Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, December 22, 2010

Jerantut Perlu Ada Universiti Dan IPTA

Universiti Jerantut seperti gambaran blog Parlimen 81.

Blog Parlimen 81 mencadangkan sebuah universiti baca saranannya ( mesti baca sini ). Kaedah yang digunakan untuk pembangunan kampus ini adalah secara Build-Lease-Maintain-Transfer . Pembiayaan projek ini akan pemaju laksanakan secara Initiatif Pembiayan Swasta (PFI).

Parlimen 81 "familiar" dengan teknikal "jargon" sektor pembinaan. Blog Parlimen 81 agak lain dengan blog Urag Drrulug yang suka dengan ekonomi cara kampung. Begitu juga Blog Hulu Tembeling yang mementingkan pembangunan ekonomi berasaskan keperluan semasa lebih diutamakan.

Pada WZWH, cadangan blog Parlimen 81 amat baik untuk mempercepatkan budaya dan kemudahan ilmu di Jerantut. Tanah di Jerantut yang luas dan dengan projek "Greater Jerantut" dan taman-taman perumahan tumbuh bagai candawan membolehkan universiti Jerantut mempunyai puluhan ribu pelajar.

Parlimen 81 mahu disediakan tanah untuk pembinaan kampus universiti antara 50 hingga 100 ekar. Tidak timbul soal tanah tiada kalau mahu tapak universiti dibina di pinggir bandar Jerantut. Kerajaan boleh mengunakan akta yang ada untuk mengambilalih tanah tidak kira itu tanah towkay kaya atau orang kampung. Kerajaan akan bagi pampasan yang setimpal.

YBM Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut pernah mencadangkan kepada DS Najib semasa mesyuarat agung UMNO Bahagian Jerantut Julai lalu agar kerajaan boleh membina sebuah IPTA. Mungkin DS Najib akan mempertimbangkannya.

Parlimen 81 mahu respon dari WZWH. Maka ini jawapan WZWH...

Di Jerantut sudah ada perkembangan institusi pengajian tinggi yang boleh membantu dan memudahkan anak-anak muda Jerantut mendapat peluang pendidikan tinggi bertaraf kolej.

Jika anda pergi ke Jerantut dari Temerloh, di sebelah kanan di Temin, ada sebuah kompleks institusi pengajian tinggi iaitu Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang sedang dalam pembinaan dan hampir siap.

Sebelum anda sampai ke masjid Jerantut, ada 2 blok bangunan baru yang dibeli oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk dijadi Kolej Komuniti yang akan dibuka tidak lama lagi. Sekarang blok bangunan itu masih direnovasi.

Kadang-kadang WZWH terfikir di Jerantut ada banyak pusat penyelidikan seperti Pusat Penyelidikan Biotek Haiwan di Tebing Tinggi, Pusat Pembenihan Ikan Air Tawar di Perlok, Pusat Penyelidikan Tun Razak (Pertanian) di Sungai Tekam.

Kenapa tidak kita sinergikan semua pusat penyelidikan ini dan bina satu kolej Pertanian Jerantut menafaatkan ilmu-ilmu dari Pusat Penyelidikan ini untuk melatih golongan muda Jerantut dan pihak kerajaan dan swasta boleh bekerjasama menjayakan projek-projek pertanian melibatkan penyertaan golongan muda Jerantut.

WZWH merasakan ini satu idea yang baik bagi keperluan pendidikan dan ekonomi Jerantut. WZWH merasa teruja bila Pihak FELDA bercadang mahu menubuhkan sebuah universiti FELDA. Cadangan ini akan dibawa ke pertimbangan YAB PM Dato' Seri Najib.

Kita semua tahu hasrat PM mahu FELDA menjadi gedung makanan negara. Jika perancangan ini menjadi kenyataan, Malaysia tidaklah perlu mengimport lebih makanan lagi yang mana ini boleh menghalang pengeluaran wang ke luar negara.

WZWH percaya YAB PM Dato' Seri Najib akan bersetuju dan menyokong penubuhan universiti FELDA. Maka WZWH mahu menyatakan kepada PM dan Pihak FELDA bahawa Jerantut bersedia menawar tempat kawasan tanah seluas 1000 ekar bagi pembinaan Universiti FELDA. Di Tembeling Tengah, ada kawasan yang boleh diperuntukan bagi pembinaan Universiti FELDA. Sudah pasti YAB MB Pahang Dato' Seri Adnan Yaakob menyokong penuh usaha baik ini kerana MB Pahang cukup berminat bidang pendidikan sebab itu Yayasan Pahang banyak membantu pelajar-pelajar Pahang mendapat peluang pendidikan di universiti pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Kita orang Jerantut mesti menyokong penuh penubuhan Universiti FELDA bagi kebaikan pendidikan, ekonomi dan sosial Jerantut.

11 comments:

Anonymous said...

salam..

sy sebagai ank jrantut amat2 bersetuju sekali dengan cadangan ini kerana bagi saya ank2 jerantut amat dahagakan institusi pngajian tinggi..
kawasan yg bg saya sesuai adalah di kawasan jalan jerantut - temerloh iaitu berhampiran ADTEC jerantut.. dan kawasan itu boleh dijadikan hub institusi2 pengajian tinggi..

selain itu, sy juga ingin mncadangkan agar pusat pngajian tinggi itu nanti mnyediakan fakulti2 untuk pembangunan seperti fakulti senibina, perancangan dan ukur atau kejuruteraan.. ini bagi mmbuka mata rakyat jerantut bagi membangunkan bandar jerantut serta membolehkan jerantut mmpunyai bnyak tenaga mahir dalam bidang pembangunan..
tq..

WZWH said...

Salam Anon 3:33,
Terima kasih kerana memberi pandangan yang baik.

chenerong ular said...

salam wzwh tahniah, memang dah lama sepatutnya kita di daerah jerantut ini mempunyai pusat pengajian tinggi setanding dengan tempat tempat lain.

tempat lain kecil seperti jengka pun suda mempunyai ipta, yang mana boleh menjana ekonomi penduduk setempat dengan kebanjiran pelajar pelajar.

Tapi jika mahu di tubuhkan jangan lupa fakuluti kajia tanaman herba atau ( boiherb) yang mana ianya mempunyai kelainan dari ipta atau ipts yang telah sedia ada, DI LABU TEMBELING TENGAH PUN BOLEH DI BINA?

Top Ranking Online said...

Salam.... Blog saudara telah berada di Top Ranking 6 dan pihak kami akan papar artikel WZWH..... terima kasih.

WZWH said...

Salam TRO,
Terima kasih kerana promosi blog WZWH.

WZWH said...

Salam CU,
Terima kasih memberi pandangan yang bernas.

dobit127 said...

Makin ramai la para YB berebut Universiti Felda jika benar ia bakal ditubuhkan..Kelak mungkin ada terdengar berita sudah ada tapak tetapi tetiba dibuat ditempat lain.

Anonymous said...

buat la IPTA tu di Kuala Tahan. Ada Simpanan Tanah Kerajaan untuk Pembangunan Masa Hadapan seluas 500 ekar.

Anonymous said...

anon 9:04,

tapak tu ada balak tak? kalau ada Dupork akan segerakan cadangan tu... WZWH akan pastikan....

Don Balon said...
This comment has been removed by the author.
Don Balon said...

kaeh sokong sangat weh..
:)