari para peneroka, isteri peneroka dan anak-anak peneroka menikmati durian runtuh.

Itu rezeki mereka. Memang itulah yang mampu kerajaan berikan diatas usaha titik peluh peneroka berkorban membangunkan Felda.

Ramai peneroka yang diberi peluang tapi lari dari tanah rancangan balik ke kampung masing-masing dulu kini menyesal bagai nasi menjadi bubur.



















Kelihatan anak-anak peneroka kusyuk mendengar ucapan ADUN Tahan.



















Pada sebelah petang pula, ADUN Tahan menyampaikan 700 keping cek kepada anak peneroka Felda Padang Piol.




















Kedua Felda Padang Piol dan Felda Sungai Retang adalah 2 'vote bank' terbesar dalam DUN Tahan. Kalau mahu menjamin kemenangan DUN Tahan pada PRU 13 maka kedua peti undi ini adalah penentu yang besar pengaruhnya.

DS Najib telah turun ke Felda Padang Piol pada bulan Ogos lalu dan telah memberi berbagai peruntukan kepada Felda Padang Piol dan juga termasuk Felda Sungai Retang.

Tambahan pengundi seramai 1800 adalah majoritinya anak-anak peneroka di DUN Tahan. Ini menunjukkan betapa pengundi muda perlu didekati dengan menyediakan berbagai program dan bantuan yang boleh menarik perhatian dan minat mereka orang muda.

8 comments:

Anonymous said...

3 golongan awal2 lagi masuk neraka;

Abu Hurairah tiga kali pengsan baca hadis Nabi SAW;-

1. *Org yg mengajar ilmu agama bukan kerana Allah;
- Mengajar kerana dia rasa dia pandai/dihormati;
2. *Qari – orang membaca Quran;
- tunjuk pandai, bukan kerana Allah.
3. Gulungan yang mati dalam peperangan dengan jalan Allah;
- tetapi bukan mati sahid,
- pergi berperang dia berani/kuat/gagah,
- Bagitahu; dia pergi berperang.

Gulungan ini disebut bersedekah kerana riak;

- Jika tak sebut dia tak bagi.
- Jika bagi dia dia nak namakan nama dia,
- Bersedekah kerana malu, tiada keikhlasan, menunjuk2.

- Gulungan ini tak ada pahala langsung.

Wallahualm Bisawob....

Anonymous said...

haaaa, pastikan cek nieee tak gaduhhhh leeeee, yg pasti d pdg piol ade yg kecohhhhh, cubeee tekaaa pastinyee org kuat ameno laaaa, yg belum tukar name lagiiii, sejak ayahandanyee meninggall. cube tekaaa kawe nak bagi bonusss laaa sape dapat tekaaa,

Anonymous said...

sapeee org kuat ameno yg berebut duit rm 5000 niee???? nak tahu?

Anonymous said...

Ada beberapa kekeliruan/persepsi salah yg selalu diulang2 agar ia nampak benar bagi mendapatkan millage politik terutama oleh DS Najib... Wan juga.
1) Tanggapan salah mengenai penubuhan Felda. Saya pernah berbual dgn Allahyaraham Datuk Yop...sahabat karib serta pegawai khas kpd Allahyaraham Tun Razak semasa pertemuan saya dgn beliau pd 1980an diPPPTR Sg Tekam. Beliau menjelaskan, sebenarnya idea untuk membuka ladang2 peneroka Felda bukanlah bermatlamat hendak memberi tanah kpd golongan penduduk2 miskin diluar bandar. Sebaliknya ia dibuat bagi membendung kegiatan komunis yg terlau aktif sekitar awal tahun 1950an dikawasan2 tertentu diSemenanjung.

Kalaulah benar pembukaan tanah rancangan bagi maksud utk memberi tanah kpd org Melayu/miskin, mengapa pkt awal pembukaan tanah2 rancangan Felda ini dibuat dikawasan pendalaman yg menjadi sarang komunis serta tidak mempunyai imfrastruktur seperti di Cuping, Terolak, Sertik, Jerangau, Bukit Mendi, kulai dsb. Sedangkan masih banyak kws lain dipinggiran bandar/pekan yg masih belum diterokai..

2) Tanggapan Salah Tujuan Listing FGV. Perkara2 yg selalu diulang tayang..."tujuan listing FGV adalah untuk memantapkan lagi ekonomi peneroka serta generasi kemudian"!!? Sebenarnya penubuhan serta penyenaraian FGV kedalam Bursa M'sia tidak ada kena mengena dgn kepentingan para2 peneroka..Yg ada kaitan dgn kepentingan peneroka ialah jika Felda Holding (FHB) dilistingkan memandangkan syarikat ini dimiliki 51% oleh warga Felda. Soalnya..mengapa FHB tidak dilistingkan??

Utk makluman, segala asset (termasuk tanah ladang sawit seluas 356,000 hektar) yg diberi hak milik/pajakan kpd FGV sebelum dilistingkan adalah milik Felda ...milik Felda bermaksud milik kerajaan dan milik rakyat terbanyak...hak kita org2 Kg Pulau Tawar, Merting, Ulu Ceka juga..

