Friday, October 28, 2011

Kecurian Getah Orang Kampung Ulu Tembeling Berleluasa Apa Tindakan?


Kampung-kampung di Ulu Tembeling mempunyai kebun getah yang luas. Hasil getah yang lumayan memberi pulangan ekonomi yang memberansangkan.

Ada yang boleh dapat RM20,000 hingga RM40,000 sebulan. Orang kampung berpendapatan bawah RM10,000 biasa.

Jika anak-anak muda menolong ibu bapa mengusahakan kebun getah alangkah baiknya. Anak-anak muda tidak perlu keluar dari kampung. Banyak tanah di Ulu Tembeling baik yang bergeran, tidak bergeran, tanah pakai tebas dan teroka siapa yang mahu usahakan jika tidak anak-anak muda.

Malangnya budaya syabu telah meresap ke akar umbi. Anak-anak muda yang balik dari kota membawa budaya ini. Pusher-pusher di Jerantut mengambil kesempatan dari pendapatan tinggi ekonomi getah Ulu Tembeling.

Ramai anak-anak muda makan syabu dan ketagih air ketum. Mabuk minum arak sudah jadi gaya hidup. Baik lelaki atau perempuan. Inilah yang menyedihkan dan menyebabkan gejala masalah sosial Ulu Tembeling.

Anak-anak muda makan syabu ketagih. Syabu bukan free, mahal. Bagaimana mahu makan syabu? Anak-anak muda ini malas kerja maka curi getahlah cara mudah dapat duit.

Orang tua-tua rajin menoreh kerana harga getah ini mungkin tidak lama bertahan. Susu getah dikumpul. Musim tengkujuh sudah tiba. Kalau hari cuaca elok panas suka menoreh.

Malangnya:
  • Susu getah yang dikumpul pantang lepa sedar-sedar dah hilang.
  • Getah buku dicawan pun hilang.
  • Getah-getah keping yang direndam dalam Sungai Tembeling dan Sungai Sepia ditebuk-tebuk dibawah hilang berkeping-keping.
  • Malam-malam sekitar pukul 2-3 pagi macam kumpulan dubuk pergi mengendap mencuri getah orang. Mudah operasi kerana handset diguna untuk berkomunikasi, line clear habis getah orang kampung hilang.
Persoalannya getah-getah yang dicuri bagaiman mahu jual? Tiada orang tengah mahu membeli getah dari anak-anak muda yang diketahui tidak menoreh getah. Ada pula sindiket yang mahu membeli getah-getah curi ini samada di kampung-kampung belah hilir.

Pendapatan ekonomi tinggi getah buat ramai isirumah tebal ikatan wangnya. Oleh kerana tiada mini bank atau mesin ATM maka simpan dirumah. Kehidupan di Ulu Tembeling yang kurang kos sara hidup, outlet dan hiburan buat orang kampung poket tebal.

Bahaya sekarang kalau mahu keluar rumah. Kalau mahu pergi buang air ke tandas kena bawa ikatan not wang tebal itu...kalau tidak bila naik rumah wang bergumpal pun hilang.

Ini merungsingkan dibenak fikiran orang-orang kampung. Ini masalah sosial anak-anak muda Ulu Tembeling yang jika kita tidak kawal atau cuba atasi akan merosakkan sistem masyarakat.

Kecurian getah orang kampung Ulu Tembeling berleluasa apa tindakan?

Bagi lima kampung besar di Ulu Tembeling cuma ada pondok kecil polis anggota ada dua orang. mungkin ada pelatih polis 2-3 orang. Kampung-kampung di Ulu Tembeling sangat luas kawasannya. Tidak termampu dua orang polis menjaga lebih 2,000 orang penduduk Ulu Tembeling.

Apa penyelesaian?

Apa tindakan Penghulu Ulu Tembeling, JKKK, ibu bapa bagi mengawal dan memantau kegiatan anak-anak muda Ulu Tembeling?

Apa tindakan pemimpin? Mana dia sumbangan parti-parti politik? Mungkin terlalu fokus kepada kuasa dan menumpukan kepada pembangunan fizikal maka lupa kepada pembangunan akhlak dan moral anak-anak muda. 

Ini penyelesaian yang WZWH nampak:
  • Hidupkan dan aktifkan aktiviti RELA disetiap kampung di Ulu Tembeling.
  • Polis, Penghulu, JKKK, ibu bapa kenal pasti anak-anak muda yang makan syabu dan dadah untuk dihantar ke Pusat Pemulihan.
  • Polis Jerantut memantau dengan kerap kegiatan sindiket beli getah curi Ulu Tembeling dan 'big pusher' Jerantut yang membekalkan syabu kepada pengguna anak-anak muda Ulu Tembeling.
  • Pemadam Jerantut dan NGO perlu buat aktiviti di Ulu Tembeling.
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu turun padang mengadakan program ceramah dan sukan. Minta Putrajaya tambah dana kepada AADK menjalankan aktivitinya di Ulu Tembeling.
Jika anak-anak muda Ulu Tembeling hanyut dalam dunia khayalan ini tidak baik kerana pembangunan fizikal yang rancak dimasa depan akan memberi lebih banyak dilema dan konflik kepada anak-anak muda yang tidak ada persediaan.

Thursday, October 27, 2011

Pelancaran Media Baru 1Malaysia Jerantut



















YBM Tengku Azlan mahu media baru 1Malaysia Jerantut berperanan dalam PRU 13 nanti. Ku Lan mahu pengundi-pengundi muda Jerantut aktif bersama membina masa depan Jerantut, Pahang dan Malaysia

Petang tadi berlansung perjumpaan media baru Jerantut di Resthouse Jerantut. Program ini hasil inisiasi Biro Media Baru Jerantut yang diilhamkan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut.

Perjumpaan media baru itu dihadiri lebih 60 oleh pengamal hardcore blogger, Facebooker dan Twitter Jerantut. Ramai blogger top Jerantut hadir termasuk bukan saja dari kaum Melayu tapi juga kaum Cina. WZWH anggap ini boleh dikatakan adalah pelancaran Media Baru 1Malaysia Jerantut.

YBM Tengku Azlan mahu Media Baru Jerantut ini diketuai oleh Mustaffa Mat Arof seorang AJK UMNO Bahagian Jerantut mengadakan beberapa program bagi persiapan PRU 13.


