Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, December 1, 2010

Ketuanan Anwar VS Ketuanan Melayu


Anwar Ibrahim mahu tonjolkan "Ketuanan Anwar" bukan sahaja dalam parti PKR tapi juga dalam Pakatan Rakyat. Walaupun Anwar hanya Penasihat Umum PKR tetapi peranannya adalah "De Facto" mempengaruhi perjalanan PKR.

Anwar telah demostrasikan bahawa beliau adalah pemimpin "Feudal terakhir Melayu" kerana amalan kepimpinan family nepotisma dalam kepimpinan PKR. Amalan kepimpinan family nepotisma juga dipraktis oleh DAP.

Anwar tolak Ketuanan Melayu dalam pada masa yang sama Anwar menolak kepimpinan PKR peringkat negeri berbangsa Cina dan India. Cadangan membentuk satu jawatankuasa majlis kaum India telah ditolak mentah-mentah oleh Anwar.

Istilah ''Ketuanan Melayu'' tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara.

Dalam aspek sejarah, hanya ''Ketuanan Raja'' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

Sebelum ini tidak pernah disebut ''Ketuanan Melayu'' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma ''Ketuanan Raja'' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan. Kaum bukan Melayu juga berlindung dibawah payung Raja-Raja Melayu.

Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi ''bangsa bermaruah'' atau ''Melayu bermaruah''.

Istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh.

Istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.

Kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini.

Kenapa timbulkan isu ini? Apa yang rakyat nampak adalah "Ketuanan Anwar" dalam PKR. "Ketuanan Anwar" yang perlu dihapuskan. '’Ketuanan Melayu" hanya nak kaburkan ''Ketuanan Anwar''. Konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada.

Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan Ketuanan Melayu itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi.

Dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.

Sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dr Wan Azizah sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu.

Ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum.

Bila Anwar mengetahui ramai orang Melayu marah kepada kenyataan sembrono Dr Wan Azizah maka Anwar mengatakan PKR pejuangkan "Ketuanan Rakyat" pula. Adakah Kerajaan BN dan Perikatan yang memenangi PRU sejak tahun 1955 lagi hingga 2008 bukan disokong oleh "Ketuanan Rakyat".

UMNO dari dulu, kini, dan selamanya mengakui dan mengiktiraf "Ketuanan Raja" dan "Ketuanan Rakyat". Dua jenis ketuanan ini perlu seiring jalan bersama membentuk kerajaan yang sihat. Tetapi UMNO tidak sama sekali mengiktiraf dan tunduk kepada "Ketuanan Anwar" yang mahu lihat negara ini porak peranda. Kalau Anwar mahu jadi "Dajjal Politik" itu dia punya hal. UMNO tidak peduli sama dia.

2 comments:

Anonymous said...

kita akan tetap sokong keamanan negara ini sampai bila2 dan menolak kumpulan yang memecahbelahkan rakyat demi cita2 politik mereka...

Anonymous said...

kita akan tetap sokong keamanan negara ini sampai bila2 dan menolak kumpulan yang memecahbelahkan rakyat demi cita2 politik mereka...