Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, December 29, 2010

PAS Berceramah Isu Rasis Di Dun Tahan

Pemimpin PAS Jerantut bergambar selepas menghadiri kongregasi sembahyang Kristian di sebuah gereja Kristian Jerantut dan Markas PAS Jerantut telah menjadi seperti "kuil Hindu" bila ramai penganut Hindu Jerantut bersembahyang Hindu. PAS Jerantut sudah "memoden dan mencampuradukkan Islam dengan agama lain" mungkin ini dikatakan agama 1Malaysia yang ingin diterapkan oleh TGNA dan Haji Hadi.

Akhir-akhir ini penceramah PAS telah menggunakan isu rasis bagi menarik minat pendengar di perkampungan orang Kelantan Jerantut dan Felda-felda di DUN Tahan. Isu yang dibawa bahawa kononnya orang UMNO mendakwa PAS mahu MENGKELANTANKAN parlimen Jerantut.

Kebetulan pula ada blog pro UMNO memainkan sentimen rasis orang Kelantan Pahang. Ini yang di ambil kesempatan oleh penceramah-penceramah PAS.

PAS cuba memainkan sentimen pengundi yang berasal dari luar Pahang terutama peneroka Felda dan orang Kelantan Jerantut. Ini adalah kerana PAS tiada isu untuk dilagukan lagi kerana isu pembangunan di DUN Tahan telah diselesaikan oleh YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dengan cemerlang.

PAS mengunakan strategi "infiltrator" dengan memasuki cawangan UMNO, JKKK, PIBG, JK masjid dan surau. Strategi PAS yang dikira boleh mengancam UMNO ialah menduduki barisan AJK UMNO cawangan, dan menyelinap masuk sebagai  AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut. 

Mereka ini sebagai "double agent" memberi maklumat kepada PAS. Mereka juga melaporkan apa-apa kegiatan sulit UMNO Bahagian Jerantut kepada PAS. Semasa PRU mereka inilah yang membuat onar membawa bendera PAS dan meraih undi bagi pihak PAS serta memeningkan kepala ketua UMNO cawangan.

PAS sebenarnya cuba memecah perpaduan dikalangan peneroka-peneroka dan menarik sokongan orang Kelantan Jerantut di DUN Tahan. Tetapi WZWH dapati pengundi di DUN Tahan matang. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah propaganda PAS. Mereka tahu parti mana yang intan dan parti mana yang kaca. 

UMNO adalah parti yang pengundi-pengundi di DUN Tahan boleh harapkan untuk membawa pembangunan dan kesejahteraan kepada pemduduknya. PAS adalah parti yang pandai menabur janji-janji manis dan gula-gula tetapi tidak mampu dan berdaya untuk melaksanakannya.

5 comments:

Anonymous said...

salam..
maaf sy menyampuk sikit..
tolong baca comment sy pada post saudara yg lepas iaitu greater jerantut dan green energy.. asap!!.. tq..

dzimba MMIM said...

kasi panas sikit bro.. jangan lembek nanti susah mau cari makan

Anonymous said...

kita xperlu takut kepada pembangkang..yg penting YB2 yang sediada uat keje ngan betull...tp kalau sebaliknyaa (faham2 jer lah) tidak mustahil pembangkang dapat tawan mne2 DUN dan Parlimen di Malaysia nie..termasuk Jerantut 1x...hok YB yg ader sekarang banyok tidorr jerr ingat RM xdapat membeli undi anda sepenuhnyeeeeee....

WZWH said...

Salam Anon 2:20,
Cadangan-cadangan bernas anon telah saya blogkan pada posting terbaru saya. Harap maklum, terima kasih.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Let Us Build This Jerantut City Together We Make It Better...

Ramai pihak bercakaran dan bertuturan macam tiada pedoman dan hala tuju. Dedah situ sini, buka situ sini. "Ambil rantai pintas tanjung". Siapa yang menyangkal kemajuan, peliknya bila ada kemajuan, masyarakat tidak juga maju. Orang berkuasa dan "beranama" sahaja yang memperoleh "laba". Itukah dasar untuk membangun dan kemajuan kepada masyarakat. Jerantut kini yang telah pun berubah wajah dan sepatutnya seiring dengan masyarakatnya bukan lagi terus meminta2. Tanah yang dapat hanya dua tiga pongkeh sahaja ataupun cuma liang lahat. Jangan “pongkeh dan liang lahat” sebagai noktah dalam pru ke 13 kelak.

Pang5 Banir, ucapakan selamat melayari tahun 2011 dengan bermakna.