Monday, August 13, 2012

Jika Najib Umum RCI Projek IC Sabah Bahawa Mahathir dan Anwar Terlibat Sama Apa Kesannya?

Najib akan mengumumkan keputusan RCI Projek IC Sabah.

Bagi kepentingan politik Najib, Mahathir dan Anwar Ibrahim perlu dikambing hitamkan dalam isu Projek IC Sabah. Killing two birds with one stone!

Pembangkang kata Mahathir semasa berkuasa sebagai PM secara sulit menjalankan Projek IC Sabah memberi warganegara kepada imigran Filipina dan Indonesia yang beragama Islam supaya boleh mengundi.

Statistik menyatakan orang Cina Sabah telah menjadi kecil bila bumiputera Islam dan imigran Islam boleh mengimbangi orang Cina dan kaum bumiputera Kristian.

Polemik ugama mudah orang Melayu Islam pasti sokong 'idea Mahathir' ini. PAS patut sokong tapi kalau tidak sokong itu siyasah politik PAS segan dan malu kepada DAP dan PKR serta kaum Bumiputera Kristian.

Najib umum pembentukan RCI Projek IC tidak lama dulu bila ahli politik Sabah bising dengan masalah pendatang dari Filipina dan Indonesia. Ada kata orang Pakistan pun diberi IC!

Kalau ikut undang-undang negara kerja Projek IC ini salah sebenarnya. Tapi ahli politik genius ada rasionalnya. Biasalah terus terang WZWH cakap orang Islam menyokong tapi orang bukan Islam tidak menyokong. 

The Law of Majoriti jelas: Pandangan Majoriti menguasai pandangan minoriti. Soal 'to make illegal thing legal' itu pilihan orang politik yang berkuasa!

Katakan jika Najib umum bahawa Projek IC Sabah bahawa bukan Mahathir saja bersalah tapi juga membabitkan Anwar! Apa kesannya?

Ramai orang kata Mahathir akan terlepas sebab dia ahli politik yang licik. Bagaimana mahu buktikan isu 'to make illegal thing legal? Kita tahu apa-apa yang berlaku tiada mana pihak mahu bertanggungjawab.

Orang Sabah patut tahu Anwar Ibrahim yang beriya mahu membawa UMNO ke Sabah semasa beliau dalam UMNO.

Orang Sabah patut syak bahawa Anwar Ibrahim yang menjalankan Projek IC Sabah ini kerana beliau adalah orang kuat Mahathir dulu?

Apa kesan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat sekarang?

Walaupun perhatian kini ditumpukan kepaa bekas PM Mahathir atas peranannya memberi kewarganegaraan kepada imigran di Sabah untuk mengundi, ketua pembangkang  Anwar Ibrahim juga mungkin menjadi sasaran.

Pengumuman suruhajaya diraja untuk menyiasat perkara itu mungkin menjejaskan legasi Mahathir, namun Anwar yang merupakan bekas timbalan PM juga merupakan sebahagian daripada legasi tersebut.

Ada orang yang masih menyalahkan Anwar kerana membawa masuk UMNO  ke Sabah sebelum ini.

Sekiranya Anwar turut terlibat, ketua umum PKR itu juga akan terjejas. Kesan kepada Anwar adalah serius jika siasatan suruhanjaya itu turut mengaitkan bekas orang kanan Mahathir itu.

Anwar kini juga masih aktif dalam arena politik sedangkan Mahathir telahpun bersara.

Ia mungkin menjejaskan UMNO bawah Mahathir yang merupakan generasi lama, tapi generasi baru (pembangkang) akan merana jika Anwar terlibat.

Najib mungkin terpaksa mengumumkan RCI tersebut untuk membendung perkembangan di Sabah, namun ia mungkin memberi peluang kepada PM untuk keluar dari bayang-bayang Mahathir sekiranya berjaya menjejaskan UMNO

6 comments:

Kampong man said...

Salam Wan,

Sangat menarik sekali isu RCI bagi IC di Sabah ini.Malah di banyak blog pembangkang bro Sakmongkol dan bro Aspan pun isu ini hangat di perbincangkan dengan harapan rakyat Sabah bangun dan menentang Kerajaan BN yang dipilih secara demokratik OVERWHEMLY !!.

Syabas pada Najib yang berani dan konsisten termasok dalam isu royalti minyak Kelantan dengan penubuhan jawatankuasa berwibawa dengan pakar pakar antarabangsa dan di ketuai bekas Hakim Negara lagi bagi ketelusan.Najib berani.

Kampong man turut memberi pandangan kerana dia' orang minyak!! ' true and true dan bukan orang politik.Alhamdulillah, dapat berbagai reaksi blogger lain tapi sayang mereka lebih minat mempolitikan isu dan lebih pada personal attack tanpa ada fakta.