Kalau mengikut logik akal, masakan kehidupan peneroka perlu dimantapkan lagi sedangkan tanah ladang serta tapak tanah milik mereka yg tidak diusik langsuang oleh FGV boleh menghasilkan pendapatan (jika usaha sendiri) sekitar R6,000 sebulan..

Lagipun, jika FGV tidak dilistingkan, pendapatan Felda melalui ladang sawit tsb mencecah RM2 billion setahun. Duit sebanyak ini selain dapat menampung kos operasi, boleh digunakan utk pembangunan tanah Felda seperti dilakukan sebelum ini termasuk pembiayaan Yayasan Felda, pinjaman wang membaiki rumah tanpa faedah, pembiayaan akademi dan pusat2 laihan, bantuan utk IKS dan berbagai2 lagi..

Penyenaraian FGV sebenarnya lebih kpd usaha menyelamat Syarikat2 milik Felda yg beroperasi diluar negara yg kebanyakkannya mengalami kegagalan..termasuk Syarikat TRT di Boston. Selain itu, ia dibuat demi kepentingan korni2 bagi mendapat faedah langsung dari kerja2 penyenaraiani ini seperti CIMB...

Penglibatan FGV dalam bisnes sekarang ini masih tertumpu kepada aktiviti2 upstream...pemelian ladang2 baru. Matlamat menjadikan kegiatan downstream sebagai core buisness terutama bagi menghasilkan produk2 pengguna masih terkapai2..tiada halatuju yg jelas...Anda jgn berharaplah akan dapat membeli sampoo atau sabun wangi berjenama FGV utk tempoh 10 tn lagi...yg pasti ada sabun wangi jenama P&G dan 1 M'sia.


Sekian dan TQ


Mat Periba





Anonymous said...

KALAU NAK BENDUNG KEGIATAN KOMUNIS BUKA FELDA MENGAPA CINA BATU BALAI,JERANGSUNG,SG JAN DAN PENDUDUK CINA DI KAMPUNG-KAMPUNG BAHARU TIDAK DISERAP MASUK KE FELDA.

FELDA DIBUKA SEBENARNYA NAK BAGI TANAH 10 EKAR DAN LEBIH KEPADA RAMAI MELAYU.BANGSA LAIN TAK BERMINAT KERANA SUSAH DAN SENGSARA MENGERJAKAN LADANG FELDA.KALAU TAK BUKA FELDA KAUM ASING AKAN BUKAK CARA HARAM.

DAPAT FELDA BERSYUKUR AJELAH.JANGAN BANYAK SONGEL.KALAU KAU DUDUK BANGLADESH TAK DAPAT TANAH FREE.

Anonymous said...

Idea memberi tanah ladang yg telah dibangunkan seluas 10 ekar kpd setip peneroka bukan datang drp Tun Razak...Ia dicetuskan oleh Pengarah Besar Felda terawal iaitu TS Taib Andak setelah projek penerokaan sendiri (fasa pertama-membendung kegiatan komunis) oleh peneroka seperti di Sertik dianggap kurang berkesan...

Semejak dari itu, Felda menjadi agensi pembangunan tanah...dan banyak tanah2 baru dibuka terutama di Phg pada awal tahun 1970an bagi menempatkan para2 peneroka. Peneroka datang hanya dgn 'basuh kaki'....ladang dan rumah telah tersedia. Para2 tok4 sebuk mengsyorkan anak2 buah mereka yg 'hardcore' dipilih utk ditempatkan ditanah2 rancngan Felda....

Walau apa keadaan sekali pun, saya tetap berpendirian bahawa pembangunan tanah2 felda dgn menempatkan para2 peneroka (walaupun tak layak dipanggil peneroka) merupakan langkah yg bijak oleh kerajaan UMNO Lama pimpinan Tun Razak.

Umno baru dibawah pimpinan Tun Dr Mahathir melakukan 'refomasi gila' apabila memberhentikan pengambilan peneroka baru pada 1988. Sebaliknya, tanah2 ladang yg telah dibangunankan diuruskan secara estate melalui Syarikat Felda Plantation Sdn Bhd...Ladng2 seluas 356,000 hektar ini akhirnya dipajak kpd FGV...milik siapakah tanah2 ini sekarang???


Mat Periba


Anonymous said...

Adakah peneroka Felda yang bagitu "kuarang bijak" Dulu tanah 10 ekar ada Felda adalah mereka punya yang dianggar bernilai lebih kurang 250ribu,sekarang ia kepunyaan FGV. FGV "menguasai tanah penoreka" dengan bayaran "durian runtuh"15 ribu+berbagai gula2,lebih2pun 30 ribu saja dan kena bersyukur pulak kepada UMNO.
Alahai,kemana otak mu semua ini,buta kena nampak wang 30 ribu,tu pun wang kita sendiri.

Anonymous said...

Korg ni ape nak kecoh.. Aku ta lme lg dpt duit durian runtuh. Alhamdulillah.. Korg adeeee?? Hahahaha...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...