Mohd Zukarmi SUB UMNO yang baru dilantik dengan YB Dato' Lau Lee ADUN Damak tekun mendengar misi Media Baru Jerantut. Mohd Zukarmi sudah nampak keterampilan menjalankan kerja Setiausaha kepada Ku Lan.


Mustaffa Mat Arof tokoh pemimpin muda Jerantut memulakan majlis. Mustaffa diberi tanggungjawab mengurus dan memimpin media baru Jerantut. Memang tepat YBM Ku Lan memilih Mustaffa graduan Master in IT dari UKM. Mustaffa mahu mengembeling usaha Media Baru Jerantut kearah keputusan yang positif demi parlimen Jerantut.


Mohd Zukarmi wakil YBM Ku Lan memberi jaminan bahawa Ku Lan komited mendengar suara orang muda Jerantut melalui Media baru Jerantut. Ucapan Mohd Zukarmi menarik minat para pendengar. Satu perubahan transformasi UMNO dan BN Jerantut akan berlaku bila suara orang muda Jerantut diambilkira. Mohd Zukarmi menyampaikan salam dan rasa terima kasih Ku Lan kepada para pengamal media baru Jerantut.


YB Dato' Lau Lee ADUN Damak adalah contoh wakil rakyat Pahang yang paling aktif melibatkan segala program DUN dalam media baru. Semua pengundi DUN Damak dan lain-lain boleh tahu apa program-program aktiviti DUN Damak. YB Dato' Lau Lee sangat rajin mendekati pengundi di DUN Damak. Pemimpin-pemimpin BN Jerantut perlu mencontohi gerakkerja beliau. YB Dato' Lau Lee mahu mengusulkan kepada YBM Tengku Azlan supaya laptop percuma diberi kepada pengamal media baru yang aktif dan memberi sumbangan positif kepada Media Baru Jerantut.


Suasana santai dan ceria majlis perjumpaan Media Baru Jerantut.




Blogger nasional Sri Tri Buana memberi ceramah pendek tentang misi dan visi Media Baru Jerantut.


Blogger Braveheart pemimpin media baru Pahang memantapkan lagi agenda, misi dan visi Media Baru Jerantut. Braveheart melontarkan idea bagaimana mengurus ledakan revolusi media baru dikalangan anak-anak muda Jerantut dan Pahang.


WZWH juga diminta memberi buah fikiran. Itu tidak ada dalam aturcara sebenarnya. Namun oleh kerana WZWH menghormati majlis maka WZWH cerita kenapa WZWH berblog?

WZWH berblog adalah demi pembangunan parlimen Jerantut dan 3 DUN: Damak, Pulau Tawar dan Tahan. WZWH sayang Jerantut Daerah terbesar di Pahang dan terpinggir dari arus pembangunan. WZWH berblog mahu pembuat keputusan memberi perhatian kepada Jerantut. 

Selepas itu sesi dailog diadakan untuk memberi lebih kefahaman dan ilmu media baru. Ini hanya permulaan. Selepas ini banyak lagi program akan diadakan berterusan.

WZWH mengucapkan terima kasih kepada YBM Tengku Azlan kerana memberi perhatian khusus kepada pengamal Media Baru Jerantut. Tahniah kepada Mustaffa Mat Arof kerana berjaya merealisasikan perjumpaan Media Baru Jerantut dan membuat ahli-ahli politik Jerantut mendekati pengamal Media Baru Jerantut.

Wednesday, October 26, 2011

Memahami Laporan Ketua Audit Negara 2010 Apa Yang Pembangkang Bising?


Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan blog-blog pro Pakatan Rakyat telah cuba mengambarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu seolah-olah kerajaan BN yang dipimpin oleh DS Najib ini tidak cekap dan tidak berkesan mengurus perbelanjaan kewangan kerajaan.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 bertujuan untuk memastikan kementerian, jabatan, agensi menyimpan buku rekod perakaunan dengan baik, kawalan dalaman, mencegah fraud dan kesilapan, menjaga aset, mematuhi peraturan dan undang-undang dan memastikan cekap dan berkesan.

Ketua Audit Negara adalah independent bebas dan bertanggungjawab melapur kepada Dewan Parlimen. Ketua Audit Negara kerjanya mengesyorkan cadangan-cadangan dari hasil dapatan auditnya.

Kerajaan berbelanja RM523.72 bilion melebehi RM519.99 bilion dari dana asal sebanyak RM3.73 bilion telah digunakan untuk membiayai pembiayaan mengurus, pembangunan, Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), modal, bayaran balik pinjaman dan amanah ataupun deposit.

Sebanyak 17 kementerian dan 13 jabatan kerajaan memperoleh penarafan empat bintang dalam prestasi pengurusan kewangan pada 2010 dengan memperoleh lebih 90 markah, berbanding hanya 10 kementerian dan empat jabatan pada tahun sebelumnya.

Kerajaan akan bertindak mengikut peraturan dalam berurusan dengan 9 kementerian dan jabatan yang dilaporkan berbelanja melebih had sehingga mengakibatkan penggunaan peruntukan tambahan berjumlah RM3.73 bilion tahun lalu.

Langkah-langkah sewajarnya akan diambil ekoran Laporan Ketua Audit Negara 2010 dikeluarkan bagi memastikan kesilapan-kesilapan lalu tidak berulang. Laporan audit menunjukkan masih ada ruang untuk penambahbaikan.

Kakitangan awam perlu membuat peningkatan mutu kerja terutamanya membabitkan pencapaian Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) supaya perbelanjaan peruntukan yang diberikan dalam Belanjawan Negara setiap tahun dilaksana dengan lebih berkesan.

Tanggungjawab kerajaan adalah supaya tak mengulangi lagi apa yang disebut Ketua Audit seperti tahun-tahun dulu.

