Friday, November 11, 2011

Pakatan Rakyat Jerantut Sudah Mencongak Strategi PRU 13


Pakatan Rakyat Jerantut terpaksa merombak semula strategi PRU 13 dengan perkembangan terbaru Barisan Nasional Jerantut. Itu yang WZWH dengar dari sumber dalaman Pakatan Rakyat Jerantut.

PAS, PKR dan DAP Jerantut girang melompat suka bila berita angin mengatakan YBM Ku Lan digugurkan dari bertanding parlimen Jerantut dan YB Dato' Wan Amizan juga digugurkan dari bertanding DUN Tahan!

Pakatan Rakyat Jerantut secara dasarnya bersetuju merombak semula kerusi-kerusi parlimen dan DUN-DUN di Jerantut. Pakatan Rakyat begitu bersemangat kerana yakin dapat merampas parlimen Jerantut dan DUN.

Strategi baru Pakatan Rakyat Jerantut menurunkan:
  • Parlimen Jerantut: Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Penerangan PAS Pusat dan Ketua PAS Pahang.
  • DUN Tahan: Dr Hamzah Jaafar YDP PAS Jerantut, Timbalan Ketua PAS Pahang.
  • DUN Pulau Tawar: Yohanis Ahmad Ketua Pemuda PAS Jerantut      
  • DUN Damak: Cikgu Koh Bong Heng Ketua DAP Jerantut.

Target Pakatan Rakyat Jerantut:
  • Parlimen Jerantut: 60:40
  • DUN Tahan: 55:45
  • DUN Pulau Tawar: 52:48
  • DUN Damak: 65:35

Ini bererti Pakatan Rakyat Jerantut menang 4-0. Memerintahlah Pakatan Rakyat di Jerantut buat pertama kali dalam 65 tahun sejarah Jerantut.

WZWH tidak lansung teruja dengan keghairahan Pakatan Rakyat Jerantut kerana:

Calon-calon BN yang akan diturunkan pada PRU 13 adalah calon yang tidak disangka-sangka dan akan buat kejutan besar.

Biarkan Pakatan Rakyat Jerantut meneka siapa calon-calon BN Jerantut tapi yang pasti WZWH boleh membayangkan 'a force to be reckon with'. Kejutan besar akan berlaku. 55,000 pengundi parlimen Jerantut dan 3 DUN tidak sabar menanti bakal calon BN Jerantut.

Kita lihat nanti....

2 comments:

Anonymous said...

UMNO dab BN jerantut akan meletakkan lembu sebagai calon parliment Jerantut.Ayam sebagai calon Dun Tahan,kucing sebagai calon Dun pulau tawar dan kambing sebagai calon dun damak.Insyaalah akan menang dari meletakkan calon yg ada sekarang huhuh.Rakyat dah bosan dengan pemimpin UMNO.Itulah kenyataannya

Kutukandewata said...

umno akan letak calon macam yang awak cakapkan tu sebab pakatan pembangkang akan letak babi sebagaicalon-calonnya.adilkan?

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...