Wednesday, August 15, 2012

September...September...September...PRU 13?



Begini kisahnya PRU 13 bila umum?

  • Oktober 2012- Musim haji. PAS akan tembak UMNO gile-gile. Walau dulu BN pernah buat!
  • November 2012- Periksa SPM/STPM tapi hari Sabtu dan Ahad tiada periksa. Hari Sabtu pilihan. Ini pilihan alternatif selepas September 2012.
  • Disember 2012- Musim banjir susah mahu buat PRU.
  • Januari 2013- Musim banjir juga. Awal sekolah ramai cikgu sibuk...
  • Februari 2013- Tahun Baru Cina. Orang Cina tidak selesa..
  • Mac 2013- Hampir penggal berakhir April 28. Rakyat nampak PM tak konfiden...
  • April 2013- Penggal penuh. Lagi rakyat nampak PM tak konfiden...
  • Mei-Jun 2013 - tertangguh 2 bulan sebelum PRU. PM lansung tak konfiden...
  • Kalau nak buat PRU sebelum 17 September sebelum musim haji bermula.

Itu pilihan DS Najib yang ada bulan September atau bulan November (11) Najib's lucky number!

Tuesday, August 14, 2012

Najib Mencari Ketenangan di Mekah Sebelum PRU 13



Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.

DS Najib mencari ketenangan di Mekah dengan menunaikan umrah. Disebalik kesibukan tugas sebagai PM dan Pengerusi BN, DS Najib meluangkan masa melawat rumah Allah.

DS Najib telah beusaha sebaik mungkin selepas post PRU 2008 mengambil alih kepimpinan negara dan parti dari Tun Abdullah.

DS Najib telah buat yang terbaik. Walau berbagai bisikan halus pembangkang dengan cerita-cerita spin mengelirukan rakyat, walau kebenaran sukar dimengerti kerana fitnah-fitnah besar berterbangan di langit Malaysia.

Ada ahli politik BN sendiri yang lebih mengejar kedudukan peribadi sanggup meninggalkan parti demi janji-janji manis bisikan halus...

Pembangkang buat cerita bahawa  risikan Polis dan Tentera telah melapor kepada DS Najib kononnya  peralihan kuasa akan berlaku pada PRU 13 nanti.

Seolah-olah pembangkang tahu semua serbi hal-hal sulit negara.

Sebagai orang Islam betul dan tepat langkah DS Najib mencari ketenangan dengan mengadap rumah Allah di Mekah dan Madinah.


DS Najib telah berusaha, sedang berdoa di Mekah dan Madinah dan seterusnya bertawakal.

Tidak ada apa yang perlu DS Najib risau dan bimbang...

Berdirilah sejuta jin dan manusia mahu menurunkan DS Najib dari kedudukannya sebagai PM Malaysia jika Allah tidak mengingini  dan para malaikat tidak merestui maka tetap DS Najib berdiri teguh dan utuh dikedudukannya.

Ada juga ahli politik-ahli politik Pakatan Rakyat terutama dari PAS yang meminati gaya kepimpinan politik DS Najib. Itu YB Nasaruddin sebagai contoh.

Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini. 

Tokoh-tokoh ulama berkenaan menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya meletakkan Islam sebagai teras kepada kemajuan.

Ketiga-tiga ulama Arab Saudi itu memuji kerajaan Malaysia kerana berjaya mengukuhkan kedaulatan Islamiah apabila meletakkan Islam sebagai agama persekutuan walaupun rakyatnya berbilang kaum dan agama.

Para ulama Arab Saudi juga kagum dengan kepimpinan kerajaan Malaysia yang memupuk hubungan baik antara ulama dan umarak dan mahukan negara Islam lain menjadikan Malaysia sebagai model negara Islam yang maju.

Ulama itu berpendapat pendekatan kerajaan terhadap kepimpinan yang berteraskan Islam itu telah mengelakkan Malaysia daripada menghadapi sebarang konflik seperti negara majmuk yang lain.

Monday, August 13, 2012

Muhyiddin Yassin Perlu Jadi Jaguh Kampung Beri Peluang Peladang Kecil Jayakan Lembu NFC!