Laporan Audit yang dikeluarkan  mengkritik pengurusan beberapa jabatan kerajaan termasuk :
  • Tujuh staf Risda Plantation tak pulang RM1.6 juta, Audit arah kes saman
  • Laporan Audit: LPKP ambil lebih 700 hari selesai kes, aduan
  • Laporan Audit: Pasar Borong Selangor belum capai matlamat
  • Laporan Audit: JPA terlebih bayar pencen lebih 2,300 penerima lebih RM4 juta
  • Laporan Audit: 18 kuda RM4 juta dibeli MSN tak mampu tanding
  • Lebuh Raya Desaru: Silap kira kos ambil tanah, kerajaan pikul RM375 juta
  • Audit beri amaran selenggara segera bumbung Stadum Nasional elak runtuh
  • RM80 juta dibazirkan kerana pembatalan projek-projek polis.
  • Berjuta dibelanja tapi jalan-jalan Sarawak selalu rosak.
  • Laporan Audit: Lebih belanja tak langgar peraturan, kata SPRM
  • Pusat Ternakan Lembu Negara tidak capai sasaran.
Kritikan ini kerana ada segelintir pegawai kerajaan tidak cekap dan tidak berkesan membuat keputusan dan perbelanjaan kewangan, tidak mengikut peraturan dan undang-undang disamping ada tambahan peruntukan kerana sebab-sebab tertentu.

Kalau kita lihat Anwar Ibrahim dan blog-blog pro Pakatan Rakyat suka spin Laporan Ketua Audit Negara 2010 seolah-olah  laporan ini penuh dengan perbelanjaan yang tak masuk akal yang telah dilakukan oleh pimpinan PM 1Malaysia ini.

Monday, October 24, 2011

YBM Tengku Azlan Membimbing Peranan Media Sosial Jerantut Mentransformasi Jerantut



















Hari ini WZWH mengadakan perbincangan komprehensif dengan YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Sejak dari late lunch hingga afternoon tea.

WZWH bertukar-tukar fikiran dengan YBM Tengku Azlan yang lebih mesra dipanggil Ku Lan. Kami berdiskusi politik menyentuh politik nasional, politik Pahang dan politik Jerantut serta peranan Media Baru Jerantut.

WZWH dan Ku Lan bersetuju Media Baru Jerantut perlu berperanan mentransformasi politik Jerantut. Ada banyak perancangan-perancangan yang tidak dapat dijalankan kerana ada kekangan-kekangan tertentu yang WZWH mula memahami dari Ku Lan  berbincang secara berterus terang, terbuka dan ikhlas.

Ada perkara-perkara struktural yang perlu diperbetulkan dan diperbaiki. WZWH telah dapat gambaran sebenar isu pembangunan parlimen Jerantut. Setiap masalah ada penyelesaiannya. 

Pada 26 Oktober 2011 ini Ku Lan akan merasmikan perjumpaan media baru Jerantut : Blogger, Facebooker, Twitter. Semua dijemput hadir di Resthouse Jerantut pukul 4 petang. Ku Lan akan memberi ucapan halatuju dan peranan media baru Jerantut.

Ada banyak kerja yang perlu dilakukan didalam iklim baru politik yang mencabar di Malaysia, Pahang dan Jerantut. Ku Lan berharap media baru Jerantut dapat berperanan.

Banyak MOU politik antara WZWH dan Ku Lan capai. Ini semangat baru. Ini politik baru dengan sokongan orang muda Jerantut. Kita sebenarnya ada kekuatan. Kita akan guna kekuatan itu bagi pembangunan ekonomi, sosial dan politik Jerantut. Kita ada caranya . 

Sekarang kita perlu bergerak dengan politik Jerantut baru. WZWH percaya dan yakin kita akan capai matlamat-matlamat kita orang Jerantut. Insyallah.

Tahniah ADUN Tahan Dikurnia Bintang DSAP Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang



Patik WZWH pacal yang hina merafak sembah sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang semoga Allah lanjutkan usia  dan pemerintahan Tuanku yang berjiwa rakyat.

WZWH juga mengucapkan tahniah kepada ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak kerana dianugerah Bintang Darjah Kebesaran DSAP sempena Hari Keputeraan Tuanku Sultan Pahang.

Semoga kurniaan  Kebawah Duli Tuanku Sultan Pahang ini memberi semangat dan motivasi kepada Orang Tua ADUN Tahan mencari peruntukan RM berbilion-bilion dicurahkan demi pembangunan DUN Tahan khasnya di Lembah Tembeling.

Sesungguhnya Tuanku Sultan Pahang amat berjasa membangunkan pembangunan di DUN Tahan. Apa yang YB Dato' Wan Amizan bawa semua peruntukan pembangunan DUN Tahan itu adalah jua kerana pertolongan dan keprihatinan Tuanku Sultan Pahang.

Bukan saja DUN Tahan, Tuanku Sultan Pahang juga bertanggungjawab mempercepatkan pembangunan infrastruktur Negeri Pahang dan amat kasih dan rapat dengan rakyat Pahang.

Tuanku Sultan Pahang Raja berjiwa rakyat. Berpisah Raja dengan rakyat tiada.

Daulat Tuanku...Daulat Tuanku...Daulat Tuanku.

(D.S.A.P) : Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang

YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, DSAP, DIMP. ADUN Tahan.

Tun Khalil Yaakob Lelaki Sejati Pahang...



















Malam semalam WZWH berkesempatan bertemu mantan MB Pahang TYT Melaka Tun Khalil Yaakob di Hotel Zenith Kuantan. Tun Khalil menziarahi anak sulung Aznan yang terlantar di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan kerana sakit jantung.

Sekembali dari hospital Tun Khalil secara simple makan nasi goreng bersama kawan-kawan lama di balconi  hotel sahaja. Beberapa meja disusun rapat-rapat seperti cara orang UMNO berkumpul. Nyata Tun Khalil orang politik maka itulah kebiasaan orang politik bila berkumpul.

Kelihatan beberapa rakan-rakan lama antaranya Dato' Jabar, Dato' Syeikh dan beberapa orang lagi yang WZWH tidak berapa kenali disamping keluarga. WZWH suka melihat keadaan suasana santai begitu mengingatkan WZWH semasa mengikuti rombongan Tun Khalil semasa menjadi MB melawat ke pelusuk negeri Pahang ini.

Itulah Tun Khalil orangnya tenang, suka bergurau dan berceloteh dengan rakan-rakan. Tun Khalil ini cool politiknya dan background beliau sebagai seorang Diplomat membuatkan beliau lebih tinggi ilmu kemanusiaannya.

