Sunday, December 26, 2010

Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug ANTI ADUN Tahan?


Kenapa blog SPU dan Urrag Drrulug anti (bersifat prejudice), memperlekeh ADUN Tahan, YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN anak tempatan, anak Tembeling yang sangat cemerlang perkhidmatannya membangun dan menjaga DUN Tahan? Ini soalan yang ramai orang tanya WZWH.

Pada mulanya WZWH tidak mahu jawab. Orang patut tanya kepada blog SPU dan Urag Drrulug sendiri. Dalam fikiran WZWH sudah lama persoalan itu bermain di minda.

Jika Dato' Wan Amizan tidak servis, tidak menjengok kawasan, tidak lansung membawa pembangunan, hanya berkata, "ana hanya berdoa", atau cerita New York, London, Hong Kong, Shanghai kepada orang kampung, atau politik hanya suka berperang sesama UMNO, suka mengadu kepada MB atau PM bahawa ahli parlimen itu tidak servis jaga rakyat atau ADUN itu orang kampung tidak suka maka sudah sewajarnya ADUN Tahan tidak disukai.

Tapi bila ADUN Tahan membawa pembangunan setakat hari ini sudah lebih RM150 juta dan banyak peruntukan mahu masuk bahkan ada peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM16 juta sampai ditolak kerana kononnya pembangunan itu tidak sesuai dan perlu oleh segelintir orang Tembeling yang mempengaruhi titah sang pemerintah. Begitu sekali sedangkan wakil-wakil rakyat lain di Pahang ini menjerit-jerit mahu peruntukan pembangunan dibawa ke kawasan masing-masing.

Adakah YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak ini ADUN PR, ADUN PAS, ADUN PKR atau ADUN DAP kepada blog SPU dan Urag Drrulug? Hal-hal yang remeh temeh diperbesar-besarkan kerana kurang kepada maklumat yang betul, tepat dan hanya suka spekulasi.

Blog SPU dan Urag Drrulug menyatakan pihak atasan sudah mengiktiraf blog SPU sebagai suara rakyat khususnya rakyat Jerantut ini. Kalau kurang percaya klik sini, lihat disebelah kanan dimana blog SPU diletakkan. Itulah pengiktirafan yang telah diberikan kerana berani menyuarakan kehendak rakyat. Tidak ada mana-mana blog lain yang mendapat pengikhtirafan begini selama ini. Kerana itulah SPU akan terus berjuang walau sudah beberapa kali bertukar tangan namun mengekalkan prinsip yang sama - berjuang untuk rakyat.

Blog SPU menyatakan lagi telinga PM melalui orang tertentu yang rapat dengannya. Mereka juga sejak dulu sudah memantau blog SPU serta Urag Drrulug kerana isu-isu berkaitan dengan pambangunan dan kepentingan rakyat.

Beritahu PM DS Najib dan MB siapa yang sebenarnya berjuang untuk rakyat di DUN Tahan?

Beritahu lagi sekali kepada PM DS Najib, adakah mahu melihat DUN Tahan itu kalah atau menang dalam PRU 13 nanti? Kita lihat nanti...

Orang Tasauf atau Tarikat cakap ini semua adalah penyakit hati yang tidak senang dengan kejayaan orang lain. Jika kita ada penyakit hati, kita buanglah benda-benda buruk dalam hati dan gantilah dengan benda-benda yang baik hati.

6 comments:

Anonymous said...

eh eleh,yg awk bagai nak rak ngutuk dr shukri boleh, bila org ngutuk dompok awk mrh, kalau pd awk dompok yg muka hodoh tu lawa, pd peminat dr shukri dia tinggi walau dia pendek.
Fair n square la bila awk kutuk yb org, org kutuk yb awk. Every action hv a equal reaction la moron.

Anonymous said...

sbb dompok jaji byak bender tp belum terlaksna..yang terlaksna byak ke dia jerr...kerbau,lembu,bintang pegang pada tali,manusia pegang pada janji..bgi KC DUN Tahan yg kuat mengampu byak bender yg dapat..saham felcra merting pun dpat walau pun dduk di tanjong betong.. yang xkuat kuat mengampu macamna,yekkk...PRU 13 nie pandai2 lah semua KC yang x kaut mengampu..tepok dada tanya selera..baik DUN dan Parlimen serupa jerrrr....memang semua xleh harap..

Anonymous said...

takpa wzwh..orang dengki la tu..koi sokong oak dan dun tahan dan parlimen. koi sayang umno.

Anonymous said...

Puak-puak Wan jerr kuat yg menyokong WZWH n Dompok..pertama 1x Wan Hairu...kurang RM cri YB Tahan..Anom 2;05 rsenye wan hairu tuuuu kaki kuat mengampuuuuuu

Anonymous said...

Salam bro WZWH,

Saudara kata ADUN Tahan dah tarik projek RM150 juta. Boleh list down di blog saudara ini detail projek yang telah dibuat dan siapa kontraktornya.
Ini sangat menarik untuk dimaklumkan kepada rakyat DUN Tahan. Saya sebagai pengundi di DUN Tahan amat menunggu2 maklumat sebegini diwar-warkan kepada pengundi-pengundi yang budiman. Maklum sajalah kami pengundi di sini selalu dipersalahkan kerana terlalu prejudis kepada YB ADUN Tahan.
Biasanya selepas LOA dikeluarkan kepada kontraktor, maklumat tersebut telah menjadi rahsia umum. Tiada masalah OSA.Ini yang rakyat patut tahu...telus la sikit bukan cakap saja telus bro.Buat apa nak sorok2...I'll reserved my vote for ur boss should u consider my suggestion. Thanx

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 10:51,
Sila baca posting blog WZWH yang terdahulu. WZWH dah terangkan. Sila baca juga blog parlimen 81. Terima kasih.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024