Monday, November 22, 2010

Layakkah Anwar Ibrahim Disemadikan Di Makam Pahlawan Masjid Negara?


Posting WZWH kali ini membicarakan soal penghargaan kepada pemimpin-pemimpin negara. Kita semua tahu ramai pemimpin-peminpin yang berjasa kepada agama, bangsa dan tanahair yang dipanggil negarawan yang kembali ke rahmatullah dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

Makam Pahlawan adalah sebuah perkuburan khas yang terletak di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur. Makam ini dibina bersama-sama dengan Masjid Negara, khas untuk pemimpin dan wira yang banyak berjasa semasa dalam hidupnya. Kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan direka oleh arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharudddin Kassim. Kawasan ini mula dibina pada tahun 1963 dan siap pada tahun 1965.

Kawasan makam yang unik ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. Bahagian dalam, yang dilitupi dengan kubah konkrit yang di bentuk berbintang pecah-7 menempatkan beberapa makam. Kubah berbintang ini setiap penjurunya hampir mencecah tanah, dan dikelilingi kolam yang memisahkan kawasan luar. Di bahagian tengah direka dengan hiasan lambang negara dan ukiran bunga-bunga daripada baru marmar dari Pulau Langkawi. Bahagian tengah bumbung kubah dihiasi dengan hiasan bunga mawar bewarna emas.

Pada tahun 1973, Tun Dr Ismail menjadi orang yang pertama dikebumikan di sini.

Kawasan Makam Pahlawan dan Masjid Negara telah diwartakan dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645), sebagai tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Malaysia pada 6 Julai 2007 . Majlis pemasangan plak pengistiharan tersebut telah diadakan pada 30 April 2009.

Berikut ialah senarai pahlawan negara yang dikebumikan di Makam Pahlawan antaranya:-
Dalam kubah
  • Tun Dr Ismail - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1973)
  • Tun Abdul Razak - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1976)
  • Tun Hussein Onn - Perdana Menteri Malaysia (meninggal 1990)
  • Tun Ghafar Baba - Timbalan Perdana Menteri Malaysia (meninggal 2006)
Luar kubah
  • Tan Sri Syed Jaafar Albar - Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Pembangunan Luar Bandar (meninggal 1977)
  • Tan Sri Syed Nasir Syed Ismail - Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1982)
  • Tun Sardon Jubir - Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang (meninggal 1985)
  • Tan Sri Mohd Noah - Menteri Dalam Negeri dan Speaker Dewan Rakyat (meninggal 1991)
  • Tan Sri Abdul Kadir Yusuf - Menteri Undang-undang, Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara (meninggal 1992)
  • Tan Sri Mohd Khir Johari - Menteri Pendidikan (meninggal 2006)
  • Tun Dr.Fatimah Hashim - Menteri Kebajikan Masyarakat (meninggal 2010)
  • Tun Ghazali Shafie - Menteri Luar (meninggal 2010)
  • Tun Omar Ong Yoke Lin - Yang di-Pertua Dewan Negara (meninggal 2010)
Cuma WZWH rasa pelik dan musykil kenapa negarawan hebat seperti Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak dikebumikan di Makam Pahlawan kerana tiada siapa boleh menafikan jasa-jasa kedua tokoh hebat Melayu di abad ke 21 ini.

Dato' Onn Jaafar, MB Johor, pengasas UMNO, perancang penentangan Malayan Union, Presiden UMNO pertama. Beliau menubuh parti IMP, Parti Negara, ahli parlimen Kuala Terengganu Selatan. Beliau meninggal dunia pada 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

Tunku Abdul Rahman, Presiden UMNO ke 2, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Bapa Kemerdekaan, Bapa penubuhan Malaysia, Perdana Menteri pertama dan pengasas Asean. Beliau  Mangkat pada 6 Disember 1990, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor Star.

DS Anwar Ibrahim-'Golden Boy' Tun Mahathir. Hubungan mereka berdua sejak tahun 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .

