Sunday, November 27, 2011

Shahrizat Bodek Tuanku Sultan Pahang Bimbang Najib Pecat Beliau!!


Shahrizat telah menganugerahkan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Tuanku Sultan Pahang dalam satu majlis di Kuantan, semalam.

WZWH adalah bloger UMNO yang lantang mahu Shahrizat letak jawatan ekoran isu salahurus NFC. Persepsi majoriti rakyat mahu Shahrizat letak jawatan. Majoriti ahli UMNO juga berfikir begitu. Shahrizat adalah liabiliti kepada UMNO dan BN kini.

Bolehkah Shahrizat menjadi 'winnable candidate' selepas kes kondo lembu? Majoriti ahli parlimen UMNO merasakan peluang Shahrizat tipis untuk merampas kembali kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU 13.

WZWH tidak peduli sokongan pemimpin tertinggi UMNO kepada Shahrizat. Yang WZWH peduli dan concern ialah pandangan akar umbi UMNO dan BN yang tidak mahu isu NFC menggugat persediaan UMNO dan BN dalam PRU 13.

Bila DS Najib berdiam diri....itu signal bloger-bloger pro BN boleh membalun Shahrizat.

Selepas majlis itu semua Ketua Wanita UMNO Bahagian Pahang pula mengutuk blog WZWH. Posting WZWH sebelum ini mahu Wanita UMNO Bahagian Jerantut mengusulkan supaya Shahrizat meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.

Wanita UMNO perlu berani menyatakan bahawa mereka mahu pemimpin yang ada kredibiliti dan integriti dan pilihlah Ketua Wanita UMNO Malaysia yang menang dalam PRU tidak kira parlimen atau DUN baru kepimpinan melalui teladan.

Berikut petikan titah Baginda Tuanku Sultan Pahang:


"seorang pemimpin yang bertanggungjawab adalah yang tidak hanya sekadar melaungkan janji-janji kosong kepada rakyat tetapi mesti mengotakan apa yang dijanji. Pemilihan pemimpin hendaklah dipilih dengan teliti dan menepati ciri-ciri kepimpinan unggul serta berpandangan jauh, berwibawa dan mempunyai keperibadian terpuji. Pemimpin harus mengutamakan kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri. Pemimpin juga harus perlu mengawal, mengurus, mentadbir, dan membuat keputusan cemerlang serta dapat mencorakkan dasar dan polisi sediada untuk kemajuan dan kemakmuran negara."


WZWH Merafak Sembah Ucap Tahniah Kepada Tuanku Sultan Pahang diatas Anugerah ini. Dirgahayu Tuanku.

22 comments:

Buntat said...

Apakah dia ada kuasa bagi Anugerah Pemimpin Unggul ini.

Sanggul Kerambit said...

Anda bukan Wanita pun, siapa anda nak suruh mana-mana Wanita mengusulkan perletakkan jawatan Shahrizat? Siapa anda untuk mengatakan Shahrizat menjadi liabiliti kepada UMNO?

Amat menyedihkan bila orang UMNO sendiri, apatah lagi yang berjawatan di bahagian seperti anda, mengambil keputusan untuk mempercayai dakyah pembangkang dan termakan dengan strategi kotor pembangkang untuk melemahkan UMNO dari dalam!

Anda bukan Wanita UMNO, anda tak tahu sokongan sebenar Wanita UMNO kepada Shahrizat. Kalau tak mahu mempertahankan, baik diam!

dobit127 said...

Salam..
Baik Ketua Wanita ker, sesiapa sahaja akan menggunakan pelbgai ruang dan peluang untuk meningkatkan potensi diri sehingga tahap tertinggi...
Oleh itu, Shahrizat ini bagi kawan biasa-biasa sahaja.. Cuma kesnya agak berpanjangan.. Ini bukan kerja pembangkang rasanya, ini lebih kerja rakan sesama ..Ada orang cuba menjolok untuk menjatuhkan buah nangka yang sudah lebih masak ranum di atas pokok yang masih tidak jatuh2... Harapnya bila jatuh, boleh buah muda mekar berkembang.....

