Thursday, December 23, 2010

Ayuh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Pulau Tawar Sahut Cabaran

YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar bersama peneroka-peneroka Felda Jengka. Pemimpin PAS meramalkan beliau akan mengantikan YBM Tengku Azlan sebagai calon parlimen Jerantut PRU 13.

Cabaran Terbuka kepada Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail, ADUN Pulau Tawar- Itu yang dicabar oleh blog The Spirit of Lubok Kawah. Blogger Suhaimi Said ini menulis...

Dr Shukri,

Kamu kena mengetahui bahawa peneroka-peneroka Felda adalah segolongan manusia yang telah memberikan pengorbanan kepada Negara, bahkan Felda melalui pengorbanan peneroka-peneroka menjadi penyumbang kedua kepada pendapatan Negara selepas Petronas.

Cuba pula kamu kaji dengan pemegang-pemegangan jawatan utama didalam Felda yang dikatakan memperolehi RM2 juta setahun, bandingkan dengan peneroka-peneroka Felda yang hanya mendapat RM1500.00 sebulan pendapatan kasar dan dibebankan dengan hutang antara RM60,000.00 hingga RM100,000.00.

90% lebih peneroka-peneroka Felda adalah orang Melayu, organisasi Felda sebagai suatu agensi Kerajaan adalah organisasi Melayu, maka kenapakah organisasi Melayu (Felda) sanggup menindas dan menipu peneroka-peneroka yang juga orang Melayu? Ketuanan Melayu ala-UMNO ini adalah penindas kepada masyarakat Melayu.

Akhirnya, saya cabar Dr Shukri untuk diadakan satu debat terbuka diadakan didalam mana-mana rancangan Felda termasuk didalam rancangan-rancangan Felda di Pulau Tawar iaitu kawasan DUN yang diwakili oleh Dr Shukri untuk mendebat isu Felda secara terbuka dan disaksikan oleh peneroka-peneroka Felda!

Dr Shukri,

Tidakkah anda telah dijemput oleh Peneroka-Peneroka Felda Kota Gelanggi 1 di dalam kawasan Pilihanraya anda sendiri untuk menyelesaikan masalah hutang mereka yang sudah menjangkau RM90,000.00. Apakah yang anda buat?

Tidakkah anda diminta menyelesaikan isu geran tanah kepada peneroka-peneroka Felda Kota Gelanggi 4 yang sudah menjelaskan bayaran hutang mereka dan CAC sejak 14 tahun yang lampau tetapi hingga kini masih belum dikeluarkan geran tanah. Alhamdulillah, pihak saya telah merujuk kepada Felda dan Felda telah memaklumkan bahawa pemprosesan geran sudah dihantar ke Pejabat Tanah Jerantut dan pihak saya sedang membuat follow-up dengan Pejabat Tanah Jerantut.

Harapkan YB kawasan Pulau Tawar? Tidur!

Dr Shukri sepatutnya kena terima cabaran berdebat mengenai isu Felda di hadapan peneroka Jengka.

Dr. Shukri cuma banyak menerima bulat-bulat akan kenyataan yang di buat Pengurusan Felda saja tanpa melihat sendiri masalah sebenar yang di hadapi oleh peneroka.

Sebagai Wakil Rakyat (BN) tentu lah akan cuba menyebelahi Kerajaan.

Tujuan beliau adalah bagi meredakan keadaan peneroka yang sekarang 'naik minyak' dengan kerenah Felda yang tidak cuba menyelesaikan masalah penipuan yang di dakwa peneroka telah menjejaskan pendapatan mereka.

Cara beliau menghina peneroka dengan mengatakan tidak mengenang budi dan sebagainya tidak boleh diterima. 

Siapa yang pernah duduk di rancangan Felda di Kawasan Jengka di tahun 60an tentu akan ingat akan keperitan yang terpaksa di tanggung ketika itu.

WZWH berharap ayuh Dato' Dr Ahmad Shukri Ismail ADUN Pulau Tawar sahut cabaran. YB ADUN Pulau Tawar perlu kembali bangkit dan ceria semula. Jangan biar orang memperbodohkan anda!

7 comments:

Anonymous said...

dr.s.kan nk jadi ahli parlimen buat apa lagi perlu jaga adun pulau tawar...yang sebelah dia tu bakal adun tahan wzwh x tahu ke?

Anonymous said...

kalau dr.sukri jadi ahli parlimen jerantut bayak la tanah2 di daerah jerantut di maju kan oleh dia ek?berebut2 la tokey2 cari dia nak menbantu bangun kan bandar jerantut..

Anonymous said...

makin kaya la nik driver dr.sukri he eheeeeeeeee.

sembang kedai kopi said...

Salam.Ok apa peneroka felda dapat RM 1500.00 sebulan.dulu mereka habuk pun tarak. Felda buat segalanya.Hidang depan mulut. lagi banyak songeh ka? tak sedar diri sungguh depa ni no

dobit127 said...

to sembang kedai kopi,
pemikiran macam ini menyebabkan pembangkang semakin berleluasa di tanah-tanah rancangan.
Dengan isu2 semasa yang semakin kritikal seperti isu perahan, gejala sosial, geran hak milik, ketidakmampuan Felda Technoplant, dan pelbagai isu lagi yang menambahkan duka di hati para peneroka.
Sekarang sepatutnya ketua cawangan FELDA berkumpul untuk bersedia menghadapi PRU13 yang dijangka tidak lama lagi. Cuba selesaikan isu berbangkit satu persatu seperti semasa PRU12 lalu....Ayuh BN bangkit!!!

Anonymous said...

ada berani kaaaaaa Dr Sukri.....kkasi jawap laaaaa....sbb Dr pernah jd ALP Felda...ada takut kaaaaa

Anonymous said...

Felda dah kaya raya..

Tembeling Terputus Hubungan

Tembeling terputus hubungan akibat hujan lebat 3 hari lepas Tanah runtuh di Jalan Ulu Tembeling dekat Kg Kuala Sat yang buat terputus hubung...