Friday, October 28, 2011

Kecurian Getah Orang Kampung Ulu Tembeling Berleluasa Apa Tindakan?


Kampung-kampung di Ulu Tembeling mempunyai kebun getah yang luas. Hasil getah yang lumayan memberi pulangan ekonomi yang memberansangkan.

Ada yang boleh dapat RM20,000 hingga RM40,000 sebulan. Orang kampung berpendapatan bawah RM10,000 biasa.

Jika anak-anak muda menolong ibu bapa mengusahakan kebun getah alangkah baiknya. Anak-anak muda tidak perlu keluar dari kampung. Banyak tanah di Ulu Tembeling baik yang bergeran, tidak bergeran, tanah pakai tebas dan teroka siapa yang mahu usahakan jika tidak anak-anak muda.

Malangnya budaya syabu telah meresap ke akar umbi. Anak-anak muda yang balik dari kota membawa budaya ini. Pusher-pusher di Jerantut mengambil kesempatan dari pendapatan tinggi ekonomi getah Ulu Tembeling.

Ramai anak-anak muda makan syabu dan ketagih air ketum. Mabuk minum arak sudah jadi gaya hidup. Baik lelaki atau perempuan. Inilah yang menyedihkan dan menyebabkan gejala masalah sosial Ulu Tembeling.

Anak-anak muda makan syabu ketagih. Syabu bukan free, mahal. Bagaimana mahu makan syabu? Anak-anak muda ini malas kerja maka curi getahlah cara mudah dapat duit.

Orang tua-tua rajin menoreh kerana harga getah ini mungkin tidak lama bertahan. Susu getah dikumpul. Musim tengkujuh sudah tiba. Kalau hari cuaca elok panas suka menoreh.

Malangnya:
  • Susu getah yang dikumpul pantang lepa sedar-sedar dah hilang.
  • Getah buku dicawan pun hilang.
  • Getah-getah keping yang direndam dalam Sungai Tembeling dan Sungai Sepia ditebuk-tebuk dibawah hilang berkeping-keping.
  • Malam-malam sekitar pukul 2-3 pagi macam kumpulan dubuk pergi mengendap mencuri getah orang. Mudah operasi kerana handset diguna untuk berkomunikasi, line clear habis getah orang kampung hilang.
Persoalannya getah-getah yang dicuri bagaiman mahu jual? Tiada orang tengah mahu membeli getah dari anak-anak muda yang diketahui tidak menoreh getah. Ada pula sindiket yang mahu membeli getah-getah curi ini samada di kampung-kampung belah hilir.

Pendapatan ekonomi tinggi getah buat ramai isirumah tebal ikatan wangnya. Oleh kerana tiada mini bank atau mesin ATM maka simpan dirumah. Kehidupan di Ulu Tembeling yang kurang kos sara hidup, outlet dan hiburan buat orang kampung poket tebal.

Bahaya sekarang kalau mahu keluar rumah. Kalau mahu pergi buang air ke tandas kena bawa ikatan not wang tebal itu...kalau tidak bila naik rumah wang bergumpal pun hilang.

Ini merungsingkan dibenak fikiran orang-orang kampung. Ini masalah sosial anak-anak muda Ulu Tembeling yang jika kita tidak kawal atau cuba atasi akan merosakkan sistem masyarakat.

Kecurian getah orang kampung Ulu Tembeling berleluasa apa tindakan?

Bagi lima kampung besar di Ulu Tembeling cuma ada pondok kecil polis anggota ada dua orang. mungkin ada pelatih polis 2-3 orang. Kampung-kampung di Ulu Tembeling sangat luas kawasannya. Tidak termampu dua orang polis menjaga lebih 2,000 orang penduduk Ulu Tembeling.

Apa penyelesaian?

Apa tindakan Penghulu Ulu Tembeling, JKKK, ibu bapa bagi mengawal dan memantau kegiatan anak-anak muda Ulu Tembeling?

Apa tindakan pemimpin? Mana dia sumbangan parti-parti politik? Mungkin terlalu fokus kepada kuasa dan menumpukan kepada pembangunan fizikal maka lupa kepada pembangunan akhlak dan moral anak-anak muda. 

