Tuesday, November 30, 2010

Najib Umum Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai


PM DS Najib mengumumkan lagi 9 projek EPP. WZWH minat bicara projek yang ketiga iaitu Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai.

Ini ialah projek pelaburan RM4 bilion oleh TNB pada tahun 2011 untuk bina 2 empangan hidroelektrik baru iaitu Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai dan Empangan Hidroelektrik Ulu Terengganu.

Memang WZWH sudah menjangka Ulu Jelai dapat dulu projek ini kerana TNB telah secara serious mencadangkan Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai sejak 5 tahun lalu.

WZWH mahu DS Najib luluskan dengan cepat Projek Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai yang WZWH bawa usul dalam Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Jerantut pada tahun 2009. TNB telah bersetuju untuk mencadangkan kepada kerajaan supaya Projek hidroelektrik Sungai Tekai dibina. TNB telah menjalankan kajian terbaru projek ini pada tahun 2010.

WZWH mahu projek empangan hidroelektrik Sungai Tekai ini diumumkan nanti kerana banyak faedah ekonomi yang boleh dinikmati oleh penduduk di DUN Tahan dan Jerantut.

WZWH ingin beri contoh  Projek Empangan Hidroelektrik Ulu Jelai yang telah memberi faedah ekonomi kepada penduduk sekitarnya. Antara faedahnya ialah kemudahan infrastruktur yang akan disediakan oleh kerajaan dan pemaju.

Ketua Penolong Pangarah Kanan Jalan Jabatan Kerja Raya Negeri Pahang, Aminuddin Md Yusoff telah mengumumkan projek jalan utama dari Pos Betau ke Lembah Bertam dijadual siap pada Mac 2010.

Pembinaan jalan tersebut membabitkan empat pakej iaitu Jalan Sungai Koyan ke Pos Betau sepanjang 19 km, Pos Betau-Bukit Petubong dekat Sungai Temahang (22km), Jalan Bukit Petubong-Kampung Susu dekat Sungai Bertam (19.5km) dan Jalan Kampung Susu-Ringlet (18.6km).

Jalan sepanjang 79.1 kilometer tersebut telah dibina sejak tahun 1999 dan kos keseluruhan adalah sebanyak RM608 juta.

Laluan tersebut akan lebih menarik apabila Projek hidroelektrik di Empangan Susu di Ulu Jelai dekat sini dijadual bermula Oktober 2009 dan dijangka siap pada akhir 2014. Projek yang dikendali oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu akan melibatkan kawasan seluas 388 hektar yang meliputi 2.5 peratus daripada keseluruhan kawasan tadahan hujan.

Projek itu juga akan melibatkan kerja-kerja pembinaan terowong dan stesen janakuasa yang mampu menjana sehingga 372 megawatt.

Projek ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan selain ia turut mengelakkan banjir di kawasan sekitar sementara itu seramai 84 keluarga di tiga kampung itu akan diberikan rumah, penempatan baru itu turut dilengkapi dewan serbaguna, surau, gelanggang sepak takraw, pencawang elektrik dan tangki simpanan air.

Empangan atau tasik buatan merupakan tarikan kepada orang ramai untuk mengujunginya, kita dapati bagaimana Tasik Kenyir, Tasik Kundang, Tasik Banding, Empangan Beris, Tasik Merah dan ‘Lake Garden’ Taiping merupakan tempat tarikan kepada pemancing atau pengunjung.

WZWH dapat rasakan cadangan TNB untuk bina lagi satu projek empangan hidroelektrik Sungai Tekai akan diluluskan dan diumumkan oleh DS Najib nanti.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024