Saturday, November 26, 2011

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 Berjalan Rancak

WZWH ialah bloger yang diberi hak eksklusif untuk melaporkan progress report Projek Jalan Ulu Tembeling. Ini adalah kerana WZWH terlibat secara lansung dalam memperjuangkan projek jalan ini yang bagai mimpi untuk direalisasikan menjadi realiti.

50 tahun dulu orang Ulu Tembeling berharap kepada keperluan jalan ini. Pemimpin-pemimpin dulu juga berjuang meminta jalan ini. Tetapi tidak berjaya kerana kekangan tertentu.

Dengan strategi, usaha dan keazaman political will serta will power maka akhirnya projek jalan ini berjalan. WZWH mengucapkan terimakasih kepada DS Najib Perdana Menteri yang perihatin dan DSD Adnan Yaakob MB Pahang yang menyokong penuh projek pembangunan Ulu Tembeling ini.

Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 1 kini berjalan rancak dan akan siap mengikut jadual pada 2013. Berikut ialah apa sedang rancak berjalan di site projek.

Box - Culvert

Box – Culvert       

Box - Culvert         

Block Drain        

 Geotextile/BRC/Gabion Cage/Subsoil drain pipe                

Steel bars    

Geotextile/BRC/Gabion Cage/Subsoil drain pipe     

 BRC           

Steel bar dan Pipe Culvert

Steel bars

Cement

7 comments:

Anonymous said...

shareholder kenalah pantau projek .... sebab nanti kalau kos overrun untung tak besarlah pulak ..... kalau target untung RM48 JUTA NANTI TINGGAL CIPUT JER KAN ..... dah lah tu pilihanraya tak lama lagi .... nak pakai duit banyak ni .... kalau projek delay tak boleh nak claim kann... bekas budak L4 tu bukanya ada kuasa lagi nak suruh bayar advance kannnn

spririt of pasir tambang said...

saudara di atas,
positif thinking lah bro!

Anonymous said...

Salam...,

Eloklah beringat2 sesama kita. PRU 13 kian hampir. Hilangkan segala onar, banyak isu belum diselesaikan. Pemilih juga pandai mengintai ruang. Kakitangan kerajaan, jika dilihat ramai silent protes. Pesara begitu. NGO turut serta. Yang bersikap tunggu dan lihat semacam mahu tunggu, jalak mana yang hebat berlaga!!! Bukan ayam lantang berkokok tapi "tahinya" berderai2...

Jika ada simpanan tu agihkan kepada beberapa penama... Ingatlah mereka akan korek "konkrit" sampai ke batu hampar yang akan digerudi. Teruskan pembangunan terancang...

Semoga terus kekal..

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & semua...,

Salam Maal Hijrah. Tertimbusnya usia kita, lebih singkatlah denyutan nadi. Hisablah diri kita dalam segala hal...

Banir...

Anonymous said...

tengah + tingking lah ni brooo ..... macam mana balak banyak kat tapak projek tu ..... tolong sikit Jabatan Hutan Pantau

waraskah aku said...

yang baik kita sokong, yang tak baik kita bantah, jadilah manusia yang sentiasa waras

Anonymous said...

balak2 tu semua telah sampai dulu pada pengetahuan jabatan perhutanan...
hehemmm.....
tersedak plak pengarah perhutanan nt....

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...