Saturday, November 27, 2010

Antara Dua Darjat-Sketsa Kehidupan Kampung Pedalaman


Dalam posting WZWH kali ini cerita tentang sketsa kehidupan kampung pedalaman Ulu Tembeling. Ada 5 kampung besar di Ulu Tembeling iaitu Kampung Pagi, Kampung Kuala Sat, Kampung Bantal, Kampung Gusai dan Kampung Bukit Mat Daling. Terdapat juga kampung-kampung kecil yang berhampiran dan banyak yang kurang berpenghuni malah ada yang ditinggalkan.

Kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling begitu cantik, permai, tenang, dengan panorama sungai, bukit dan hutan serta kehidupan cara kampung tradisional yang unik masih ada di Ulu Tembeling. Tidak ada lagi kampung yang sebegini di Semananjung Malaysia. Sejak Malaysia merdeka 53 tahun dulu kehidupan tradisional penduduk Ulu Tembeling tidak ketara berubah cara hidup kehidupan tradisional kerana tiada jalanraya yang menghubungi kampung-kampung pedalaman Ulu Tembeling ini dari bandar Jerantut.

Projek jalan Ulu Tembeling fasa pertama dari Kampung Tuit (Kuala Tahan) ke kampung Pagi yang sedang dalam pembinaan dijangka siap menjelang 2013. Dijangka lagi empat tahun baru siap fasa ke dua dan fasa ketiga terus ke Kampung Bukit Mat Daling iaitu pada 2017. Maka sekarang ini penduduk pedalaman ini hidup dalam kesusahan kerana tidak dapat menjual barangan dan hasil pertanian mereka dengan cepat kerana masalah pengangkutan yang hanya melalui perkhidmatan perahu bot panjang hilir mudik di sepanjang Sungai Tembeling.

Pada awal tahun ini WZWH berkesempatan mudik Sungai Tembeling menuju ke Kampung Jipang sebuah kampung di Ulu Sungai Sat kerana menghadiri program "Berkhemah 1kampung bersama ADUN Tahan". Kampung Jipang adalah subkampung dalam Kampung Kuala Sat.

Jika kita mudik Sungai Tembeling kita akan nampak anak sungai di sebelah kiri Kampung Sat sekarang. Anak sungai ini ialah Sungai Sat. Untuk pergi ke Kampung Jipang kita perlu naik perahu bot kecil ke dalam Sungai Sat lebih kurang sejam perjalanan memudiki Sungai Sat.

Dulu pada tahun 1930an penduduk Sungai Sat pernah dihalau oleh Kerajaan British kerana kampung mereka didakwa dalam kawasan Taman Negara King George maka habislah semua penduduk kampung pindah memudiki Sungai Sat sampai ke Ulu Sungai Sat dan tiba di Ulu Sungai Lebir akhirnya menghilir Sungai Lebir hingga masuk ke negeri Kelantan. Mereka meninggalkan kampung yang penuh dengan beratus pokok durian tua lama yang ditanam oleh nenek moyang mereka.

Arwah Pak Sako begitu lantang dalam menyuarakan ketidakadilan layanan kerajaan British terhadap penduduk Kampung Sungai Sat dalam penulisan dalam akhbar. Almarhum Sultan Abu Bakar terpaksa campurtangan dan menitahkan supaya penduduk Kampung Kuala Sat ini pulang kembali ke kampung asal dari Kelantan. Tanah di sepanjang Sungai Sat diberi kepada orang Kampung. Sultan Pahanglah tempat "the last resort" bagi penduduk Ulu Tembeling meminta pertolongan. 

Tapi WZWH ingin menambah bukan penduduk Ulu Tembeling saja begitu, di negeri Pahang ini ahli politik pun baik ADUN biasa, EXCO malah hingga ke MB- mereka juga mengadap Tuanku Sultan Pahang bila dekat pilihanraya umum. Macam-macam cerita, ada yang menanggis, ada yang meraung, ada yang berguling, ada yang memegang kaki Tuanku Sultan lebih teruk keadaannya dari penduduk Ulu Tembeling. Tuanku Sultan Pahang adalah "Master of the State".

