Jika banjir berlaku mungkin "Feri Kilat Garok" yang khas boleh digunakan untuk memunggah mesin-mesin berat buat projek jalan Kuala Tahan ke Kampung Pagi.
Blog Urag Drrulug dalam posting terbaru baca sini, menceritakan kisah banjir, kesusahan dan harapan rakyat terutama di pedalaman. WZWH CnP sebahagian posting...
Sejak kelmarin hujan turun berterusan, hanya berhenti seketika-seketika sahaja. Langit masih gelap. Memang kita sedang dalam musim tengkujuh. Menurut ramalan cuaca, fenomena hujan berlebihan akan berlaku dan kemungkinan besar kita akan mengalami banjir besar dari biasa dan luar biasa tahun ini.
Kebiasaannya hujan lebat mulai turun sejak november lagi dan menjelang tahun baharu kita sudah bebas dari musim 'pejor', namun kuasa Allah melebihi segalanya.
Apabila berlaku banjir, tentu banyak harta benda dan 'benda-benda' akan menjadi korban dan dikorbankan. Rakyat marhaen yang sentiasa dalam kesusahan akan merasai sengsara yang berlebihan ketika ini. Mereka tidak mampu mencari rezeki seperti biasa, namun Allah yang maha adil memberi mereka juga peluang dan ruang untuk mendapat reseki dari sumber lain juga.
Mungkin menangkap ikan, menggunakan jaring, serta candik akan dapat mendatangkan rezeki. Di Kampong Garok, ada yang mengusahakan 'feri kilat' dengan membina rakit bagi membolehkan orang dan penunggang motosikal menyeberangi banjir yang menghalang perjalanan dari Padang Piol ke Jerantut.
Jalan yang tidak sampai 1KM itu sudah sepatutnya dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun, tetapi demikianlah bila penjawat awak dan pemimpin yang hanya memandang benda-benda besar sahaja dan mengabaikan perkara-perkara yang dianggap remeh sebegini. Penasihat tak resminya pun memang tidak nampak apa-apa kerana dia berkacamata tebal - rabun mata dan rabun hati....
Komen WZWH:
Jalan yang tidak sampai 1km itu akan dinaiktaraf agar tidak terlibat dengan banjir yang melanda saban tahun. Pihak JKR dalam proses merekabentuk (design). Anggaran kos projek RM6 juta. Itu dalam perhatian WZWH. Terima kasih blog Urag Drrulug kerana bangkitkan isu ini.
2 comments:
biarlah jalanraya sampai ke kampung pagi sahaja.
jalanraya kalau sampai kekampung bantal dan mat darling dan gusai, akibat yang negatif harus difikirkan.
terlindungkah hutan-hutan kita, bayangkan jika jentolak sampai ke kampung bantal,anda tidak akan nampak lagi kehijauan hutan yang berlapis-lapis.tidak ada lagi haiwan2 liar seperti rusa dan harimau. ( sekarang ni pun dah habis ) tidak jernih lagi air sungai tembeling. tidak dapat lagi rasa ikan kerai, patin sungai dan lain-lain yang sekarang ini memang susah nak cari. tidak ada lagi benteng untuk masuk ke kawasan taman negara. orang luar akan mudah masuk dan mudah untuk menfaraidkan segala harta-harta yang amat bernilai ini.sudah tentu ada orang ulu yang menjadi tali barut.
yang anda lihat cuma ladang2 dan kebun2 sawit dan getah beratus ekar yang betul dan diceroboh, dengan orang asli diperguna dan juga orang fomema.
kalau milik orang ulu tak apa tapi jadi milik orang luar.
jadi berfikir panjanglah dengan permintaan anda dan jadikan ulu tembeling andalah hak anda.
ingatlah, hutan taman negara adalah hutan yang tertua didunia dan merupakan tempat tamadun bermula.
Salam Anon 12:26,
WZWH amat memahami perspektif anon tapi malangnya majoriti penduduk Ulu Tembeling mahukan Projek Jalan Ulu Tembeling dilaksanakan dengan cepat dengan segera.
Dulu sepatutnya DIHARAMKAN pembalakan di Lembah Tembeling dan semua tanah-tanah kerajaan dibekukan dari permohonan. Tetapi manusia-manusia yang berkuasa oleh kerana eksploitasi ekonomi maka hutan Lembah tembeling di tebang.
Dilema yang dihadapi oleh ADUN Tahan ialah jika Projek Jalan Ulu Tembeling gagal dilaksanakan maka sudah tentu DUN Tahan akan kalah dalam pilihanraya ke 13.
Post a Comment