DS Anwar Ibrahim, aktivis NGO Islam, sejak 1982 hingga 1998 menganggotai kabinet Malaysia sebagai:
  • 1982 - 1983 Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • 1983 - 1985 Menteri Belia dan Sukan
  • 1985 - 1986 Menteri Pertanian
  • 1986 - 1990 Menteri Pendidikan
  • 1990 - 1998 Menteri Kewangan
  • 1993 – 1998 Timbalan Perdana Menteri
Kini beliau ahli parlimen Permatang Pauh, Ketua Pembangkang Malaysia dan Penasihat parti PKR.

Berbalik kepada persoalan WZWH jika ditakdirkan DS Anwar Ibrahim kembali ke rahmatullah, adakah beliau layak disemadikan di Makam Pahlawan Masjid Negara?

WZWH tidak nafikan DS Anwar Ibrahim juga berjasa kepada negara. WZWH juga akui bagaimana DS Anwar Ibrahim berjaya meruntuhkan beberapa kerajaan negeri BN. Soal kes liwat beliau itu kita serah kepada Mahkamah menentukannya.

Ada sesiapa pembaca yang boleh memberi pandangan? 

11 comments:

Anonymous said...

Rasa tak perlu, gamaknya dia sendiri pun akan wasiatkan terus ke Ptg Pauh atau kat laman umah dia je...

Anonymous said...

persoalannya, layak ke WZWH disemadikan di Labu atau chebong, sbb dia dh byk memalukan puak dia sendiri.

Anonymous said...

persoalannya sekarang, layak ke tak lyak ke....tu atas pada org masih idup...nk kebumikan dimana.....jangan persoalkan mende ne...anuar manusia biasa.....pe mende lah...

Anonymous said...

Apa la benda ni tempat disemadikan dijadikan isu...
sepatutnya kita ni yang masih hidup perlulah fikir sudah cukup ke amal ibadat kita ni rukun islam mcmana rukun iman mcmana rukun solat macamana? dah complete ke... cuba la fikir tentang diri sendiri tu dulu.. yang kita ni masih hidup ni jangan lah banyak sangat berangan. politik politik jugak yang penting tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi Allah SWT ni perlu dipersoalkan pada diri sendiri. sudah dilaksanakan ke belum....
Apasal nak kisah sangat tempat org nak disemadikan... cuba isukan pada blog tuan boleh kah kita menjawab soalan2 dan persediaan2 kita di alam barzakh nanti... itu patut yang difikirkan...
Apa la dah takda topik lain... kalau topic tu berunsurkan kawasan tempatan masalah rakyat masalah negara masalah sosial takpa la juga.. semua org boleh terima... lain kali thing first before you do something... jangan shok sendiri.
BILA BAGI STATEMENT MCMNI,KATA KITA NAK LINGKUPKAN DIA PULAK.. TOLONG YA KITA SAMA2 MELAYU BANYAK BENDA YANG PERLU KITA PERJUANGKAN. NI KITA TEGUR NI PASAL KITA KISAH PADA ANAK MELAYU. LAIN KALI BAGI ISU YANG LEBIH BAIK....
pohon kemaafan
dari anak keturunan melayu.

Anonymous said...

Dari ceta unta jadi babi lebih baik ceta ni bravo WZWH waa sukooong lu paluli itu olang semuanya sudah cemburu sama luu.

mata angin said...

ada peningkatan. serang parti lawan.

Anonymous said...

bawaklah cerita jeratt wzwh.

Pendekar Melayu said...

Dato Onn Jaafar meninggal tahun 1962 sedangkan makam ini siap dibina tahun 1965. budak sekolah rendahpun boleh tahu fikir.

Tunku pula disebabkan itu kehendak keluarga dia.

Anwar pula humm entahlah nak letak mana. Balik permatang pauh jelah kot.

Anonymous said...

Anwar Ibrahim nanti suruh lawyer India Banting bakar aje...Tak boleh letak kat makam pahlawan nanti semua mayat kat situ bangkit hidup semula lari ke tempat lain ha ha ha.

Anonymous said...

makam pahlawan tu aja space dalam syurga ke?

Anonymous said...

klu dah nama pegkhinat bagsa.pengkhinat negara.apa ke benda nak letak kat makam pahlawan.kat permatang pauh tu pun ntah ada tempat ke tidak..nikan makam pahlawan.walau pun x space ke syurga.tempatnya tu hindraf yg tau...pling senag bakar...

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024