Tuesday, December 21, 2010

Gendang PRU BN Pahang Malam Ini Bermula

Adakah kedamaian dan ketenangan desiran ombak di Teluk Cempedak ini mengambarkan kekuatan BN Pahang pada PRU 13 nanti? 

Lewat malam semalam WZWH minum kopi bersama SUSK MB. WZWH perhatikan SUSK MB masih berpakaian kerja pejabat. Beliau baru balik dari Pejabat Menteri Besar Pahang. WZWH tanya kenapa kerja lewat. Jawab beliau kerja-kerja PRU makin hampir.

Malam ini di Hotel Hyat Kuantan bersidang satu perjumpaan wakil rakyat ADUN dan Parlimen BN negeri Pahang bermula jam 8.30 malam. WZWH dapat hidu isyarat dari DS Najib kepada MB Pahang bahawa gendang PRU BN Pahang perlu bermula. Tanda-tanda segala kekuatan dicari untuk PRU 13 sudah dapat dirasa.

Apakah persiapan BN Pahang sudah bersedia atau masih ada kebocoran yang perlu ditampal lubangnya dengan segera. MB Pahang semakin sibuk sekarang. Pagi tadi MB bergerak ke Selancar, Rompin.

PR mewar-warkan bahawa pembangkang akan mengoncang ketenangan BN Pahang. 42 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen akan direbut dan dirampas oleh PR. Itu kata Dato' Fauzi Rahman bos PKR Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bos PAS Pahang dan Leong Ngah Ngah bos DAP Pahang.

Ditambah pula DS Anwar Ibrahim selalu mengempur Pahang dan Mazlan Aliman yang cuba merobek kubu FELDA dengan ideologi ANAKnya.

Apa prospek PR di Pahang? 3 bos parti pakatan pembangkang Pahang meramalkan mereka boleh merampas separuh kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen. Wow WZWH fikir sungguh "ambitious" dan yakin perancangan PR Pahang!

Ini bermakna 21 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen ditawan PR. Apa reaksi MB Pahang? Maka malam ini MB Pahang akan memulakan silat kuntau lian BN. MB akan menjelaskan perancangan, implementasi dan "final touch" strategi-strateginya. Malam ini MB akan mengeluarkan ilmu politiknya "masterpiece" kepada 37 ADUN dan 12 MP BN Pahang.

WZWH berharap MB Pahang akan memberikan motivasi, dorongan dan semangat baru kepada ahli-ahli politik Pahang untuk berjaya mengharungi badai gelombang tsunami PRU 13 nanti. WZWH yang dilatih sebagai akauntan ingin menambah "peluru kena banyak untuk menembak pengaruh dan tipu kelentong dakyah musuh".
Keputusan pilihan raya Malaysia pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Undangan Negeri
CalonUndian% undiKerusi% kerusi+/–
Pahang
Barisan Nasional (BN):423788.105
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)322969.052
Persatuan Cina Malaysia (MCA)7614.292
Kongres India Se-Malaysia (MIC)112.38
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)212.38
Parti Pembangkang, termasuk parti komponen Pakatan Rakyat:4249.523
Parti Tindakan Demokratik (DAP)724.761
Parti Islam SeMalaysia (PAS)2224.762
Parti Keadilan Rakyat (PKR)1300.00
Bebas (dan lain-lain)412.381
Jumlah keseluruhan88100.0042100.00]

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN)


Pahang

Barisan Nasional 38 | Parti Tindakan Demokratik 2 | Parti KeADILan Rakyat 0 | Parti Islam Se-Malaysia 2 |
No.Kawasan DUNMenjadi ADUNMewakili Parti
N1Tanah RataHo Yip KapBarisan Nasional BN
N2JelaiWan Rosdy Wan IsmailBarisan Nasional BN
N3Padang TengkuAbdul Rahman MohamadBarisan Nasional BN
N4ChekaFong Koong FueeBarisan Nasional BN
N5BentaMohd Soffi Abd RazakBarisan Nasional BN
N6Batu TalamAbd Aziz Mat KiramBarisan Nasional BN
N7TrasChoong Siew OnnParti Tindakan Demokratik DAP
N8DongShahiruddin Ab MoinBarisan Nasional BN
N9TahanWan Amizan Wan Abd RazakBarisan Nasional BN
N10DamakLau LeeBarisan Nasional BN
N11Pulau TawarAhmad Shukri IsmailBarisan Nasional BN
N12BeserahSyed Mohammed Tuan LonnikParti Islam Se-Malaysia PAS
N13SemambuPang Tsu MingBarisan Nasional BN
N14TeruntumChang Hong SeongBarisan Nasional BN
N15Tanjung LumpurAdnan Wan MamatBarisan Nasional BN
N16InderapuraShafik Fauzan SharifBarisan Nasional BN
N17Sungai LembingMd Sohaimi Mohamed ShahBarisan Nasional BN
N18LeparMohd Shohaimi JusohBarisan Nasional BN
N19PanchingMohd Zaili BesarBarisan Nasional BN
N20Pulau ManisKhairuddin MahmudBarisan Nasional BN
N21Peramu JayaIbrahim Awang IsmailBarisan Nasional BN
N22BebarIshak MuhamadBarisan Nasional BN
N23ChiniAbu Bakar HarunBarisan Nasional BN
N24LuitAhmad Munawar Abdul JalilBarisan Nasional BN
N25Kuala SentulShahaniza ShahmsuddinBarisan Nasional BN
N26ChenorTan Mohd Aminuddin IshakBarisan Nasional BN
N27JenderakMohamed JaafarBarisan Nasional BN
N28KerdauZaharuddin Abu KassimBarisan Nasional BN
N29JengkaWan Salman Wan IsmailBarisan Nasional BN
N30MentakabChuah Boon SengBarisan Nasional BN
N31LanchangMohd Sharkar ShamsudinBarisan Nasional BN
N32Kuala SemantanSyed Hamid Syed MohamedParti Islam Se-Malaysia PAS
N33BilutHoh Khai MunBarisan Nasional BN
N34KetariNg Keong ChyeBarisan Nasional BN
N35SabaiDavendran MurthyBarisan Nasional BN
N36PelangaiAdnan YaakobBarisan Nasional BN
N37GuaiNorolazali SulaimanBarisan Nasional BN
N38TriangLeong Ngah NgahParti Tindakan Demokratik DAP
N39KemayanMohd Fadil OsmanBarisan Nasional BN
N40Bukit IbamMohamad Sahfri Ab AzizBarisan Nasional BN
N41Muadzam ShahMaznah MazlanBarisan Nasional BN
N42TiomanMohd Johari HussainBarisan Nasional BN

PARLIMEN PAHANG
E-mail

BAHAGIAN PILIHAN RAYABILANGAN
PEMILIH
BILANGAN
MENGUNDI
PERATUS
PENGUNDIAN
UNDI
DITOLAK
MAJORITIPARTI MENANG
P.78 - CAMERON HIGHLANDS
23,461 16,456 70.14% 1,186 3,117 BN
P.79 - LIPIS
28,425 21,758 76.55% 561 4,137 BN
P.80 - RAUB
46,454 34,459 74.18% 915 2,752 BN
P.81 - JERANTUT
48,812 38,078 78.01% 829 1,946 BN
P.82 - INDERA MAHKOTA
51,235 39,677 77.44% 668 1,027 PKR
P.83 - KUANTAN
47,745 35,771 74.92% 623 1,826 PKR
P.84 - PAYA BESAR
39,882 30,887 77.45% 637 8,503 BN
P.85 - PEKAN
58,217 47,870 82.23% 1,261 26,464 BN
P.86 - MARAN
32,517 25,672 78.95% 495 6,641 BN
P.87 - KUALA KRAU
34,139 27,594 80.83% 479 5,265 BN
P.88 - TEMERLOH
54,010 41,245 76.37% 924 2,441 BN
P.89 - BENTONG
53,651 39,168 73.01% 1,285 12,549 BN
P.90 - BERA
42,993 33,064 76.91% 783 3,821 BN
P.91 - ROMPIN
41,701 32,960 79.04% 824 10,679 BN
JUMLAH KESELURUHAN603,242 464,659 11,470 
PURATA KESELURUHAN77.03% 2.47% 

4 comments:

Anonymous said...

Anonymous said...
salam WZWH,,,, gendang pakatan rakyat dah berbunyi...kome percaya ada kebenarnya juga PKR boleh dapat kerusi begitu jika MB Pahang masih nak mengekalkan YB.YB berkarat dan otak yang dah reput pemikiran dan suka menipu rakyat ni,boleh ke MB pahang baca blog sdr WZWH ni,kome nak bagitau sikit kat sdr WZWH,tentang hal YB Dun kome ni dia dah tak balik langsung dan dah tak buat kerja untuk jumpa nak sain surat budak sekolah pun susah sangat dah,agaknya kerana dah lama kot dah 3 penggal jadi YB agaknya jemu dah,dulu janji nak buat itu dan ini kini janji tak kemana dia pun tak nampak bayang lagi dah nipu aje ,mcm drebar dia juga kome gen2 semua dah pakat nak undi PKR kalau dia masih lagi ada atau jadi calon tolonglah tukar kalau nak menang
December 21, 2010 5:28 PM

Chenerong Ular said...

chenerong ular said...
jika kita lihat dari angka majoriti yang saudara paparkan, hanya 1,946 hajer majoriti yang bn dapat bagi parlimen p81.

jika kita congok congok dengan pertambahan pengundi baru (remaja), untuk pru akan datang hai semput napas siapa yang menjadi calun p81 nanti, trand pengundi baru tau jer lah, di tambah pulak dengan masaalah dalamam bn, pemimpin dan penyokong bn, rasa tipis, lau tak tersungkur berpeluh lah jawabnya.

Kita kena ingat, penyokong pembangkang tetap setia, jka berkurangan disebabkan mati sahaja, campur dengan pengundi baru dan dari kalangan atas pagar serta penyokong bn yang kecewa, kira punya kira, bn kalah?, berebut lah demaq jadi ahli parlimen p81
December 21, 2010 9:05 PM

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Gendang PRU BN Pahang Malam Ini Bermula

Sepatutnya gendang tersebut beralun dengan irama digital sejak dulu lagi. Bukan baru bermula untuk menghapuskan "tala bunyi" pihak lawan yang telah terngiang2 sekian lama di pemikiran khususnya pengundi P81 sejak dulu dan seterusnya. Memencak silat bererti menetang lawan yang sudah bersedia. Gelanggang terhampar, sumbang langkah dari tingkah, padahnya kecundang. Kian hampir PRU ke 13, memperlihatkan ada dikalangan MP, ADUN2 tercungap2 kian ketara, bukan kerana lawan dan pertolongan, tapi untuk mengejar apa jua impian yang masih belum diperolehi...!!!

Pang5 Banir, menerjah realiti politik dalam ertikata politik.

Anonymous said...

PRU13 niii......aku tak berani kata

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024