Nuffnang Ads

Pages

Thursday, December 23, 2010

MCLM Mahu Ajar PR Politik Ha Ha Ha...

RPK dan Zaid Ibrahim mencetuskan "3rd Force" dalam politik Malaysia.

MCLM ialah Malaysian Civil Liberties Movement. Ditubuhkan dan dilancarkan di London pada 12 Disember 2010 oleh Pengerusinya Raja Petra Kamarudin dan beberapa peguam serta rakyat Malaysia untuk membentuk ketumbukan "3rd Force".

Nafsu MCLM sangat besar mahu membekalkan calon-calon berkualiti, bersih, berpendidikan seramai 18-30 orang kepada PR terutama di kerusi Parlimen bandar.

MCLM tidak puas hati kerana Anwar Ibrahim telah tangkap muat cakon-calon PKR pada PRU 12 lalu yang terdiri dari tukang kebun, tukang gunting, towkay SPA, penarik kereta, kerani, petani dsb. MCLM mempertikaikan calon-calon PKR tidak berkualiti ini. 

MCLM mengunakan alasan "frog festival" bilamana ramai ahli parlimen dan ADUN PR keluar parti dan pro BN. Padahalnya MCLM cemburu kepada "calon-calon tidak berkualiti ini".

MCLM dikritik kerana akan menyebabkan "3 corners fight". MCLM dikatakan tidak adil kepada PR kerana menekan kepimpinan PR supaya calon-calon MCLM diterima.

Jika kepimpinan PR menerima calon-calon MCLM sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati calon-calon inkumben PR yang punyai ramai grassroot di kawasan tertentu lalu "cas keting" berlaku.

Blogger Sakmongkol AK47 telah menyanggah  konsep "3rd Force" MCLM dalam blognya mesti baca sini.

Isu-isu yang dibangkitkan lebih sesuai di bandar. Ini ialah persatuan yang longgar dengan sedikit kefahaman apa itu demokrasi. Rakyat akan bertanya apa agenda dan perancangan sebenar "3rd Force"? Ianya tidak memberi kesan kepada politik negara.

Sakmongkol AK47 menambah lagi MCLM lebih terpengaruh kepada bacaan PRU 12. UMNO dan BN tidak akan dapat menguasai semua kawasan lama tetapi boleh dapat sebahagiannya. "3rd Force" yang sebenar ialah parti-parti politik Sabah dan Sarawak. Mereka boleh menjadi 'kingmaker" politik Malaysia.

WZWH percaya MCLM terpengaruh dengan budaya PR yang suka dan ghairah bertanding dalam PRU akan datang. Politik bukan hanya setakat bertanding dalam pilihanraya. Politik ialah bagaimana mahu berkhidmat kepada rakyat.

Jika PR yang dibantu MCLM terlalu ghairah dan asyik dengan calon-calon pilihanraya maka rakyat akan menolak parti yang begini sifatnya kerana rakyat mahu pendekatan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

UMNO dan BN tidak perlu pertubuhan seperti MCLM ini kerana sudah hampir 53 tahun UMNO dan BN punya mekanisma sendiri bagaimana hendak meletakkan calon baik di bandar atau di kampung.

No comments: