Nuffnang Ads

Pages

Wednesday, November 3, 2010

Ke Arah Matawang 1Asia

Dulunya selepas perang dunia ke-2, ekonomi dunia dikuasai oleh matawang dollar Amerika. Setiap negara di dunia ini berurusniaga dengan USD. Kemudian EU-Kesatuan Eropah telah melancar matawang Euro bagi mengimbangi ekonomi dunia.

Posting WZWH kali ini ialah rantau Asia yang mempunyai ekonomi naga seperti China, Jepun, India, Korea Selatan dan Asia Tengah serta Asia Tenggara termasuk Malaysia perlu memikirkan bersama mempunyai matawang tunggal Asia. Negara Australia dan New Zealand pun boleh guna matawang Asia ini.

China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia 6 bulan pertama tahun ini pada RM108 bilion lebih kurang sama dengan nilai dagang pada tahun 2009.

China dan Malaysia masih guna USD dan ini merupakan satu isu. Asia guna 11 matawang dan Kesatuan Eropah hanya ada satu matawang Euro.

Namun Malaysia dan China telah mengambil langkah-langkah permulaan untuk tidak terlalu bergantung kepada USD dengan urusniaga kedua-dua negara mengunakan matawang masing-masing sejak September.

Masalah timbul bila ekonomi Amerika Syarikat tidak stabil, selalu berlaku skandal ekonomi, krisis kewangan ekonomi buih, defisit bajet ekonomi Amerika yang keterlaluan membuatkan matawang USD tidak stabil dan tidak kukuh lantas matawang USD lemah.

"Volatility" atau ketidaktentuan harga matawang USD Amerika sering menggangu pelabur, ahli perniagaan dan komuniti bisnes Asia.

Lebih-lebih lagi China akan memintas Amerika Syarikat dalam masa 15 tahun lagi. China akan mendominasi ekonomi dunia. Maka Jepun, Korea, India, Taiwan, Singapura, Malaysia dan negara Asia lain akan ikut mengambil peluang dalam ekonomi dunia.

Matawang tunggal Asia diperlukan jika ingin meluaskan kerjasama dan pembangunan serantau Asia mengikut ADBI-Asian Development Bank Institute.

Ini diperlukan jika Asia Timur ingin menjadi zon ekonomi yang terbesar dunia menjelang 2020 mengatasi Amerika Utara dan Kesatuan Eropah.

Ini adalah agenda Asia jangka panjang. Krisis Kewangan global memberikan peluang untuk menjayakan matawang 1Asia.

Ini membolehkan pertumbuhan dan persekitaran jangka panjang yang mampan yang inklusif. Ekonomi-ekonomi Asia perlu mengambil polisi yang membolehkan mereka bertindakbalas kepada persekitaran ekonomi global yang mencabar dan untuk mencapai pertumbuhan seimbang dan mampan.

Ekonomi-ekonomi Asia tidak perlu menjaga lagi kestabilan kadar tukaran matawang kepada USD dengan menghabiskan rezab matawang antarabangsa bank pusat masing-masing jika guna matawang 1Asia yang lebih stabil. Pasaran modal dan bond Asia boleh diperluaskan jika semua negara Asia Timur mengunakan matawang tunggal Asia bagi pergerakan modal dan bond dalam negara-negara di Asia.

No comments: