Wednesday, December 8, 2010

SREP Melahirkan Usahawan Berjaya

DS Najib selalu cakap "Blue Ocean Strategy". Ini strategi kita bisnes dalam bidang baru dan tiada saingan. Kita buat benda orang lain tidak buat. Dasar kerajaan BN mahu menolong usahawan Melayu dan Bumiputera menjadi usahawan berjaya.

Pahang negeri paling besar dalam Semenanjung Malaysia. Negeri Pahang ada banyak tanah tinggi dan sungai-sungai yang mengalir laju menuruni gunung dan bukit. Terutama di daerah Jerantut, Raub, Lipis dan Bentong.

Potensi untuk projek mini hidro terutama jenis “run-of-the-river” juga adalah amat besar kerana tenaga yang diperolehi daripada sungai-sungai di negara ini telah terbukti dapat menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan pedalaman. 

Bakal-bakal usahawan baru boleh mengenalpasti potensi untuk menjayakan projek mini hidro ini. Projek ini bukan saja membantu membekalkan tenaga kepada negara, kerajaan negeri Pahang boleh mendapat faedah pulangan sebanyak 20%, dan membina usahawan baru.

Pahang belum lagi memulakan projek mini hidro secara "massive scale" dengan kuantiti yang banyak maka minggu depan WZWH terlibat dalam team memberi taklimat dan "presentation" kepada Jawatankuasa Pelaburan Negeri Pahang yang dipengerusi oleh MB.

Dalam mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut 2009, WZWH telah mencadangkan kepada kerajaan supaya membina Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai 400MW. Banyak pihak di Jerantut kata idea WZWH pungkar (bohong) saja.

Bila MB panggil untuk beri taklimat di hadapan Jawatankuasa Pelaburan Negeri Pahang yang panelnya terdiri dari Dato' SUK dan beberapa EXCO Kanan. Ini bukan pungkar. Ini ialah realiti. Negeri Pahang perlu mengambil peluang yang ada disamping menjana ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan.

Malaysia kaya dengan sumber tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti biomass, biogas, tenaga suria, angin dan juga mini hidro. Potensi RE ini adalah sangat besar, terutamanya tenaga biomass di mana sumber-sumber biomass ini merupakan hasil tanaman sendiri dan pada umumnya tidak didagangkan. Potensi untuk projek mini hidro terutama jenis “run-of-the-river” juga adalah amat besar kerana tenaga yang diperolehi daripada sungai-sungai di negara ini telah terbukti dapat menyalurkan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan pedalaman. Tenaga suria juga merupakan satu lagi sumber RE yang sedia ada, kerana kedudukan geografi Malaysia di garisan Khatulistiwa. Berdasarkan potensi yang tinggi ini, Kerajaan Malaysia menggalakkan penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui yang juga merupakan sumber mesra alam. Kerajaan telah mendokumentasikan polisi berkenaan RE di dalam Rancangan Malaysia Kelapan dan Kesembilan (RMK8 & RMK9) dan juga “Third Outline Perspective Plan” (OPP3). Integrasi RE sebagai bahanapi kelima negara menyokong polisi ini dan menggalakkan kelancaran pelaksanaan fizikal projek-projek RE. Teras utama polisi berkenaan adalah untuk menambah pecahan jenis tenaga negara dengan mangambilkira sumbangan RE dan mengurangkan kebergantungan negara terhadap sumber fosil yang semakin kehabisan.

Kerajaan juga telah memperkenalkan insentif fiskal di dalam bentuk Taraf Perintis (Pioneer Status) atau Elaun Cukai Pendapatan (Income Tax Allowance) serta pelepasan cukai untuk peralatan RE sebagai pendorong pertumbuhan aktiviti-aktiviti berkenaan RE, khususnya untuk menggalakkan penjanaan elektrik berasaskan sumber-sumber biomass, hidro dan tenaga suria. Insentif berkenaan mula diperkenalkan menerusi Bajet 2001 dan seterusnya ditambahbaik saban tahun. Permohonan insentif fiskal ini hendaklah dikemukakan kepada MIDA.

Apakah SREP? Small Renewable Energy Power Programme (SREP).

