Saturday, July 30, 2011

Tender Jalan Benta-Jerantut-Maran


Dalam trilogi siri Agenda Mengaudit Politik Jerantut, WZWH telah menyatakan pentingnya Jalan Benta-Jerantut-Maran dibaiki dan ditender semula jika mahu sokongan pengundi Jerantut. Sila baca:
Isu Jalan Benta-Jerantut-Maran melibatkan dua DUN di parlimen Jerantut iaitu DUN Damak dan DUN Pulau Tawar. Jalan Benta-Jerantut-Maran yang rosak, berliku-liku, dan uzur sememangnya perlu dibaiki untuk keselesaan penduduk.

DUN Pulau Tawar, mempunyai pengundi berdaftar 16,826 pada PRU 12 manakala pada PRU 2008 bagi kerusi DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412.

Penambahan pengundi baru di DUN Pulau Tawar seramai 5000 yang majoriti anak-anak peneroka dibimbangi boleh terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang bila "borang-borang" permohonan ladang dan rumah kononnya berpuluh ribu diedarkan oleh Pakatan Rakyat kepada belia FELDA di Pahang termasuk di DUN Pulau Tawar.

Ditambah pula Jalan Maran-Jerantut yang tidak siap itu akan menambah sebab undi pengundi muda DUN Pulau Tawar akan menyokong pembangkang.

Mesej projek jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak yang telah dibangkitkan oleh ramai orang DUN Damak. Pemulihan semula projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung sekitarnya.

Bagi projek-projek RMK9 dan RMK10 yang tertangguh seperti Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran dan penyelengaraan semula jalan Simpang Jengka 8-Jerantut yang sudah rosak perlu dibaiki sebelum PRU 13.

Di zaman era Tun Mahathir dulu pernah dicadang secara 'direct nego' kos keseluruhan untuk membuat projek Jalan Benta-Jerantut Maran pada awal tahun 2000an ialah RM1.2 bilion. Akhirnya projek itu dibuat secara dipecahkan beberapa pakej. Bila dibuat secara pakej maka melibatkan beberapa kontraktor.

Masalah Jalan Benta-Jerantut-Maran ialah kontraktor sudah 'cost overrun' menyebabkan kontraktor tidak dapat menyiapkan projek jalan tersebut. Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN memastikan Jalan Benta-Jerantut-Maran dapat diperelokkan.

Maka tender Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran ditender semula. Semoga kontraktor yang cekap dan berkesan dapat menyiapkan projek jalan ini.

Tender Jalan Benta-Jerantut-Maran

Maklumat Projek:
Tajuk Projek Memperelok Jalan Benta - Jerantut - Maran FT064 Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Daerah Lipis Dan Jerantut, Pahang (Seksyen 0.00 - Seksyen 64.00) 
Lawatan Tapak Lawatan Tapak Diwajibkan Dan Akan Diadakan Pada 04.08.2011 (Khamis) Jam 10.00 Pagi Di Jurutera Daerah JKR Lipis. 
Tarikh Iklan 25/07/2011 Pejabat yang memanggil tawaran Ibu Pejabat JKR Pahang (Bahagian Kontrak & Ukur Bahan) 
Maklumat Kontraktor 
Taraf Bumiputera Jenis syarikat T1 
Kelas A Kepala & Sub-Kepala I & IV
1 Dan 3(b) 
Maklumat Tender Dokumen 
Harga RM 250.00 Bayaran atas nama Pengarah Kerja Raya Pahang 
Tarikh mula dijual 04/08/2011 Tarikh akhir dijual 18/08/2011 
Tempat dijual Pengarah JKR Pahang (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan - Tingkat 1) 
Tarikh ditutup 25/08/2011 Waktu ditutup 12:00 tengahari 
Tempat ditutup Ibu Pejabat JKR Pahang (Bhg. Kontrak & Ukur Bahan - Tingkat 12) 

Dokumen Meja Tender 
Dokumen Meja tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini wakil-wakil kontraktor hendaklah membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL ATAU KAD PERAKUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN dan SIJIL PENDAFTARAN ASAL PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR/KEMENTERIAN KEWANGAN dan sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputra jika berkenaan. SALINAN Sijil Pendaftaran PKK/Sijil Pengiktirafan Taraf Bumiputra boleh diterima jika disahkan oleh Pengarah Pusat Khidmat Kontraktor. 

Jenis Syarikat Tempatan 
T1 Syarikat 100% milik tempatan. 
A1 Syarikat 100% milik tempatan dan syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 30% dan ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah 100% warganegara. 
A2 Syarikat 100% milik tempatan, syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL dan Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia yang mempunyai pegangan ekuiti asing tidak melebihi 49% dan majoriti ahli Lembaga, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara. 

Pembiayaan 
Pinjaman Bank Dunia Tender adalah juga terbuka kepada pentender-pentender yang berminat daripada negara Bank Dunia dan Taiwan China. Bank Pembangunan Asia Tender adalah terbuka kepada pentender-pentender yang berminat daripada negara anggota Bank Pembangunan Asia. 

2 comments:

Anonymous said...

betul tuh...PAHANG ni negeri BN tapi kalo Kedah & Kelantan lagi maju dari pahang buat ape aok org semua undi BN

Anonymous said...

Apa status projek ni skrg, adakah ianya telah siap sepenuhnya?

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024