Tuesday, November 30, 2010

Gerakkan Rizab Antarabangsa Bagi Bina Projek Mega DUN Tahan


Dulu zaman Mahathir semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya AS$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah AS$30 bilion.

Sekarang zaman DS Najib rizab antarabangsa Malaysia hari ini terlalu tinggi. Negara ada rizab berjumlah lebih AS$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh. Negara hanya memerlukan rizab bagi hingga tiga atau empat bulan import tertangguh.

Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa setakat 15 Nov, rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM326.5 bilion (bersamaan AS$105.8 bilion).

Rizab antarabangsa Malaysia yang besar jumlahnya boleh digerakkan. Tun Mahathir mencadangkan daripada AS$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan AS$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini.

WZWH sangat bersetuju dengan cadangan Tun Mahathir itu. Kalau kerajaan boleh gerakkan AS$50 bilion lebih kurang RM155 bilion DS Najib boleh guna wang untuk laksanakan beberapa projek ETP dan projek kritikal yang negara sangat perlukan.

Maka bolehlah DS Najib campak peruntukan ke DUN Tahan Parlimen Jerantut untuk lebih cepat laksanakan;
  • Projek Jalan Ulu Tembeling Fasa 2 dan Fasa 3 berjumlah RM340 juta. Fasa 1 telah diperuntukkan RM120 juta.
  • Projek Hidroelektrik Sungai Tekai RM2.7 bilion.
  • Projek Loji Janakuasa Nuklear Lembah Tembeling RM3.6 bilion.
  • Pembangunan resort bersepadu eco-nature Kuala Tahan bernilai RM2 bilion. 

Projek jalan Ulu Tembeling sangat perlu untuk kemudahan penduduk pedalaman. Dua projek tenaga itu amat kritikal kepada keperluan tenaga negara. Lebih baik kerajaan melabur sekarang. Memang Pembangunan resort bersepadu eco-nature itu sangat diperlukan Pahang untuk menarik pelancung datang.


Jika DS Najib pertimbangkan cadangan projek-projek mega DUN Tahan ini, WZWH percaya ianya baik untuk pertumbuhan ekonomi DUN Tahan dan Jerantut.

1 comment:

Anonymous said...

Bukti ekonomi masih tidak stabil kerana kerajaan tidak memusingkan aliran wang tunai dgn projek mega. Najib ingat Bank Negara konsep menabung keluarga dan hanya utk tunjuk pada rakyat ekonomi kukuh kononnya. Jgn dengar cemuhan pembangkang tentang pembaziran kerana mereka hanyalah pendengki berkumpulan.

Bila projek mega direalisasikan, peluang pekerjaan bertambah. Projek sederhana dan kecil utk pembekal bergerak aktif. Rakyat berbelanja dgn bijak. Ikutlah nasihat Tun M. Terbukti!

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024