Tuesday, November 1, 2011

Program 3 Hari Dua Malam Di Ulu Tembeling



4 hari WZWH tidak menulis posting blog. Ramai pembaca blog WZWH tertanya-tanya. WZWH sejak hari Jumaat 28 Oktober mudik Ulu Tembeling menghadiri program hingga Isnin 31 Oktober.

Program utama ialah Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah dan Bolajaring Ulu Tembeling. Sebanyak 28 pasukan bolasepak dan 3 pasukan bolajaring menyertai. Pasukan dari Kampung Pasir Raja Terengganu bersama rombongan penyokong seramai 80 orang turut datang diketuai oleh Encik Azhar Jambul Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun dan Poksu Ramli Yunus Tok Empat Kampung Pasir Raja Terengganu.

Tentu pembaca WZWH tertanya kenapa orang Terengganu sanggup datang ke Ulu Tembeling. Ulu Tembeling ada hubungan dengan Kampung Pasir Raja. Dulu orang tua-tua jalan kaki seharian dari Ulu Tembeling ke Kampung Pasir Raja Terengganu yang sejauh 55km menziarahi atau menghadiri kenduri kendara. Begitulah eratnya hubungan kedua kampung dari dua negeri. Jalan ini juga dikenali sebagai laluan jejak Mat Kilau tapi moyang-moyang WZWH sudah beratus-ratus tahun guna jalan itu sebelum Mat Kilau lahir lagi.

Berikut catatan ringkas program WZWH mengikuti program ADUN Tahan selama 3 hari 2 malam....















YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan bersedia berlepas dari Kuala Tahan pada hari Jumaat 28 Oktober jam 10.30 pagi menaiki jetski. Duduk dibelakang adalah Amino pilot jetski terbaik Sungai Tembeling. Amino boleh drive jetski terbang atas batu di Jeram Panjang. Jetski ambil masa 1 jam dari Kuala Tahan ke kampung Bantal Ulu Tembeling. Laju sungguh jetski ini. kalau ikut program ADUN Tahan menutup Kejohanan pada malam Ahad tapi oleh kerana ADUN Tahan mahu meraikan Dato' Pengarah JPS Pahang dan rombongannya terpaksa mudik hari Jumaat.
















ADUN Tahan memecut laju jetski mudik ke kampung Bantal untuk meraikan Dato' Pengarah JPS yang menunggu dan ada jamuan tengahari bersama penduduk kampung Bantal selepas solat Jumaat.
















WZWH menyusul kemudian dengan fiber @ speedboat 2 seaters. Mudik dengan fiber ambil masa  1 jam setengah dari Kuala Tahan ke Kampung Bantal. WZWH selesa dengan fiber kerana boleh duduk menyandar dan relax.















Lain-lain rombongan ADUN Tahan mudik dengan bot panjang seperti gambar diatas. Bot panjang ambil masa 2 jam setengah mudik dari Kuala Tahan ke Kampung Bantal. Lebih selesa dan ada atap. kalau naik jetski dan fiber boleh dapat 'sun tan' kena panas terik matahari. Tapi lambatlah...
















Kalau nak cepat naik helikopter lah...ADUN Tahan seorang ADUN yang sangat sibuk dalam Malaysia. Masa itu emas dan sangat bernilai bagi ADUN Tahan. Sebab itu ADUN Tahan suka 'beli' masa. Hari Sabtu 29 Oktober selepas merasmi Kejohanan dan melawat Kampung Mat Daling, ADUN Tahan terpaksa hilir ke Kuala Tahan kerana ada program tahlil bersama Peneroka Felda Sungai Retang dan Padang Piol. Ini tempat adalah 'vote bank' DUN Tahan kemudian malam itu juga terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur. Hari Ahad petang ADUN Tahan guna helikopter terbang ke Kampung Bantal. Kalau dari Bandar Jerantut mengambil masa hanya 22 minit ke Kampung Bantal. Kelihatan pilot jetski Amino membawa beg ADUN Tahan. Jangan suruh Amino drive helikopter tak terangkat  helikopter itu macam jetski..
