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk memperkasakan pembangunan RE sebagai bahanapi kelima negara, Program Janakuasa Kecil Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SREP) telah dilancarkan pada 11 Mei 2001. Program SREP ini merupakan inisiatif Kementerian Tenaga, Kominikasi dan Multimedia (kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dengan objektif untuk mempromosikan penggunaan meluas sumber-sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang terdapat di negara ini, khususnya untuk penjanaan kuasa.

Melalui Program ini, janakuasa-janakuasa kecil yang menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui boleh memohon untuk menjual elektrik kepada utiliti melalui Sistem Grid Pengagihan. Penggunaan semua jenis sumber Tenaga Yang Boleh Diperbaharui, termasuk biomass, biogas, ‘municipal waste’, solar, mini-hidro dan angin, adalah dibenarkan di bawah Program ini. Bagi menyelaras pelaksanaan projek-projek di bawah Program SREP, sebuah Jawatankuasa Khas Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (SCORE) telah diwujudkan di Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia (kini dikenali sebagai Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air); di mana Suruhanjaya Tenaga bertindak sebagai Urusetia Program SREP.

Garis Panduan SREP 
Dalam meningkatkan pembangunan usaha menyambung loji kecil RE kepada sistem grid, SCORE akan menggunapakai Garispanduan berikut:

1. SREP adalah meliputi semua jenis sumber tenaga yang boleh diperbaharui, termasuk biomes, biogas, ‘municipal waste’, solar, mini-hidro dan angin.

2. Pengusaha projek dikehendaki berunding terus dengan pihak Utiliti yang berkenaan mengenai ‘Renewable Electricity Purchase Agreement’, termasuk harga jualan di atas dasar ‘willing-seller, willing buyer’, berlandaskan ‘take and pay’.

3. Pengeluar elektrik RE akan diberi lesen bagi tempoh 21 tahun, bermula dari tarikh loji memulakan operasi.

4. Pengeluar elektrik RE hendaklah menanggung semua kos bagi penyambungan kepada grid, pengukuhan sistem Utiliti yang berkenaan (kabel elektrik, ‘transformer’, ‘switchgears’ dan peralatan keselamatan yang lain) dan pemasangan meter. Sambungan kepada pembahagian grid adalah pada aras voltan diantara 11- 33 kV.

5. Lokasi bagi loji janakuasa kecil RE haruslah terletak di dalam lingkungan 10 km dari ‘interconnection point’ yang terdekat. Pengecualian bagi projek janakuasa hidro.

6. Tiada sebarang ‘stand-by charges’ yang akan dikenakan. Walaubagaimanapun, jika pengusaha projek memerlukan ‘back energy’, ia akan dikenakan mengikut tarif semasa.

7. Keutamaan akan diberikan kepada penjanaan kuasa melalui teknologi ‘co-generation’.

8. Kapasiti maksimum bagi loji janakuasa kecil RE yang direkabentuk bagi penjualan kuasa kepada grid adalah 10 MW. Dari segi saiz, sesebuah loji janakuasa boleh melebihi 10 MW, tetapi kapasiti kuasa yang dibenarkan bagi dieksport kepada grid pembahagian tidak boleh melebihi 10 MW.

9. Loji janakuasa kecil RE mesti telah sedia bagi penyambungan kepada grid dalam tempoh 12 bulan selepas daripada tarikh mendapat kelulusan bagi penyambungan grid. Ini boleh digunapakai oleh loji yang sedia ada yang ingin disambungkan kepada grid. Walaubagaimanapun, bagi cadangan untuk membina loji janakuasa kecil RE yang baru (atau bagi cadangan untuk ‘re-powering’) di mana memerlukan pemasangan ‘boiler’ atau sistem penjana turbo yang baru, tempoh memulakan operasi hendaklah dalam tempoh masa 24 bulan. Tempoh bagi permulaan operasi akan dikira dari tarikh Renewable Electricity Purchase Agreement (REPA) ditandatangani antara pengusaha dan pihak Utiliti.

10. Loji janakuasa kecil RE mestilah menepati segala peraturan alam sekitar yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS), dan menjadi bertanggungjawab pengusaha projek untuk mendapatkan kelulusan yang berkenaan dari JAS, dan sebarang kelulusan lain yang di tetapkan oleh undang-undang.

11. Sekurang-kurangnya 30% ekuiti dalam projek janakuasa RE hendaklah dipegang oleh Bumiputera. Syarikat/agensi asing dibenarkan menyertai dalam projek SREP dengan penyertaan had ekuiti maksima sebanyak 30%.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024