Sdr Aspan tu sebenarnya housemste Kampong man di kolej Maktab Mara di JO dulu dipanggil RIDA dan Aspan baru masok ikuti Kursus HSC arts di ITM dan Kampong man hampir mahu keluar waiting for UCCA redults.Maknanya Aspan itu adik den buat kata orang N9 dan sebagai housemate Aspan special pada Kampong man kerana sama sama datang belajar dari kampong.Kadang kadang share sabun mandi dan ubat gigi lagi.Pasti rapatkan.Cumanya dia tall dan handsome jadi menjadi idaman gadis kampuslah dia.Seronok hidup zaman susah dengan tak ada PTPTN dan mula belajar makan roti dengan duit tak ada issh...Yang penting kampong man hormati keputusan beliau berhijrah ke DAP dan doakan beliau berjaya dalam politiknya dan dapat mengubah DAP supaya dapat diterima orang melayu.Bolehkah? ,Kita lihatlah di PRU 13 nanti.

Bagi Sabah pula walau apa pun ribut umpamanya Lajim dan Wilfred keluar parti langsong tidak skan memberi kesan atas sokongan rakyat Sabah kepada BN.Kalau tidak mereka sudaj pasti reject BN di PRU 13 dulu.Malah BN perolehi semua kersusi Parlimen kecuali satu di KK.PAS dan PKR langsong tidak diterima rakyat di Sabah PR boleh lupakan Sabah kerana perubahan besar besaran tidak mungkin berlaku kerana terlalu banyak usha kerajaan BN lakukan bagi Sabah.Kampong man terlbat secara lansong membina Biodisel Plant di POIC Lahat Datu dan FMU reforestasation project untuk forest management di Sabah.

Sekian, selamat berpuasa semoga kita perolehi rahmat fibulan ramdhan yang mulia.Salam.

@Opps..Mana brother QD kita ?.Lama tak dengar dimana mana blog.Jangan merajuk Sakmongkol delete banyak my posting juga kerana terasa tergugat dan terasa rendah diri kerana di Pahang beliau mungkin tidak ada tempat dan blog beliau hanya untok puak puak demor sajo kata orang Kelantan.Piak pi lah dia noh...seronok sendiri.

Kampong man said...

Maaf, pembetulan.

1)....di PRU 12 ..bukan 23

2) OVERWHEMLY should read OVERWHEMINGLY issh..smartphone ni terlalu kecil letteringnya.

Satu lagi BN berjaya 24/25 di Sabah dan di Sarawak pula 30/31 bagi Parlimen.

Kampong man BN akan terus menerajui negara dengan Transformasi social, ekonomi dan politik demi rakyat.Oleh itu undilah yang terbaik.Salam.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Kampong Man,
WZWH menghargai pengalaman Kampong Man dalam industri minyak oil n gas, terutama di Sabah. Pemerhatian politik Kampong Man yang neutral dan terlibat secara mendalam boleh memberi perspektif baru kepada golongan atas pagar agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah tipu helah Pakatan Rakyat. WZWH juga menghargai komen QD dan Bro Ghab kerana kebernasan dan penuh rasional. Komen-komen Kampong Man, QD, dan Bro Ghab memeriahkan lagi blog WZWH. Biarkan Sakmongkol AK47 terjun dengan labu DAPnya. Ada ulamak kata menyokong dan undi DAP itu haram..

bugis+lombok said...

elok juga org dari Indonesia duduk kat sabah (malaysia)sebab ramai orang di Semenanjung Malaysia pun berasal dari INDONESIA ( pulau jawa, bugis, aceh, sulawesi dll )tuan punya blog wzwh ni pun asal dari indonesia rasanya

Kampong man said...

Salam Wan dan pembaca yang dihormati,

Our PM DS Najib dengan penuh ketelusan tubuhkan RCI dengan details terms of reference bagi illegal Immigrants di Sabah dan Tan Sri Steve Shim Lip Kiong former Chief Judge of Sabah and Sarawak dabagai chairman.Ini sangat baik sekali dan isu pendatang ini harus jangan lagi di politikan.Di fahamkam juga isu IC ini adalah isu lama sebelum UMNO masok di Sabah dibawah PBS dulu.

Difahamkan terdapt juga local Sabahan mendaftar kelahiran lambat dan dilihat sebagai pendatang.Isu pendatang haram ini harus ditangani supaya yang bukan rakyat tidak dibagi kerakyatan dan diatasi Ketegasan Najib begini yang kita bangga dengan transparency nya.Apa mesti ditakutkan.

Kita tidak mahu propaganda membenci kerajaan dari pembangkang dipercayai rakyat dengan penipuan mereka(Pembangkang )

Apa lagi yang DS Najib tidak buat bagi meyakini hati orang muda dan mereka yang diatas pagar bersama BN.Kerana undi orang muda penting bagi mencorakkan masa depan negara.Harap maklum.Terima kasih.


Anonymous said...

masuk dari pintu belakang rumah org. .sma lh sprti mencuri.jka anda tuan rumah. .apa prsaan anda andai rumah anda ddtgi dri pintu belakang, .apakh anda akn brtnya"kenapa pakai pintu belakang?pintu depan kn ada. .?adkh anda msh sempat bertnya atau terus bgi penyepak?gnaknlh otak untk brfikr..salam.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...