Sunday, November 11, 2012

DSD Adnan Yaakob MB Pahang Melancarkan Program Orang Muda



















Lebih 10,000 orang muda mengunjungi Program Pelancaran Jalur Lebar Mampu Milik 1Malaysia, Portal PahangkuTV & Phgkutwtup di Dataran Teluk Cempedak, Kuantan.

Program yang bermula dari 10 pagi hingga 12.30 malam penuh dengan berbagai program menarik orang muda. 5000 akaun twitter Pahangku twtup anak muda.

Anak muda bertweet dengan DSD Adnan Yaakob dan DS Najib PM. Tanya apa saja.

Berbagai cabutan gajet-gajet handphone, ipad, samsung, tab dsb dimenangi.





















































Program ini hasil idea Dato' Mohd Sharkar Shamsudin EXCO  Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Pahang dan team Media Baru Pahangku. Pengamal media baru-facebook, twitter, blogger terutama dikalangan orang muda dan belia dijemput hadir ke program ini.

Selepas ini program ini akan dilancar di setiap daerah di Pahang.




































DSD Adnan Yaakob MB Pahang mahu jentera UMNO dan BN Pahang belajar bagaimana Barack Hussein Obama memenangi pilihanraya Presiden US dengan memenangi hati pengundi muda.

Dengan keperihatinan DS Najib memberi bajet khas dan program-program menarik untuk orang muda diharap orang muda terus menyokong kerajaan yang ada.

Orang muda hari ini mahu pemimpin berjumpa dengan mereka secara sempoi, kurang protokol dan menyediakan program yang memberi faedah kepada orang muda.

15 comments:

Anonymous said...

Kalau meniru benda yg baik tiada salahnya, namun yg perlu diambil perhatian oleh Che'gu Nan hatta DS Najib ialah bagaimana mewujukan suasana piliharaya yg kundusif bersih dan adil.

DiUS, media milik kerajaan tidak disalahguna untuk berkempen secara murahan oleh pemegang kuasa. Malah Obama tidak menabur gula2 kepada rakyatnya menjelang piliharanraya presiden.

Seperkara lagi, penyandang jawatan bersedia mengadakan debat terbuka dikhalayak dgn pihak lawan agar rakyat dapat menilai mana satu dasar yg lebih baik demi kesejahteraan rakyat. Isu2 peribadi diketepikan langsung...ini DS Najib kena ikut dan belajar...

Pendekatan populis mungkin laku dimasa lalu..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 6:51 am,
Untuk pengetahuan Anon, Perdana Menteri Thailand, dan Presiden Filipina juga telah mengambil pendekatan populis. Singapura pun dah bagi cash handout kepada rakyatnya.

Kampong man said...

Benar kita harus mengadakan satu pulihanraya yang condusif bagi membuktikan kita semua sudah matang berpolitik.Kita juga mohon parti parti poltik tidak berkempen dan berpolitik di mesjid2 dan surau2 kerana ini akan memecahbelahkan ummah disebabkan perbezaan ideologi

Kita mahu cara US dan bukan cara kita sekarang.100 tahun lagi apabila kita sudah matang dan maju saperti US mungkin impian ini tercapai, mungkin !.Rome is not built in a day.Tetapi kita tetap mencuba bagi yang terbaik.Budaya demonstrasi jalanan kepakaran DSAI eloklah kita tolak bulat bulat kerana ianya bukan satu pendekatan ysng baik.Tq

Anonymous said...

bro kampongman,

Kat US dan negara-negara maju, demonstration bagi memperjuangkan sesuatu isu menjadi salah satu kebebasan yang di iktiraf oleh pihak kerajaan.

Kat UK, banyak demonstrasi bagi menyatakan sesuatu pendirian oleh rakyatnya selalu diadakan di kota london.

Disebabkan pihak pemerintah mengiktiraf hak ini maka, polis dan lain-lain agensi turut membantu bahawa setiap demonstrasi tersebut berjalan dengan teratur, tidak mrenganggu hak-hak rakyat yang lain.

Demonstrasi-demonstrasi mereka melalui jalan-jalanraya, bro kampongman. Tak pernah saya nampak demonstrasi di kota london melalui atas sungai thames atau melalui atas pokok.

Kat negara-negara maju ini, demonstrasi-demonstrasi mereka akan memalalui jalan-jalanraya tertentu dengan dikawal oleh polis dll.Tak pernah saya dengar mereka demonstrasi kat dalam stadium sebagaimana fahaman sdra kampongman dan kuncu-kuncu.

