Nuffnang Ads

Pages

Thursday, December 2, 2010

Ranking Prestasi MB (KM) Berdasarkan GDP Growth 2009

http://www.statistics.gov.my/portal/

Posting kali ini WZWH memberi laporan kepada rakyat Malaysia dan Pahang tentang ranking prestasi Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri Malaysia dinilai berdasarkan GDP growth (pertumbuhan KDNK) semasa tahun 2009.

Selalunya MB dan KM menilai prestasi KPI ADUN-ADUN. Atau PM DS Najib menilai KPI para Menteri-menteri dan MB dan KM.

Kini rakyat Malaysia dan Pahang boleh menilai pula prestasi MB dan KM masing-masing. Kita lihat dulu laporan Key Findings Gross Domestic Product (GDP) by State, 2009. Klik sini.


Chart 1: GDP Growth (%) by State at Constant Price 2000 Year 2009


WZWH tidak nafikan krisis kewangan dunia telah menyebabkan pengecutan ketara ekonomi global pada tahun 2009. Ekonomi menjunam juga melanda Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, Singapura dan Malaysia. Pertumbuhan ekonomi Malaysia mengecut sebanyak 1.7% ekoran kejatuhan mendadak sektor Pembuatan (-9.4%) disamping sektor Perlombongan dan Kuari jatuh 3.8%. Namun, trend positif sektor Perkhidmatan dan Pembinaan telah mengimbangi kemelesetan ekonomi.

Prestasi ekonomi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur meneruskan trend meningkat dengan 3.8%, pertumbuhan tertinggi antara negeri-negeri dipandu oleh prestasi baik sektor Perkhidmatan. Yang ke dua tertinggi ialah Sabah pada 3.3 % dibantu oleh pertumbuhan menggalakkan pengeluaran minyak mentah. Dan yang menarik Kelantan yang ketiga terbaik ekoran peningkatan 3.1% disokong oleh sektor Perkhidmatan dan Pembinaan (ini banyak dibantu oleh kerajaan Pusat).

Walaupun faktor luaran mempengaruhi pertumbuhan GDP Growth namun MB mahu pun KM ialah CEO negeri maka sebagai pemimpin perlulah menghadapi situasi mencabar ini seperti Tun Mahathir menghadapi krisis kewangan Asia pada tahun 1997/98 dengan jayanya.

Berikut ialah ranking prestasi MB dan KM berdasarkan GDP Growth 2009 ;
  1. WP KL (Putrajaya- YAB DS NAJIB)
  2. Sabah Y.A.B. DATUK SERI PANGLIMA MUSA BIN HAJI AMAN
  3. Kelantan Y.A.B. TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
  4. Negeri Sembilan Y.A.B. DATO' SERI UTAMA HAJI MOHAMAD BIN HAJI HASAN
  5. Melaka Y.A.B. DATUK SERI HAJI MOHD. ALI BIN MOHD. RUSTAM
  6. Perak Y.A.B. DATO' DR. ZAMBRY BIN HAJI ABD. KADIR 
  7. Pahang Y.A.B. DATO' SRI DIRAJA HAJI ADNAN BIN HAJI YAAKOB
  8. Sarawak Y.A.B. PEHIN SRI TAN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD
  9. Kedah Y.A.B. DATO' SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK 
  10. Selangor Y.A.B. TAN SRI DATO' ABDUL KHALID BIN IBRAHIM 
  11. WP Labuan (Putrajaya-DS NAJIB)
  12. Perlis Y.A.B. DATO' SERI DR. MD. ISA BIN SABU
  13. Terengganu Y.A.B. DATO' AHMAD BIN SAID
  14. Johor Y.A.B. DATO' HAJI ABDUL GHANI BIN OTHMAN
  15. Pulau Pinang Y.A.B. TUAN LIM GUAN ENG
Terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan iaitu faktor politik dan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Dari segi prestasi petunjuk ekonomi ini ialah senarai kedudukannya.

Bagi Pahang pula , MB  DSD Adnan Yaakob mendapat kedudukan ke 7 antara 15 negeri (termasuk WP) yang dinilai. Boleh tahan juga. Namun pertumbuhan negatif GDP Growth iaitu -1.2% perlu diperbaiki pada tahun 2010 dan 2011 supaya menjadi pertumbuhan ekonomi yang positif.

1 comment:

Anonymous said...

Salam... ada artikel mengenai Pahang hampir muflis... boleh jelaskan.. terimakasih