Thursday, November 4, 2010

Kenapa Hillary Clinton Kempen Kuat Kerajaan BN?


Ramai penganalisis politik tertanya-tanya kenapa Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton (HRC) memilih melawat Malaysia selama tiga hari hampir ketika PRK di Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas. Adakah secara kebetulan atau mesej dari Presiden Obama untuk HRC bawa bahawa kerajaan US menyokong pentadbiran DS Najib!

Kenapa HRC tidak mahu menemui DS Anwar Ibrahim berdepan mata sedangkan DS Anwar Ibrahim adalah Ketua Pembangkang Malaysia yang diberi elaun oleh parlimen Malaysia. Hanya setakat bertelefon saja sama seperti perbincangan HRC dengan DS Najib( yang uzur) selama 15 minit.

WZWH ingin paparkan mesej dari Presiden Obama melalui HRC dengan memuji dinamisme ekonomi Malaysia dalam mewujudkan banyak kesan limpahan yang positif.

"Apa yang telah anda lakukan di Malaysia seperti yang dibuktikan oleh dinamisme ekonomi dan segala-galanya yang dapat saya saksikan semasa berkereta di sekitar Kuala Lumpur adalah apa yang sebenarnya kita harapkan dalam lingkungan yang lebih luas.

"Anda mewujudkan pekerjaan yang baik, meningkatkan pendapatan dan menambah baik kehidupan penduduk miskin, yang kini mempunyai peluang untuk memenuhi impian mereka," 

Beliau bercakap pada pameran perkongsian Malaysia Airlines (MAS) bersama syarikat dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, sebelum berlepas ke Papua New Guinea.

"Satu daripada matlamat paling penting yang kita kongsi bersama ialah untuk melonjakkan pertumbuhan ekonomi serta menyebar luas kemakmuran di Malaysia dan merentasi rantau Asia Pasifik," katanya.

Dengan menggunakan ungkapan Malaysia, HRC berkata "partnership between US and Malaysia BOLEH!".

Semasa di berada di negara ini, Clinton mengadakan beberapa pertemuan yang membuahkan hasil dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Malaysia disenaraikan sebagai antara negara dalam siri lawatan Clinton ke Asia selain Vietnam, China dan Kemboja, sehingga kini. Ini ialah lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat yang pertama ke Malaysia dalam sejarah.

Presiden Obama memerlukan penyelesaian praktikal menyelesaikan masalah konflik dunia dan terrorism dengan menyokong suara kesederhanaan yang dipelopori oleh DS Najib bergema di seluruh dunia.

Amerika Syarikat perlukan pengaruh Malaysia dalam konteks negara-negara Islam OIC dan Asia. Persaingan politik dan ekonomi Amerika Syarikat dengan China jika tersilap strategi boleh membuatkan China memintas Amerika Syarikat dalam masa 15 tahun lagi.

Malaysia dilihat sangat rapat hubungan dengan China samada kerjasasama politik dan ekonomi. China merupakan rakan dagang utama Malaysia dengan nilai perdagangan pada enam bulan pertama tahun ini mencecah RM108 bilion.

Penggunaan matawang tunggal Asia seperti matawang Euro di EU( Kesatuan Eropah) begitu mengusarkan Amerika Syarikat. China mahu matawang Asia ini menjadi kenyataan. Kalau kita lihat Jepun dan Korea Selatan telah bercakap nada yang serupa. China mahu Malaysia menjadi jurucakap Asia mengenai matawang 1Asia ini.

Amerika Syarikat tidak mahu matawang 1Asia ini berlaku kerana dari segi jangka panjang Amerika Syarikat akan lebih terdedah dengan risiko ekonomi jika semua negara di dunia tidak mahu berurusan dengan USD lagi.

Sebab itu antara agenda lawatan HRC adalah memastikan Malaysia tidak mudah terpujuk dengan hasrat China, Jepun dan Korea Selatan. Banyak kontrak-kontrak besar ditawarkan oleh syarikat-syarikat Amerika Syarikat dan pelaburan besar Amerika Syarikat di Malaysia.

Sebab itu Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (Gabenor BNM) menentang keras penggunaan matawang 1Asia dengan alasan-alasan ekonomi yang "complicated"-lebih banyak masalah dari kebaikan! Ini cakap tokoh Gabenor Bank Negara no 1 dunia.

Jika Malaysia mahu win-win situation apa salahnya. Jika kedua-dua pihak mahu "offer special package" kepada Malaysia maka pandai-pandai memilih option yang terbaik.

Sebab itu Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton mahu kerajaan BN kekal memerintah Malaysia atas sebab-sebab kepentingan Amerika Syarikat. Jika kerajaan Amerika Syarikat mahu menolong ekonomi Malaysia dan kerajaan China pun mahu membantu itu baik untuk rakyat Malaysia. Sememangnya kerajaan BN ialah kerajaan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia yang terbaik dalam PRU 13 nanti dan sebagai permulaan pengundi-pengundi di Batu Sapi dan Galas wajar memilih BN pada 4 November nanti.

No comments:

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024