Nuffnang Ads

Pages

Saturday, November 6, 2010

Pembangunan Pinggir Bandar Suburban Jerantut


Sudah banyak posting WZWH cerita tentang pembangunan luar bandar Jerantut sama ada projek-projek yang telah diluluskan mahu pun impian. Posting kali ini WZWH mahu maklum kepada semua pembangunan "Greater Bandar Jerantut" melalui pembangunan pinggir bandar suburban Jerantut.

WZWH dapat membayangkan bila projek-projek pembangunan pinggir bandar suburban Jerantut siap nanti bandar Jerantut akan lebih besar dari bandar Temerloh dan bandar Kuantan sendiri. Bandar Jerantut akan berkembang pesat sebagai:
  • bandar hub eko resort
  • bandar automatif industri
  • bandar pembekal tenaga
Ada 2 term yang perlu rakyat Jerantut faham jika mahu menghayati posting WZWH kali ini iaitu:
  • suburban
  • flyover
Surburban ialah Suburbs, usually referring to a residential area, are defined in various different ways around the world. They can be the residential areas of a large city, or separate residential communities within commuting distance of a city. ...a residential district located on the outskirts of a city.

Flyover (overpass) ialah a high-level overpass that crosses over a highway interchange or intersection.

Dalam bahasa mudah suburban ialah kawasan penempatan pinggir bandar manakala flyover ialah jalan paras tinggi bertingkat-tingkat melingkar di atas persimpangan jalan.

Jerantut adalah sebuah bandar yang ada jalan kereta api di tengah dan pinggir bandarnya. Di pinggir bandar Jerantut ada banyak tanah-tanah orang kampung yang kalau dimajukan boleh bukan sahaja menambah nilai harga tanah tersebut tetapi menjadikan bandar Jerantut lebih besar dan cepat membangun-"Greater BandarJerantut".

Tapi malang tidak ada "accessibiliti" atau jalan ke kawasan pinggir bandar ini kerana jalan kereta api yang sedikit sebanyak menganggu keluar masuk pengangkutan maka sebuah flyover perlu dibina mengatasi masalah.

Dua flyover telah diluluskan di pinggir bandar Jerantut. WZWH tidak mahu dedahkan lokasi-lokasinya kerana biar DS Najib yang umumkan secara rasmi.

Flyover A sedikit dalam kawasan DUN Tahan dan banyak dalam DUN Damak. Nilai projek flyover A ialah RM68 juta. Telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan.

Flyover B dalam DUN Damak. Nilai projek flyover B ialah RM120 juta. Telah diluluskan oleh Putrajaya.

WZWH mahu rakyat Jerantut bayangkan jika projek-projek flyover A dan B ini siap maka Jerantut akan lebih maju, membangun dan boleh menjadi "Greater Bandar Jerantut".

Cuma WZWH mahu DO, Majlis Daerah dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dengan perancangan bandar Jerantut perlu lebih kreatif, inovasi, cepat respon kepada kehendak pemaju-pemaju untuk sama-sama bergerak laju. Kita lihat bagaimana China memajukan bandar-bandarnya.

WZWH mahu ceritakan sedikit dengan projek flyover A. Sebenarnya projek flyover A telah mendapat kelulusan sejak tahun 2006 lagi tapi masalahnya UPEN Pahang lembab sangat. Bila ditanya maka jawabnya,"Jerantut tidak ada priority". Susah untuk kita hendak menyakin pegawai-pegawai UPEN Pahang ini. Juga pentadbiran kerajaan Pahang sangat lembab hendak menerima pelaburan.

Pahang adalah negeri paling tercorot kedua terakhir menerima pelaburan. Tidak ramai pelabur nak melabur di negeri Pahang kerana masalah birokrasi dan red tape serta kelembapan pemikiran "decision making" pentadbir. We need a new driver that can steer and bring Pahang maju ke depan! 

Bila kedua-dua projek flyover ini mendapat kelulusan maka ada ura-ura dari pihak tertentu mahu bawa projek-projek ini ke bandar Kuantan. No way! Jerantut is top priority lagi pun Jerantut telah berurusan dengan Putrajaya sudah banyak kali. Alhamdulillah, projek-projek flyover A dan B ini kekal di Jerantut.

Siapa kata YBM Tengku Azlan, ahli parlimen Jerantut tidak buat kerja? YBM Tengku Azlan buat kerja diam-diam tapi ramai orang Jerantut tidak tahu terutama orang politik UMNO!

8 comments:

Anonymous said...

BOSS WZWH kerja kuat, menyamun rata.Jadi wakil rakyat ke jadi penyamun?

Anonymous said...

Hai hooi, apa ong kateq ni, betul ke?. Nampak cara ong berkateq ni, ong ini amat rapat dan ade pengaruh ?, amat tahu maklumat prujek melebihi jentera ekonomi Negeri Pahang, jangan melebihi dari Menteri Besar atau Yang Berkhidmat (YB) Sarkar?. Pelik juga si WZWH ini, akuq rasek elok berenti jadi guru, penuh masa jagi pemungkar....pungkar.....pungkar. Hai macam manek sedara UD dan CU ini.

Apa kumen ong UD dan cu?.

WZWH said...

Salam Anon 1:57,
Memang boss WZWH kerja kuat menyamun projek-projek untuk rakyat parlimen Jerantut. Robin Hood moden. he he he

Salam Anon 2:20,
Apa ong pelik ke WZWH. Tuanku Sultan pun iktiraf WZWH sebagai blogger. Ong jangan banding WZWH dengan MB dan Sarkar, keturunan WZWH sudah memerintah Pahang sudah lebih 300 tahun. We know how to govern and administer this Pahang State. Try us to be next MB and see the difference.

Anonymous said...

apa orang pelik 300 tahun tu kalau sengek ahai..haii..haii..

uRag dRrulug said...

Hishh! Bulan mengambang penuh. Budak ni masuk air dalam kepala....gila iseng

Anonymous said...

Aihhh.. raban betoi ong ni zuri, masek ke ong ni saloh ke UPEN, Pentadbiran Negeri Pahang, kabo deme lembab. kalau ong jadi MB isok, tak lembab doh lah, jadi basah bejerut lah pulok. nok tebirok doh aku ni..

WZWH said...

Salam Anon 2:39,
Insyallah, Jerantut akan memerintah Pahang. Masa tu ong tebiroklah puas-puas, ong dengok nanti muntah pembangunan masuk ke Jerantut.

Anonymous said...

Tak payoh lah ong nok kelintong aku ni zuri. kalau aku terbirok banyok pun, tapinya aku tak birok atas kepala tuan aku sendiri. kalau banyok mana muntoh pembangunan ong bawok pun, urang di ulu temeling nun tak merasa muntoh ong tu. keruni-keruni gon haje hak termuntoh RM isok. Aihhh.. nok termuntoh lah pulok aku ni..