Inilah "lembu tradisonal NFC' yang dibela oleh orang kampung tradisional Pahang, lihat betapa monteknya lembu-lembu ini.

Muhyiddin Yassin perlu menonjolkan diri sebagai jaguh orang kampung tradisional. Sekurang-kurangnya bila Projek lembu NFC ini diberi kepada semua peladang kecil orang kampung tradisional boleh mengimbangi persepsi yang peneroka Felda lebih didahulukan dan diutamakan dari orang kampung tradisional.

Kalau Najib suka melayan peneroka seperti anak emas dengan berbagai cash handouts diberi sehingga orang kampung tradisional berkecil hati maka:

Wajarlah Muhyiddin Yassin perlu jadi jaguh kampung beri peluang peladang kecil jayakan penternakan lembu NFC.

Jika RIDSA dengan skim pekebun kecil berjaya kenapa tidak melibatkan agensi kerajaan dengan pekebun kecil diberi peluang menternak lembu NFC.

Sekurang-kurangnya Muhyiddin Yassin boleh mengimbangi persepsi bahawa orang kampung tradisional dipinggirkan kerana tumpuan Najib berlebih kepada peneroka Felda.

Menteri Pertanian Noh Omar menyerahkan kepada TPM Muhyiddin Yassin untuk mengumumkan bila pemanggilan semula bagi tender projek Pusat Fidlot Nasional akan dibuat.

Kerajaan akan memanggil tender bagi mengambil alih projek NFC tersebut. Kerajaan serius untuk memastikan agar projek itu tetap diteruskan seperti yang dirancang sebelum ini.

Katanya lagi, proposal bagi menjemput syarikat untuk menguruskan projek tersebut telah dinyatakan oleh PM Najib Abdul Razak dan timbalannya.

Isu NFC melibatkan suami kepada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, apabila didakwa menyeleweng wang dana awam berjumlah RM250 juta.

Muhyiddin tidak perlu tendar kepada syarikat terus saja beri kepada peladang kecil di bawah agensi Peladang, JKKK atau Koperasi orang kampung tradisional.

Tidak ada ruginya dana RM250 juta diberi kepada orang kampung tradisional kerana orang kampung tradisional sesuai memternak lembu NFC kerana ada banyak padang ragut dan tanah luas berdekatan hutan.

Harimau-harimau di hutan pun tahu tak berani mahu membaham lembu-lembu NFC ini kerana isu ini sangat sensitif!

Inilah masanya Muhyiddin Yassin mahu mengimbangi persepsi peneroka Felda lebih didahulukan dan diutamakan dari orang kampung tradisional.

Jika Najib Umum RCI Projek IC Sabah Bahawa Mahathir dan Anwar Terlibat Sama Apa Kesannya?

Najib akan mengumumkan keputusan RCI Projek IC Sabah.

Bagi kepentingan politik Najib, Mahathir dan Anwar Ibrahim perlu dikambing hitamkan dalam isu Projek IC Sabah. Killing two birds with one stone!

Pembangkang kata Mahathir semasa berkuasa sebagai PM secara sulit menjalankan Projek IC Sabah memberi warganegara kepada imigran Filipina dan Indonesia yang beragama Islam supaya boleh mengundi.

Statistik menyatakan orang Cina Sabah telah menjadi kecil bila bumiputera Islam dan imigran Islam boleh mengimbangi orang Cina dan kaum bumiputera Kristian.

Polemik ugama mudah orang Melayu Islam pasti sokong 'idea Mahathir' ini. PAS patut sokong tapi kalau tidak sokong itu siyasah politik PAS segan dan malu kepada DAP dan PKR serta kaum Bumiputera Kristian.

Najib umum pembentukan RCI Projek IC tidak lama dulu bila ahli politik Sabah bising dengan masalah pendatang dari Filipina dan Indonesia. Ada kata orang Pakistan pun diberi IC!

Kalau ikut undang-undang negara kerja Projek IC ini salah sebenarnya. Tapi ahli politik genius ada rasionalnya. Biasalah terus terang WZWH cakap orang Islam menyokong tapi orang bukan Islam tidak menyokong. 

The Law of Majoriti jelas: Pandangan Majoriti menguasai pandangan minoriti. Soal 'to make illegal thing legal' itu pilihan orang politik yang berkuasa!