Kampung Kuala Sat ini juga dulu menjadi tumpuan pelombong Eropah datang mencarigali emas. Dari sejarah yang WZWH baca terdapat kes pembunuhan melibatkan sesama pelombong Eropah di kampung Kuala Sat ini.

Berbalik kepada program berkemah di Kampung Jipang tersebut WZWH akhirnya  tiba di tempat perkhemahan di sebuah pulau di Ulu Sungai Sat yang sungai  begitu cantik mengalir air jernih kristal nampak ikan-ikan bermain di bawah air dan pemandangan hutannya. WZWH tidak jangka boleh dikata penduduk satu kampung Jipang baik tua, muda , kanak-kanak ,lelaki, perempuan ramai sudah menunggu di Pulau itu. Mereka sedang menyediakan penyedian memasak makanan untuk dimakan pada malam hari nanti.

WZWH lihat sudah banyak khemah telah dipasang. Rupanya semua penduduk kampung telah berkhemah di Pulau tepi sungai itu semalaman. Mereka semua begitu gembira untuk menyambut kedatangan ADUN mereka YB Dato' Wan Amizan bin Wan Razak. Walaupun WZWH ada bawa set khemah tetapi orang kampung tetap menyediakan khemah khas untuk ADUN dan rombongannya sebagai tanda hormat dan menghargai pemimpin. Sejarah 53 tahun kampung itu belum ada mana-mana wakil rakyat baik ahli parlimen dan ADUN yang bukan saja sanggup turun mudik ke Ulu Kampung Sat malah bermalam dengan mereka penduduk Kampung Jipang.

Ianya cukup berlainan bila ADUN yang merupakan penduduk tempatan Lembah Tembeling sendiri menjadi ADUN Tahan. ADUN ini tahu denyut nadi masalah penduduk kampung-kampung di sebatang Sungai Tembeling. Ditambah pula hubungan kekeluargaan dan rasa sayang, prihatin dan tanggugjawab kepada orang kampung sendiri. WZWH terfikir tiada orang yang boleh menolong mereka ini kecuali pemimpin-pemimpin anak muda tempatan yang komited terhadap kemajuan dan kemakmuran tempatnya sendiri.

WZWH tidak nafikan ada anak muda kampung ini yang sekarang ini menjadi Setiausaha Politik (Akhbar) kepada PM DS Najib. Tentu beliau sepatutnya membawa segala permasalahan orang kampung Kuala Sat sendiri ke pengetahuan DS Najib kerana beliau berada kedudukan rapat dengan PM. WZWH tidak pasti samada SETPOL-akhbar ini berperanan atau tidak.

Pada malam itu semua penduduk kampung berkumpul dalam khemah besar. Ada ramai lagi penduduk kampung datang pada malam hari. Selepas makan malam, sudah tentu makanan kegemaran orang Tembeling seperti gulai rong, gulai masam ikan kelah, ikan kelah bakar, daging exsotik rusa, landak, ayam hutan dari hutan di hidangkan. Orang kampung Dipang mula menceritakan masalah mereka:
  • Mereka sebenarnya didiskriminasi kerana kehidupan mereka yang susah dan tertutup dipandang rendah oleh kepimpinan JKKK Kampung Kuala Sat.
  • Hidup mereka susah. Tiada jalan yang sempurna  untuk anak-anak mereka dan orang kampung melalui dari Kampung Jipang ke Kuala Sat.
  • Mereka mohon tanah baru di seberang Sungai Tembeling iaitu di Kampung Sat.
  • Mereka mohon tapak rumah untuk 300 keluarga.
  • Mereka tidak puas hati dengan Tok Empat Kampung Kuala Sat kerana ada  "antara dua darjat antara penduduk Kampung Jipang dan penduduk Kuala Sat".
  • Mereka terharu dengan kesudian ADUN Tahan turun padang mendengar segala permasalahan mereka.
  • Mereka minta apa bantuan-bantuan dan kemudahan yang dapat ADUN Tahan salurkan.
  • Mereka berjanji selama ini mereka mengundi PAS dalam setiap PRU kerana protes kepada kerajaan BN kali ini pada PRU akan datang penduduk 1kampung akan mengundi UMNO.
Malam itu selepas selesai sidang pengaduan masalah orang kampung, WZWH dan penduduk kampung bersembang cerita-cerita nostalgia kehidupan penduduk Ulu Tembeling masa lalu. WZWH rasa sungguh gembira kerana boleh berkemah dengan 1Kampung Dipang. Mengetahui apa masalah mereka dan berbincang denga ADUN Tahan pemyelesaiannya.

