Saturday, December 25, 2010

Jemputan Kepada Suhaimi Said Berdebat Isu Felda di DUN Tahan

Dun Tahan,Jerantut
YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan sedang menunggu jawapan Suhaimi Said untuk berdebat Isu Felda membabitkan kepentingan peneroka di DUN Tahan.

Ini ialah Jemputan Kepada Suhaimi Said secara rasmi secara media baru untuk berdebat Isu Felda di DUN Tahan.

Masa: Ikut kesesuaian dan kelapangan Suhaimi Said Ketua PKR Cabang Krau, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal

Tempat : Felda Padang Piol atau Felda Sungai Retang, Jerantut

Pengerusi @ Moderator Majlis Debat : YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut

Jemputan: Kepada semua peneroka-peneroka Negeri Pahang Darul Makmur dan rakyat Jerantut.

Jemputan ini adalah secara media baru melalui blog. Suhaimi Said boleh jawab menerusi email : onetahan@gmail.com atau hubungi urusetia 012-2167676

Mukadimah
Pembangkang sekarang suka bawa isu Felda membabitkan kepentingan peneroka. Suhaimi Said dan Mazlan Aliman sebagai contoh mengatakan kerajaan BN tidak berlaku adil kepada peneroka.

Saman menyaman berlaku. Pembangkang hasut peneroka menyaman kerajaan. Lawyer pembangkang untung dapat cari makan. Lebih banyak saman lawyer pembangkang lagi suka.

WZWH tidak mahu bicara kelemahan Felda dengan mengambil kesempatan "Legal Loophole" yang boleh ditwist dan spin oleh lawyer pembangkang. WZWH mahu cakap simple facts of life secara bahasa peneroka.

Dulu masa Tun Razak bikin Felda ramai orang Melayu mohon masuk Felda. Kenapa tiada lawyer pembangkang mahu saman Felda?

Ramai orang Pahang yang masuk Felda lari balik kampung masing-masing. Ramai yang menyesal kerana tinggalkan Felda. Lalu Tun Razak atas perkenan Almarhum Sultan Abu Bakar telah jemput orang Melayu dari negeri-negeri lain. Maka datanglah berduyun-duyun orang Melayu dari serata Tanah Melayu datang ke Pahang.

Pahang mengamalkan "dasar pintu langit terbuka". 10 tahun duduk negeri Pahang sudah diiktiraf warga negeri. Kenapa tidak ada lawyer pembangkang saman kerajaan Pahang kerana menidakkan peluang monopoli rakyat asal Pahang dulu?

Bila Felda berjaya ekonomi berbilion-bilion. Ramai orang buka mata, dunia pun buka mata. Peneroka Pahang asal yang lari sangat menyesal. Ada yang sanggup bayar RM30,000, RM40,000 kepada kerajaan Negeri Pahang untuk diberi kebenaran masuk semula Felda tetapi nasi sudah jadi bubur.

Felda mengubah nasib peneroka. Pendidikan telah menjadikan generasi ke dua dan ketiga menjadi profesional seperti doktor, lawyer, akauntan, jurutera, arkitek, bisnesman, politikus dsb. Ada juga anak generasi Felda yang terjerumus dalam gejala negatif sosial.

Sudah tentu Felda yang menghasilkan industri berbilion RM ada sedikit kesilapan maklumlah mengurus ekonomi besar. Kebanyakan pegawai-pegawai Felda terutama di kilang-kilang yang membuat onar menipu pengredan kelapa sawit peneroka adalah pegawai-pegawai yang jiwa pembangkang, mengundi pembangkang mereka sebenar ini "culprit". Mahu tebus dosa dan kesilapan mereka maka masuk PAS, undi PAS bersih segala kesilapan mereka.

Siapa buat Felda? pembangkang? Kenapa pembangkang terutama lawyer pembangkang tidak "highlight" kejayaan Felda yang lebih besar? Kenapa ambil kesempatan. Mana idea sendiri?

Beritahu WZWH, siapa di antara beratus ribu peneroka yang mahu keluar dari Felda? Kalau betul kerajaan BN tidak berlaku adil kepada peneroka kenapa ratusan ribu peneroka itu masih kekal tinggal di kawasan Felda kenapa tidak pindah beramai-ramai tinggalkan Felda?

9 comments:

Anonymous said...

suhaimi said jarang buka blog..koi tahu la dia tu sedara koi. antar surat rasmi betul n ajak dia bdebat. jangan lupa highlite dlm sinar awal skit sb koi nak g nengok sapa menang bdebat tu..hehe

Anonymous said...

suhaimi said jarang buka blog..koi tahu la dia tu sedara koi. antar surat rasmi betul n ajak dia bdebat. jangan lupa highlite dlm sinar awal skit sb koi nak g nengok sapa menang bdebat tu..hehe

dobit1217 said...

Ni macam x jadi berdebat pulak. Kan Suhaimi dah hantar surat untuk ajak berdebat, YB Wan pun hantar surat untuk ganti YB Shukri..Kira jadi la tu. Surat rasmi ke, surat terbuka ke..janji surat...bukan nak jemput sponsor, nak berdebat. Kedua pihak hendaklah hantar wakil masing-masing berunding tentang syarat dan aturcara sesi debat.. Payah-payah kawan boleh...
Apapun kita tunggu kesudahannya.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 6:57,
Tuan Haji Suhaimi Said dalam blognya The Spirit of Lubok Kawah telah menjemput secara terbuka untuk berdebat dengan YB Dato' Ahmad Shukri Ismail berkenaan isu Felda membabitkan kepentingan peneroka secara Media Baru maka WZWH pun mengambil langkah yang serupa menjemput secara Media Baru. Suhaimi Said boleh jawab melalui tel no 012-2167676. Wakil Suhaimi Said pun boleh menghubungi tel no ini. Harap mendapat kerjasama dari Suhaimi Said atau agennya. Terima kasih.

Anonymous said...

jangan tgu dia tepon..oak tu yang tepon dia. cepat la. kah tak sabo nok nengok ni..hehe..

Faizal R said...

Dulu2 mana pembangkang kuat nak bersuara, skrg yg bg kuat pembangkang pun bekas penyokong kerajaan dulunya, yg kecewa dan tidak lg setuju dasar dulu dan skrg, tambah dgn pengundi baru yg mahu perubahan drastik, bukan sekadar ikut peredaran zaman.

dobit127 said...

Sdr Faizal Rahman,

Itu pendapat saudara tentang suasana politik masakini. Sebenarnya dalam post ini, WZWH telah menulis surat terbuka untuk mengajak Hj Suhaimi Said untuk berdebat berkenaan isu-isu semasa Felda dengan Yb Wan. So, untuk mengetahui mana betul, mana yang tidak kena, apa salahnya Faizal Rahman mengajak wakil Pembangkang (hj suhaimi) untuk meneriama pelawaan debat ini. Bagaimana mana nak contact Hj Suhaimi..Lihat di blog beliau atau taipkan nama beliau di google.. pasti jumpa.

Faizal R said...

Dah sy pulak kena jd posman. Sy tak kenal dia dan sy bukan pembangkang. Sy hanya rakyat biasa.

Anonymous said...

Orang Politik ni 'Pungko' je lebih kalau bercakap..

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024