Katakan jika Najib umum bahawa Projek IC Sabah bahawa bukan Mahathir saja bersalah tapi juga membabitkan Anwar! Apa kesannya?

Ramai orang kata Mahathir akan terlepas sebab dia ahli politik yang licik. Bagaimana mahu buktikan isu 'to make illegal thing legal? Kita tahu apa-apa yang berlaku tiada mana pihak mahu bertanggungjawab.

Orang Sabah patut tahu Anwar Ibrahim yang beriya mahu membawa UMNO ke Sabah semasa beliau dalam UMNO.

Orang Sabah patut syak bahawa Anwar Ibrahim yang menjalankan Projek IC Sabah ini kerana beliau adalah orang kuat Mahathir dulu?

Apa kesan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat sekarang?

Walaupun perhatian kini ditumpukan kepaa bekas PM Mahathir atas peranannya memberi kewarganegaraan kepada imigran di Sabah untuk mengundi, ketua pembangkang  Anwar Ibrahim juga mungkin menjadi sasaran.

Pengumuman suruhajaya diraja untuk menyiasat perkara itu mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun Anwar yang merupakan bekas timbalan PM juga merupakan sebahagian daripada legasi tersebut.

Ada orang yang masih menyalahkan Anwar kerana membawa masuk UMNO  ke Sabah sebelum ini.

Sekiranya Anwar turut terlibat, ketua umum PKR itu juga akan terjejas. Kesan kepada Anwar adalah serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas orang kanan Mahathir itu.

Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara.

Ia mungkin menjejaskan UMNO bawah Mahathir yang merupakan generasi lama, tapi generasi baru (pembangkang) akan merana jika Anwar terlibat.

Najib mungkin terpaksa mengumumkan RCI tersebut untuk membendung perkembangan di Sabah, namun ia mungkin memberi peluang kepada PM untuk keluar dari bayang-bayang Mahathir sekiranya berjaya menjejaskan UMNO

Sunday, August 12, 2012

Keberangkatan Tuanku Sultan Pahang Berbuka Puasa Di DUN Tahan



















KDYMM Tuanku Sultan Pahang berangkat ke majlis berbuka puasa dan mengurnia kepada golongan memerlukan di Felda Sungai Retang DUN Tahan parlimen Jerantut pada 10 Ogos 2012.

Keberangkatan Tuanku Sultan Pahang melengkap lagi siri lawatan VVIP ke DUN Tahan. Sebelum ini DS Najib datang ke Felda Padang Piol, DUN Tahan sehari sebelum puasa.

Kalau ikut program asal DS Najib mahu berbuka puasa di Jerantut. Namun oleh kerana DS Najib baru saja melawat Jerantut maka Raub diberi peluang.

KDYTM Tengku Mahkota Pahang telah juga berangkat ke Kampung Jerantut Feri, DUN Tahan pada 1 Ogos 2012.

Maka WZWH rasa cukuplah dengan kehadiran VVIP memberi penghormatan kepada DUN Tahan. Tiada apa lagi WZWH mahu komen dan ulas.

Tahniah kepada YB Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan yang patut mendapat penghormatan itu.



















Keberangkatan Tunku Sultan Pahang diiringi oleh Sultanah Pahang dan Tengku Temenggong. Kelihatan DS SUK Pahang turut hadir. 4000 rakyat DUN Tahan hadir.



















Tengku Temenggong memberi taklimat kepada Tuanku Sultan Pahang dan rakyat jelata berkenaan laporan progres Temenggong Initiative satu NGO Alam Sekitar yang cukup popular memberi kesedaran kepada rakyat Pahang supaya menjaga alam sekitar, flora dan fauna juga kebersihan kampung-kampung tradisional Pahang.

Sebelum itu YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan berucap. ADUN Tahan mengalu-alukan keberangkatan Tuanku Sultan Pahang pemerintah Pahang dan jajahan takluknya bersama Sultanah, dan Tengku Temenggung ke DUN Tahan.

ADUN Tahan juga mengisahkan betapa Tengku Temenggong cukup komited dengan NGO Temenggong Initiative. ADUN Tahan sembah bahawa 3 hari lepas Tengku Temenggong telah berangkat ke kampung-kampung pedalaman di Ulu Tembeling berjumpa dengan rakyat dan memberi kurnia.

