Blog liga Jerantut makin menarik dengan kehadiran beberapa blog yang progresif mahu melihat kemajuan Jerantut. Blog Parlimen 81 dan Ideakita sering membicarakan cadangan projek-projek yang memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi Jerantut.
Blog Urag Drrulug dan N9 Tahan agak "sarcastic" dengan pembangunan impak besar kepada Jerantut. Blog ini selalu beranggapan pemaju mahu untung besar, tiada kebaikan kepada rakyat Jerantut dan mahu pembangunan yang bersaiz kecil sekadar memenuhi keperluan semasa.
Jerantut yang ketinggalan 53 tahun ke belakang memerlukan satu "blueprint" pembangunan yang radikal mengisi lompang-lompang kekosongan pembangunan fizikal. Jerantut perlu pantas melaksanakan projek pembangunannya.
RMK 10 dan seterusnya menjanjikan projek pembangunan. ECER tidak menyentuh Jerantut. Rakyat faham kerajaan tiada peruntukan untuk melaksanakan sesuatu projek dengan segera. Bila ada cukup peruntukan baru kerajaan buat. Kalau tidak cukup, buat dulu separuh atau sebahagian. Minta lagi peruntukan. Kalau tiada sambung RMK 11, 12, dan seterusnya.
Rakyat tertunggu bila mahu cepatkan pembangunan. Rakyat faham ada banyak projek pembangunan yang perlu dibuat di seluruh Malaysia dan mengikut "keutamaan" satu terma kesukaan EPU dan UPEN.
Pahang sebagai contoh. Jerantut mahu pembangunan. Lihat pemimpin-pemimpin hebat Pahang dan pembangunan kawasannya. DS Najib, DSD Adnan Yaakob dan DS Dr Jamaluddin Jarjis.
Pekan bandar Diraja dan Perdana Menteri. Adakah Pekan maju pembangunannya seperti yang diharapkan. Harapkan kilang kereta dan projek baru Tanjung Agas yang masih belum dimajukan ditahap yang sepatutnya. Kilang belut sedikit menjana ekonomi.
Adakah MB sendiri berpuas hati dengan pembangunan DUN Pelangai. Ada yang MB sendiri tidak puas hati kerana tidak dapat membangunkan Pelangai ke tahap yang sepatutnya kerana tindakan yang "slow" dari kerajaan pusat.
DS JJ Menteri Duta. Pembangunan Rompin masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjadikan pertumbuhan ekonomi Rompin rancak.
"Moral of story" yang WZWH hendak sampaikan kepada rakyat Jerantut sedangkan pemimpin-pemimpin hebat Pahang terkial-kial hendak majukan kawasan mereka sendiri, bagaimana kita pemimpin dan rakyat Jerantut mahu berharap kepada mereka sepenuhnya untuk majukan Jerantut. Kita sendiri perlu proaktif dan aggresif memajukan tempat kita Jerantut.
WZWH tidak memandang rendah keupayaan pemimpin hebat Pahang sebab WZWH faham kekangannya. Jerantut perlu menyatakan bagaimana kaedah-kaedah sendiri bagaimana kita mahu majukan tempat kita tanpa memberi beban dan tekanan kepada pemimpin hebat Pahang kita.
Lihat contoh yang kecil di Jerantut. YB Dr Ahmad Shukri bapa pembangunan bandar Jerantut dan DS Lim Ah Chap berjaya membina bandar Jerantut secara penswastaan. Rakyat Jerantut perlu berterima kasih kepada mereka kerana mereka berusaha membina bandar Jerantut tanpa membebankan kerajaan. Pembangunan bandar Jerantut berjalan secara "independent", berdiri di atas kaki sendiri.
WZWH berfikir cara terpantas memajukan Jerantut ialah dengan cara penswastaan dan kaedah-kaedah yang kerajaan tidak rugi dan pemaju pun tidak rugi serta memberi kebaikan bukan sahaja kepada rakyat Jerantut tapi memberi pulangan kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Sebenarnya ada banyak "fund" yang halal dari luar negara telah memasuki Malaysia melalui Bank Negara. Dana-dana asing bukan mahu membeli saham tapi mahu melabur di dalam projek-projek fizikal di Malaysia dan mengharapkan sedikit pulangan. Masalahnya dana-dana ini sudah tersimpan di bank-bank Malaysia selama 3-5 tahun tanpa projek.
