Blog Sembang Kedai Kopi menulis baca sini secara sinisnya.
"Pada tahun lepas ada ura ura untuk membina jambatan merentangi Sungai Tembeling, namun sehingga sekarang jangankan jambatan yang terbina, tapi habok pun tarak. Masalah ini mungkin kita perlu tanya WZWH kerana beliau yang telah meluluskan projek tersebut. Yang menghairankan kemanakah perginya peruntukan projek tersebut? Dan masuk kedalam poket siapa?"
Dalam posting blog WZWH yang terdahulu baca sini dan baca sini, WZWH telah menerangkan hal peruntukan RM16 juta Jambatan Kuala Tahan.
Sebuah syarikat balak telah membina sebuah jambatan dari seberang Sungai Tembeling di belah hilir kampung Kuching. Juga jalan balak dibina dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal.
DS Najib telah meluluskan peruntukan khas PM untuk membina Projek Jambatan dan jalan dari Kampung Kuching ke Kampung Bantal berjumlah RM16 juta. Jambatan balak itu akan diupgrade dan dibuat secara konkrit dan jalan balak itu akan ditarkan sampai ke Kampung Bantal.
Projek Jambatan gantung Kuala Tahan yang berjumlah RM16 juta telah ditangguhkan kerana ramai orang menentang tapi peruntukan itu ada, maka peruntukan itu telah dipindahkan untuk menambah kepada peruntukan Projek Jambatan Kampung Kuching dan jalan dari kampung Kuching ke Kampung Bantal yang bertambah kepada RM32 juta.
Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al- Muadzam Shah , Sultan Pemerintah Pahang dan jajahan takluknya telah bertitah supaya projek menaiktaraf jambatan balak Kampung Kuching Ulu Tembeling kepada jambatan konkrit dibina, pada 5 Oktober 2010 di Kampung Bantal sempena lawatan Baginda di Majlis Sambutan Hari Raya bersama penduduk Ulu Tembeling.
Baginda mahu Pengarah Hutan Negeri Pahang memberi kebenaran kepada orang Ulu Tembeling menggunakan jambatan itu. Baginda turut memerintahkan Tuan OCPD Jerantut melihat aspek keselamatan dan memantau jambatan balak Kampung Kuching itu.
Tuanku Sultan dimaklumi bahawa syarikat balak itu telah tamat tempoh konsesi balaknya dan mahu jambatan itu diserah kepada orang kampung.
Tentu ramai orang Tembeling mahu tahu kenapa Jambatan menyeberangi Kuala Tahan itu tidak jadi dibina? Pada mulanya ada pihak yang tidak bersetuju termasuk Pejabat Daerah Jerantut sendiri. Peruntukan RM16 juta itu diluluskan oleh Putrajaya atas usaha ADUN Tahan YB Dato' Wan Amizan sendiri dan akhirnya EXCO Kerajaan Negeri Pahang menyokong.
Tetapi oleh kerana maklumat yang salah telah disampaikan kepada 'Pemerintah' maka keputusan Kerajaan Negeri tidak disenangi. Lalu peruntukan RM16 juta jambatan Kuala Tahan itu disalurkan ke projek Jambatan Kampung Kuching, Ulu Tembeling.
Walaupun maklumat yang betul telah disampaikan kemudian tapi adalah tidak protokol untuk 'reverse' kembali. Jangan ditanya mengapa, orang politik Pahang pun tahu kerana tidak mahu cari penyakit. Tapi WZWH optimis pada masa depan jambatan Kuala Tahan itu akan tetap dibina.
Maka yang untung ialah orang Asli Kampung Kuching. Sebab itu WZWH cakap Orang Asli Kampung Kuching lebih cerdik pembangunan dari sebahagian kecil Orang Melayu di Sungai Tembeling kerana Orang Asli Kampung Kuching ada visi dan percaya serta yakin kepada ADUN mereka. Sekumpulan minoriti Orang Melayu Tembeling jika projek itu diluluskan, ada peruntukan dari Putrajaya, kerajaan negeri pula menyokong tapi mereka sendiri menolak dengan berbagai alasan!
