Wednesday, August 8, 2012

Pelaburan Kilang Simen RM600 juta Di Jerantut


Jerantut akan menerima pelaburan kilang simen RM600 juta. Sebuah syarikat sudah mendapat kelulusan dari Putrajaya dan kerajaan negeri untuk mula beroperasi bila syarat-syaratnya dipenuhi.

Kilang simen ini akan didirikan di sebuah mukim perkampungan tradisional di Jerantut. Kilang simen ini memerlukan pekerja seramai 1500-2000 orang.

Sebuah landasan kereta api akan dibina bagi menghubungkan kilang dengan sebuah stesyen kereta api tempatan berdekatan dengan daerah Jerantut.

Berdekatan dengan mukim perkampungan tradisional itu juga telah diluluskan sebuah mini-hidro elektrik yang menggunakan air terjun dari lata yang berdekatan.

Mini hidro ini boleh membekal elektrik 60MW

Diharap bila mendapat kelulusan EIA mini-hidro ini dapat membekalkan elektrik ke kilang simen tersebut.

Ini berita baik sebelum PRU 13 di parlimen Jerantut.

Ini hanya permulaan banyak lagi projek-projek pembangunan, industri, pelancungan, pelaburan yang mencurah memacu pertumbuhan ekonomi Jerantut.

Dengan syarat kerajaan BN diberi mandat lagi dan UMNO BN menang kesemua parlimen dan 3 DUN di Jerantut.

WZWH sudah nampak transformasi ekonomi Jerantut akan berjalan rancak. Blog WZWH menyokong penuh transformasi ekonomi Jerantut dibawah kepimpinan DS Najib PM Malaysia.

28 comments:

Anonymous said...

Kenapa nak tunggu BN menang PRU 13 baru nak buat??

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Permohonan, perancangan, kelulusan mengikut syarat-syarat Federal dan kerajaan negeri serta kementerian berkaitan mengambil masa.

Anonymous said...

Pelabur lebih yakin dengan kerajaan BN.

Durian Gugur said...

Ini hanya permulaan banyak lagi
projek-projek pembangunan,
industri, pelancungan, pelaburan
yang mencurah memacu
pertumbuhan ekonomi Jerantut.
Dengan syarat kerajaan BN diberi
mandat lagi dan UMNO BN
menang kesemua parlimen dan 3
DUN di Jerantut.

Ada syarat la pulak..mcm gula2 je..
Sepatutnya gazetkn dia dalam pelan pembangunan jerantut.sape2 memerintah perlu laksanakan.baru boleh dikatakn "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan".
Kalau bersyarat nampak seperti , "politik didahulukan , pencapaian untuk pemimpin dan rakyat ditinggalkan".
He333 jgn melenting,, salam ramadhan..

Anonymous said...

Durian Gugur,
Kalau BN memerintah lagi maka lebih cepatlah projek-projek yang WZWH cakap tu berjalan.

Anonymous said...

semua orang kampung tradisional tu kena pindahlahhh lepas ni . habuk simen bertebaran disekitar kampung ... ha ha ha ha ... apa ra kerajaan ... ada kilang simen kat bukit sagu pun kena tipu dengan YTL .... ni nak buat lagi kliang simen ha ha ha... kena tipu lagi lahhh

Anonymous said...

Habis la tanah org melayu @ orang kampung terlepas ke tauke kilang...org kg hanya jd pemikul guni simen.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Ini kilang simen berteknologi tinggi mesra alam sekitar. Kilang simen perlu untuk industri pembinaan. Nak buat rumah pakai banyak simen. Sekarang harga simen mahal sekampit kerana permintaan lebih dari penawaran. Bila siap kilang simen Jerantut nanti orang Jerantut boleh beli dengan harga yang lebih murah. Kilang simen ini dibina di tanah kerajaan. Anak-anak muda kampung boleh bekerja dikilang ini.

Anonymous said...