Malaysia kekurangan dan tiada kreatif mencipta projek agaknya. Maka WZWH mencadangkan kepada kerajaan pusat dan kerajaan negeri bagi Daerah Jerantut supaya memberikan hanya KELULUSAN projek saja yang pembiayaan kewangannya boleh diambil dari dana-dana ini.
Apa yang WZWH mahu dari pemimpin hebat Pahang ini DS Najib dan MB hanya beri KELULUSAN, duit swasta boleh dicari untuk menjalankan projek-projek pembangunan Jerantut ini dinamakan "Penswastaan Pembangunan Jerantut".
Untuk permulaan Projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1 kos RM121 juta. Bunyi sedap peruntukan telah diluluskan oleh KPLB tapi duitnya tak keluar lagi. Mahu tidak mahu kontraktor perlu mencari dana sedemikian untuk menjalankan projek. WZWH mahu projek Jalan Ulu Tembeling fasa 1, 2 dan 3 berjumlah RM460 juta dibiayai oleh dana penswastaan. Lebih cepat dan pantas.
Ada banyak lagi projek-projek di Jerantut yang boleh dilaksanakan melalui pembiayaan swasta seperti;
- SREP-Renewal energy-mini hidro dan biomass
- Hidro
- Eko resort
- Loji tenaga alternatif
- Infrastruktur-jalan, jambatan, airport,
- Perladangan
Penswastaan Pembangunan Jerantut adalah kaedah pantas yang kerajaan Pahang dan Pusat perlu fikirkan untuk majukan Jerantut ini.
5 comments:
Senang je nak majukan Jerantut ni.Suruh ahli parlimen Jerantut letak jawatan.Pilihanraya kecil start je,banyak la projek2 masuk.Banyak la orang besar termasuk PM turun.Semua sibuk nak melibatkan diri,nak nampak kononnya berjiwa rakyat.Orang Jerantut ni susah nak dapat pembangunan.Sebab orang besar fikir kita ni bodoh.Alaa,buat apa nak buang duit,kalau tiap2 kali pilihanraya diorang tetap akan pangkah BN je.Yelah,orang Pahang ni kan kebanyakan "mengenang budi" pemimpin lama dulu walaupun pemimpin sekarang satu haram pun tak berguna.Hidup kat Jerantut ni ibarat hidup macam orang dalam gua zaman batu.Takde pembangunan walaupun 53 tahun merdeka.Bila dah 100 tahun merdeka nanti,jalan raya Ulu Tembeling pun entahnya baru je siap.Tu pun mati kat Mat Daling belum sampai Pasir Raja.
HA YANG INI KAWAN SETUJU SANGAT ...... ahli parlimen jerantut letak jawatan untuk satu pilihanraya kecil ...... sanggup ke tengku lan lepaskan jawatan ahli parlimen .... kalau tengku sanggup lepaskan jawatan timbalan menteri yg gajinya lebih hebat dari gaji ahli parlimen apalah sanggat nak lepaskan jawatan ahli parlimen ....kan kan kan ... ala kalau tengku lan letak jawatan dia pun dah ada pencen ... tak risaulah kalau anak bini tak boleh nak makan
salam tuan hamba, tidak mahu berpaut ke dengan saya
http://pantausblog.blogspot.com
Salam Dzimba,
WZWH sudah pautkan.
Salam tuan WZWH & Sema2...,
Ikut teori sians, satu minit bercakap percikan liur sebanyak 320, mudah bercakap. Hasil percakapan itu seolah2 kalau nak diambil kira rakyat Jerantut sudah boleh goyang kaki. Walhal satu syarikat telah lama wujud nun disebalik tanah rancangan di Kuala Tahan, untuk keuntungan kepada siapa?....itu yang menyebabkan masyarakat Tembeling Tengah, khasnya Kuala Tahan, Kg. Pagi terus ke ulu senun..., terus tagihkan pemberian tanah...!!!.
Pang5 Banir, tak suka sangat nak bercakap politik...
Post a Comment