Semasa Tun Khalil semasa menjadi MB dulu beliau suka anak-anak buah yang mengikut beliau bergaya. Jika ramai yang mengikut dibelakang beliau lagi beliau mengepak. Beliau suka suasana ceria. Yang penting beliau tahu bila anak buah kesusahan....pasti beliau tolong itu sebab ramai Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian mewah dulu....disamping menolong menjayakan dan merancakkan program-program pemuda. Tok Empat dan Ketua cawangan UMNO merasalah juga...masa zaman beliau.




















Tun Khalil Yaakob lelaki sejati Pahang. Orangnya handsome, tinggi, bergaya dan menawan. Punya skill politik tinggi suka menaikkan anak-anak buah. Ketua Pemuda , Ketua Cawangan dan Tok Empat pun ceria. Memang beliau layak dari rakyat biasa boleh menjadi 'Raja Melaka'.

Sunday, October 23, 2011

Orang Pahang Hatinya Keras, Sungguh Keras Senang Ditipu....


Sungai Pahang Airnya Deras,
Sungguh Deras Libang Libu, 
Orang Pahang Hatinya Keras, 
Sungguh Keras Senang Ditipu.

Pantun yang dipopularkan oleh Pak Talib Ariffin dari Kg Belengu ini memang kena dengan tepat menceritakan Orang Pahang, iaitu mereka yang mendiami kedua tebing Sungai itu dari Lipis ke Pekan. Orang Pahang Bentong, Raub dan Kuantan mungkin sukar untuk dimasukkan karektor mereka didalam kategori ini.

Episod demi episod sejak zaman Tok Bahaman dan rakan-rakannya menentang Penjajah Inggeris, roh pantun ini terkena kepada Orang Pahang, iaitu rangkap ketiga dan keempat pada pantun itu.

Memang Orang Pahang hatinya keras, walaupun keras sikap ikhlas Orang Pahang amat terserlah, kerasnya hati Orang Pahang itu dan sikap ikhlasnya bolehlah dilambangkan kepada warna Bendera Pahang itu sendiri.

Orang Pahang boleh menerima sesiapa sahaja ke Negeri itu. Yang paling ramai berhijrah ke Negeri Pahang adalah Orang Kelantan. Dimana-mana di Negeri ini ada Orang Kelantan, mereka berniaga di pasar-pasar, di pekan-pekan sahari, bahkan mereka memonopoli perniagaan ikan di pasar-pasar dan pekan-pekan sahari.

Disana sini wujud perkampongan Orang Kelantan, pure Kelantan, tidak bergaul dengan Orang Pahang. Di Temerloh sahaja terdapat Kg Paya Jauh, Kg Paya Keladan, Kg Bukit Tingkat (Kampong YB Ismail Sabri, seorang anak Kelantan yang berjaya didalam UMNO), di Jerantut ada puluhan kampong Orang Kelantan, begitu juga terdapat kampong Orang Kelantan di Lipis dan Bera.

Generasi pertama Orang Kelantan ini tetap mengekalkan loghat Kelantan bila berinteraksi sesama mereka dan dengan orang diluar komuniti mereka; tetapi anak-anak dan cucu-cucu mereka hanya berinteraksi dalam loghat Kelantan apabila mereka berinteraksi sesama mereka, tetapi mereka menggunakan loghat Pahang apabila berinteraksi dengan komuniti luar. Masyarakat Kelantan di Pahang masih lagi unik iaitu mereka masih hidup secara kelompok mereka, jarang-jarang anak-anak mereka itu berkahwin dengan komuniti luar.

Orang Kelantan di Pahang bolehlah dikategorikan sebagai orang yang sangat berjaya jika dibandingkan dengan Melayu Pahang. Mereka itu rajin berusaha, dan ramai yang menjadi ushawan, dan mereka mampu membuka tanah-tanah baru walaupun pada peringkat awalnya mereka tidak mendapat sebarang geran tanah. Oleh kerana ramai kumpulan ini aktif didalam UMNO, maka melalui UMNO mereka berjaya mendapatkan geran tanah untuk perkampongan baru yang mereka buka.

Melayu Kelantan di Pahang bolehlah diletakkan didalam kategori yang sama dengan Melayu Kampar (mereka yang datang dari Daerah Pekan Baru dan Bangkinang di Sumatera). Melayu Kampar juga adalah ahli-ahli perniagaan dan banyak kedai-kedai di Bandar Jerantut dan Temerloh yang dimiliki oleh Orang Melayu adalah dimiliki oleh orang-orang Kampar.

Orang Kampar juga mengekalkan bahasa mereka sendiri dan perkahwinan dikalangan mereka juga perkahwinan didalam komuniti itu, jarang-jarang berkahwin dengan orang lain, dan mereka sanggup mencari orang Kampar baik dari Selangor atau pun Perak untuk dijadikan menantu.

Kategori Orang Melayu Pahang adalah Orang Bugis yang mendiami di kedua tebing Sungai Pahang dari Pekan hingga ke Kuala Lipis. Kumpulan ini mudah "satisfied" dan kalaulah benar ada pepatah orang Melayu mengatakan bahawa rezeki secupak takkan dapat segantang. Maka kalau nak diceritakan tentang Orang Pahang, maka kita sebenarnya membicarakan mengenai Orang Melayu Bugis. Barang diingat bahawa ramai pemimpin-pemimpin UMNO Pahang adalah keturunan Bugis seperti Tun Haji Abdul Razak Hussain, Dato Hamzah Abu Samah, Tan Sri Yahya Mohd Seh, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN Pahang; begitu juga disebelah Pembangkang, juga terdiri daripada anak-anak Bugis.

Orang Melayu Bugis adalah keturunan pahlawan. Mereka suka berpolitik. Mereka kurang melibatkan diri dengan perniagaan. Mereka tinggal di kampong-kampong dan merupakan golongan yang paling konserbatif di Pahang, dan mereka inilah menjadi pendokong UMNO yang paling kuat.

Itulah nak ceritakan perihal Orang Pahang, iaitu "the main bulk" adalah anak-anak Bugis, yang sesungguhnya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Sulawesi (lebih tepat Sulawesi Selatan), mereka tidak tahu berbahasa Bugis dan tidak mengamalkan adat istiadat orang-orang Bugis.

