Monday, December 6, 2010

Calon Parlimen Jerantut PRU 13


Pilihanraya sudah hampir begitu kata ramai orang. Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang meramalkan pada bulan Mac 2011. Blog SPU juga menjangkakan PRU 13 makin menjelang. Blog pro kerajaan dan pro pembangkang Jerantut juga membuat andaian demikian.

Blog WZWH adalah blog politik Jerantut. Adalah menjadi tanggungjawab WZWH mencadangkan bakal calon-calon  parlimen Jerantut ke depan supaya semua ahli UMNO Jerantut dapat mengenali mereka supaya bila nama diterima DS Najib nanti, masing-masing tidak terperanjat dan terkejut lagi.

Banyak blog-blog kata Jerantut tiada calon yang berkelayakan tapi sebenarnya WZWH sudah boleh nampak siapa calon-calon kita. Bila WZWH bersuara semua orang ahli UMNO perlu memasang telinga. Ini lah calon-calon kita...

Mula-mula kita lihat orang lama dulu. Ada banyak kategori. Kategori "recycle" dan kategori veteran. Dua orang yang sangat berminat dan DS Najib sangat kenal mereka.

Tuan Haji Kamaruzaman Baria. Mantan parlimen Jerantut 1995-1999. Beliau adalah orang paling rapat dengan PM. Beliau mempunyai ketokohan. Jerantut lebih menjadi global dan glokal jika beliau dipilih menjadi ahli parlimen. Kadang-kadang barang "recycle" lebih baik kualiti dari barang baru.

Tokoh veteran yang berminat dan perlu kita bagi peluang ialah tokoh korporat dan pengurusan Pahang iaitu YH Dato' Sharif Shamsuddin. Beliau adalah pentadbir dan pengurus yang baik. Ini berdasarkan trek rekod semasa beliau memimpin MPK,Yayasan Pahang dan anak syarikatnya. Beliau sekarang tokoh korporat yang berjaya dengan perniagaan besi keluli. Beliau juga adalah Pengerusi UMNO Bahagian Jerantut. Dulu beliau bersama abang-abangnya Haji Saharuddin dan Ramli aktif berjuang dalam UMNO Jerantut.

Kalau DS Najib lebih berminat dengan calon muda. Pemuda Jerantut mencadangkan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang juga AJK UMNO Bahagian iaitu Saudara Mustafa Maarof. Beliau adalah Pengerusi Belia MAYC Malaysia dengan berpendidikan tinggi peringkat sarjana. Khidmatnya bersama Pemuda UMNO Bahagian Jerantut nampak terserlah dengan kepimpinannya.

Calon muda lain yang layak dipertimbangkan dan ada keterampilan ialah saudara Ir. Jalaluddin Ghazali, AJK UMNO Bahagian Jerantut. Beliau juga aktif dengan kegiatan belia MBD Jerantut cuma beliau perlu dibimbing supaya lebih matang dan bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Jika DS Najib mahu mengambil calon bukan kategori kepimpinan UMNO Bahagian maka seorang anak muda dari Lembah Tembeling iaitu saudara Rozilan bin Saleh, Setiausaha Politik PM (Akhbar) boleh dipertimbangkan untuk menjadi calon kerana beliau rapat dan tahu sistem kerja kehendak PM. Dan ramai orang Tembeling termasuk blogger Urag Drrulug sangat menyokong beliau.

Seorang lagi calon muda yang terbukti kepimpinannya mencari pengaruh dalam UMNO Bahagian Jerantut ialah saudara Murad bin Idris , anak didikan Dato' Azizan Yaakob, pakar satelit Celcom. Beliau telah menang dalam pemilihan G7 UMNO pada tahun 2010 nampak diterima oleh ahli-ahli UMNO di Bahagian Jerantut.

Siapa kata Jerantut tiada calon-calon parlimen PRU 13. WZWH berpendapat calon-calon yang dipersembahkan ini ada dalam beberapa kategori dan mereka layak menjadi ahli parlimen Jerantut. Ini terpulanglah kepada DS Najib untuk memilihnya dan penerimaan semua ahli UMNO Bahagian Jerantut dan rakyatnya. Ini yang WZWH fikirkan. Ahli-ahli UMNO  dan rakyat Jerantut bolehlah mulai dari sekarang mengenali bakal-bakal calon parlimen PRU 13 dari sekarang.

WZWH percaya siapa-siapa yang di pilih oleh DS Najib kali ini dan jika menang akan dilantik sebagai Timbalan Menteri. Sokonglah calon-calon pilihan anda dan mula buat kerja untuk UMNO mulai dari sekarang.

12 comments:

Anonymous said...

saudara x nak bertanding ke??
hehehee..:)

laras satu said...

macam mana ku lan, Haji Wan Amizan dan Haji Nazri?. Tak layak ke mereka?

Anonymous said...

Salam WZWH,

Sejak bila pulak Jalud dapat Ir? Dah lulus exam PE(Profesional Engineer) dari BEM ke? Agak2 la bro kalau nak promote pun...kah kah kah kah...

chenerong ular said...

Salam anon 9:58pm, mungkin maksud wzwh, Ir tu ikut rasa gamoknye, bukan lulus PE exam.... kah kah kah....

Anonymous said...

Salam.Jalaludin jadi calon parlimen? huhu makin kenyanglah bob kita

melayurayadaily said...

Rozilan who? Nak jadi calon? Bersepah org jerantet tk kenal ke dia. dia pun tak kenal org jerantet

karup said...

Woitt! Kas? Aok tak nak calonkan ke? Apa ingat kas tak layak ke?

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,
Calon Parlimen Jerantut PRU 13
Maaf, bila diperkatakan oleh orang politik, semua apa yang mereka nampak mengenai kebaikan dikalangan mereka sahaja. Latar belakang keluarga, pergaulan keluarga, penerimaan masyarakat terutama terhadap keluarga. Maklum sajalah, bila masyarakat pendalaman ni, jika ada kenduri kendara, sebabnya bila berkata aku malas pergi rumah orang itu, rumah aku pun tak pernah sampai, itu salah satu... Bila tak pernah sampai, kalau menang dalam plihanraya pun, lagilah eksyennya. Bila dah jadi wakil rakyat semua mengaku saudara. Kalau dah saat2 akhir nih baru nak ditonjolkan muka2 calon, jawabnya merupakan “bidan terjun” lah tu... Setakat ini, tinjuan masih tak terkesan ciri2 bakal calon mempunyai ciri2 tersebut...

Pang5 Banir, terkial2 mencari nama imam2 Kg Bantal, Kuala Tahan, Kg Pagi, Kg Sat, Kg. Gol, Merting... cuma tok 4 aje kenal sebab kena ....

dobit127 said...

cadangan yang agak berani . Apapun masih ramai pengundi P81 ni tidak mengenali calon2 pilihan tuan blog..Apa kata tuan blog memmbuat profail setiap calon pilihan ..bukan apa boleh melihat sekilas pandang kekuatan (dan kelemahan,jika ada) setiap orang yang dicadangkan..

ini cadangan saje..

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam semua,
Terima ksih memberikan komen. Cadangan saudara semua akan saya usahakan. Insyallah.

Anonymous said...

ingat jgn syok sendiri..... rakyat tak suka..

woittt said...

kah kah kah!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024