Apapun itu tolehan kawan..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Sanggul Kerambit perlu belajar apa itu integriti dalam politik. Jika UMNO mahu menjadi parti berintegriti menjadi pilihan majoriti pengundi dalam PRU 13, UMNO perlu menolak pemimpin-pemimpin yang tiada nilai integriti tidak kira dari kalangan pemimpin tertinggi UMNO, MKT, EXCO Pemuda, Wanita, Puteri, dan barisan kepimpinan UMNO dan sayap-sayap di peringkat bahagian. WZWH bukan seperti Sanggul Kerambit yang sanggup mendiamkan diri bila berhadapan dengan pemimpin yang sudah hilang integriti itu maknanya secara tidak lansung BERSUBAHAT. Rakyat akan tolak UMNO yang mempertahankan pemimpin UMNO yang tiada berintegriti dalam PRU 13 nanti.

Anonymous said...

aku suka petikan ayat ni
"Wanita UMNO perlu berani menyatakan bahawa mereka mahu pemimpin yang ada kredibiliti dan integriti dan pilihlah Ketua Wanita UMNO Malaysia yang menang dalam PRU tidak kira parlimen atau DUN baru kepimpinan melalui teladan."
tahniah wzwh..walaupun aku tak berapa suka dengan isu ni..tp aku suka ayat tu.

oRang kAmpong said...

klu ikut merit kwn rasa syarikat keluarga Sharizat blm tentu blh dpt projet tu.mungkin atas faktor dia org Pak Lah.wlwmcmmne pon projek berjalan dgn baik.xp NFC jgn dabit dada laaa.dapat duit gormen.KLU ADA DUIT ORANG BUTA PON BOLEH NIEGA.

Anonymous said...

Alih pandangan dalaman kepada isu luar, perbuatan tidak serupa waima tetap sama... Jika suruh org letak jawatan fikirkanlah untuk diri dan dalaman kita. Awal Muharam, untuk hisab segala sudut...

Pemerhati...

Anonymous said...

uarang Umno mne ade intergritiii, pulut inti ade laaaa. uarang Umno pencacai mcm kau je wzwh. penasihat 10% jeee, klau dpt ke deme pun senyap jeeee.
lembuuu je pikir. uarng ulu tembling bele kerbau tak mahuuuuu

hidup biarlah waraqs said...

tahniah wzwh, anda adalah penyokong umno yg sebenarnya, anda tidak menyokong sesuatu dgn sia-sia, anda bukan pak turut.

tetapi akan hilang kepercayaan dalam parti, sbb anda menegur pemimpim, walaupun ada telah melaku sesuatu yang benar.

ingalah akhir zaman, yang salah orang akan katakan betul dan betul akan dikatakaan sebaliknya.

kita tak rugi, sekiranya kita berada dilandasan yg betul, walaupun kita berada dipihak mana sekalipun.

Anonymous said...

Hai...dah terang2 integreti Sharizat nampak cacat dengan kes lembunya...masih wanita umno nak mempertahankan ketuanya. Memang lah wanita umno ni macam lembu cucuk hidung. Pasti dah kena beli dengan duit lembu Sharizat maka itulah sebabnya kroni2 Sharizat bermati-matian mempertahankan dia. Tetapi tak SEMUA wanita UMNO menyokong kepimpinan Sharizat sekarang kerana kalau dipandang dari dekat....kita boleh lihat Sharizat turun ke Pahang pun tidak ada sorang Exco wanita
yang ikut Sharizat...pengarohnya sudah makin kurang bila ratu lembu ini bertanding nanti jawatan ketua tahun depan, pasti kecundang. Turuskan sdr. WZWH menulis isu lembu Sharizat dan dedahkan kebenaran dan jangan gentar dengan tegoran mereka yang tidak suka dengan tulisan sdr. kerana ramai yang bersetuju dengan pandangan politik sdr....syabas!!!!!!

