Wednesday, November 10, 2010

Nak Maju Jerantut MB Mesti Dari Jerantut

WZWH telah berfikir selama 20 tahun bagaimana cara hendak memajukan Jerantut. Segala perancangan dan harapan orang tua-tua kita untuk majukan Jerantut tidak kesampaian.

Semua orang politik Jerantut tahu faktanya Jerantut paling luas daerah dalam Pahang 755,771.93 hektar dan juga yang paling mundur dalam negeri Pahang.

Sebab itu dulu kita berharap tokoh Jerantut berjaya mendapat jawatan Menteri Besar. Dulu Jerantut ada tokoh tapi oleh kerana politik Jerantut berpecah dan pola-pola politik nasional maka kita gagal. Kesannya apa yang ada hari ini di Jerantut kita lihat di sekeliling kita. Segala perancangan yang cantik di atas kertas terlalu sukar dan lembap untuk diimplimenkan.

Jadi apa yang kita belajar dari politik Jerantut masa dulu untuk dijadikan panduan. WZWH tidak mahu kita semua orang Jerantut mudah mengalah dan putus asa. Jangan kita biarkan orang luar Jerantut dan asing dari warisan, budaya dan base kita menguasai Jerantut pada PRU 13 nanti.

WZWH tetap percaya kalau kita hendak majukan Jerantut maka MB mesti dari Jerantut dengan syarat-syarat tertentu:

  • Kita mesti bersatu menyokong calon harapan kita ini
  • Kita mesti beri galakan dan semangat kepada tokoh kita ini
  • Pemimpin-pemimpin warlord UMNO Jerantut perlu belajar dari sejarah politik lepas
  • Kita mesti ada keyakinan Jerantut boleh memerintah Pahang
  • Kita ada kekuatan-kekuatan yang kita tidak sedari
  • Kita guna kekuatan-kekuatan kita ini semaksimunnya.

Percaya dan yakin dengan WZWH. Kita ada tokoh yang boleh mencapai harapan kita ini. Ianya masih terlalu awal tapi kita semua perlu persiapkan tanah yang lapang bersih dari lalang seluas pandangan. kita susun dan gerakkan jentera-jentera kita. Kita akan lahirkan tokoh harapan Jerantut untuk Pahang.

WZWH nampak ada jalannya. Inilah jalan dan pilihan terakhir. Inilah usaha kita. Allah suka hamba-hambanya berusaha. Semoga Allah akan memakbul dan memberkati doa dan harapan kita semua orang Jerantut ini.

5 comments:

Orang Pejabat Kadi said...

Salam WZ,
Memang betul; Nak Maju MB mesti dari Jerantut. Tapi siapakah orangnya? Jika ketika dulu Dato' Wan Abu Bakar mungkin berwibawa tetapi kini tidak lagi. Kita ketandusan pemimpin yang berwibawa dan perjuangkan rakyat dengan jujur. Yg ada hanya No. 2 pemungkor dan No.3 penyangap - perompak harta rakyat. Habis balak, ikan, bintang dan segalanya dirompak. Tak mungkin 'Abang Bu' yang tidak berapa 'penuh' itu sesuai jadi MB Pahang? Jaga dan jadi 'body guide' Kak Key boleh lah! Hehehe!

Mata angin said...

MB Pahang sekarang macam nak berundur saja nampaknya. Tak buat kerja dok berira kebalak saja. Hari-hari terutama waktu malam jalanraya berjujud dengan lori balak. Hancur Pahang.

Anonymous said...

WZWH,

Nak Maju Tempat dan daerah awak tu, tak mesti nya MB mesti dari Jerantut. Dari Daerah dan DUN mana pun tak jadi hal. Yang penting nya WZWH dan para pemimpin besar dan kecil dalam Daerah Jerantut, terutama nya UMNO kena kena lihat kebelakang apa yang mereka telah buat, ini lah punca nya Jerantut tak maju: antara nya:

1. cakap depan lain ,cakap belakang lain. jari lurus kelinking berkait

2. suka sangat syak wasangka dan membuat fitnah dan menulis surat layang memburuk kan dan mengaibkan orang, WZWH tentu arif perkara ini.

3. berebut projek nak di buat tempat masing-masing, akhir satu pun tidak menjadi.

3. berebut jawatan walaupun sudah tua ganyut, kurang tenaga. Dapat jawatan tak buat kerja, asik bermesyuarat di warong bawah pokok.
Memungkor nombor satu.

4. depan bertepuk belakang tumbuk . INI kerja siapa , kalau bukan pemungkor?.

5. Apa saja di buat nak balasan dan upah, sampai elaun mendengar pun ada ? tak percaya tanya haji kulat?

6, depan nampak kerjasama belakang bertelagah, mesyuarat senyap sepi , luar mesyuarat dia lah jaguh. Tak betul tanya Wan Bakar, Ahmad Shukri dan Tengku Lan, tapi tak usah tanya Wan dompok, dia ini orang baik, ikhlas berjuang dan banyak tolong orang, apa masalah habis ditolong? Tanya Azizan bekas YB dan Mad jaafar apa sudah jadi?.

Jadi nya WZwh sudah fikir 20 tahun pun tak kemana, selagi itu lah feel pemimpin UMNO Jerantutu. UMNO itu Baik dan Bagus, tapi pemimpin kecil dan besar di jerantut perlu berubah dan meninggalkan perkara tak baik itu kalau ingin jerantut maju setaraf dengan derah lain...jika tidak ketingglan lah.

Nak Tanya WZWH nak jadi MB ke?

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 4:04,
Gayanya Anon ni bukan dari Jerantut tapi tahu banyak pasal Jerantut. WZWH cakap Jerantut ada tokoh yang ada kekuatan untuk mencapai impian tersebut. Bukan WZWH nak jadi MB tapi ada tokoh yang WZWH harapkan.

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Nak Maju Jerantut MB Mesti Dari Jerantut

Kita bersetuju pada dasarnya, untuk memajukan satu2 kawasan ketuanya mesti berada didalamnya. Ini tak semestinya adil bagi sesetengah pihak pulak, katanya. Tidak semestinya untuk kemajuan semata2, tapi kemudahan boleh dimanfatkan oleh semua gulungan supaya tidak keciciran dari arus pembangunan. Wakil rakyat yang dipilih, selalunya menyeleweng sebagai “wakil rakyat” kawasan. Sejak dari mula diangkat sebagai calon, tempoh berkempen, hari pembuangan undi, hari kemenangan. Sesetengah wakil rakyat, solat hajat & sujud syukur pun tidak dilaksanakan. Adalah lebih elok segala catatan dalam diari yang lebih dikenali sebagai “manifesto” sewkatu menagih undi dibuka kembali dan dilaksanakan. Berdikit2, tak kan dalam tempoh lima tahun masih tak membuahkan hasil kepada pengundi…!!!. Inikan asyik2 wakil rakyat aje yang senang

Pang5 Banir... selalu ingatkan diri, apakah yang telah dibuat hari ini dari perancangan semalam...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024