YB Dato' Dr. Ahmad Shukri bin Ismail, ADUN Pulau Tawar. Dulu beliau merupakan pemimpin UMNO yang aktif dan ceria.
Pada PRU 2008, DUN Pulau Tawar menyumbang majoriti lebih 3100 undi kepada parlimen Jerantut. DUN Pulau Tawar mempunyai 18000 orang pengundi. Kalau tidak kerana pengundi-pengundi yang majoritinya terdiri daripada peneroka Felda sudah tentu sukar untuk BN mempertahankan kerusi parlimen di Jerantut.
WZWH ingin memberi satu laporan 'feedback' dari suara akar umbi di DUN Pulau Tawar. Diharap mendapat tindakan dan susulan dari ADUN Pulau Tawar.
Selepas kemenangan selesa DUN Pulau Tawar dalam PRU lepas, kini pergerakan DUN Pulau Tawar menjadi statik dan lesu. Momentumnya semakin lesu dan ini amat membimbangkan UMNO dan BN. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya!
Setelah ADUNnya tidak menjadi EXCO lagi dan tewas dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Jerantut beliau seolah-olah tidak bersemangat lagi menjalankan tugas-tugasnya. Walaupun wakil rakyat itu merasakan beliau berada di zaman penghujungnya namun perkhidmatan kepada rakyat hendaklah diteruskan.
Hasil dari perbincangan WZWH dengan beberapa Ketua Cawangan UMNO dan Ketua Pemuda UMNO cawangan di DUN Pulau Tawar, WZWH mendapati:
- Sukar untuk berjumpa dengan YB ADUN Pulau Tawar. Pejabat Perkhidmatan ADUN sunyi.
- Minta peruntukan payah jadi banyak program terbantut di cawangan-cawangan.
- Ketua Cawangan Sungai Tekam dan Gelanggi satu meletak jawatan. Kenapa?
- Penubuhan ranting parti PKR di Gelanggi 2 dan beberapa ranting PKR di DUN Pulau Tawar. Mengapa jadi begini?
- Banyak borang biasiswa Yayasan Pahang dari DUN Pulau Tawar ditandatangani oleh ADUN lain.
- Kalau dulu ada orang kuat ADUN seperti En. Nordin Wahid, En. Nordin Yit, Abang Jantan dan En Zainol yang boleh orang DUN Pulau Tawar terpa atau berjumpa tetapi sekarang tiada lagi.
- Selama 3 penggal menjadi ADUN Pulau Tawar apakah sumbanganya yang boleh dinampak oleh pengundi di DUN Pulau Tawar?
- Terdapat 5000 pengundi baru yang terdiri dari golongan muda dalam PRU 13 nanti. Apa jaminan majoriti 3100 di DUN Pulau Tawar dan parlimen Jerantut dapat dipertahan?
Jika dibiarkan DUN Pulau Tawar begini maka ianya akan memberi kesan kepada UMNO dan BN dalam PRU 13 nanti. Ini akan menyusahkan orang yang akan mengantikan beliau. Diharap ADUN Pulau Tawar dapat menerima laporan 'feedback' dari akar umbi dan diambil tindakan.
13 comments:
hohoho, hahaha, hihihi, huhuhuuuuuuu.
Sarang tebuan jangan di jolok, kut tak cukup tanah lari..hahaha
Hahaha hohoho yee yee yee...Bukan sarang tebuan cg pian, sarang buaya jangan di ganggu, nanti kena baham atau kena libas dengan ekor woba demaq.
Apa yang saya nampak rasa nya YB Dato DR tuk ada buat keleja, tengan dalam fb, bermacammacam aktiviti yang di seretainya bersama penduduk setempat.
Saya pun pernah terjumpa dengan YB Dato menghadari program mic di kampung muhibah, ada beberapa oarang dari parti mic menyerahkan masaalah tanah untuk di bawa ke pehak pejabat tanah, walau pun bukan kawasan beliau?
Ada apa apa ke ne ?
Salam semua,
Ini adalah feedback dari ketua cawangan dan pemuda DUN Pulau Tawar. Jangan popular di FB sahaja dilapangan tidak. Berapa kali dalam seminggu ada di pejabat kawasan. Jangan lupa KPI wakil rakyat yang telah diumumkan oleh YAB MB 3 tahun dulu. Peluang...peluang...peluang...
Entah laa apa nak jd YB nie makin lama jd YB makin teruk..zaman jd wxco dlu byak tanah di bandar Jerantut dah tergadai...bgi peluang kat org lain pulok laaa jd YB..makin lama makin tawar dah jdnye..Dalam fb saja nk tunjuk ader aktiviti saja nak cover yg lepas-lepas..kononye die org bekerje..entah lahh fikir lah deme.......
menderlah ko orang ini mengata sesama sendiri..... politik jerantut ini, kalo di ceritakan balik masih berkisar di dalam masalah dalaman UMNO sendiri..........
inilah kerja dikalangan orang umno. dah dekat pilihanraya sepatut buat kerja kukuhkan parti... ni dok balah same sendiri.. ke WZWH nak jadi calon .. kalau berhajat buatlah kerja jangan asyik komen kerja orang
ciku pian dan seangkatan xpaham wzwh nak cerita apa,itu citer dari akar umbi..lembam btol otak..blog2 lain yg mgata dato haji wan amizan tak ditegur pulak..bukan ke wan mizan itu org BN?entah la ciku pian ni dan seangkatan dgnnya..
nilah alamat bn dh nk punoh ranoh.. sbb depa dh cantas mencantas... pru 13 ni ..bn kena boh org baru semoa kat jtut.. yg dah jd yb bgi pencen je.. walau depa ni sepenggal je PENCENKAN je depa ni kalu simpan boleh rosak bn
Orang baru pun kalau macam WZWH.... biarlah tak payah.. sebab makin haru jadinya.. kerana kuat juga memungkor orangnya dia ni
korang seme kena paham wzwh ni bkn nak tnding tp dia ni nulis sbb mkn dgn dompok tu
salam..
Dalam seronok membawa ketokohan Dato' Shukri, bapa pembangunan Jerantut, tetiba ada pula post ini. Semacam pulak isunya (tapi agak tepat)..
Kawan lebih suka tuan blog menulis secara adil samada baik mahupun buruk. Cuma nak tunggu post tentang Tengku Lan pula ap isunya.
Salam.Senang cerita semua calon kat parliment jerantut ni perlu ditukar dah.sebab tak nampak pun kemajuan di jerantut ni.perlu ganti dengan pemimpin yang mempunyai hala tuju kearah pembangunan daerah Jerantut.
salam anom 1.44pm,
senang cerita yer. Kalau senang, ramai ler dah tukar jadi YB. Ini kes sebab payah ler.
dalam menyebut perlunya pertukaran pemimpin baru, boleh bagi nama pemimpin yang sesuai dirasakan untuk membuat perubahan arus pembangunan yang lama kita menunggu. Dan lebih elok kiranya, sertakan sekali apa jenis pembangunan yang dikehendaki untuk dibangunkan...
Post a Comment