Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, December 22, 2010

Guru "Fourth Force" Boleh Naik Dan Tumbangkan Kerajaan



Tawaran dalam Program 100 hari yang dikemukakan pakatan pembangkang pada konvensyen Ahad lalu antaranya menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan. WZWH nampak PR mahu memancing undi guru dan cuba mengoyah sokongan guru kepada kerajaan BN.

Bilangan guru dianggarkan dalam lingkungan 438,000 daripada 1.2 juta kakitangan awam. Malah terdapat 27 kesatuan dan persatuan yang mewakili kaum guru di seluruh negara.

Guru adalah agen perubahan masyarakat. Guru adalah "Fourth Force" yang boleh menaikkan dan menumbangkan kerajaan. Jika kerajaan tidak menjaga kebajikan dan menambahbaik perkhidmatan perguruan ini akan buat guru memberontak.

Perkhidmatan perguruan yang terdiri daripada skop perkhidmatan berbeza memerlukan sebuah majlis khas untuk menyelesaikan masalah dan isu yang wujud. Sebenarnya ada banyak isu dan masalah, jadi untuk selesaikannya memerlukan satu badan khas, satu mekanisme khusus.

DS Najib Razak berjanji untuk mewujudkan satu badan perundingan khas, dipercayai bertaraf Majlis Bersama Kebangsaan, bagi menyelesaikan isu-isu berkaitan perkhidmatan perguruan, yang bilangan mereka satu pertiga daripada 1.2 juta tenaga kerja sektor awam.

DS Najib mahu satu badan perundingan akan ditubuhkan bagi mengatasi masalah dan isu-isu yang wujud dalam perkhidmatan perguruan. Beliau akan meminta JPA melihat perkara ini. Najib menjanjikan perkara itu memandangkan guru terdiri daripada satu pertiga tenaga kerja sektor awam peringkat persekutuan.

WZWH mahu mengingatkan kerajaan jangan pandang mudah dan abaikan keluh kesah guru walaupun WZWH tidak pernah komplen walaupun ada perkara yang terbuku dihati seperti guru graduan luar negara didiskriminasi dan guru yang berkelulusan sarjana atau PHD tidak dinaik gaji setaraf dengan kelulusannya.

4 comments:

Pahang ku said...
This comment has been removed by the author.
Pahang ku said...

Salam WZWH,
Sila paparkan alamat email atau YM di blog untuk memudahkan dihubungi atau memberi komen secara sulit dan persendirian.

dobit127 said...

Guru oh guru....

xpe la.......

Anonymous said...

bukan guru je yang bole tumbang n naikan kerajaan, kakitangan kerajaan lain pun bole juga dan punyai pengaruh masyarakat yang besar juga.