Projek jalan "slack" (jalanraya bersimen membolehkan motosikal lalu) telah diluluskan sebanyak beratus ribu ringgit dari Kampung Jipang ke Kampung Kuala Sat. Projek ini sedang dibina sekarang.

Selepas program itu Tok Empat Kampung Kuala Sat telah meletak jawatan dan menghantar surat kepada DO Daerah Jerantut. Tok Empat tidak puas hati kerana tindakan ADUN Tahan meluangkan masa dengan penduduk Kampung Jipang. WZWH akui Tok Empat ini sudah tua tapi perangainya suka "berdongeng" dengan ADUN Tahan. Tapi bila baru-baru ini DS Najib umum elaun Tok Empat dinaikkan ke RM800 lebih maka dengar-dengar cerita Tok Empat ini hendak tarik balik surat perletakan jawatannya.

Maka ramailah calon-calon bakal Tok Empat datang berjumpa ADUN Tahan minta dipertimbangkan diri masing-masing secara tersurat dan tersirat. Itu terpulanglah kepada keputusan ADUN Tahan. WZWH tahu ada banyak masalah lagi yang dibuat oleh Tok Empat ini. 

Kadang-kadang WZWH fikir susah juga Tok Empat hendak melepaskan jawatan. Ini baru Tok Empat belum lagi ADUN biasa, EXCO , MB atau Menteri.

Apa-apa pun WZWH tidak menyangka di sebuah kampung pedalaman ini masih ada cara hidup bermasyarakat kampung yang ada unsur "antara dua darjat" yang tidak boleh WZWH terima rasionalnya.

7 comments:

Buntat said...

WZWH, Tau tak apa selama ni dok tidor aja dan pilih bulu.
Patutnya orang kampung bagi makan ubukayu berebus cicah sambal rong dan pisang rebus tumbuk dengan nyor, tak payah sediakan ikan kelah. Orang kampung tunjukkan apa mereka makanan harian dan budaya harian. Janganlah kita menyangong sangat mereka tu. Dia ada gaji tetap oleh kerajaan apa-apa pun tiap hujung bulan ada duit dalam bank tapi orang kampung macam mana?. Kalau menoreh getah hari hujan duit tak masuk.

Tentang meletak jawatan tu menang benar. Tengok TOK EMPAT tak jadi letak jawatan pasal duit. Ini serupa dengan DUN, Ahli parlimen MB dll memang susah letak jawatan. Bukan susah nak letak tapi tak ada pun. Ini disebabkan duit dan kuasa.
Tengoklah ini kenyataan bukan tipu-tipu kita boleh lihat dan fikir.

TAK PAYAHLAH KITA BANGA DENGAN JAWATAN TAPI NAWAITU KITA TAK BETUL. TERIMALAH PEMBALASAN DI AKHIRAT NANTI

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Buntat,
Ong tak kan tak tahu budaya orang Tembeling menghormati tetamu lebih-lebih lagi YB orang tempat sendiri. Secara umumnya prestasi majoriti Tok Empat di DUN Tahan baik buat kerja untuk masyarakat. Semua Tok Empat bekerjasama. Markah KPI Tok Empat DUN Tahan setakat hari ini A. Jawatan adalah amanah. YB Dato' Wan Amizan adalah ahli politik Tembeling yang terbaik untuk menyelesaikan segala masalah 53 tahun derita yang ditanggung oleh orang Ulu Tembeling dan Lembah Tembeling. Sebab itu MB dan DS Najib pilih beliau bertanding untuk menjaga kebajikan DUN Tahan.

Anonymous said...

ong tak percaya buat janji pun terbaik juga tapi tak tunai. Ong tak tak kan percaya ada urang kata semua benda hok dia YB ong tu

Anonymous said...