Jamuan tengahari bersama penduduk Kampung Bantal selepas solat Jumaat. Kelihatan Dato' Pengarah JPS dan ADUN Tahan.






























Apa lagi makan cara kampung Ulu Tembeling. WZWH cari gulai asam rong dan daging salai eksotik daging rusa atau seladang...3 @ 4 pinggan makan nasi..
















Sebelah petang Jumaat WZWH melawat Kampung Gusai antara kampung tercantik dalam Malaysia. Kena mudik Sungai Sepia yang juga antara sungai tercantik dalam Malaysia. Kat Ulu Sungai Sepia ada Jeram Perahu yang sangat cantik dan ada banyak ikan kelah-raja ikan air tawar.
















Kampung Gusai adalah kampung paling unik dalam Malaysia. Satu-satunya sebuah sekolah rendah yang dikelilingi oleh 50 buah rumah. Dulu kampung ini ada ramai penduduk. Sebenarnya dalam kampung Gusai ada beberapa kampung kecil lagi seperti Kampung Lancar, Kasah, Sasak dll WZWH tak ingat..Kampung Moggol pun dekat dengan Kampung Gusai.
















Kanak-kanak Kampung Gusai bermain bola di padang. Bila WZWH tiba kampung ini boleh dengar radio dipasang kuat terdengar ke seluruh kampung. Siapa ada CD boleh pinjam sekejap bagi kat kedai suruh pasang. Satu kampung boleh dengar. Ini adalah kampung yang melahirkan ramai ahli muzik. Dulu tahun 1960an hingga 1980an ada satu band muzik pancaragam bernama Sepia Senada telah menghiburkan orang Kampung Ulu Tembeling di majlis nikah kahwin. Pengasas band Sepia Senada itu belajar muzik pandai main note muzik di Kuala lumpur. Di kampung ini juga ada pengesek violin yang hebat tapi sudah meninggal orang tua itu. Lagi satu WZWH nak cerita anak-anak dara kampung Gusai ini lawa-lawa...
















Ini bengkel motosikal di Kampung Gusai. Kelihatan pengusaha bernama Amran. Di kampung-kampung Ulu Tembeling ada jalan simen yang dipanggil slack@ selek. Penduduk suka guna motosikal. Insyallah bila jalanraya Ulu Tembeling siap nanti ada bengkel kereta pula diusahakan penduduk tempatan.
















Pemandangan tepi Sungai Sepia dan kawanan kerbau yang menarik hati WZWH. Kerbau Sungai Tembeling ini selepas puas makan rumput suka santai ditepi sungai dan mandi manda sebab itu kerbau di Ulu Tembeling adalah kerbau yang paling bersih dalam dunia. Main kubang main kubang juga tetapi lepas itu rajin mandi. Padang rumput Ulu Tembeling tak perlu 'gardener' sebab siang malam diketam oleh kawanan kerbau.
















Bermain jetski di Kuala Sungai Sepia dan Sungai Tembeling di Kampung Bantal.





























Foto-foto Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Ulu Tembeling yang sempat WZWH shot.
















Deretan kedai warung di tepi padang bola Kampung Bantal











































Deretan kemah-kemah peserta Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah.





























Peminat Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah dari Perancis pun sanggup datang ke Kampung Bantal Ulu Tembeling. Bon Jour...Mercy..






























Dato' Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan merasmi dan menutup Kejohanan Bolasepak 9 sebelah dan Bola Jaring Ulu Tembeling 2011. 
















Encik Azhar Jambul Ketua Pemuda UMNO Bahagian Dungun Terengganu turut berucap. Beliau menyatakan hubungan erat antara penduduk Ulu Tembeling dengan Kampung Pasir Raja Terengganu. Beliau datang kerana team bolasepak Ulu Tembeling selalu menyertai kejohanan bolasepak di Kampung Pasir Raja. Beliau berterimakasih kepada ADUN Tahan yang mahu mengadakan lawatan ke Kampung Pasir Raja dan kejohanan sebagai acara tahunan yang lebih meriah lagi pada masa akan datang.
