Keberanian dan kesungguhan Tengku Temenggong mudik hilir Sungai Tembeling menempuh tujuh jeram merbahaya, melawat ke kampung-kampung tradisional Ulu Tembeling pada bulan puasa dari pagi sampai ke malam membuktikan Tengku Temenggong anak raja berjiwa rakyat betul-betul mewarisi kepimpinan Paduka Ayahanda Tuanku Sultan Pahang.

ADUN Tahan juga menyembah maklum memberi persembahan sebidang tanah dua ekar di Kuala Tahan untuk dibuat Pejabat Temenggong Rangers dan Istana Hinggap Tengku Temenggong. Ini bukan tanah kerajaan tapi tanah milik ADUN Tahan sendiri yang dibeli oleh beliau ketika menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Untuk pengetahuan pembaca blog WZWH, di Ulu Tembeling ada sebuah Istana Sri Tembeling di Kampung Bantal tempat Tuanku Sultan Pahang bersemayam ketika berangkat ke Ulu Tembeling. ADUN Tahan telah mendapat peruntukan RM2 juta bagi membaikpulih Istana Sri Tembeling tersebut.

Ini membuatkan Tuanku Sultan Pahang teruja untuk berangkat ke Ulu Tembeling bila Istana Sri Tembeling itu siap di renovation. Istana Sri Tembeling adalah sebuah istana yang unik di negeri Pahang kerana di istana inilah rakyat Ulu Tembeling bebas mengadap Tuanku Sultan Pahang dan mengadu hal dan masalah.

Istana Sri Tembeling ini adalah simbolik hubungan Raja dan Rakyat Pahang serta Sejarah Kesultanan Pahang.



















Para golongan yang patut menerima sumbangan berbaris untuk menerima kurnia dari Tuanku Sultan Pahang.



















Kadi Daerah Jerantut mendoakan selamat keberangkatan pulang Tuanku Sultan Pahang. Kelihatan DSD Adnan Yaakob MB Pahang dan YBM TS Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut.




















Tuanku Sultan Pahang raja berjiwa rakyat disayangi dan dikasihi rakyat Pahang. Tuanku Sultan Pahang sangat mengambil berat dan perihatin kepada rakyat baginda. YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan mengiring keberangkatan pulang Tuanku Sultan Pahang. 



















Kanak-kanak di Pahang sejak kecil diasuh menyayangi dan mengasihi Tuanku Sultan Pahang. Sememangnya rakyat Pahang sangat taat kepada pemerintah dan pemimpin. Ini adalah kerana secara tradisional struktur masyarakat Pahang telah disusun dan dibentuk sebagai satu akarumbi yang kukuh dan jalinan Raja dan rakyat berpisah tiada. Raja adalah payung dan pelindung Rakyat jelata.



















Tuanku Sultan Pahang yang berusia 82 tahun masih gagah memandu sendiri berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Semoga Allah memanjang usia Tuanku semoga sihat walafiat boleh memerintah Pahang dan jajahan takluknya memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Ampun Tuanku, patik WZWH tiada apa mahu dipersembahkan melainkan coretan blog kerana itu tugas patik sebagai blogger Diraja Pahang. Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...

Thursday, August 9, 2012

Masa Depan Politik Malaysia Post PRU 13 Apa Kesudahannya?


Tiada pakar politik dunia boleh beritahu rakyat Malaysia apa kesudahan masa depan politik Malaysia post PRU 13.

Hanya rakyat Malaysia yang tahu....

Samada kita mahu kerajaan baru post PRU 13 menjadi lemah dan semakin lemah atau kita mahu menyelesaikan 'once for all'.

Kerajaan semakin lemah dan hancur negara seperti Arab spring memporakperandakan negara-negara Arab.

Demi memenuhi agenda global 'political change'.

PRU 2008 buat Pakatan Rakyat dapat 5 negeri. PRU 13 mampukah BN selepas Malaysia merdeka 1957 bertahan?

