Sunday, November 4, 2012

Islamic State? Which Vision? Whose Responsibility? Thus Spoke WZWH



Ini forum oleh NGO-NGO Pakatan Rakyat disebuah gereja di Selangor. Objektifnya mudah mahu rakyat Malaysia kenali apa itu negara Islam yang Pakatan Rakyat mahu dan majoriti orang bukan Islam suka terutama orang Kristian Taliban.

Negara Islam versi Anwar Ibrahim diberi nama. Mudah:

  • Tiada paksaan agama kepada orang Islam. Bila sudah baligh atau dewasa orang Islam bebas memilih apa agama.  Murtad dibenarkan.
  • Kebebasan peribadi LGBT disokong.

Itu hanya 2 feature negara Islam Anwar Ibrahim, ada banyak lagi...

Rakyat Malaysia tidak boleh rujuk kepada ulama atau teologian  PAS sebab PAS memperjuangkan Negara Kebajikan First, Negara Islam Second atau tercorot mengikut prioriti keperluan as-siyasi (politik) PAS.

Sekarang orang politik Malaysia suka berdebat Malaysia ini negara sekular atau negara Islam?

Bila debat tentu banyak pandangan. Ahli Akademik akan jawab, there is no right and wrong answer....all are correct!

Bagusnya Anwar Ibrahim memperjuangkan Islam Liberal dan pluralism ialah semua orang boleh bebas bercakap hal agama Islam baik orang Islam atau bukan Islam.

Post WZWH bertajuk Islamic State? Which Vision? Whose Responsibility? Thus Spoke WZWH mengikut pengalaman WZWH.

Kalau ditanya kepada ahli politik UMNO, majoriti jawab, soal istilah samada negara sekular atau negara Islam itu tidak penting yang penting pengisian dan program-program berjalan dengan baik.

Mahathir pergi lebih jauh mengistihar Malaysia adalah negara Islam di NewYork!

Dalam Perlembagaan Malaysia tiada istilah walau satu istilahpun bahawa Perlembagaan negara adalah sekular.

Islam adalah agama resmi terang-terangan dalam Perlembagaan namun kebebasan agama lain dipelihara.

Perlembagaan memperuntukan  hal-hal agama Islam, Hak Keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra, Raja-Raja Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu.

Uniknya dalam Perlembagaan Malaysia mendefinasikan bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu! Hanya di Malaysia.

Sebelum kita pergi jauh bincang tajuk posting ini cuba kita lihat sejarah...

Pada Zaman Kesultanan Melaka ada kita dengar rakyat dan pedagang asing berpolemik samaada adakah Empayar Melaka itu negara sekular atau negara Islam?

Bila Parameswara memeluk Islam maka habis segala pembesar dan rakyat jelata selepas itu dan raja atau sultan yang terkemudian semua memeluk Islam. Tiba-tiba Istana Melaka menjadi Pusat penyebaran Islam didokongi oleh para ulama, intelektual, akademik ke seluruh Asia Tenggara kepulauan Melayu.

Kita semua orang Melayu baik orang UMNO dan PAS perlu berterima kasih kepada Parameswara dan keturunannya segala raja dan sultan sebab jasa merekalah kita semua 18 juta orang Melayu beragama Islam.

kalau tidak PAS akan jadi Parti Hindu SeMalaysia memperjuangkan negara Hindu!

Pada masa zaman kesultanan Melaka, superpower yang mendominasi sains dan teknologi serta perniagaan dunia adalah Kerajaan Khalifah Abbasiyah.

Tiada orang Eropah mengatakan bahawa Empayar Abbasiyah itu 'is an Islamic State'

It it Malacca an Islamic State?

Apa yang orang Eropah selalu cakap Abbasiyah Kingdom and Malacca are Mohamedan!

Bererti Kerajaan Abbasiyah dan Kesultanan Melayu Melaka adalah negara Mohamed atau sebenarnya adalah negara Islam atau negara orang Islam.

Kalau ditanya kepada ulama Islam kontemporari apa itu definisi negara Islam tidak kira yang belajar di Mesir, Afrika , negara-negara Arab, Pakistan dan India lebih banyak definisi yang buat kita keliru dan tidak faham yang mana satu definisi negara Islam.

Bagusnya orang Inggeris terutama ahli politik dan pentadbir British benar-benar sekular semasa menjajah Tanah Melayu tidak pernah mencampuri urusan Adat Istiadat Melayu dan Islam.

Inggeris tidak pernah cuba mengkristiankan orang Melayu. Kalaulah Sepanyol menjajah Tanah Melayu sudah tentu kita semua akan menjadi seperti Melayu Filipina dengan pengecualian Bangsamoro!

Semasa era Malaysia moden walaupun pemimpin-pemimpin UMNO yang menjadi Perdana Menteri bukanlah orang yang warak sangat tapi mereka begitu menjaga kepentingan agama Islam dan tahu batas-batas dimana sebarang anasir yang cuba melemahkan Islam tidak dikompromi.

Tunku Rahman walau selalu berkata Malaysia ini negara sekular walau sesibuk mana bermain kuda dan mahjong tetap menjaga kepentingan Islam. Malah jasa-jasa Tunku dalam mengembangkan syiar Islam lebih banyak dari pemimpin PAS.

Beritahu WZWH dalam sejarah raja dan sultan Melayu dari zaman Melaka hingga sekarang tidak ada yang begitu warak walaupun mereka suka berhibur hedonisma namun bila timbul soal menjaga kepentingan Islam maka merekalah yang kedepan mempertahan Islam dan banyak berjasa menyebarkan syiar Islam ditambah pula mereka semua adalah Ketua Agama Islam dinegeri masing-masing.

Berbanding dengan satu kumpulan sect yang suka meretorikkan Islam kononnya Islam yang sebenar hanya muncul sejak 1951 namun muktakhir ini ahli politik-ahli politik agamawan ini baik dari 'School of Ulama' atau 'School of Erdogan' tidak dapat mempertahan stand Islam atau kepentingan Islam  sebagaimana Sultan-Sultan Melayu dan 6 Perdana Menteri lakukan.

Islamic State? Which Vision? Whose Responsibility? 

16 comments:

Anonymous said...

WZWH,

Bagaimana dengan konsep Negara Islam mengikut konsep UMNO Baru. Adakah

1. Menjadikan amalan rasuah di kalangan pemimpin parti sebagai amalan halal

2. Menggunakan/ memfaraid harta negara sebagai harta parti dimana ianya tabur secara feudal bagi mengekalkan sokongan ahli-ahli kepada parti.

3. Membiarkan Islam dihina oleh parti bukan Islam dalam gabungan sebagai sesuatu yang di kecil.

4. Membiarkan pemimpin berbuat apa sahaja, megaut kekayaan negara untuk manafaat diri, anak-anak, keluarga dan kroni-kroni seperti kes NFC.

5. bersultan dimata, beraja di hati seperti Nazri Aziz dll

6. Memastikan orang melayu terus berfikiran kuno, berfikiran zaman batu di era moden agar mereka dapat dicucuk hidung, dan dibutakan mata supaya pemimpin parti UMNO baru dapat terus mendapat sokongan membabi buta mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya merompak hasil negara, memfaraid harta negara seperti harta mak bapak mereka.

Sedangkan 75% dari rakyat yang berpendapatan dibawah RM 1500 sebulan adalah orang melayu kita, walaupun setelah 55 tahun memegang tampuk pemerintahan negara.

75% ini bermakna 8 juta orang-orang melayu kita. Andaian saya, dari 8 juta orang melayu yang berpendapatan dibawah RM 1500 sebulan ini SEBAHAGIAN BESARNYA ADALAH AHLI-AHLI UMNO PERINGKAT CAWANGAN-CAWANGAN dan penyokong-penyokong tegar/membabi buta UMNO BARU!


the list goes on wan zurik.Lets others complete the list. Kita a coin has two facets...Sudah-sudah le nak memperbodohkan minda orang melayu, nak menabur benih-benih permusuhan dan perpecahan, wan Zurik.

Elok dibincang, mengapa 75% atau 8 juta dari 17 juta orang melayu di negara ini berpendapatan kurang dari RM 1500 sebulan? Dimana silapnya? Silap siapa? Zaman Mahathir dijaja, dijulang sebagai zaman kemajuan, tetapi mengapa ini terjadi kepada sebahagian besar orang melayu? dll persoalan mengenai nasib dan masa depan orang melayu.

Sudah, sudah le wan....nak memperbodohkan orang melayu sedangkan mereka nak hidup hari-hari menyara keluarga pun perit sekarang ni!

Anon 5:05


Anonymous said...

Pas kaaa pkr kaaa dap kaaaa....Aku pilih BN yg terbaikkk!

Anonymous said...

Perempuan PKR ini sudah jadi Perempuan Jahanam. Akibat terlalu taksub dengan perjuangan bapanya dia sanggup menjual bangsanya supaya memeluk ugama lain.
Perempuan PKR ini sudah sakit mental.
Tidak sedar bahwa tudung yang dipakai menutup kebutaan hati dan akalnya.
Berupa seperti 'mad hyena'.
Wajah nya tiada menunjukkan kesucian wanita Islam.
Wajahnya menunjukkan ketumpulan mata yang ketiadaan kesucian rahmat Allah.

Anonymous said...

Kau orang nak buat fitnah, silakan buat.
Tapi jangan pergi naik haji, tak Ada
Guna kalau tak minta maaf dengan
Orang yang Kau Fitnah.
Kau orang, dekat sekolah dah tak jadi
Orang Dan bila Habis Sekolah Lansung
Tak nampak muka orang.
Hish, hish

Anonymous said...

Napelah awak jadi macamni Wan Zarik. Ke awak belajar ngan Cikgu Ngah.

Anonymous said...

Kubur kan je PR dalam PRU 13 nanti..rosak Malaysia kalau ditadbir oleh PR ni...sedarlah wahai orang-orang Melayu dan orang2 Islam...!

Anonymous said...

Tuhan dah tunjukkan hala tuju negara kalau ditadbir oleh PR ..masih tak faham2 lagi ke..? alahaiiii...

Anonymous said...

mana2 yg sokong fuckatan rakyat ni..sebenarnya Allah dh butakan hati dia org...

Anonymous said...

Kalau para pemimpin Pakatan Rakyat mencipta isu, ia sebenarnya adalah ciptaan pakar strategi luar yang menjadi tuan sebenar kepada Pakatan Rakyat. Para pemimpin Pakatan Rakyat yang kelihatan 'terlebih pandai' itu sebenarnya hanyalah kakatua yang diajar bercakap sedangkan mereka sendiri tidak begitu faham dengan apa yang mereka cakapkan.

Dek kerana itulah, kebanyakan isu yang disuarakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat, langsung tidak mempunyai nilai-nilai dan budaya Malaysia, sebaliknya ia menyerupai budaya Zionis yang hidup di tengah-tengah tanah dan kaum Arab yang telah dijenayahkan oleh puak Zionis yang mendatang ke jazirah Arab.

Dan seperti yang diketahui, Zionis tidak peduli dengan sebarang nyawa kerana yang penting bagi mereka adalah tembolok sendiri.

Nurul Izzah, anak perempuan Anwar Ibrahim memanjangkan lagi isu LGBT dan KEBEBASAN BERAGAMA yang semakin menarik perhatian golongan muda yang mahukan kebebasan serta tidak terikat dengan sebarang undang-undang.

Atau setidak-tidaknya, Nurul Izzah mewakili sebahagian golongan muda Islam baka, manakala sebahagigan golongan muda Islam baka yang mahukan menonjolkan imej Islam mereka pula, 'dikerjakan' dan 'didoktrinkan' oleh para pemimpin PAS.

Yang pasti, baik golongan muda Islam baka liberal, mahupun yang mahu menonjolkan keIslaman mereka, kedua-duanya akan diternak dan dimajukan oleh upahan-upahan Zionis yang berupa dan berwajah pemimpin seperti Nurul Izzah dan bapanya, si peliwat tua bernama Anwar Ibrahim.

Apabila Nurul Izzah memperkatakan tentang 'KEBEBASAN BERAGAMA' di kalangan orang Melayu, ia sebenarnya adalah satu perangkap yang sangat besar. Walaupun sasaran utama Nurul Izzah ialah mengumpul sokongan daripada masyarakat Kristian di Sabah dan Sarawak, Nurul Izzah sebenarnya cuba memerangkap UMNO dan Barisan Nasional, apatah lagi, kebelakangan ini, UMNO cuba menonjolkan imej Islamik dan perjuangan Islam mereka biarpun pada masa yang sama, UMNO mempunyai ahli-ahli bukan beragama Islam dari Sabah.

Kalau ada pemimpin UMNO yang menyanggah dan mengecam Nurul Izzah berhubung kenyataan KEBEBASAN AGAMA itu, pastinya kaum PKR akan terus menghasut kaum Bumiputera Sabah bukan Islam yang menjadi penyokong kuat UMNO di negeri itu, kononnya UMNO adalah sebuah parti ekstrimis, malah lebih ekstrim berbanding PAS yang kini lebih lunak dan membuka pintu parti itu untuk kaum bukan Islam saling kenal-mengenal dan bermesra.

Dan yang lebih menarik ialah sokongan terhadap kegiatan LGBT yang cuba memperlihatkan kematangan dan kehebatan Nurul Izzah serta pemimpin Pakatan Rakyat khususnya.