Ikhlasnya anak-anak Bugis ini boleh menerima sesiapa sahaja datang ke Negeri Pahang waima untuk menjadi pemimpin-pemimpin mereka, menjadi wakil-wakil rakyat. "Aku tak kisah" sebenarnya menceritakan sikap anak-anak Bugis ini. Sikap ini boleh digambarkan kepada warna Bendera Pahang iaitu 50% dari warna Bendera Pahang itu adalah putih.

Ada satu lagi kategori orang Pahang dari keturunan keluarga Bendahara Pahang yang telah mendiami di Pahang sejak abad ke 17. Ini jalur yang memerintah negeri Pahang sampai sekarang. Keluarga Bendahara Pahang ini secara tradisinya tinggal di Pekan, Chenor dan Lembah Tembeling.

Mereka ini kebiasaanya tidak berpolitik dan tidak melibatkan diri dalam perniagaan. Mereka suka kerja sendiri. Tapi jangan dibiar politik Pahang ini huru hara kerana mereka akan muncul mempertahankan Pahang ini kerana mereka adalah kubu terakhir Pahang dengan struktur jalinan politik tradisional 1:4:8:16 ke seluruh pelusuk akar umbi rakyat Pahang.

Tetapi jangan sakiti hati mereka, bila mereka melenting, tidak ada kompromi, sekali menjadi musuh tetap musuh, sukar didamaikan. Itulah warna Hitam pada Bendera Pahang.
(Diadaptasi dari blog The Spirit of Lubok Kawah)

Nyahkan Aziz Bari Dari UIA, Sepenggalkan Saifuddin Abdullah Parlimen Temerloh

Setakat buat buku falsafah politik baru tapi tidak turun padang jaga politik Temerloh belum tentu Saifuddin Abdullah boleh menang parlimen Temerloh PRU 13 nanti...ekekekekekekeke..

Blog Celah Gelegar mengulas samada Isu Aziz Bari : Kenyataan Saifuddin, Pendirian Kementerian atau Peribadi?

Saifuddin sentiasa bercanggah dengan pandangan bosnya Khaled, Menteri Pengajian Tinggi terutama dalam hal-hal berkaitan kebebasan akademik dan perhimpunan haram.

Beliau sepatutnya menyatakan dengan lebih jelas kepada media sama ada kenyataan yang dikeluarkan adalah pandangan peribadi atau pandangan Kementerian Pengajian Tinggi kerana ia akan menyebabkan rakyat keliru apakah pendirian Kementerian yang sebenar.

Saifuddin menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari. Mesej teks beliau kepada Datuk Zaleha Kamaruddin pagi ini, di mana beliau berkata penggantungan itu adalah "memudaratkan".

Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah. "Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya.

UMNO tidak perlu pemimpin yang apologetik, lemah, terlalu mengikut kehendak pembangkang. Saifuddin Abdullah perlu disepenggalkan di Parlimen Temerfloh.

Orang-orang politik Pahang cakap Saifuddin ini ahli politik falsafah. Dia suka baca buku-buku falsafah tapi tidak tahu hendak aplikasi falsafah kepada realiti politik.

Di parlimen Temerloh dia pun tidak jaga kawasan. Tidak selalu turun padang sebab dia menyerah sepenuh tanggungjawab kepada Ketua Bahagian UMNO Temerloh Mohd Sharkar.

Feedback dari orang Temerloh yang WZWH dapat kalau Saifuddin bertanding parlimen Temerloh pada PRU 13 nanti dia akan kalah kerana tidak servis kepada rakyat Temerloh.

Saifuddin suka cakap falsafah manalah orang Temerloh yang selalu cakap koi koi koi hendak faham!

Kenapa Aziz Bari perlu dinyah dari UIA? Sebab Aziz Bari menyanggah Sultan Selangor isu DUMC kristianisasi, menyanggah Sultan Perak isu krisis politik Perak dan sememangnya Aziz Bari anti UMNO sila klik sini.

Malang sungguh Saifuddin Abdullah kerana dia lupa Canselor UIA tempat Aziz Bari menoreh getah itu ialah Tuanku Sultan Pahang hehehe.... 

Saturday, October 22, 2011

Agenda Membersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut Bagi Merakyatkan MDJ


Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut dan Hulu Tembeling telah membincangkan "Local Government" atau Kerajaan Tempatan Jerantut secara kritikal.

Isu-isu yang disentuh ialah : Konspirasi, Kroni, Korupsi, Panel untuk kepentingan diri juga Pemimpin Basi.