Kepimpinan DS Najib menampakkan pembaharuan beliau yang tersendiri:

  • Siri pembaharuan ekonomi
  • Pembukaan sektor ekonomi
  • Pemansuhan ISA.
Kepimpinan negeri-negeri dikuasai pembangkang membuatkan rakyat bertanya bolehkah pembangkang mentadbir negeri dan seterusnya Putrajaya.

Pengundi muda berjuta ramainya akan mencorak kerajaan post PRU 13.

Pengundi terbahagi kepada:
  • Penyokong totok BN
  • Penyokong totok PR
  • Penyokong atas pagar
Trend pengundi bukan-Melayu terutama orang Cina kecenderungan menyokong PR. Ini boleh buat MCA, MIC, Gerakan berkubur.

Ini senarionya:
  • BN menang majoriti tipis tapi tiada wakil bukan-Melayu.
  • PR menang majoriti tipis tanpa sokongan majoriti Melayu.
  • Parlimen tergantung.
  • Sabah atau Sarawak melompat kem saat akhir menjadi 'king-maker'
Senario ini boleh mengakibatkan peralihan kuasa sama ada secara aman atau huru hara itu semua kemungkinan.

Pilihan terbuka luas kepada 13 juta pengundi PRU 13.

Peralihan kuasa di Indonesia dari Suharto kepada beberapa presiden tidaklah secara aman, licin, lancar dan huru-hara seperti imej buruk dipersada antarabangsa, rusuhan anti orang Cina, pengeboman Bali, konflik Islam-Kristian.

Jika PR menang majoriti tipis PR 13 belum tentu perubahan besar boleh dilaksanakan kerana politik yang tidak stabil.

Tawar menawar antara BN dan PR memikat ahli parlimen dan ADUN melompat kem akan berleluwasa berlaku.

Yang jelas, kemenangan yang decisive bagi BN membolehkan DS Najib mendapat mandat rakyat dan berakhir kareer politik Anwar Ibrahim.

Kemenangan yang decisive bagi PR boleh melemahkan kedudukan DS Najib dalam UMNO dan kepupusan MCA, MIC dan Gerakan.

Kemenangan 50 % BN dan 50% PR pun tidak baik kerana kerajaan akan semakin lemah.

Jika rakyat mahu lihat kerajaan post PRU 13 yang kuat dan boleh berdepan dengan politik antarabangsa dengan yakin maka buat pilihan sekarang:

  • Nak bagi BN bagi sepenuhnya
  • Nak bagi PR bagi sepenuhnya
Tiada konsep 50-50 atau 49-51 atau 51-49.

Wednesday, August 8, 2012

Pelaburan Kilang Simen RM600 juta Di Jerantut


Jerantut akan menerima pelaburan kilang simen RM600 juta. Sebuah syarikat sudah mendapat kelulusan dari Putrajaya dan kerajaan negeri untuk mula beroperasi bila syarat-syaratnya dipenuhi.

Kilang simen ini akan didirikan di sebuah mukim perkampungan tradisional di Jerantut. Kilang simen ini memerlukan pekerja seramai 1500-2000 orang.

Sebuah landasan kereta api akan dibina bagi menghubungkan kilang dengan sebuah stesyen kereta api tempatan berdekatan dengan daerah Jerantut.

Berdekatan dengan mukim perkampungan tradisional itu juga telah diluluskan sebuah mini-hidro elektrik yang menggunakan air terjun dari lata yang berdekatan.

Mini hidro ini boleh membekal elektrik 60MW

Diharap bila mendapat kelulusan EIA mini-hidro ini dapat membekalkan elektrik ke kilang simen tersebut.

Ini berita baik sebelum PRU 13 di parlimen Jerantut.

Ini hanya permulaan banyak lagi projek-projek pembangunan, industri, pelancungan, pelaburan yang mencurah memacu pertumbuhan ekonomi Jerantut.

Dengan syarat kerajaan BN diberi mandat lagi dan UMNO BN menang kesemua parlimen dan 3 DUN di Jerantut.

WZWH sudah nampak transformasi ekonomi Jerantut akan berjalan rancak. Blog WZWH menyokong penuh transformasi ekonomi Jerantut dibawah kepimpinan DS Najib PM Malaysia.

[Autosaved] WZWH Mula Menulis…

Sudah lama WZWH tidak berblog WZWH mula menulis… Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia Sudah tentu beri kesan...