Saturday, November 12, 2011

Kolej Komuniti Jerantut Dan ADTEC Jerantut Serta Universiti Felda



















IPTA hasil dari usaha Pemuda UMNO Bahagian Jerantut membawa satu lagi kolej ke Jerantut mendidik anak tempatan menjadi manusia berilmu pengetahuan.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut sewaktu Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada 2006 di SMK Padang Saujana Jerantut telah mencadangkan kepada Dato' Mustapha Mohamed Menteri Pengajian Tinggi pada ketika itu yang merasmi mesyuarat Pemuda itu supaya sabuah Kolej Komuniti dibina di Jerantut.

Tahniah kepada Dato' Wan Amizan Wan Razak Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang bertungkus lumus menjaya Kolej Komuniti Jerantut yang bernilai RM10 juta menjadi realiti di Jerantut.

Kolej Komuniti Jerantut akan mula beroperasi pada Januari 2012.

Ihsan FB Jerantut Kampungku.

Pusat Latihan Teknologi Lanjutan Tinggi (ADTEC) Jerantut juga satu usaha murni Pemuda UMNO Bahagian Jerantut bagi melahirkan anak-anak tempatan Jerantut yang berkemahiran tinggi memenuhi keperluan industri.

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut melalui Dato' Wan Amizan Wan Razak telah mencadangkan pada 2002 agar sebuah ADTEC iaitu Pusat Latihan Teknologi Lanjutan Tinggi dibina di Jerantut atas sebidang tanah di Kg Temin kepada Perdana Menteri Tun Mahathir ketika itu.

Tun Mahathir mengarahkan Kementerian Sumber Manusia dibawah Dato' Dr. Fong Chan Onn supaya meluluskan pembinaan ADTEC Jerantut.

ADTEC yang mula dibina pada 2007 siap pada 2011 dengan belanja RM100 juta diatas sebidang tanah seluas 24 ekar boleh menampung hingga 1200 pelajar.

ADTEC Jerantut akan mula beroperasi pada Januari 2014.

WZWH ingin bertanya kepada 55,000 pengundi seluruh parlimen Jerantut apa lagi yang orang Jerantut mahu minta? Insyallah apa yang Pemuda UMNO Bahagian Jerantut mohon "Barang Sebut Barang Jadi".

Pemuda UMNO Bahagian Jerantut boleh menyelesaikan dan memudahkan kehendak orang Jerantut.

WZWH boleh secara ringkas merumuskan:

ADTEC Jerantut dapat semasa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Kolej Komuniti Jerantut dapat semasa Perdana Menteri Tun Abdullah
Sekarang apa kolej @ universiti akan dapat kalau Pemuda UMNO Bahagian Jerantut minta dari DS Najib PM orang Pahang?

WZWH mahu sebuah universiti iaitu Universiti Felda didirikan di Jerantut sila klik dibawah:

Bolehkah DS Najib PM  seperti PM yang terdahulu seperti Tun Mahathir dan Tun Abdullah meluluskan beberapa kolej tapi kali ini orang Jerantut mahu sebuah universiti!

Insyallah DS Najib pasti akan dapat merealisasikan apa yang kita orang Jerantut mahu.

15 comments:

Anonymous said...

Eloklah banyakkan pusat apengajian tinggi di jerantut ni pulak.Kalau dulu kita cuma banyak pusat pemulihan dadah aje kat jerantut ni kan.

Anonymous said...

TAHNIAHHHH. Bnyk lagi yg harus diperjuangkan. JANGAN mendabikk dada deme tu keturunann WAN. segan rasanye kalau nak membangga kolej yg seceput tuuuu celah2 bangunan org china lak tuuuuu.

Anonymous said...

Tahniah sebab WZWH sebab siarkan gambar Kolej Komuniti dan ADTEC..

ADTEC juga sedang di bina di Taiping, Bintulu dan Kemaman..(dah siap awal)...dan kawan boleh katakan projek distribution di pahang...

maksudnya di bentong/Muadzam/Kuantan ada MRSM. Raub ada sek Sains, Lipis - Maktab perguruan,Jengka Ada UiTM dan jerantut jgn ke tidak..buat la ADTEC...(dah siap esok boleh diguna ke tak?) jgn jadi MRSM bentong dah...

Kalau kita tengok laporan audit negara yg terbaharu..Pahang telah didapati byk kes salah urus perbelanjaan/khazanah...langsung mendapat teguran dari ketua audit negara....satu lagi negeri mendapat teguran keras selain pahang ialah terengganu....
Kalau PAS/PR/DAP cakap kwn tak layan...tapi ni ketua audit negara...
Kwn berpikir..kalau ekonomi pahang diuruskan dengan baik dah tentu byk lagi pembangunan 'untuk rakyat' boleh dibuat....
ke kita lantik salah org untuk menguruskan ekonomi dan membangunkan pahang ni?...

Kalau setakat dua tiga projek di tayang untuk 'membodek boss' atau menutup mata rakyat....tak perlu la...