Isu-isu yang dibangkitkan :
  • Gerai 'Corner' dihadapan Pasar Basah Jerantut ada beberapa buah yang masih kosong, namun ada juga yang baru hendak diisi semula, malangnya ada berita yang tidak memuaskan hati. Khabarnya ada antara gerai berkenaan milik orang tertentu yang juga memiliki gerai ditempat lain dan menyewakannya kepada orang kedua dengan harga yang tinggi.
  • Minta MDJ supaya menarik kembali gerai-gerai dari mereka yang tidak berniaga sendiri ditempat berkenaan bagi tidak menggalakkan orang ke-3.
  • Supaya MDJ lebih peka kepada masalah sekitar seperti sampah dikutip , papan tanda tidak di baiki dll lagi .
  • Banyak tanah-tanah yang diberikan taraf 'TOL' disepanjang jalan dari Jerantut ke Jerantut Feri kepada individu yang rapat dengan pemimpin politik Jerantut untuk disewakan kepada peniaga-peniaga. Sedangkan dalam kes lain PTG lewat memproses tanah yang dipohon oleh orang-orang kampung sehingga ada yang sudah menjangkau hampir 20 tahun tapi masih belum selesai diproses.
  • Lantikan ahli majlis, kita dapat lihat sesetengah orang yang dilantik untuk memimpin pembangunan bandar kita, dah berkurun-kurun lamanya, seolah-olah berjawatan tetap dan berpencen, ada yang telah melebihi had pesaraan kerajaan masih dilantik, mereka bukan dilantik diatas kemampuan mereka, tetapi dilantik atas kapasiti mereka sebagai orang-orang kuat pemimpin yang sudah basi ini.
  • Jika mereka yang dilantik, berkerja mengikut peraturan, tidaklah terjadi ada gerai yang kosong, seperti yang di nyatakan oleh SPU akan di sewa oleh penyewa kepada orang lain dengan harga yang tinggi, penyewa pulak boleh mengaut untung, sebagi contohnya sewa dari majlis sekitar RM200 sebulan, tapi di sewakan kepada orang lain dengan sewaan RM600 sebulan, dan beliau berniaga di tempat lain, di bawah pokok.
  • Ahli majlis pun mungkin ada yang melakukan perkara yang sama?, sewa pada majlis lepas itu sewa pula pada kepada peniaga lain, untung atas angin?
  • Begitu juga lah dengan pemberian kerja kerja melalui sebut harga atau tender untuk pembangunan imfra maupun perkhidmatan, ada yang berkatakata rata rata orang yang sama sahaja yang dapat? Ini bukan kerja undi yang di lakukan oleh PLB, kerja kerja yang melalui proses sebut harga? Proses yang di jalankan mengikut peraturan,?, tapi kata mereka mungkin di sebab kan ada kospirasi orang dalaman, hanya mereka yang tertentu sahaja yang memperolehi, walau pun nama lesen pemaju mengunakan nama orang lain, tapi kerja yang dilakukan oleh orang sama?, sesetengahnya kerja belum siap lagi di tempat lain dah dapat kerja baru, sana buat sini buat, tapi nama pemunya lesen berbeza. jika ini betulah berlaku, apa kata para kontrektor lain yang tidak mempunyai kerja?
  • Begitu jugalah dengan perlantikan ahli ahli majlis, INI LAH SUSAHNYA JIKA KITA MEMPUNYAI PEMIMPIN PEMIMPIN YANG BASI!!!!!!!
Maka oleh itu posting WZWH kali ini mengutarakan agenda membersihkan Ahli Majlis Daerah Jerantut bagi merakyatkan Majlis Daerah Jerantut.

Kerajaan BN perlu memilih calon-calon Ahli Majlis Daerah Jerantut yang berintegeriti, bersih, cekap, amanah, berkebolehan, aktif menyumbang, selalu turun padang mendengar masalah warga MDJ. Mana-mana Ahli Majlis yang tidak relevan dan menyumbang serta tidak bersih perlu dibuang diganti dengan calon-calon yang sesuai dan berkelayakan.

Senarai Ahli Majlis Daerah Jerantut sebelum rombakan hujung tahun ini:
  1. YH. Dato' Haji Ismail Bin Mohd Ali, DIMP.,AAP.,AMP.,PJK., Pegawai Daerah.
  2. Supt. Jamaludin bin Abd. Rahman,AMN., PPP., AAP., Ketua Polis Daerah
  3. Dr. Wan Abdul Rahim bin Wan Muhammad, Pegawai Kesihatan Daerah
  4. Encik Mohd. Naim bin Ibrahim, Jurutera Daerah
  5. YH. Dato' Haji Rosdi bin Awang Sulong, DIMP., 
  6. Encik Goh Say Joo, AMP., 
  7. Encik Yap Chung Huah
  8. YH. Dato' Hajjah Nazilah binti Haji Abdul Latif, DIMP.,AMP., 
  9. Encik Mohd. Ghazali bin Hamzah 
  10. Puan Khatijah binti Haji Mohd. Said, PJK.,
  11. Encik Lim Ah Kau
  12. Encik Nordin bin Abdul Wahid, PJK., 
  13. Encik Zamri bin Yaakob, PKC., PJK.,
  14. Encik Ibrahim bin Sulaiman
  15. YH. Dato' Ng See Teong, DIMP., AAP., PKT., 
  16. Puan Norhelan binti Mahmud
  17. YH. Dato' Mohd. Taufek bin Tan Sri Abdul Razak, DIMP.,
  18. YH. Dato' Azizan bin Yaakob, DIMP., SAP., 
  19. YH. Dato' Haji Nazri bin Haji Ngah, DIMP.,
  20. Encik Abd. Halim bin Mahasan 
  21. Tuan Haji Abd. Rahim bin Yahya
  22. YH. Dato' Ganesin al Supayah, DIMP.,
  23. Encik Vellaithan al Murugan, PKC
  24. Encik Low Cheong Seng 
  25. Encik Lai Chee Kian
  26. Puan Ng Geok Khim
  27. Encik Sam Hon Soo, PJK., 
90,000 warga Jerantut jika ada tidak puas hati kepada perkhidmatan Ahli Majlis daerah Jerantut sila nyatakan ketidakpuasan hati, komen dan cadangan dalam blog WZWH ini. 

Blog WZWH adalah blog kepunyaan warga Jerantut semua.

Friday, October 21, 2011

Aziz Bari Pengikut Mahathir Warnanya Pembangkang


Aziz Bari Profesor Phd Perlembagaan dan Undang-undang selama 22 tahun di UIA. Aziz Bari semasa mudanya terpengaruh dengan pemikiran Mahathir dalam isu pindaan Perlembagaan menyentuh imuniti dan kekebalan Raja-Raja Melayu.

Biar Mahathir ada logik tapi apa Mahathir buat hanya untung jangka pendek sahaja. Mahathir pun sudah menyesal apa yang dibuat pada tahun 1983 dan 1993. Banyak buruk dari baik.

Aziz Bari tidak faham mentaliti UMNO: bila kuat buli Raja, bila lemah sembah Raja!

Aziz Bari tidak belajar Sejarah Melayu, psyche Melayu. Itu kekurangan Aziz Bari.

Aziz Bari lebih cenderong kepada bekerjasaman dengan Pakatan Rakyat terlibat dengan Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini dan seminar PAS.

Aziz Bari juga mengkritik Sultan Perak semasa krisis politik Perak. Aziz Bari mengkritik lagi konon Sultan Selangor tidak bertindak mengikut berpelembagaan isu DUMC kristianisasi.

Aziz Bari bangga dia Melayu profesor yang berani dan dipuja bukan Melayu.

Aziz Bari lupa dia berkhidmat dengan UIA. Pemikiran Aziz Bari boleh mempengaruhi beribu-ribu pelajar UIA dan pengikut muda Pakatan Rakyat menuju republik.