ADUN Tahan menyampaikan piala kejohanan kepada team Kampung Mat Daling yang menjadi juara bolasepak bersama wang tunai RM2000. Sudah lama tunggu 14 tahun baru dapat menjadi juara. Team Kampung Pasir Raja Terengganu naib juara. 
















ADUN Tahan menyampaikan hamper kepada team bola jaring Kampung Bantal yang menjadi juara bersama wang tunai RM500. Kampung Gusai naib juara.

9 comments:

p81 said...

bagus mat wehhhh ... bila lah kome boleh ke kg bantal nih makan ikan kelah dengan rusa salai

aminamad said...

Bro Wan Zuri,
Begitu amzing sekali going through posting ni, macam tengok filem dokumentari, ada juga gambar mat saleh tapi mana gambar anak dara lawa.
What i would like to share is macam mana membawa pembangunan tanpa mengenepikan eksotiknya Ulu Tembeling tu.
Syabas YB Dato' Wan.

Anonymous said...

Hebat orang Ulu Tenbeling sekarang,
pergi main bola 9 sebelah dan bola
jaring pun naik heli dan jetski.Orang Jeranmtut jangan marah, itulah hasil kami dapat daripada jual geharu dan asamrom dan sedikit
pucuk paku merah,u all orang Jerantut naik geteh saja ok....

Kalau u all hendak macam kami orang ,
u all kena kuat ,,,,, kuat puter,kuat
pungkor baru bole berjaya,.

ha ha ha ha..........terkacul aku.


AKU JAAFAR PINDEK KUALA SAT.....tk

Anonymous said...

dengkilah tu

Anonymous said...

From Kuala Gusai...

Sedikit pembetulan WZWH."Band Sepia Nada" Bukannya Sepia Senada. Akuq terlibat dengan kumpulan ni dipenghujugnya aje.... Masa awal penubuhannya akuq masih beringus....masih teringat otai-otainya.....
-Ayah Din Gitar (Allahyaram).. pengasasnya
-Jamaluddin Pilus -(Dram)-Skrg peneroka Cini Timur 1
Baharuddin Mat- (Bass Gitar)- Masih berada di Gusai
- Johari Musa - (Gitar utama &Kedua)- Pencen tentera dan jurulatih sambilan pasukan Pancaragam Tunas Bakti Jerantut
- Yusof Zaki Bin Ramli(gitar)- Sekarang seorang Guru Muzik berijazah dan bertugas di negeri Perak
-Kamaruddin Salleh -(gitar)- Bertugas sebagai pegawai
Perhilitan diTemerloh.
Yahaya Bin Mohamad (Bass)-Allahyaraham
Ramai lagi yang terlibat antaranya... manan Pilus,Hassan Nordin, Othman Mat Nor, Bahaduddin Awang Kecik..... dan akuq yang bertugas dibelakang tabir.

Anonymous said...

Hakuq jugeq pernoh bernyanyiq dengan band nirk lagu "jauh, jauh nun disebalik gunung nan hijau". Sekrang dorh tadok apo lagiq dorh. Laguq nirk dipopularkan oleh Abaug Din...

Banir...

Borokpolitikweh said...

Tahniah DAto Wan dapat hadir bersama..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:04,
WZWH ucap terima kasih kepada Anon kerana bagi maklumat yang lebih tepat.

Anonymous said...

From Kuala Gusai,

Penyanyi wanita utama rasa akulah
kalau tak silap Fauzia Musa kakak
Johari.

Ayah Din Gitar duduk seberang Gusai,
bertentangan dengan rumah Ayah Uda
Sahar.

Masa tu aku halus sangat,belun sekolah.Bila ada sukan Sk;Gusi,
Band Sepia Nada akan main sampi
hampir pagi.Sapai aku tertidor bawah
pokok langst depan sekolah.

Zuri anak W.Ros tu halus pada aku,
sekarang nilah baru kenal Ulu Tembeling,itupun kerana aaaaaaaaaa.
Saudara wan dia Mak Cu Som rami diGusai.Saudar YB ADUN tak ada disini.

Hidup Zuri sudara kami.....tk

AKU KETURUNAN HAJI JAAFAR BIN NIK MAN
KASAH.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...