Salam tuan WZWH & Sema2...,

Antara Dua Darjat-Sketsa Kehidupan Kampung Pedalaman

Bab wakil rakyat orang ulu, selalunya, ada pertimbangan oleh wakil rakyat itu sendiri. Hebat, hebat, atau pun “habat”. Buakn hanya menunggu untuk datang dengan hamparan “red carpet” atau “red attap”. Sepatutnya wakil rakyat lebih mengenali masyarakat, bukan masayrakat perlu kenal wakil rakyat. Ha ha ha... Jangan puji melambung tinggi. Posting terdahulu, telah menyatakan pemimpin sudah insaf dan redha. Tak kan sekali membuat lawatan dijamu dengan hasil keringat orang kampung, masalah 53 tahun dah selesai. Jangan bercakap hal2 politik sebegini. Luahkan dihadapan pengundi. Jangan hipkorit. Nanti tak sempat nak bendung. Mata hitam, kelabu, biru sentiasa melihat tingkah laku. Peruntukan projek RM juta2 satu tahun apa yang wakil rakyat gunakan untuk membantu msayarkat. Atau selalunya poket sentiasa “tiris”, “itulah antara dua darjatnya”. Orang2 politik sentiasa berlumba2 menunjukkan keletah masing2, apatah lagi hampir menjelang pilihan raya umum. Sudah hampir tiga tahun selepas pru ke 12, kalau sebelum ini, riak di air kuncahnya belum tenang, keruh digigi air belum jernih, dah tercongok pulak. Orang di ulu bertanya “mutur bot saperk tu” itu mutur calun kawasan DUN Tahan. Yang paling melucukan ada “calun2” yang sanggup sembahyang maghrib sampai dua kali di rumah orang itu orang ini. Setelah bergelar wakil rakyat inigin disambut dan disanjung pulak. Tak “umph” langusng...!!! Kalau setakat tok 4 tu tak perlu sangatlah KPI tu. Tanyalah dengan wakil rakyat tu lebih2 sikit, seramai mana masyarakat dah dapat pertolongan tanah dah ada geran, felcra dapat ke. Apa mesti untuk mendapat tanah sekangkang kera, masayarakat kena melutut sujud kepada tok 4, wakil rakyat, DO dan sebagainya. Wakil rakyat sentiasa menambah kelas kontrak.

Ini satu kejadian pernah berlaku, disebuah masjid cara kebetulan banir bersembahyang Jumaat berama wakil rakyat tu????... Kariah hadir seramai 250 orang lebih kurang. Selesai solat Jumaat macam biasa banir suka lambat2 meninggalkan masjid dan sempat membawa tabung pungutan untuk dikira bersama dengan AJK masjid, walaupun tak kenal banir sentiasa mudah dikenali orang. Kira punya kira punya kira jumlah kutipan RM23/=. Jadi bahagilah dengan 250 kariah hadir berapa sen purata penderma ikhlas lebihkurang 9 sen. Tapi dalam kempen perebutan jawatan ada sanggup berbelanja sehingga RMsetengah juta, sanggup berhabis. Persoalan 1. mana dapat duit?, 2. Berapa elaun tok wakil?, 3. Ikhlas ke tok wakil,

Pang5 Banir, bukan menongkah arus cuma nak ingatkan realiti politik masa kini. Banir bukan orang politik, tapi inilah keletah orang berpolitik.

Anonymous said...

itu masaalah dengan org ulu tembeling, jalan tak siap lagi, semua hasil hutan habis seperti rusa, landak dan ikan. kalau dah ada jalan nanti, tiada apa yang tinggal kecuali sawit dan orang fomema.

Anonymous said...

pembetulan

Anonymous said...

Projek jalan "slack" (jalanraya bersimen membolehkan motosikal lalu) telah diluluskan sebanyak beratus ribu ringgit dari Kampung Jipang ke Kampung Kuala Sat. Projek ini sedang dibina sekarang.

masalah ni.....

saya baru je bulan lalu balik ke kg jipang...belum ada apa2

EKSPEDISI MAHKOTA Mudik Sungai Pahang 2024