Bila UIA gantung Aziz Bari selama seminggu, bagi masa jawab surat tunjuk sebab, gaji penuh berjalan sudah kecoh Pakatan Rakyat dan NGO pro Pakatan Rakyat anggap Aziz Bary 'martyr'.

Mahathir yang sedar kesilapannya buli Raja anggap Aziz Bari 'kurang ajar'. Sekurangnya Mahathir sudah sedar tapi Aziz Bari bangga Melayu sanggah Raja.

Aziz Bari bernasib baik hanya diberi surat tunjuk sebab kalau di zaman Sultan Iskandar Muda Thani dan Mahkota Alam Acheh yang 'well educated' sudah tentu kepala Aziz Bari kena penggal.

Aziz Bari menyanggah tindakan Sultan Selangor mengurus hal ehwal urusan agama Islam adalah kesalahan serious dan besar implikasi. Tak percaya tanya Tun Perak!

Nasihat WZWH kepada Aziz Bari: Bertandinglah atas tiket Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti. Jangan berumah ditepi pantai jika takut dilambung ombak.

Tunjukkan bahawa anda anti UMNO. Kenyataan Aziz Bari selama ini memang anti UMNO:

"Umno bukan lagi sebuah parti yang berupaya menyelamatkan kedudukan orang Melayu di negara ini. Orang Melayu perlu berani untuk berubah dengan meninggalkan parti itu yang disifatkan gagal mempertahankan demokrasi dan prinsip yang terkandung dalam perlembagaan negara. Kita sudah lihat bagaimana pelaksanaan perlembagaan disabotaj oleh Umno. Dan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mempunyai parti lain yang boleh menyemak dan imbang Umno. Mereka perlu ubah ini; orang Melayu kena tinggalkan Umno dan perkasakan parti-parti yang komited dengan perlembagaan kerana di sana ada formula yang adil; bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain. Pada saya itu menunjukkan perubahan minda di kalangan orang Melayu khususnya generasi sekarang yang tidak lagi melihat Umno sebagai satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan mereka. Ertinya politik orang Melayu lebih kompleks sekarang dan Umno akan tenggelam jika tidak berubah. Kita juga harus ingat bahawa sebahagian besar mereka yang meninggalkan negara adalah generasi muda Melayu. Ini satu lagi fenomena yang menjelaskan anjakan politik yang kita lihat itu,” Apakah kuasa Melayu akan terhakis sekiranya pakatan memerintah, ia hanya lah teori yang digunakan Umno untuk memastikan survival politik mereka. Soal itu hanya teori sahaja; ia tidak boleh menjadi kenyataan. Umno-BN sendiri berkuasa selama ini dengan sokongan bukan Melayu. Dalam PRU 1999 selepas reformasi orang bukan Melayu yang menyelamatkan mereka. Kemenangan besar 2004 juga sebahagiannya kerana undi bukan Melayu. Memang ada orang Melayu yang dangkal akalnya yang percaya dengan gula-gula itu. Dan Umno-BN ada Perkasa untuk mengipas ketakutan dan mitos itu. Jadi kita jangan layan retorik survival Melayu di parlimen kerana orang lain juga, ertinya bukan Melayu, tidak boleh bermain dengan teori itu,”. Selama ini pun Umno-BN menggunakan taktik pecah dan perintah untuk terus berkuasa dan kini mereka mengulang putar isu ketuanan Melayu kerana tahu tidak mempu memperoleh sokongan Cina dan India. Isu kuasa Melayu mereka mainkan sekarang kerana mereka tahu undi bukan Melayu tidak akan kembali kepada mereka. MCA, MIC dan Gerakan sudah menjadi liabiliti kepada BN. Dalam keadaan sekarang; yakni selepas 54 merdeka orang Melayu kena lebih berdikari. Mereka tidak harus termakan dengan dakyah Umno yang sengaja mengipas isu-isu tadi untuk kepentingan politik mereka. Orang Melayu perlu memperkasa demokrasi di negara ini kerana inilah sebenarnya jaminan masa depan mereka".

UIA tidak perlu pakar perlembagaan dan undang-undang kononnya yang buta falsafah politik dan sejarah Melayu seperti Aziz Bari. Nyahkan Aziz Bari dari UIA!

Thursday, October 20, 2011

Wok Itam Wok Kelabu Wok Putih Kembalikan DUN Tahan Kepada Wanita!

Ku Lan membisik peransang semangat kepada Ketua Wanita UMNO Jerantut,"Wok kena kerja kuat kalau nak bertanding di DUN Tahan tu!"

Ada komen pembaca blog WZWH yang begitu menyentuh kalbu WZWH. Komen tersebut seperti dibawah.

Anonymous said...

wok itam ka wok kelabu ka wok putih ka....KITA SOKONG SEMUA...kembalikan DUN TAHAN kepada WANITA  October 20, 2011 1:06 PM

WZWH amat faham hasrat dan keinginan Wanita Jerantut. WZWH akui Wanita Jerantut kuat kerja parti, komited, bersatu hati, bulat hati bersemangat memenangkan parti.

Memang WZWH akui Wanita Jerantut bersikap nostalgia kepada kegemilangan lalu.

ADUN Wanita pertama Jerantut dulu di DUN Tembeling Arwah Cikgu Kamariah. Beliau ketika itu berjawatan Naib Ketua Wanita UMNO. Arwah Cikgu Kamariah dua penggal dari tahun 1982 hingga 1990.

Kemudian Dato' Chu Rahimah juga dua penggal di DUN Tembeling @ Tahan dari tahun 1990 hingga 1999.

WZWH terlibat secara lansung dalam kempen PRU memenangkan kedua calon Wanita tersebut.

Selepas itu Wanita Jerantut ada Dato' Cikgu Nazilah sebagai Ketua Wanita selama tiga penggal. Dato' Nazilah ada peluang bertanding di DUN Pulau Tawar pada PRU 12 dulu tapi tidak lepas. Beliau melepaskan perasaan kepada WZWH semasa hari penamaan calon PRU 12 di kantin Pejabat Daerah Jerantut.

Dato' Nazilah sepatutnya diprojek sebagai Senator Wanita pertama Jerantut tetapi malang kerana politik Jerantut tidak bersatu dan kerana percaturan  pertandingan politik Jerantut 2009 beliau dikalahkan oleh Wok Kelabu.