Anonymous said...

Kalau dulu kita dengar pemimpin2 Wanita Umno menyalah gunakan kuasa nya lepas begitu sahaja tanpa apa2 tindakan dari PM. Baik Mahatir maupun Pak Lah. Dan sekarang PM Najib pulok diam membisu dengan kes lembu Sharizat. Isu intergriti ni dah banyak dan LAMA dah berlaku dalam wanita Umno. Dulu kita dengar dan lihat isu Napsiah Omar dengan permit taxi Saujana beratus juta bagi ke kroni2nya (takde tindakan Mahatir) lepas tu Rafidah Aziz dengan isu AP saham anak menantunya (pun lepas begitu juga takde tindakan dari PM Mahatir dan Pak Lah) sekarang Shahrizat dengan isu projek lembu suami dan anak2nya yang terlibat salah guna kuasa yang menyebabkan kerugian kerajaan dan wang pinjaman kepada syarikat keluarga Shahrizat. Pun sampai hari ini PM Najib diam membisu tidak berdecik pun berbunyi,...orang ramai makin banyak pertikaikan dimerata warong dan gerai makan, kedai kopi atau kopitiam dan juga dihotel2 coffee house semuanya cakap pasal lembu Sharizat. Tapi PM Najib senyap aje. Beza Sharizat dengan Rafidah adalah....Rafidah cerdik beli harta kat luar negara jadi tak dapat dikesan tapi Shahrizat bodoh macam lembu dia beli harta dalam malaysia itu pasai mudah dikesan.Dua2 tak bolih pakai. Macam mana Sharizat nak menghadapi perwakilan nanti di perhimpunan agong umno kalau sampai hari ini wanita2 umno masih tak ada kekuatan diri untuk mengadapi kebenaran dan menolak kemungkaran kepimpinan Shahrizat. Kalau dah betul menguna duit lembu pergi ke Umrah sponsor pulok adik beradik keluarga Sharizat beratus ribu ringgit, membeli sampai dua unit kondo di bangsar (one menurung) hampir 14 juta, NFC juga membayar perbelanjaan peribadi Sharizat(personal expenses) selaku menteri wanita pembangunan dan keluarga, dan membayar sewa kedai suami dan elaun pengarah anak-anak Sharizat...maka mudah betoi Sharizat dapat pinjaman tanpa cagaran belanja sesuka hati tapi bekalan daging tak sampai jugak ke pasaran rakyat cuma dengar sampai ke restaurant mewah keluarga Sharizat sahaja. Ini bukan kah masaalh intergriti dan ethik. Kredibiliti Sharizat sudah tercemar maka demi menyelamatkan maruah wanita dan parti umno...Sharizat terpaksa dipertanggungjawabkan kesalahan keluarganya dengan meletakkan jawatanya supaya rakyat percaya kembali kepada Umno yang benar2 mahu menangani masaalah korapsi dan salah laku menguna kuasa. Sharizat kena letak jawatan sebelum PRU13 supaya bagi laluan pemimpin lain yang berwibawa, kredible dan disegani rakyat ambik aleh tempat Sharizat dengan segera sebelum sayap wanita jadi tenat dengan konflik kepimpinan wanita menjadi berpanjangan!

Anonymous said...

Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah kekuatan kebijaksanaan kepada orang Islam agar dapat bersatu padu serta dapat membezakan antara yang haq dan bathil.. Kerana yang bathil pada akhir zaman kini seolah olah tiada beza dengan yang haq..

Anonymous said...

Ramai org marah ke wzwh ni sebab tegur shahrizat terang terangan, tapi masalahnya kalau tegur berbisik nak ke shahrizat dengornye? Kiki... Ada pulak kaki ampu defend ke shahrizat, nak berUmno perlu la berpada pada, jgn la yang salah pun terima jugek, apa ke bangangnya ahli umno mm ni, kalau shahrizat kuar umno pun apa salahnya, parti umno tetap parti umno, kerana umno itu partinya keramat..

Anonymous said...