Oii org jerantut jgn lupa. UMNO ni bab janji memang hebat. Jangan lupa weh.sebelum rancang nak buat lapangan terbang di temin. last2 tanah yang dirancang habis dibedal oleh puak2 UMNUUUU. Dekat pRU dia rancang lagi krn nak gula2kan pengundi.bila menang habis balak beratus ekar dan skrg lombong bijih besi pulak akan di sapu. Siapa yang sapuuuuu. Jawabnya UMNUUUUUUU

Anonymous said...

Inilah masalahnya, hanya segelintir pemimpin Umno yang memang kaki sapu hak orang...tetapi mereka yang buruksangka ini menuduh seolah olah semua ni kerja orang Umno , apa mereka ni ingat mereka ni molek sangat ke? .... Harap pemimpin tertinggi Umno menolak pemimpin Umno yang selalu membuat masalah sehingga kerana mereka ini seolah olah orang Umno semua tak molek.....

Anonymous said...

Hebat dan pelik,kenapa hanya jerantut boleh buat kilang berteknologi tinggi.org tempat lain tak cerdik sbb tak minta kilang simen berteknologi tinggi.orang tempatan boleh beli dgn harga murah?udah2 le ngarut tu,"nampok benor nipunya".sbb kilang sawit ada kt setiap felda tapi harga minyak masak sama je..
Buat la kajian kelebihan dan kelemahan dulu sblm operasi.panggil pbt,alam sekitar,pakar dari universiti dan org awam.jgn kerana ingin menyediakan peluang pekerjaan kpd 1500 orang(bangla/indon) kita korbankan kemesraan alam.bimbang penduduk tradisional akan pupus sedikit demi sedikit akibat penyakit paru2.

Anonymous said...

Lawak orang Hulu

Simen adalah barang terkawal dan harganya
dah ditetapkan. Mana untung banyak.

WZWH ingat rumah dia Kat belakang kilang
simen Dan dia dapat beli simen dengan harga RM5
sekampit.

Anonymous said...

Najib Janji Ditepati boleh buat harga sekampit simen murah....untuk orang Jerantut!

Anonymous said...

Kalau UMNO masih memerintah

" Pelaburan RM600 juta di Jerantut Hilang di Siminkan "

Anonymous said...

Kalau UMNO masih memerintah

" Pelaburan RM600 juta di Jerantut Hilang di Siminkan "

Anonymous said...

Kah setuju apa yg deme ckp. RM600juta akan habis di siminkan dalam akaun puak2 UMNo. Mcm duit RM500juta untuk DUN Tahan yang telah di siminkan oleh.........(jwb ditempat kosong)

Anonymous said...

Anon-Anon jangan jadi budo...duit RM600 juta tu duit swasta bukan kerajaan punya. Duit pelabur. Ingat senang mahu kapur duit swasta hahahahahaha...

Anonymous said...

Salam WZWH & MUT...,

Bagus satu pembaharuan. Aku puji sebab kejayaan kepada masyarakat Lembah Tembeling... Tapi pelik bin ajaib, mengapa tiada perbincangan meja bulat, alih2 Putrajaya dah beri kelulasan. Semacam dgn projek Lynas tidak "berbahaya", sampai sekrang isu tersebut sudah 75% menguasai jiwa pengundi untuk mengundi pembangkang. Inilah yang dikatakan pemimpin beruntung rakyat tertuntung...

Mengenai projek simen di Jerantut dan minihydro yang akan didirikan, masyarkat Tembeling tidak untung, jika ada pun beberapa anak muda akan mendapat sedikit peluang kerja disitu nanti. Masyarakat dan anak muda mahu kekayaan di Jerantut diberikan samata rata, adil. Masyarakat Jerantut bukan peminta sedekah atau seperti "pengemis lara", denyutan mereka memerlukan "wang" tapi ada taraf pekerjaan. Mereka "anak muda" tidak juga berapa suka dengan BR1M, KR1M, tapi mereka mahu kantung diisi setiap bulan dengan cara berhemah. Untuk ini pemimpin kena bijak mencatur bukan hanya pandai menabur janji semata2. Wallahualam...

Banir, selamat berbuka puasa.

Anonymous said...

Orang muda geli hati melihat sketsa drama bertajuk "gula2 buat warga jerantut,"

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Banir,
Projek Kilang simen RM600 juta dan mini hidro itu bukan di DUN Tahan, di DUN lain dalam parlimen Jerantut.