Wanita Jerantut ada tiga Wok yang kuat kerja komited kepada parti : Wok Itam, Wok Putih dan Wok Kelabu.

Wok Itam cuba tanding Ketua Wanita. Gagal.
Wok Putih sambung usaha Wok Itam cabar Ketua Wanita juga gagal.
Wok Kelabu akhirnya berjaya menjawat Ketua Wanita.

Sekarang tiga Wok ini dalam satu kumpulan Wanita UMNO Jerantut. Itu tak campur dengan Naib Ketua Wanita Siti Hajar yang mahu mengulangi kegemilangan arwah Cikgu Kamariah.

Bila tiga Wok ini bersatu biasanya apa yang mereka minta dapat...

Nak bertanding di DUN Tahan ni masalahnya ADUN Tahan telah set standard dan piawaiaan yang sangat tinggi. Tuntutan DUN Tahan bukan macam dulu. Orang DUN Tahan kini agresif. Mereka mahu perubahan dan keputusan. Tak ikut kehendak mereka nanti kena undi tak percaya dicawangan. Susah.

Silap-silap terjun Sungai Tembeling KITA....

Nasihat WZWH kepada Wanita UMNO Bahagian Jerantut kita kerja kuat untuk parti. Kita pastikan parlimen Jerantut dan tiga DUN menang pada PRU 13 nanti insyallah.

WZWH akan perjuangkan minta tambahan satu DUN lagi di parlimen Jerantut jika sekiranya BN boleh menang 2/3 majoriti pada PRU 13. Ini DUN boleh kita namakan DUN Tebing Tinggi. Wanita boleh bertanding di DUN Tebing Tinggi kerana dekat dengan bandar Jerantut senang buat kerja.

DUN Tahan ni biar YB Dato' Wan Amizan sepenggal lagi. Ada banyak agenda mahu dibereskan di DUN Tahan.

Sabarlah Wanita UMNO Bahagian Jerantut.

Wednesday, October 19, 2011

Perjumpaan Bloggers, Facebookers Dan Twitters Jerantut


Mustaffa Mat Arof, tokoh muda pemimpin Jerantut.



WZWH terima call dari Mustaffa Mat Arof petang tadi. Mustaffa baru dilantik oleh YBM Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut.

Mustaffa adalah Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Jerantut, AJK UMNO Bahagian Jerantut, Ketua UMNO cawangan Padang Saujana Jerantut. Beliau adalah Pengerusi MAYC Kebangsaan. Beliau bekerja sebagai Senior Manager di  Persatuan Francais Malaysia.

Mustaffa Mat Arof berkelulusan degree economics dari UUM. Pemegang Master in Information Technology dari UKM. Memang sesuai dan tepat Ku Lan lantik Mustaffa mengendalikan media baru Jerantut.

Sebelum ini banyak bloggers Jerantut seperti SPU, Urag Drrulug dan WZWH sendiri kritik UMNO Jerantut kerana ketinggalan jauh dalam media baru nampak peranan Ketua Penerangan tidak berjalan.

Mungkin kerana kritikan bloggers Jerantut dan Zaid Ibrahim, Presiden KITA bercadang mahu mengadakan perjumpaan dengan pengamal media baru Jerantut membuatkan Ku Lan mahu Mustaffa Mat Arof segera mengambil langkah mengadakan pertemuan dengan bloggers, Facebookers, Twitters Jerantut.

Mustaffa bercadang mahu mengadakan perjumpaan dengan pengamal media Jerantut pada 26 Oktober 2011 di Resthouse Jerantut pukul 4 petang. Semua bloggers, facebookers dan twitters Jerantut dijemput hadir.

Bloggers Jerantut menaruh harapan yang tinggi kepada usaha Mustaffa Mat Arof ini. 

Blog SPU mengulas...

Khabarnya semalam (16hb Oktober 2011) satu pertemuan dengan bloggers dan facebookers telah berlangsung di Rest House Jerantut bermula jam 4.30 petang. Pertemuan berkenaan adalah hasil usaha pemimpin muda yang berpandangan jauh, Sdr. Mustaffa Maarof diatas kapasitinya sebagai Ketua Biro Media Baru UMNO Jerantut.

Sehingga kini masih belum ada yang dapat dilaporkan mengenai pertemuan berkenaan, namun SPU yang peka terhadap perkembangan media sosial di Jerantut ini sentiasa mengharapkan sesuatu yang baik dan berguna telah terlaksana. SPU juga berharap pertemuan semalam telah dapat mengumpulkan dan mendekatkan penulis maya setempat untuk kembali menghampiri UMNO.

Walau apapun, SPU percaya bahawa Mustaffa Maarof telah melakukan sesuatu yang betul yang sepatutnya sudah dilakukan sejak lama dulu. Sekiranya perancangan dilakukan dengan teliti serta campurtangan orang-orang yang berkemahiran dan berpengalaman pasti bilangan kehadirian mampu menceceh ratusan orang pada majlis tersebut. Apa pun SPU ucapkan syabas kepada mereka semua yang telah berjaya mengatur langkah pertama serta berjaya membebaskan diri dari kegelapan dunia IT. SPU cuma kecewa kerana tidak dapat bersama dalam program yang berkenaan.

Blog Urag Drrulug juga mengulas...

Khabarnya, Sdr. Mustafar Maarof telah menggerakkan media sosial Jerantut. Jika beliau bijak menentukan hala-tuju kemungkinan besar beliau akan berjaya merakyatkan media sosial seterusnya jadi calon yang sesuai untuk Ahli Parlimen Jerantut. Jerantut bukan saja harapkan wakil rakyat muda dan bertenaga, bahkan mengharapkan seseorang yang memahami hasrat dan aspirasi golongan muda yang akan mewarisi segalanya dari negara kita.

WZWH juga berharap Mustaffa Mat Arof serious dan bersungguh dalam usahanya memimpin Biro Media Baru UMNO Jerantut. Ku Lan telah melantik orang yang terbaik dan berkelayakan. WZWH tidak mahu Mustaffa bersikap hangat-hangat tahi ayam dan kemudian menghilang seperti isu perletakan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut perlu perjelaskan kepada ahli-ahli Pemuda UMNO Bahagian Jerantut.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...