Dia orang berkumpul kat stadium kalau nak tengok acara sukan atau konsert je.

Anon 5:05

Anonymous said...

En Wan,

Kita tidak perlu menggunakan pendekatan PM Thailand, Filipina atau Singapura dalam membeli hati rakyat. Nilai yg tidak baik dan dilihat sebagai tidak adil tidak perlu dicontohi. Sebaliknya kita harus memacu kehadapan...kearah sebuah Negara dinamik dan pengamal demokrasi segar.

Apa yg saya (anon 6.51AM) sebutkankan diatas bukan bermaksud kita perlu mencontohi Amerika 100%, namun kita perlu mengambil nilai2 baik drp sebuah masyarakat yg boleh dianggap bertamadun seperti US ini. Islam memandang keadilan sebagi asas bagi mensejahterakan sebuah masyarakat yg berbilang ideologi dan budaya.

Mat Periba

Anonymous said...

Apa lagi yang tak bersih, matang dan kebeasannya. Sultan dan Raja menjalankan tugas resmi perhimpunan jalangnan bershit situ sini diatas jalan raya di dalam bilik semua ko dah lakaukan apa lagi yang korang maw. Aku tak gaham korang nih. Bahlul.

Kampong man said...

Salam,

Setuju pandangan Anon 5.05 dan Mat Periba.Banyak transformasi berlaku sejak Najib mengambi alih saperti pembubaran ISA ,kebebasan berkumpul satelah mendapat kebenaran polis dari segi keselamatan awam dan juga negara.Jadi syabas lah bagi perhimpunan 30,000 penonton di Seremban mendengar ucapan pemimpin PR terutama DSAI baru baru ini tanpa ada insiden buruk berlaku,suatu yang baik dan kebebasan ini diperuntukan dari sisi undang2.

Berkumpul di Stadium adalah semata mata bagi tujuan keselamatan juga terutama jika ia berpotensi melibatkan kerosakan harta benda dan kemudahan awam dan yang berkemungkinan menjejaskan business juga.Keputusan boleh dan tidak boleh adalah dibawah jurisdiction Polis.Kita tidak boleh salahkan pihak berkuasa saperti PDRM,SPRM ,SPR dan agensi kerajaan menjalankan tugas mereka dan menuduh mereka menyebelahi kerajaan.Di takdirkanlah PR berjaya,ditakdirkan saya kata PR menang besar ,badan ini akan turut bertugas tidak kira siapa yang memerintah -a separation of power between the ruling government and the independance bodies/agencies.Kita sudah nampak perubahan baik begini berlaku .Jangan terikut ikut mengadakan demonstrasi kerana desperate hendak menang saperti di 2008 dulu.Harap tidak ada lagi Bersih 4 pulak ya.

@ Tunku Aziz ,Vice Chairman DAP keluar parti kerana tidak setuju dengan demonstrasi Bersih dan beliau bukan calang calang orang,no nonsense .Susah juga kalau ramai yang keluar PR kerana ada yang tidak kena.Sakmongkol dan Aspan tinggalkan UMNO kerana ada yang tak kena juga gamaknya.

Bilalah agaknya PAS akan angkat kaki keluar DAP.Ahh..demi kuasa teruskan sajalah kerana yang lebih berkuasa dalam PAS adalah puak Anwarinas/erdogan bukannya ulamak .Peduli apa yang Nasharudin Mat Isa (Bekas Timbalan Presiden PAS) hendak kata berkenaan celupar Nurul Izzah .Nurul mengiyakangerakan fahaman pluralise agama iajuga 'meliberalkan' dan 'mempluralkan ' fahamn agama Islam.Isu ini tidak boleh di ambil rengan kerana ianya SERIOUS.Masih tidak setuju ?.Salam.

Kampong man said...

Salam,

Terlupa nak tambah sikit saja berkaitan stadium .Di UK stadium di banjiri beribu ribu penonton melihat EPL tetapi sayang Gereja gereja mereka kosong dan hanya di isi dengan warga emas sahaj.Malas ada gereja yang telah di convertkan kepada Mesjid.Inilah senario yang berkemungkinan berlaku jika kita tidak serious dengan isu yang PR fikir remeh.

@Kampong man suppor ManchesterUnited di England dan Celtic di Scotland.Celtic kalahkan Barcelona 2-1.Rod Stewart pulak yang menangis,scottish fanatics .SNP is seeking referendum tomtake away Scotland from Britain/UK. Tak ada pun demonstrasi jalanan dari zaman 70han dulu.They debated and debated.Kan bagus cara begitu.Tak tahu SNP tanya WZWH beliau di Dundee.Cheers.