Ini penyelesaian yang WZWH nampak:
  • Hidupkan dan aktifkan aktiviti RELA disetiap kampung di Ulu Tembeling.
  • Polis, Penghulu, JKKK, ibu bapa kenal pasti anak-anak muda yang makan syabu dan dadah untuk dihantar ke Pusat Pemulihan.
  • Polis Jerantut memantau dengan kerap kegiatan sindiket beli getah curi Ulu Tembeling dan 'big pusher' Jerantut yang membekalkan syabu kepada pengguna anak-anak muda Ulu Tembeling.
  • Pemadam Jerantut dan NGO perlu buat aktiviti di Ulu Tembeling.
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) perlu turun padang mengadakan program ceramah dan sukan. Minta Putrajaya tambah dana kepada AADK menjalankan aktivitinya di Ulu Tembeling.
Jika anak-anak muda Ulu Tembeling hanyut dalam dunia khayalan ini tidak baik kerana pembangunan fizikal yang rancak dimasa depan akan memberi lebih banyak dilema dan konflik kepada anak-anak muda yang tidak ada persediaan.

11 comments:

Anonymous said...

apa yang tok penghulu UT boleh buat, nampak jer gaya pijak semut pun tak mati, songkok atas kepala tak pernah tanggal, termasuk lah masa tido dan mandi gamoknya, bukan tuk penghulu UT tu, memanjang ada nampok muka dia kat jerantut ne, cukup bulan gaji ambik, tak tau lah manusia ne?

Anonymous said...

adun dia perompak, anak buah ikut meerompak juga.kehkehkeh

spirit of gusai said...

adun tak ajar anak buah merompak.awok tu kaki fitnah.awok tu lah yang curi getah dan hisap syabu.keh kh kh keh!!!!!!

Anonymous said...

adun tak ajar mencuri dan merompak,
cuma dia ajar gun bobok dan cakap
mahong aja yok.

perangkap mengkarong,bukit berduri,
adun gun cakap bohong ,bobok,akhirnya
gun jual dizuri,,,,ha.

JAAFAR PINDEK KUALA SATTTT.

TERIM KASSEHHHHHH.

spirit of kuala sat porn said...

pendek tubuh tak apa juga.ini sekali dengan akal pun pendek jugok gon ni jaafar kontot.he he he he he!!gurau aje york(ayat ud)

Anonymous said...

From Kuala Gusai...

Ni.. la gaya hidup anak muda drulug.Masa sekolah culas. Dok di sekolah merokok...mencuri... dibuang asrama atau sekolah sangat suka.Ada alasan utk tork bersekolah.
Dok dikampung tadok kerja... menoreh tork reti bergaharu tork larat. rokok nork isap..... nak beli rokok tadok duit...ada pulak syaitan yang yang menjual syabu... jadi penagih syabu... ari-ari nork cekik syabu... akhirnya jadi penyamun......
Bermula ari ni akuq dengor ada pesta di kg Bantal.. Akan beraku bermacam-macam kemungkaran... Ada juget.. arak... syabu... dan tork mustahil akan ada anak LUAR NIKAH!! yang akan lahir 10 bualan dari sekarang. Ya Allah ya Tuhanku.. Apa nork jadi dengan waris-warak ku drullug ni.

Anonymous said...

APA YANG DIPERKATAKAN OLEH WZWH TU ADA KEBENARANYA...KITA KENA TERIMA HAKIKAT MASALAH SOSIAL D ULU TEMBELING PERLU DI TANGANI DENGAN BETUL..SEMUA PIHAK MESTI BERTANGGUNGJAWAB TERMASUK LAH TOK PENGHULU, ADUN , KETUA KAMPUNG, AGENSI AGENSI KERAJAAN...JIKA TAK SUKA KEPADA ADUN TAHAN TUNGGU LAA PADA PRU KE 13 NANTI...( NI PN KALAU YG KOMEN TU PENGUNDI DUN TAHAN )

Anonymous said...

Tangkap jer pencuri tu. Kemudian buat hukum Hudud sendiri. Tobatlah orang lain tak mencuri lagi.

Admin. Jerantut Daily said...

tuan,
mohon linkkan blog Jerantut Daily ~ http://jerantutdaily.blogspot.com/ , terima kasih,

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Admin Jerantut Daily,
WZWH sudah link. Tk.

Anonymous said...

Hukum hudud adalah penyelesaiannye... bkn kat UT je, kat seluruh msia.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...