Monday, December 6, 2010

Majlis Berkhatan Di Musim Hujan




WZWH berkesempatan menghadiri majlis berkhatan di Felda Padang Piol anjuran Kawasan Rukun Tetangga Felda Padang Piol. Seramai 30 kanak-kanak terlibat. Majlis berkhatan itu dirasmi oleh YB  Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan.

Bila WZWH memasuki Felda Padang Piol, WZWH nampak tersergam indah bangunan baru Dewan Serbaguna dan Gelanggang Futsal Felda Padang Piol. Inilah hasil usaha keras ADUN Tahan. Kedua projek ini bernilai RM1.2 juta. Ini juga janji DS Najib semasa PRU 12 yang telah ditunaikan.

DS Najib juga berjanji untuk bina sebuah lagi gelanggang futsal di Felda Sungai Retang melibatkan kelulusan peruntukan sebanyak RM400,000. Ini dalam proses.

Felda Padang Piol mempunyai 2500 pengundi. Dalam PRU 12, calon parlimen dan ADUN BN telah tewas dengan majoriti 101 dan 56 undi di sini. WZWH pun tidak faham mengapa ketika itu harga sawit tinggi tetapi kenapa peneroka Felda Padang Piol mengundi sedemikian rupa! Apa masalahnya?

WZWH harap corak pengundian di Felda Padang Piol akan berubah pada PRU 13 nanti. Buat apa mengundi calon parlimen dan ADUN PAS yang tidak pernah turun padang menjengok masalah rakyat di sini. Sememangnya calon PAS ini tidak boleh menyelesaikan masalah.

Walaupun mereka calon PAS baik parlimen dan ADUN turun padang hanya pada musim pilihanraya umum tetapi undi yang diberi kepada mereka banyak juga di Parlimen dan DUN di Jerantut. Untuk apa? Adakah isu-isu nasional di Kuala Lumpur sangat penting kepada rakyat di Jerantut?

Di Jerantut baik parlimen dan 3 DUN, kita ada banyak isu-isu lokal yang perlu rakyat Jerantut bantu menyelesaikannya dengan menyokong kerajaan BN yang betul-betul mengutamakan dan mendahulukan rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

salam reformasi.....
sekarang bukan masalah....turun padang ke tak turun padang....masalahnya penduduk felda p.piol dah cemus dengan janji2 yang tak kesampaian....serupa juga lau adun tahan jd pembangkang ape dia leh wat....serupa gak calon pas...lau pas memerintah pahang ni mereka akan melaksanakan ape yang rakyat memerlukan....

Anonymous said...

salam bro,

semua orang boleh buat janji. janji sana. janji sini. tapi kalau duitnye takde nak buat apa? terpaksa la kelentong orang kampung. nak tunggu dapat peruntukan tah bila-bila...kah kah kah kah kah...kesiannnnn korang jugak yang nak BN.

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024