Kampong man said...

pembetulan sikit 'Bilahlah agaknya PAS akan angkat kaki Keluar PR " bukan DAP.KM karang dari smatrphone Samsung galaxy 2 takut terpadam tak sempat hendak semak .Spelling pu kadang kadang ada yang tertekan butang yang salah saperti "Malas ada gereja" should be "Malah...Maaf ya.Dah petangpetang ni mata pun dah mula nak pudar nasib baik kepala masih boleh pakai macam idola KM Dr Tun Mahathir.Tak suka Tun masok blog Aspan.Tak suka Najib masok blog Sakmongkol apa susah,kebebasan memilih kan ?

Kutukandewata said...

DI NEGARA BARAT PARA PENDEMONSTRASINYA BERFIKIRAN MATANG.NAMUN BEGITU KALAU TENGOK CNN POLIS DIA ORANG BELASAH PENDEMO
BUAT BUAT KACAU.KAT MALAYSIA PENDEMONYA BERTUHANKAN EMOSI.NAMUN BEGITU POLIS KITA MENGUSAP-USAP KEPALA PENDEMO YANG BUAT KACAU.SIAP SUAP NASI LAGI BUAT BUDAK NAKAL TU.HEHEHEHEHEH!

Kampong man said...

Salam,

Masih ada juga yang berfikiran demonstasi jalanan ala barat adalah satu freedom yang tidak di tentang kerajaan dan ada yang menuduh PDRM berlaku ganas pada peserta Bersih.Sebagai anak polis dan pernah belajar dan bekerja di UK bertahun tahun KM berpendapat kita belum lagi matang menerima cara ini malah ini langsong bukan budaya kita orang Malaysia.Hairan juga ya mengapa ini semua (huruhara,kacau bilau dan demonstrasi jalanan ) tidak ada di zaman Tun Mahathir.

Tidak sehebat mana pun kebebasan mereka di UK tu.Tak percaya lihat di U-Tube "London Riot 2011 " lihat sendiri bagaiman pihak Polis membelasah perusuh.

@Kampong man- anak Polis no 457,.

Mungkin

Anonymous said...

kampongman,

Sebagai orang yang lama dok UK,alasan keselamatan oleh PDRM yang sdra ungkitkan tu - let me say, alasan autalah.Tak payah nak berbelit-belit.

London riot tu rusuhan bro - jangan le nak bekukan fikiran orang-orang melayu kita bro...jahat tu orang kata.

anon 5:05

ps: sorry tak boleh komen panjang sebab tak selesa guna my galaxy note 2 baru beli semlm. Akan tulis panjang kat laptop nanti.

Anonymous said...

Polis Malaysia berperasaan.Mana ada polid bagi siap makan dan tempat sembahyang lagi pada perusuh .Poodah ....perusuh Bersih yang kotor.Patut polis belasah saje yang kurang ajar ni.

Anonymous said...

anon 5.05 sokong demonstrasi sebab dia antara yang terlibat.yang pelahap makan makanan yang disediakan polis tu,anon 5.05 lah.hehehehehehehe!

Anonymous said...

anon 6:08 PM,

Peserta demonstrasi di Malaysia ini bukan dari puak pembangkang sahaja.Puak-puak sdra dari UMNO pun berdemonstrasi juga.

Ingat demonstrasi seret kepala lembu di Shah alam dulu. geng-geng sdra di Pulau Pinang juga pantang ada isu, tak kira betul atau tak betul, asyik keluar demonstrasi sahaja. Puak sdra di Pulau Pinang setelah demonstrasi, hantar rombongan hantar kuih bentuk tahi kepada ketua menteri Pulau Pinang. Itu belum kira geng yang buat demo dan kemudian pijak gambar ketua menteri pulau pinang.

bagaimana dengan demonstrasi senaman tunjuk punggung kecut yang diadakan dihadapan rumah dato' Ambiga.

jadi, anon 6:08 PM, tak payah nak tunjuk bodoh le....ratib le zikir UMNO tu bebanyak supaya lagi terserlah kecerdikan yang sejengkal.

Inilah perangai segelintir orang melayu yang akan membawa obor bangsa dipersada dunia dimasa depan dengan akal sejengkal! Mampos le melayu...inilah mentaliti melayu yang Dr Mahathir kata "sedang merempat dinegara sendiri"!!

anon 5:05

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...