Nuffnang Ads

Pages

Saturday, December 18, 2010

YBM Tengku Azlan Ahli Parlimen Jerantut Rajin Turun Padang


Majlis Penyampaian Bakul Makanan, Beg Dan Pakaian Sekolah di bawah Program Gempur NKRA-Kementerian Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat (KPWKM) Isi Rumah Berpendapatan Rendah.


YBM Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, ahli parlimen Jerantut rajin turun padang. Tiap-tiap minggu Ku Lan balik ke Jerantut menghadiri berbagai program-program parlimennya. WZWH suka melihat Ku Lan rajin macam YB orang muda.

Hari ini 18 Disember 2010, jam 11.00 pagi bertempat di Rest house Jerantut satu majlis penyampaian bantuan-bantuan NKRA bakul makanan, beg dan pakaian sekolah sumbangan ahli parlimen Jerantut disampai oleh Ku Lan.

Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Lau Lee ADUN Damak, Ketua MIC Jerantut, dan 400 orang ramai.


Pada sebelah paginya YBM Tengku Azlan merasmi Karnival Sukan Tenis Dan  Futsal Tertutup Parlimen Jerantut sempena perasmian gelanggang tenis dan futsal Taman LKNP Jerantut.

Ramai pembaca blog WZWH bertanya apa isunya Ku Lan. Ku Lan adalah pemimpin UMNO Jerantut yang tidak ambil apa-apa dari rakyat Jerantut. Beliau adalah pemimpin yang mudah mesra. Beliau anak raja Pahang yang "the most gentleman". Beliau tidak sombong dan melayan semua orang sama saja. Semua ahli UMNO adalah orangnya.

Beliaulah pemimpin yang boleh menstabilkan politik Jerantut. Orang Jerantut boleh menerima kepimpinannya. Apa yang  Ku Lan perlukan ialah "striker partner" yang pantas dan tangkas yang boleh menyumbatkan banyak gol. Ku Lan memerlukan satu "teamwork" yang menyokong usahanya memajukan Jerantut. Ku Lan juga perlukan "think tank".

Ku Lan telah menjadi ahli parlimen sejak PRU 1999. Hanya selepas PRU 2008 baru Ku Lan mendapat "striker partner" yang laju membawa pembangunan. Walaupun YB Dato' Wan Amizan, ADUN Tahan baru 2 tahun 9 bulan menjadi ADUN Tahan, namun projek pembangunan yang telah diluluskan sudah lebih RM150 juta di DUN Tahan. 

Ini juga adalah kerana pengaruh Ku Lan dan rangkaian hubungan networknya. Wan Amizan hanyalah kuda Ku Lan untuk memacu projek pembangunan. Siapa Wan Amizan tanpa sokongan dan pengaruh Ku Lan?

Gandingan berdua YBM Tengku Azlan dan YB Dato' Wan Amizan boleh membawa Jerantut ke era baru pembangunan Jerantut. WZWH mengucapkan terimakasih kepada YB Dato' Dr Ahmad Shukri, ADUN Pulau Tawar semasa menjadi EXCO telah menjadi pencetus pembangunan "Greater Jerantut". Ku Lan telah membawa pelabur untuk melabur  RM400 juta bagi membesar dan memodenkan bandar Jerantut. 

Wan Amizan akan memastikan implementasi Projek "Greater Jerantut" ini bukan sahaja boleh memenuhi kepentingan 1Malaysia komuniti peniaga Jerantut tetapi akan memastikan peniaga-peniaga Melayu ada tempat dan boleh menyertai projek ini. Ku Lan akan memastikan kepentingan peniaga-peniaga semua kaum akan mendapat tempatnya yang seimbang komposisinya. 

Siapa ahli parlimen Jerantut PRU 13? Ini pandangan WZWH. Selagi Ku Lan mahu maka beliaulah ahli parlimen Jerantut. Setakat hari ini tiada siapa yang boleh mengatasinya. MB tidak berani mahu mengubahnya. DS Najib ada 221 kerusi parlimen untuk beliau pilih siapa calon-calon yang beliau mahu. DS Najib tidak mahu pening kepala bertegang leher hanya setakat satu kerusi parlimen Jerantut diserahkan.

YBM Ku Lan boleh menjadi ahli parlimen Jerantut selama-lamanya...


Gandingan mantap kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut, YBM DS Tengku Azlan ahli parlimen Jerantut dan YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan akan membawa Jerantut ke era pembangunan baru. Kedua pemimpin Jerantut ini akan memajukan pembangunan "Greater Jerantut" dan "Greater Tembeling Tahan".

7 comments:

SPU said...

Salam Bro,
Cantik, sudah berubah dari 2 column kepada 3 column. Mungkin juga header akan boleh ditambahbaik nanti. Syabas! Mari kita teruskan perjuang menjuarai media sosial khususnya di Jerantut.

chenerong ular said...

Memang YBM Ku Lan seorang yang tidak mempunyai kepentingan peribadi, kurang mempunyai agenda tersembunyi, lurus juga orangnya dan rajin balik ke pengkalan semenjak duamenjak kebalakang ini, seperti kata saudara WZWH itu.

Tapi sayang orang yang selalu mengelilingi beliau atau dilantik oleh beliau ada lah mempunyai sifat sifat sebaliknya, hapraak belaka ?, tak percaya tanya rakyat biasa atau tanya pemandu pemandu teksi ?

WZWH said...

Salam CU,
Memang Ku Lan suka "orang-orang yang seperti dimaksudkan CU" mengelilingi Ku Lan. Ini adalah kerana Ku Lan mahu membudayakan mereka kepada cara budaya dan ethics Ku Lan. Orang-orang ini akan mengalami transformasi perubahan minda. Biarkan "orang-orang yang baik-baik" mengelilingi Dato' Wan Amizan pula...

Anonymous said...

Salam...,

YBM Tengku Azlan Ahli Parlimen Jerantut Rajin Turun Padang

Nampak gayanya tiang, pagar, sebahagian lantai gelanggang tenis & futsal, orang ramai dijemput hadir beramai pelbagai aktiviti diadakan, berlatar belakangkan hijau. Masih ingatkah peristiwa 1988 dan siapa MP Jerantut selepas itu, kepada siapa Allahyarham cegu Halim kcundang ketika itu...!!!

Pang5 Banir, Sejarah itu tetap tercatat...

ideakita said...

Mengenai kepulangan kerap DS Tengku ke Jerantut menunjukkan petanda positif. Tapi tolong ingatkan T.Azlan, orang kelilingnya bakal makan tuan dan bakal merosakkan nama baik T.Azlan

WZWH said...

Salam ideakita,
Ku Lan anak raja, beliau tahu bagaimana nak handle orang-orang di kelilingnya. Beliau amat matang dalam politik.

chenerong ular said...

Matang matang juga tapi jika tak berhati hati, terjadi lagi se kali trajidi aprm serbu pejabat orang kanan kiri dia. di situ sudah ada pilih kasih untuk mengelakkan tindakan di ambil, makin naik tocang lah lah chuka dengan yang sorang tu, mula mula ketar juga gamoknye?