Berkenaan tanah di Kuala Tahan. Kita akui Kuala Tahan tempat dan lokasi yang strategik kerana pintu masuk Taman Negara Kuala Tahan. Maka semua tanah telah diambil oleh kerajaan negeri bagi perancangan dan pembesaran Kuala Tahan masa kini dan untuk masa depan. Agensi-agensi kerajaan seperti Felcra, MYOB, Majlis Daerah, Pasdec dsb telah mengambil sebahagian besar tanah. Pihak pelabur swasta yang dipercayai oleh kerajaan negeri juga mengambil bahagian. Sememangnya tiada tanah lagi untuk orang Kuala Tahan. Itu hakikatnya. Yang boleh dipertimbangkan ialah tanah untuk tapak perumahan terutama bagi belia-belia yang sudah pun berkelamin.
10 comments:
Salam.Kesian orang kampong Kuala Tahan .jawabnya mereka cuma ada tanah kubur ajelah nanti.Sebab semua tanah dah dikebas
Salam saudara, tanah tanah yang di ambil atau di lulusaka kepada agensi agensi kerajaan, saya kira tidak merisaukan sangat, tetapi kenyataan yang menyatakan kan "PELABUR SWASTA YANG DI PERCAYAI OLEH PEHAK KERAJAAN JUGA MENGAMBIL BAHAGIAN ". APA YANG KITA RISAUKAN ?, Takut2 pelabur ALI DAN BABA, SEPERTI LAZIMNYA, dimana ali adalah di pehak kerajaan dan baba di pehak dato dato cina yang kaya, Ali dapat keuntungan 20% dan Baba mendapat kenuntungan 80% , seperti apa yang berlaku dan akan berlaku di projek di bandara jerantut.
Untuk makluman, dari punca yang boleh di percayai, bahawa ke gagalan melaksana kan projek jambatan menyeberangi sungai tembeling yang bernilai sebanyak rm16 juta di taman negara itu, adalah di sebabkan tentangan dari penduduk setempat serta pehak istana tidak meresetuai dan bukan di sebab kan oleh bantahan kaki tangan kerajaan,PEHAK ISTANA MEMBANTAH KERANA AKAN MEROSAK FUNGSI SEBERANG TAMAN NEGARA TERSEBUT?, SIAPA YANG MEMBANTAH SAYA TAK PERLU TULIS DI SINI?.
WZWH,
Adakah masih ada sinar dihujung terowong. Apakah lembayong kekal hingga kepetang?.
Apa pun aku kagum tahap WZWH begitu tau melebihi daripada EPU, Treasury, EXCO dan MB sedangakan WZWH seorang guru DG 41. INi membanggakan.
Salam Anon 3:37,
Cahaya yang terang benderang akan menyinari bukan sahaja DUN Tahan malahan keseluruh parlimen Jerantut. Ini adalah perkara kecil saja. Kita kan menyelesaikan segala permasalahan Jerantut jika kita merancang. WZWH sudah nampak ada jalannya. 'We stick to our political planning'.
maksud wzwh tu, semua selesai bila dia jadi ahli parlimen jerantut la, satu dunia tahu WZWH tgh gila nak jadi ahli parlimen atau Tok Muda,
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH
KAH
Salam Anon 4:41,
Maksud Anon tu salah. Anon tidak nampak lagi. Kuman di seberang sungai nampak tapi gajah depan mata tak nampak. Kita ada permata yang kalau kita gilapkan akan bersinar berkilauan menerangi Pahang. Anon fikirlah sedalam-dalamnya apa yang WZWH cakap ini. Anon should know our strength! THINK...
Think? Think tank? SEPTIK TANK? HEHEHE
wzwh .... permata yang wzwh nak gilap tu dah tua ... dah tak larat nak kerja lagi ... carilah permata baru yang muda trang tang tang....thinkkk
Salam Anon 9:33,
Anon masih lagi tidak memahami hakikat politik Pahang. Kekuatan di belakang tabir politik UMNO Pahang. Jika permata tua ini digilap dan bersinar maka WZWH pun bersinar juga kena tempias.
Post a Comment