Tuesday, November 30, 2010

Anwar Ibrahim Kecewa Internet Tidak Boleh Tembusi Ulu Tembeling


Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang diadakan di Shah Alam semalam. Pada persidangan sehari itu, para menteri besar dan ketua menteri tidak membincangkan perkara mengenai pilihan raya dan mengambil pendirian akan terus mentadbir sehingga mereka membuat keputusan untuk bertanding.

Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pentadbiran dan politik, komunikasi dan media masa, pertanian serta ekonomi, infrastruktur dan pelaburan.

WZWH ingin menyentuh sikit tentang komunikasi dan media masa. Ada kebimbangan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai peranan komunikasi dan media yang tidak efektif dan efisien.

Mengulas lanjut tentang hal ini, Anwar juga menegaskan Pakatan Rakyat tidak cukup efektif dalam menyampaikan mesej mereka kepada rakyat jelata.

“Kita tidak efektif dalam menjelaskan pendirian dan tindakan kita kepada rakyat,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Penetrasi Internet terletak di kawasan bandar dan pinggir bandar, bukannya di kawasan-kawasan luar bandar,” kata beliau sambil menambah, pemimpin-pemimpin PKR telah menyuarakan keprihatinan mereka mengenai halangan dihadapi dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat khususnya selepas Suara Keadilan digantung permit penerbitan.

Penerbitan Suara Keadilan digantung permit oleh KDN kerana selalu sangat menyiarkan berita bohong dengan fakta yang sering diputarbelit dan menghasut rakyat.


Maka Anwar Ibrahim mahu propaganda Pakatan Rakyat disebarkan melalui internet malangnya internet akses hanya meliputi kawasan bandar dan pinggir bandar. Anwar kecewa internet tidak dapat menembusi kawasan pedalaman seperti Ulu Tembeling. 

Anwar Ibrahim sedar terdapat 75% kerusi parlimen daripada 222 kerusi terletak di luar bandar. Ini tentu menyukarkan hasrat Anwar Ibrahim untuk merampas Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Anwar sudah nampak kesilapan isterinya, Dr Wan Azizah, Presiden PKR telah terlepas cakap bahawa PKR menyeru supaya rakyat menolak Konsep Ketuanan Melayu. Persepsi orang Melayu itu isyarat PKR mahu hasut rakyat dan memecahbelah perpaduan kerana pada mereka PKR mahu buang institusi Raja-Raja Melayu. 

Majoriti orang Melayu di luar bandar sudah menganggap PKR ini sama dengan "Malayan Union" yang dipaksa oleh British kepada orang Melayu untuk terima pada tahun 1940an. "Malayan Union" mahu buang Raja-Raja Melayu yang merupakan simbol Ketuanan Melayu sejak dari zaman Empayar Sriwijaya disambung oleh Empayat Kesultanan Melayu Melaka hinggalah sekarang.

Bagaimana Anwar Ibrahim dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat mahu menerang isu ini kepada rakyat di luar bandar yang membentuk 75% pengundi parlimen Malaysia? Sebab itu Anwar Ibrahim kecewa internet tidak boleh tembusi Ulu Tembeling.

Pada posting WZWH yang lalu bertajuk "Politik Karung Plastik boleh buat Selangor Tumbang PRU 13", baca sini, WZWH   telah menyatakan ketidakpuasan hati pengguna dan komuniti bisnes boleh beri kesan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Mengenai Selangor, Abdul Khalid berkata beliau yang berpengalaman menerajui industri petrokimia akan mengadakan perjumpaan dengan pengusaha industri plastik bagi mendengar pandangan mereka mengenai langkah kerajaan negeri mengurangkan penggunaan beg plastik bagi memelihara alam sekitar.

Selangor adalah antara negeri di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang selain Pulau Pinang yang melancarkan kempen kurangkan penggunaan beg plastik di mana pada setiap Sabtu pusat membelibelah tidak menyediakan beg plastik dan pengguna yang memerlukannya dikehendaki membayar 20 sen bagi satu beg.

Beg plastik yang mudah dilupuskan adalah satu pendekatan yang diguna pakai masa kini bagi menjaga alam sekitar. Ramai pekedai mengadu 50% pelanggan telah komplen polisi karung plastik. Ramai pelanggan mengeluh buat apa bayar 20 sen.

Itu sebab mengapa bisnes jatuh 30% pada hari Sabtu kerana rakyat tidak mahu shopping pada hari Sabtu. Ramai yang tidak mahu shopping pada hari Sabtu. Jika Selangor ikut jejak Pulau Pinang mahu hapuskan terus penggunaan beg plastik, dijangka peniaga akan kerugian bisnes jatuh lebih 40%. Ramai pelanggan mahu boikot.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata beliau masih menunggu laporan daripada Persatuan Pengeluar Beg Plastik supaya memberikan laporan mengenai kesan kempen pengurangan penggunaan beg plastik.

Anwar juga menekankan gesaan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat merapatkan semula hubungan di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum awal tahun depan.

Isu ini timbul kerana wujud unsur kesangsian dalam parti dan perikatan. Anwar Ibrahim bimbang  Pakatan Rakyat akan berhadapan dengan risiko sekiranya wujud unsur kesangsian dalam parti dan perikatan.

Ketika merasmikan Konvensyen DAP Selangor Ahad lalu, Lim memberi amaran Selangor akan berhadapan dengan nasib PAS di Terengganu pada 2004 jika tidak kekal bersatu.

WZWH nampak pimpinan Pakatan Rakyat sudah tidak berapa yakin dan goyah untuk menuju Putrajaya ini ekoran isu pendedahan Zaid Ibrahim bahawa PKR tidak adil dalam mengurus pertandingan dalam parti (tidak demokratik) bagaimana mahu mengurus rakyat Malaysia bila diberi kuasa, isu Konsep Ketuanan Melayu yang mahu dihapuskan dan isu PAS yang hipokrit untuk dapatkan undi bukan Islam terpaksa mengorbankan prinsip Islam dan Melayu.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024