Walaupun kata Nurul, dia menentang LGBT tetapi menurutnya, sesiapa sahaja yang menjadi pengamal LGBT tetapi melakukannya secara sembunyi-sembunyi dan bukan terbuka, wajar dihormati dan tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Sebabnya, bagi Nurul, ia merupakan hak peribadi setiap individu untuk berbuat apa-apa sahaja dan hak peribadi serta privasi tersebut tidak boleh diganggugugat oleh sesiapa pun termasuklah undang-undang negara.

Anonymous said...

anon- anon: November 4, 2012 10:29 PM,November 4, 2012 10:30 PM,November 4, 2012 10:31 PM

wakakakakakaka....sebaris je hujah? Mana fakta-fakta menyokong...sebijik cam Anon 5:05 cakap kat atas - pemikiran zaman batu, hasil pendidikan dan menyokong UMNO Baru...wakakaka

kahkahkahkah...mampus bangsa melayu macam ni...ranap masa depan orang melayu

Anonymous said...

Orang kita memang bodoh,semua di perbodohkan oleh orang Melayu sendiri iaitu UMNO.Kena tipu tak pa tapi bersyukur? Sampai bila Melayu nak sedarkan diri terutama peneroka FELDA.Kawan baik saya,seorang Cina menceritakan betapanya bodohnya Melayu sampai kena tipu pun tak tahu,katanya lagi,ini bukan masaalah orang cina , biarlah Melayu tipu Melayu.apa boleh buat?kalau tolong Melayu takut nanti kena pulak susah dilabel raisis.Orang cina biasanya berkerjasama antara mereka katanya semua orang untung win win ,tapi Melayu...malas nak ulas ,bodoh sombong.
Tak payah dengar orang Islam UMNO yang memperbodohkan kaum sendiri,pakailah otak sendiri dan berfikirlah dengan tenang dan rational.
Asyik sex,soros,anwar ,jubur,komunis,LGBT adakah ini diajar oleh Islam?Adakah akidah Islam kita terlalu lemah sampai orang Kristian kita pun takut ,kalau takut inilah buktikan kita pun tak pecaya ugama Islam sendiri,ini sangat memalukan.

Anonymous said...

Sdra-sdra ku orang melayu,

Fakta yang ada, 8 juta orang melayu dari jumlah 17 orang melayu yang ada di negara ini berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan.

Maknanya lebih separuh dari kita ni miskin di tanah air sendiri. Tun Mahathir pun berkata baru-baru ini bahawa orang melayu merempat di negara sendiri.

Kat bandar besar seperti Kuala Lumpur, pendapatan isirumah RM 3, 500 adalah dikategorikan sebagai miskin. Bayangkan pendapatan RM 1,500 sebulan.

Saya tidak tahu berapa pendapatan purata orang-orang melayu di jantut. Kesan utama dari pendapatan di bawah RM 1,500 ini adalah kepada masa depan anak-anak kita. mampukah kita membesarkan anak-anak kita dengan memberi pendidikan yang sempurna seperti anak-anak cina contohnya, agar anak-anak kita dapat bersaing untuk masa depan mereka?

Anak-anak mereka memenuhi pelbagai universiti baik swasta dan awam, anak-anak kita belajar setakat tingkatan 5 je. Lepas tu dok melangut kat rumah. Kalau dapat kerja pun kerja kuli batak je dengan pendapatan lebih kurang kita juga.


Sdra-sdra ku fikirlah sendiri contoh-contoh lain dalam kehidupan masing-masing. Renunglah sendiri nasib masing-masing.Yang lebih penting masa depan anak-anak cucu masing-masing kemudian hari.

Negara kita dah 55 tahun merdeka.

jangan tertipu dengan permainan orang politik yang memainkan pelbagai isu untuk menutup kenyataan bahawa keadaan kita orang melayu tenat....miskin....masa depan anak-anak kita suram.

Isu negara Islam, LGBT dan bermacam-macam isu lagi yang dimainkan bukan perkara utama bagi sebahagian besar orang melayu atas faktor yang saya nyatakan diatas. Ia adalah permainan mereka yang senang nak menutup kegagalan mereka membela kita.

8 juta orang melayu yang berpendapatan kurang dari RM 1,500 sebulan terdiri dari orang UMNO Baru, orang PAs, orang PKR, orang kampong, orang felda, orang atas pagar.....melibatkan bangsa melayu kita.

Jadi, fikir-fikirlah sdra-sdra ku. Bermain politik tu berpada-padalah. Hanya segelintir kecil sahaja yang bermain politik tu mendapat manafaat atau senang/kaya, majoriti kita hanya menjadi kuda tunggangan yang segelintir itu sahaja, kita tetap dok tang takuk tu juga - semua partilah begitu, bukan mengata kepada orang UMNO Baru sahaja. kepada orang PAS atau PKR pun saya kata benda yang sama.

Anon 5:05

Anonymous said...

Anon 5.05,

Anda mahu salahkan UMNO sebab anda adalah penyokong PR .Apa awak fikir PAS dan PKR boleh mengubah nasib orang Melayu.Di Kelantan PAS adalah hamPAS.Salahkan orang Melayu itu sendiri yang tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri dan sentiasa meminta minta tanpa mahu berusha bersungguh sungguh saperti kaum Cina.Masih mahu salahkan UMNO semuanya.Yang pasti anda bukan berkecuali anda adalah penyokong PR dan berkata juga demikian.

Anonymous said...

Anon November 5, 2012 2:37 AM,

Faham ke tak faham apa yang saya tulis mengenai statistik diatas ia itu,

"Sedangkan 75% dari rakyat yang berpendapatan dibawah RM 1500 sebulan adalah orang melayu kita, walaupun setelah 55 tahun memegang tampuk pemerintahan negara.

75% ini bermakna 8 juta orang-orang melayu kita. "

Kalau tak faham, baca sekali lagi.......

8 juta orang melayu tu termasuk orang UMNO Baru,orang PAS, orang PKR dan orang atas pagar. Angka ini tidak termasuk kaum bumiputra yang hidup daif di sabah dan Sarawak.Itu angka untuk orang melayu yang sebahagian besarnya duduk kat semenanjung.

Soal parti tidak timbul dan penting disini. Ini soal masa depan kita orang melayu, ini soal masa depan anak cucu kita yang kena hidup di zaman orang lain dah maju, dah jauh meninggalkan kita dibelakang. Isu ini kena kat semua orang melayu tidak mengira parti.....faham tak?

Siapa yang salah tu,bak kata Nabil...LU PIKIRRRRR LE SENDIRI!


UMNO memerintah Kelantan dari tahun 1978 - 1990, selama 12 tahun...tahu ke tak tahu fakta ni? 12 Tahun bermakna 2 kali Rancangan Malaysia.

Soalannya, semasa UMNO memerintah Kelantan, hebat sangat ke kemajuan Kelantan? Kaya raya ke orang-orang Kelantan di bawah pemerintahan UMNO selama 12 tahun tu? Kalau hebat sangat, mengapa UMNO kalah semua kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU 1990 - dapat telor ayam!?

Tak ada dalam sejarah politik negara, UMNO,sebagai kerajaan negeri,kalah kesemua kerusi DUN dan Parlimen di Semenanjung dalam satu PRU.

Anon 5:05

Anonymous said...

Anon 2:37AM,

"Di Kelantan PAS adalah hamPAS". Inilah ungkapan2 yg sentiasa bermain dibibir penyokong tegar BN.

Untuk berlaku adil, saya cadangkan anon melawat Kelantan dan dalam masa yg sama juga cuba kunjungi juga Sabah. Sabah yg diperintah BN semejak sekian lama sepatutnya jauh lebih maju berbanding Kelantan memandangkan negeri ini mempunyai berbagai sumber alam...ada balak, ada minyak ada Gunung Kinabalu dan ada berbagai2 lagi. Tetapi malangnya jika anda melalaui jalan darat dari KK ke Tawau, anda akan bertemu 'erti kemeajuan ala BN'.. betapa doifnya masyarakat Sabah...ketinggan 20 tahun berbanding Kelantan.

Anda tidak boleh lagi bercakap tanpa fakta atau sentiasa duduk dibawah gelas..'keluar tak mau walaupun nampak jelas'.

Anonymous said...

Anon 2:37 AM
Kalau bukan salah UMNO salah siapa bila Melayu merempat in negara sendiri?
Siapa yang memerintah selama saparuh abad,PAS ke?
Siapa yang pegang kewangan negara ,DAP ke?Kalau kaum sendiri tipu tak pa,asal dia oran g kita macam tu?
Jangan menuduh secara berbabi buta saja,negeri2 PR lihat lah bukti bertapa cekap ia diuruskan,bukan cakap PAS,DAP atau PKR tetapi Auditor Negara.AUdit tu dari PR ke? Cakap anon 11.27 memang betul,itu lah sikap orang Melayu mentality feudal ,berhutang budi,berhutang budi kenalah lihat pada tempat nya jangan berhutang budi secara berbabi buta saja,Kena tipu pun tak tahu,tu lah dia kata Melayu bodoh sombong.Tak kira siapa BN ke PR ke,kalau negara diurus gengan bersih dan amanah perlu di sokong.Beyul jugak kata anon 5.05
'keluar tak mau walaupun nampak jelas'.Itulah yang sebab buat Melayu jauh ketinggalan.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...