Anon 7:16, geli tak geli orang muda lihat saja perkembangan yang WZWH akan laporkan....lebih banyak projek pembangunan akan menyusul. Ini bukan gula-gula zaman kanak-kanak..ini zaman realiti dan tindakan praktikal. Itu komitmen WZWH sebagai pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. Tunggu dan lihat wahai orang muda Jerantut....

Anonymous said...

dah dah tentu WZWH pun akan ada share juga dalam kilang simen tu macam projek jalan ulu tembeling , projek sekolah ulu tembeling dan projek jalan di relong tu kan kan kan kan kna

...ahli umno 124.... said...

penyukung2 umnuuuuu jerantut pedan dulik olih cerita khayalan wzwh aje leee... dinegeri pakatan pembangunannya lebih hebat dari nih tapi tak sibuk pun. Banding ngan kelantan pun pahang tak terlakik. Kelantan dah lancar pun bena lebuhraya 1.8b bukan juta tau...kalau phg nih...1.8juta pun tak mampu nak bena sendiri. Duit balak,lombong besi,lombong emas dan segalanya dibelasah oli pemuka2 umnuuuu. Rakyat tengok aje le... wzwh tu dapat leleh melalui wan mizan, penyukung2 umnuuu yg sibuk2 harap bersorak sokong umnuuu bolih la..

Anonymous said...

HANYA INI AJELAH TAHAP MENTALITI ORANG JERANTUT.TAK UBAH SEPERTI ZAMAN NABI MENGEMBANGKAN ISLAM ADA AJE BANGKANGAN DAN TOHMAHAN!POOORAAAHHH LAH ORANG JERANTUT!OTAK BEKU.SORRY YE JANGAN Marah,salam ramadan!

Anonymous said...

HANYA INI AJELAH TAHAP MENTALITI ORANG JERANTUT.TAK UBAH SEPERTI ZAMAN NABI MENGEMBANGKAN ISLAM ADA AJE BANGKANGAN DAN TOHMAHAN!POOORAAAHHH LAH ORANG JERANTUT!OTAK BEKU.SORRY YE JANGAN Marah,salam ramadan!

Anonymous said...

HANYA INI AJELAH TAHAP MENTALITI ORANG JERANTUT.TAK UBAH SEPERTI ZAMAN NABI MENGEMBANGKAN ISLAM ADA AJE BANGKANGAN DAN TOHMAHAN!POOORAAAHHH LAH ORANG JERANTUT!OTAK BEKU.SORRY YE JANGAN Marah,salam ramadan!

Anonymous said...

HANYA INI AJELAH TAHAP MENTALITI ORANG JERANTUT.TAK UBAH SEPERTI ZAMAN NABI MENGEMBANGKAN ISLAM ADA AJE BANGKANGAN DAN TOHMAHAN!POOORAAAHHH LAH ORANG JERANTUT!OTAK BEKU.SORRY YE JANGAN Marah,salam ramadan!

Anonymous said...

Ha ha ha..

Nampok gayenye orang Jerantet makan habuk ler...ha ha ha..Wan Mizan..

Buat kilang simen, pecah batu panggil kontrek luor. Jaga Hidro mintak enjinnyor luor. Manager Kilang ambik orang luor..abis orang Jerantet jadi ape..kuli batok aje ..ha ha ha.

Rumah dulu bersih, jadi bedebu..tak percaya pegi ke Rawang, kilang ade ISO14000, tapi hari-hari makan debu ...Ha ha ha...Jangan jadi macam Kilang Simen kat Perak, tergadai tanah Rezab Melayu pasal ade "Melayu Bodo"..ha ha ha.

Anonymous said...

Jerantut tidak memerlukan kilang simen. Apa yg ditagih oleh kami di J'tut ialah peminaan industri yg mesra alam..green technology. Temin (tapak tanah 570 ekar yg dipajak kpd tengku Goh)merupakan kwsn terbaik dari segi logistik patut dijadikan pusat pertumbuhkan indistri berasaskan kereta...En Wan kena kerja keras dalam hal ini.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...