Itu daging lembu Shahrizat orang boleh makan free or berbayar. Tapi ingat daging Sahrizat atau lain pemimpin yang sama waktu dengannya itu kelak jika benar keadaannya begitu daging dia kelak akan free di makan api ..... Wanauzubillah...

Azrul said...

Saya sebenarnya dah tak tahu nak cakap apa dah..dari dahulu hingga sekarang, kebanyakan pemimpin UMNO ni sentiasa berusaha untuk memenuhi tembolok sendiri. Dah boleh dikatakan menjadi budaya dalam UMNO pemimpin penuhkan perut kroni-kroni. Saya rasakan bahawa setiap pemimpin UMNO ini berfikir "kalau aku tak buat mungkin orang lain buat sementara aku ada kuasa"..kalaulah pemimpin berfikiran sedemikian rupa maka alamatnya Malaysia ini akan jadi kucar -kacir..syabas, WZWH diatas menegakkan kebenaran..jangan kita biarkan lembu-lembu liar ini membaham ladang-ladang kita.

Anonymous said...

Tu rakyat tuuu, maka apabila duit rakyat duit kita jugak laaaaaa... Dia mencuri duit kita tuuuuuu..... Kasi reject sama dia laaaaaaaa

Anonymous said...

Salam anon semua,

Jangan menghukum dengan telinga,
siasat dahulu kesah yang dikata,
gunakan ilmu dengan bijaklaksana,
barulah betul tindakan anda.

Jangan menhgukum dengan telinga,
nanti rosak bangsa dan negara,
Anuar bermadah bicara pujaga,
hampir lingkup kita dimasa pilehanraya.

Takkan tak nampak jerat disana,
atur langkah biar kena,
jangan melalak macam betina,
dilelong penipu murah sangat herganya.

Blog ini blog gertak,
untuk melihat kita berselerak,
cuba fikir dengan akal yang bijak,
tak pernahpun dia hentam boss dia
yang bohong dan pelahap.

SUSU LEMBU.,,,,BUKAN TAIK LEMBU.

Anonymous said...

Dato Najib kena bersihkan kabinetnya dengan membuang semua pemimpin2 yang dah ada skandal salah laku dan guna kuasa sebelum PRU13. Banyak lagi menteri2 yang lain namanya dah tercemar dengan imej yang sangat buruk ....kejar jawatan, kejar PROJEK sebab nak cepat kaya dan sibuk nak mengisi tembolok sendiri. Banyak lagi menteri2 lain terlibat bukan Shahrizat sorang sahja...maka diorang ni semua naklah direject PRU 13 akan datang. Kalau tidak UMNO kalah kalau calun2 yang nama dah dibenci oleh rakyat dicalunkan lagi. Ingat tu jangan buat2 lupa, pilih calun yang suka dek rakyat dan turun padang dan suka nak tolong rakyat.Baru UMNO yakin boleh menang!!

Anonymous said...

Sharizat suka turun padang. Baru lepas turun ke Pahang.

Celoreng usang said...

WZWH,
Syabas atas komen saudara tentang integriti..berkata benar lah,walaupun pahit..ini bukan pasal wanita atau lelaki..sanggul kerambit oii..ini soal integriti!Inilah masalahnya kalau individu lebih penting dari parti!

Anonymous said...

sanggul kerambit bodoh,kalau disuruh makan taik,konpem dia akan makan taik,tapi taik minyak la

Anonymous said...

Teriam kasih cikgu atas informasi..
kes lembu ni bukan aku dengar dari pembangkang... ketua audit yg telah komen projek itu...

Pembangkang cuba mengetengah kan apa yg telah di komen oleh ketua audit negara... sebab kerajaan tak nak nak jelaskan apa komen ketua audit tu..
bila di dedahkan...baru la nak menjawap...satu2...
kenapa kerajaaan tak nak jelaskan perkara sebenar sebelum pembangkang dedahkan?..
bila kerajaan tak nak dedahkan maknanya mcm nak sorok kan sesuatu...

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...