Pahang ni kaya dengan AIR...boleh tak bagi air percuma mcm kerajaan selangor tu?...nak juga merasa weh.....

Anonymous said...

betul juga yek.....

pahang ni byk sgt air sungai...sampai boleh export ke singapura...dan selangor.....

tapi selangor yg kena beli air siap boleh bagi air percuma plak pada rakyat dia....

Anonymous said...

Isu Politik Jerantut menyokong Universiti Felda di Jerantut!!!!!!!!!!!-IPJ-

Anonymous said...

sekolah sains bentong pun dah siap di feldajaya mempaga

Anonymous said...

Tahniah...bila pulak buat MRSM dan sekolah Sains... Di harap kursus yg dibuat tu menepati keperluan ekonomi semasa dan setempat . Lepas kursus tu boleh dapat kerja.

Anonymous said...

Tahniahlah Pemuda UMNO Jerantut memperjuangkan penubuhan Kolej Komuniti Jerantut. Paling penting pastikan peneraju, boss kolej ini orang Pahang, supaya dapat betul-betul menjiwai kehendak masyarakat Jerantut terutamanya anak-anak muda kg kita yang hauskan ilmu kemahiran. Pemuda UMNO Jerantut boleh bawakan usul ini ke Menteri Pengajian Tinggi. Kena cepatlah jgn sampai orang luar pulak jadi boss kat situ....Januari 2012 dah tak lama weh!

Anonymous said...

kalau setakat kolej komuniti, kome tak heran sangat, kalau Adtech to kira ok la.... Cecuba bawa projek Kolej Universiti, sekolah asrama penuh ke, kem tentera udara( cawangan helikopter cthnya spt bandar kluang di johor, senang bila banjir lagipun kita ni letaknya centre semenanjung Malaysia) ke, Maahad Tahfiz ke, baru ada klas. Barulah nampak pembangunan tu pesat.

Acu Cuba said...

Kolej Komuniti Jerantut telah memulakan operasi.... Pengarah org Pahang jugok... Peg Kanan pun org Pahang... Objektif utama kolej komuniti untuk menyalurkan ilmu dan kemahiran kepada masyarakat melalui kursus pendek... Yuran RM1 untuk setiap jam kursus... Peserta dari kanak2 hingga warga emas... Pelbagai bidang yg ditawarkan kat kolej nie... Kursus sepenuh masa 2 bidang, yg terdekat untuk dibuka Kursus Akuakultur (Perikanan) dan akan dtg Teknologi Pemprosesan makanan.... So, untuk sedara yg atas nie, tolong heran sikit yer... Bila masyarakat berkemahiran dlm pelbagai bidang, barula maju negara. nie dok.. tuko mentol lampu rumoh pun panggil cha ya nun alif... deme je yg untuknye...

Anonymous said...

aku masih ingat, terbinanya ADTEC di Jerantut ini bukan kerana Pemuda UMNO Bahagian Jerantut tetapi keraja YB Dato' Lau Lee DUN Damak yang berusaha membawa masuk melalui Menteri dari MCA, kalau macam tu mudah jelah..., apa sahaja yang sampai ke Jerantut ini walaupun di bawa oleh orang tertentu, si Pergerakan Pemuda ni terus je mengaku merekalah yang membawanya..., janganlah nak cari miles politik mudah.....

dowLAH said...

de erantut neh doh ade maahad tahfiz kt sg badak. batu balai.jengka dan sg salan. dengan terbinanya k.komuniti dan adtec jerantut mnelangkah lagi ke depan untuk menjadi maju dalam bidang ekonomi dan pendidikan tinggi. harus diakui perkembangan ini baik sekali tapi kite tau jugok kt pahang ni jerantut paling ketinggalan. kite perlukan lebih lagi. jerantut ni beso. tumpuan pelancong.memang elok kalu ade airport. kemedian kite panggil pulop syarikat2 antarabangsa beroperasi kat sini. bior kene cikit. lagi satu nanti mntoklah dibuat universiti kt jerantetni. bior dipanggil universiti Darul makmur dakpon Universiti Sultan Ahmad. bior kursus2 utamanyer lebih kepada ekologi.kehutanan.mikrobiologi.geograpik.kayukayan dan sains2 yang berkaitan dengan alam semulajadi. kalau nak buat research boleh buat dekat taman negara. hartapaling bernilai pahanag. researcher dan student boleh buat praktikal dan kajian dekat taman negara banyak sgt boleh diteroka. banayak lagi nok tulih ni. kas nok sangat tengok jerantet ni sebagi dekroh peling beso de pahang neh dapat berdiri setanding dengan dekroh hok lain. wasalam -Org jerantet d uitm shah alam

Anonymous said...

Adtec jerantut bila permohonan di buka..nak masuk blaja nie..

Anonymous said...

Che wan org pahang je ke yg boleh apply adtec jerantut..kami dari sabah boleh ke mohon ..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Orang dari seluruh Malaysia boleh memohon.

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...